Sabtu, 19 Disember 2009

Guan Eng Terharu 'Balasan' Sokong Gadis Melayu

Oleh G Manimaran

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, ketika berucap di konvensyen pertama Pakatan Rakyat di Shah Alam hari ini. - Gambar oleh Jack Ooi

SHAH ALAM, Dis 19 — “Saya sangat terharu hari ini.”

Demikian kata-kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di hadapan kira-kira 2,000 hadirin di auditorium MBSA di sini pagi ini sambil mengaitkan dengan detik beliau jalani hukuman penjara 11 tahun lalu berhubung isu seorang gadis Melayu dirogol.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata beliau pernah ditanya apakah faedah yang diperolehinya dengan membela nasib gadis Melayu ketika itu.

Ketika dipenjara beliau merupakan Ahli Parlimen Melaka.

“Tetapi selepas 11 tahun sekarang saya bukan lagi hanya ada satu suara (keluarga gadis dibela) tetapi puluhan suara, ratuan suara, ribuan suara malah jutaan suara (yang menyokong Pakatan Rakyat),” kata beliau ketika menyampaikan ucapan perdana pada Konvensyen Pakatan Rakyat.

Lim dipenjarakan di Penjara Kajang pada Ogos 1998 kerana disabitkan mengikut Akta Hasutan dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

Disebabkan hukuman itu beliau tidak dapat bertanding dalam pilihan raya umum 1999 dan 2004.

“Secara peribadi saya terharu dengan Konvensyen Pakatan yang menekankan semangat Malaysia baru dan etos melayan setiap daripada kita sebagai Melayu, Cina, India, Iban atau Kadazan tetapi sebagai bapa, ibu, abang, kakak dan anak.

“Saya masih ingat apabila saya dipenjarakan kerana membela sebuah keluarga yang cucu perempuannya dirogol, saya ditanya sama ada berbaloi untuk hilang semua kerana membela satu kaum,” katanya.-Malaysian Insider di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan