Jumaat, 18 Disember 2009

Ustaz Hasan Shukri Tokoh Maal Hijrah Selangor

Bekas pemimpin kanan Pas Ustaz Hasan Shukri telah dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat Negeri Selangor.

Mantan Senator, Hassan Shukri dianugerahkan Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Selangor.

Beliau yang merupakan pentadbir Sekolah Agama Darul Tarbiah, Gombak memegang jawatan Senator selama enam tahun.

Penglibatan beliau dalam aktiviti persatuan, politik, dan program peringkat antarabangsa melayakkan beliau menerima anugerah itu.

"Yang pertama saya bersyukur kepada Allah dan menyembah kasih kepada DYMM sultan Selangor yang telah menyampaikan anugerah kepada saya, tokoh maal hijrah 1431 Hijrah," kata beliau.

Beliau membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000 dan cenderahati.

Ditanya apa yang akan dilakukan dengan wang saguhati yang diterima, beliau berkata,

"Bagi saya tiada apa insyallah itu perkara biasa dan saya syukur lah. Mudah-mudahan kita akan gunakan juga sedikit sebanyak akan saya sumbangkan," katanya.-TVSelangor.Com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan