Ahad, 13 Disember 2009

Jangan Dok Kecil Hati Tak Dapat Bintang Dan Darjah Kebesaran

Cuba baca laporan ini daripada TV Selangor.com:

Keputeraan Sultan: 736 Pencalonan, Hanya 106 Terpilih Menerima Darjah dan Bintang

Sempena Ulang Tahun ke 64, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menganugerahkan sebanyak 106 Darjah dan Bintang Kebesaran.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ramli Mahmud berkata, sebanyak 736 pencalonan diterima terdiri daripada Jabatan Kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan.

Ramli berkata setiap calon perlu melalui proses saringan yang ketat sebelum layak menerima anugerah berkenaan.

“Sudi mengurniakan darjah dan bintang kebesaran kepada 106 orang yang telah menabur jasa, memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada rakyat negeri Selangor Darul Ehsan”, kata Ramli.-TVSelangor.com

Mungkin ada sesetengah pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor yang mengidam gelaran Datuk, Dato', Tan Sri dan macam-macam Datuk lagi semasa hari keputeraan Sultan Selangor tapi nama mereka tak muncul-muncul untuk terima semua gelaran itu yang biasanya diberi kepada pemimpin Kerajaan Negeri bila ada hari kebesaran di Raja.

Buat apa nak kalut berebut gelaran dan bintang yang hanya Gelaran saja, yang lebih penting adalah agenda untuk kebajikan rakyat Selangor yang telah pilih Pakatan Rakyat dalam pru-12 yang lalu. Jangan dok rasa mengkelan (kecil hati) dengan semua tu, buat apa dapat gelaran kalau agenda untuk kebajikan rakyat terabai, tak terjaga yang gah hanya gelaran diperolehi saja.

Biar tak dapat gelaran tapi agenda untuk rakyat diperkasakan, diperkemaskan jika tidak nasib buruk akan menimpa Pakatan Rakyat dalam PRU-13 akan datang yang boleh diadakan pada bila-bila masa saja daripada sekarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan