Ahad, 27 Disember 2009

MB Kedah Tak Payah Letak Gambar


Kalau tuan-tuan masuk ke negeri Jelapang Padi, Kedah Darul Aman yang diperintah Pakatan Rakyat ,tuan -tuan dapat tengok di mana-mana saja gambar MB Kedah ustaz Azizan dipacak di setiap kawasan dan bandar beserta dengan sedikit slogan dan kata-kata nasihat.Hatta di sempadan Siam pun ada gambar Ustaz Azizan termasuk di Pekan Changlon dan Bukit Kayu Hitam. Gambar di atas daripada blog KedahLanie di sini

Kat Pekan Changlon aku tengok gambar ustaz Azizan tak pula diconteng masih elok dan senyum simpul mulutnya.Mungkin kat tempat lain yang geram tengok gambar ustaz tu depa conteng. Di Iraq masa zaman Saddam Hussain berkuasa dulu gambar beliau ada disegenap penjuru negara itu untuk tunjuk hebat tapi akhirnya beliau sendiri dijumpai bersembunyi dalam lubang untuk selamatkan diri daripada tentera Amerika Syarikat yang menakluk Iraq.

Ustaz , dulu masa Ustaz mula-mula jadi MB Kedah mungkin rakyat Kedah tak kenal Ustaz, la ni rakyat Kedah dah kenal Ustaz jadi untuk elak gambar kena conteng dan disembur cat eloklah gambar Ustaz tak payah ada pada sebarang papan tanda.Mungkin tu kerja budak budak nakal atau budak-budak yang dah tua umur tapi kelaku macam budak-budak yang tak senang tengok gambar Ustaz.

2 ulasan:

  1. Mmm.. Aku rasa ni bukan rheja orang Umno. Tak dak pasal depa nak buat hal kalau depa pun sendiri pakat mengaku Ustaz Azizan layan Umno lebih baik lagi dari zaman Umno dulu. Depa peduli apa bab duit, PAS perintah pun depa buleh duit serupa tu jugak.
    Rheja ni aku pun sedia maklum, PAS pun lanie jenih main tektik kotoq jugak. Ala..hang bakaq bendera PAS satu, dah tu hang pi bakaq la bendera UMNO 100..
    Lanie...payah nak percaya puak mana yg baik. Yg duk ada jawatan lanie pun, prinsip amanah rakyat pun dah terpelanting.

    BalasPadam
  2. yang pi boh gambaq tu...kira mau bodek la jugak..
    tu yang Ustaz syok tu... Kalau dia peka, dia pun gerenti tak suruh...

    BalasPadam