Selasa, 15 Disember 2009

Kepakaran Umno Menipu Dan Zalimi Rakyat-Peguam Pas

Berikut sebahagian petikan tulisan Peguam Pas mengenai isu royalti minyak yang tidak mahu dibayar oleh Kerajaan Pusat kepada Kelantan;

Apa yang malang meskipun Kerajaan PAS Kelantan mewarisi kedua-dua aset dan hutang, Kerajaan pusat yang diwakili oleh BN bertindak dengan zalim kepada Kerajaan PAS . Kerajaan Pusat memaksa Kerajaan PAS Kelantan membayar hutang yang dibuat oleh mantan Kerajaan BN. Tetapi apabila menyentuh aset petroleum yang ada di muka bumi Kelantan, Kerajaan Pusat BN tidak membenarkan aset tersebut dinikmati oleh Kerajaan PAS Kelantan bagi membangunkan Negeri Kelantan

Apa yang dilakukan oleh Kerajaan Najib ini , jika boleh dibuat analogi, adalah seperti mana kisah seorang ayah yang kaya tetapi kedekut dan busuk hati. Ayah tersebut kaya raya dengan memiliki banyak aset. Tetapi dalam masa yang sama beliau juga banyak hutang. Sebelum beliau mati , ayah tersebut mewasiatkan pada anak-anaknya , tolong jelaskan segala hutang beliau tetapi anak-anak beliau tidak boleh sama sekali menggunakan asetnya yang banyak itu. Tolong beritahu saya ayah seperti ini ayah jenis apa ?

Kata Peguam Pas lagi;

Oleh itu tindakan Kerajaan Pusat menggunakan wang tunai yang menjadi milik Kerajaan Kelantan dengan berselindung atas nama wang ehsan adalah satu jenayah pecah amanah ( breach of trust ) dan juga boleh tergolong kepada kesalahan mencuri . Jika wang ehsan itu benar-benar diambil dari wang royalti yang sepatutnya menjadi hakmilik Kelantan ia adalah satu kesalahan. Jika sebaliknya wang ehsan itu bukan dari royalti yang menjadi hak milik Kelantan, ia sekaligus mengesahkan bahawa Kelantan harus diberikan wang royalti tersebut kerana wang ehsan itu bukan datang dari wang royalti.

Persoalammya dari mana wang ehsan itu Kerajaan ambil ? Jika ia ambil bukan dari wang royalti , ia bertanggungjawab untuk memberitahu rakyat dari mana wang itu diambil ? Pihak Audit dan SPRM harus menyiasat perkara tersebut .

Malang sungguh bagi negara ini dalam perkara yang sepatutnya tidak perlu kepada pertikaian -iaitu hak Kelantan kepada royalti pertroleum- ianya masih menjadi bahan pertikaian . Mengapa ? Jawabnya kerana inilah Umno dari dulu, kini dan selamanya- hanya tahu menipu dan menzalimi rakyat. Itulah kepakaran Umno yang sukar untuk mana-mana pihak ingin tandingi !!! Baca Penuh di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan