Sabtu, 12 Disember 2009

Umno Tolak Islam Benda Lama-Tok Guru

Dato’ Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar mengulas dakwaan yang menyatakan Umno parti rasis dan perkauman, oleh itu harus ditolak.

Beliau berkata, memang PAS sudah lama mempertikaikannya.

“Memang sudah lama ditimbulkan. Satu daripada yang kita sebut (timbulkan) ialah bahawa (parti) Umno kena tolak.

“Ini kerana Umno menolak Islam dan mengambil kebangsaan (sebagai dasarnya). (isu ini) bukan benda baru, benda lama.

“Selagi orang Melayu ‘sebut’ Melayu, (maka) selama itulah orang Cina akan ‘sebut’ Cina, dan selama itu pula orang India ‘sebut’ India. Memang hak mereka. Justeru menimbulkan perbalahan selamanya.

“Oleh sebab itu (hendaklah) ditolak belaka. Tolak belaka ‘Melayu’, tolak belaka Cina dan ambil Islam, yang mana Islam itu bukan hak orang Melayu, bukan hak orang Arab (tetapi) hak Allah. (dengan itu) tenang hati.

“Nak cari lebih senang daripada penerimaan Islam, tidak ada di dunia ini oleh kerana ianya sampai ke akhirat. Melayu, Arab itu hanya setakat dunia saja (menyebabkan) bertelagah, tidak selesai,” katanya. -Harakahdaily baca di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan