Jumaat, 11 Disember 2009

'Jom Kerja'!

YB Dr Halimah Ali, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan sedang melepaskan para peserta Jelajah Jom Kerja Daerah Kuala Langat.

SELANGOR TERUSKAN PROGRAM JOM KERJA

Majlis Pelepasan ‘Flag Off’ Jelajah Jom Kerja Daerah Kuala Langat telah disempurnakan oleh YB Dr Halimah Ali, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan pada jam 9.30 pagi di Tempat Letak Kereta Uptown Banting (depan Bazar Banting), hari ini.

Kemudian peserta jelajah yang disertai oleh Briged Amal Selangor dan kakitangan-kakitangan Kerajaan Negeri memulakan konvoi ke kawasan kampung-kampung untuk menghebahkan “walk-in interview” kepada mayarakat setempat selama dua hari (10 dan 11 Disember). “Walk-ni interview” ini akan diadakan di Dewan Sri Jugra, Banting pada 14-15 Disember 2009 bermula pada pukul 9.00pg – 5.00ptg.

Hampir 20,000 peluang pekerjaan perlu direbut oleh penduduk tempatan kesan daripada ekonomi yang semakin baik.

Antara objektif program ini adalah untuk memastikan penduduk tempatan diberi keutamaan dalam merebut peluang pekerjaan yang ada. Ianya juga selaras dengan usaha berterusan Kerajaan Selangor untuk meningkatkan taraf hidup rakyat melalui pengurangan pengangguran.

Siri Jelajah Jom Kerja Daerah Klang pula akan seterusnya diadakan pada 8 dan 9 Januari 2010. Penjelajahan dan hebahan di setiap kawasan dan kampung-kampung dan diikuti dengan “walk in interview “ pada 9-10 Januari 2010 di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah/Tanah Klang.

Calon-calon yang berminat boleh pergi ke salah satu siri Jelajah Jom Kerja dengan membawa bersama sijil-sijil dan dokumen yang berkenaan. Sebarang maklumat boleh berhubung dengan Encik Daniyal di talian 03-55447515.


Ini adalah email yang dihantar kepada aku, aku cuma siarkan saja..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan