Isnin, 31 Ogos 2009
Satu Malaysia Minyak Naik
Ron 97 daripada rm 1.80 telah naik kepada rm 2.05
Ron 95 (dulunya Ron 92) daripada rm1.75 telah naik kepada rm 1.80.
Ron 97 adalah minyak gred tinggi sementara ron 95 adalah minyak berkualiti rendah.
Dicelah -celah keperitan rakyat yang bergelut dengan keadaan ekonomi yang tak menentu Kerajaan Malaysia sempena menyambut kemerdekaan negara yang ke-52 telah menghadiahkan kenaikkan harga minyak kepada Satu Malaysia , Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Tahniah Kerajaan Malaysia!
Walaupun atas apa alasan sekalipun yang menanggung beban adalah rakyat, Menteri suruh rakyat pakai minyak murah sementara pemimpin negara pakai minyak berkualiti tinggi, isilah minyak penuh tangki pun sebab percuma, petrol pemimpin kerajaan rakyat yang bayar apa nak dikisahkan.
Tema Hari Merdeka Apa Ertinya?
Ahad, 30 Ogos 2009
Tazkirah Ramadhan: Puasa Dan Merdeka
Berikut adalah sedutan tazkirah daripada Masjid Al- Falah ,Shah Alam yang menyentuh tentang puasa dan sambutan kemerdekaan oleh anak -anak muda zaman sekarang yang sempat dicatat oleh seorang Ustaz daripada TTDI Jaya, Shah Alam:
Firman Allah dalam Surah al-Baqrah ayat 183 yang bermaksud-" Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atasmu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, semoga kamu bertakwa."
Adakah kita semua sudah mencapai tahap takwa dalam madrasah Ramadhan yang muncul saban tahun? Jika perangai kita tetap sama tidak berubah apabila berada di luar Ramadhan bermakna kita tidak dapat mencapai tahap takwa yang diimpikan. Puasa kita hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja. Tidak ada nilainya disisi Allah. Walaupun daripada segi fikh sah puasa dalam menjaga batas-batas puasa, tapi pahala puasa kosong tak dapat apa.
Tidak faham dengan ibadat yang dibuat. Manusia kena ada 'target ' apabila masuknya bulan Ramadhan seperti membaca Al-Quran, khatam Al-Quran dalam bulan Ramadhan. Sekiranya apabila habisnya Ramadhan kembali kepada perangai lama itu adalah tandanya puasa kita tidak diterima Allah.
Kenapa manusia memenuhi Masjid pada bulan puasa? Tidak lain tidak bukan kebanyakkannya mahu mendapatkan pahala sunat solat Tarawih semata-mata.Jika di luar Ramadhan masjid menjadi lengang, solat fardhu berjemaah hanya beberapa orang saja dan majlis ilmu yang diadakan tak sampai 10 orang sedangkan itulah yang dituntut malah solat fardhu itu wajib berjemaah. Amat malang sekiranya umat Islam beranggapan amalan yang sunat diutamakan dan yang amalan yang fardhu buat tak kisah dan dilalaikan. Fikiran sebegini adalan fikiran yang songsang. Amalan sunat hanya untuk menampung amalan fardhu yang kadang2 kita alpa dan lalai dalam mengerjakannya.
Malam ini Dataran Shah Alam penuh dengan anak-anak muda yang hendak menyambut kemerdekaan negara yang ke-52. Selepas Maghrib sudah ada yang mula melepak di situ untuk menunggu detik jam 12 malam untuk laungkan 'merdeka, merdeka, merdeka ' tanpa terlebih dahulu ke masjid yang berada beberapa meter saja untuk solat Isya berjemaah dan kerjakan solat sunat tarawih.Mereka mengutamakan sambut merdeka tanpa mementingkan tuntutan ibadat terlebih dahulu. Mereka bangga melaungkan 'merdeka ' tapi mereka tidak sedar undang-undang negara masih dikuasai penjajah British. Mereka bangga jadi anak merdeka tapi cara hidup mereka adalah cara hidup yang ditinggalkan penjajah.
Mereka menjadi anak muda yang merdeka, dengan bangga berani meneguk arak, berpelukkan menyambut merdeka, berzina di malam merdeka dan mereka melahirkan zuriat anak merdeka yang jadi anak luar nikah. Mereka mengibarkan jalur gemilang tanpa mengisi erti kemerdekaan dengan jiwa yang merdeka dan bebas daripada pengaruh penjajah dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.
Wallah hu a'lam
Sabtu, 29 Ogos 2009
Isu Kuil: Atas Nama Melayu Atau Islam
Kita marah kepada budak-budak sekolah yang buat 'vandalisme', conteng dinding bangunan dengan perkataan yang melambangkan keperibadian seseorang, cabut wayar telefon awam, tapi kalau orang dewasa yang nak perjuangkan entah apa pun tak tahu turut conteng dinding bangunan kerana tidak puashati nak kira lagu mana?
Kita tahu sapa dia NGO2 Melayu ni dan siapa di belakang mereka, zaman mereka nak tunjuk hero macam tahun 80-an di kawasan seperti Shah Alam dah ketinggalan zaman. Orang Shah Alam tahu bezakan antara kecerdikan dan kebodohan atau 'orang-orang yang tak berapa sekolah' ni nak jadi jaguh kampung di Shah Alam. Tindakan kekampungan dengan letak dan heret kepala lembu di kawasan seperti Shah Alam merosakkan taraf pemikiran warga Shah Alam, bandar industri, bandar ilmu dan pusat pelaburan kepada Selangor. Zaman nak sembelih ayam lempar masuk dalam rumah orang tengah-tengah malam , nak bagi amaran dah berlalu.
Tinggalkan perjuangan nasionalisme sempit dan perjuangkan Islam itu baru betul, baru otak boleh fikir luas sikit.
Tak Habis-Habis Dengan 'Take Beer'
Siapa la yang jadi bingung dan bangang sangat ni sampai tak habis -habis lagi nak politikkan isu arak ni. Perkataan Take Beer tu jadi macam iklan pula suruh orang minum atau mentekedarah air kencing Syaitan tu . Ada orang 'sponsor' ka sampai tiap-tiap kali NGO2 ni buat perhimpunan haram dok taja beer tu kat orang?
Kalau setakat 50 orang tu pi demo lagu tu sampai Umno, termasuk PM Najib pun kata tak setuju, dengan tindakan heret kepala lembu tu termasuk , Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda Umno, siapa yang bagi upah kat Ngo dan Badan Bertindak Seksyen 23 tu buat kerja tanpa fikir masak-masak akibatnya kepada orang Islam sendiri. Kita nak tunjuk lagak samseng biarlah bertempat, biarlah kena dengan caranya.
Jumaat, 28 Ogos 2009
Apa nak di kata
MCA Berpecah Umno Bertambah Goyang
Pemecatan Dr Chua Soi Lek daripada menjadi ahli MCA telah menyebabkan orang Cina dalam MCA sendiri hilang keyakinan kepada parti Cina itu. Orang2 Cina pasti akan memberi undi protes secara senyap kepada parti2 dalam Pakatan Rakyat sebagai bantahan keputusan Presiden MCA, Ong Tee Kiat memecat Chua Soi lek.
Jika ini berlaku kedudukkan Umno sendiri tidak mustahil akan jadi pembangkang di peringkat kerajaan pusat. Dalam keadaan sekarang pun Umno yang tewas dalam prk sebanyak 7-0 dah jadi tak ketawan hala, apatah lagi dengan perpecahan dalam parti MCA yang jadi rakan karib Umno sejak sekian lama, sudah tentu Umno amat bimbang sekarang.
Presiden MCA, Ong Tee Kiat yang didakwa terima wang RM 10 juta daripada CEO Kuala Dimensi Sdn Bhd tidak didakwa tapi Chua Soi Lek pula yang terima nasib buruk dalam MCA. Kata Dr Chua Soi Lek- "Jika terdapat peruntukkan hukuman mati, saya pasti lembaga disiplin tidak teragak-agak untuk cadangkan saya dihukum gantung. Sebab saya perlu dipecat adalah jelas."- bernama
Khamis, 27 Ogos 2009
"Harun Taib MB Trengganu" -Siasah
Beranikah wakil rakyat Umno yang menentang MB Trengganu ,Ahmad Said untuk lompat parti hancurkan kerajaan negeri pimpinan Ahmad Said? Ura-ura yang mengatakan Harun Taib yang juga PJ Pas Trengganu tidak mahu bekerjasama dengan 'geng Idris Jusuh' malah lebih senang berbaik-baik dengan Ahmad Said juga hanya sekadar kabar angin yang belum tentu benarnya.
Tajuk Siasah itu hanya sekadar untuk gayatkan Umno yang sedang 'berkabung' kerana telah kena 7-0 dalam tujuh prk yang diadakan. Siasah minggu lepas juga cuba gayatkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dengan mengatakan 31 ogos ini Umno akan ambil alih kerajaan negeri Selangor.
Walau apa pun adakah Pas Trengganu mahu bentuk kerajaan melalui cara lompat parti oleh adun Umno ke dalam PKR sekiranya jadi kenyataan ? Berapa lamakah kerajaan yang dibentuk dengan lompat parti boleh bertahan . Zambry MB Perak yang 'haram' tu pun sekarang sedang menghitung hari apabila sidang Dun Perak dalam sesi yang akan datang bersidang. Nasibnya nak jadi lagu mana pun belum pasti.
Parti mana yang akan jadi 'busuk' jika kerajaan baru di bentuk di Trengganu dengan cara lompat parti? Dalam dun Trengganu sekarang Pas ada 8 kerusi, Umno 23 kerusi dan MCA ada satu kerusi
Bila Menteri Cakap Pasal Agama
Kata Shahrizat, Ketua Wanita Umno-"Kes ini dapat perhatian ramai dan banyak pihak termasuk saya sendiri melihat hukuman maksimum yang dijatuhkan adalah satu hukuman yang boleh dikatakan keterlaluan."-malaysiakini 25-8-09
PM Najib suruh Kartika tu buat rayuan, tapi si Kartika tu pula tak mau merayu tetap akur dengan keputusan mahkamah Syariah dan minta hukuman dijalankan.
Naib Presiden Umno pula , Hishamuddin Tun Husein kata hukuman sebat itu kena tangguh hingga ada tukang sebat Syariah-malaysiakini-25-08-09. Merdeka 52 tahun dah ...
Lebih baik dok diam jangan cakap apa pasal hukum Syariah, kalau tak reti pasal undang-undang Islam, kalau banyak bercakap nanti akan semakin nampak kejahilan dan atau nampak macam nak benci2 dengan Syariah Islam.Biar orang yang ada ilmu agama cakap. Malaysia dah merdeka 52 tahun dah rotan nak tibai minum arak pun tak tau lagu mana...
Dr Hatta menang kes: Pengajaran buat PDRM
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mariana Hj Yahya di Mahkamah Tinggi Kuantan, berkata penahanan Dr hatta dan dua orang Pas tidak sah dan langgar perlembagaan Malaysia serta meminta gantirugi ditaksirkan kepada ketiga-tiga di hadapan mahkamah dalam masa terdekat.
Pada 10 Jun tahun 2000 pihak polis diketuai oleh Ketua Polis Daerah Rompin, Hanafi bin Hj Daud telah menahan Dr Hatta di Markaz Pas Muazzam Shah dan dilokap 12 jam.
Kata Dr Hatta-" Kes ini jadi landmark(mercutanda) dalam kes sivil dan beri dorongan kepada petugas Pas dan parti bahawa di mana2 premis kita, kita boleh buat ceramah dan tidak perlu sebarang permit dengan syarat ianya tidak mengancam keselamatan negara."-harakahdaily
"Polis ni kadang-kadang kita bagi penjelasan pun dia tak mau dengar. Heret kasar, tarik tanpa kasut, gari tak benar pakai baju dalam lokap aibkan kan orang. Kita tak boleh biarkan semua ini berlaku atas benda yang belum tentu langgar undang-undang jadi polis perlu ambil pengajaran." kata Dr Hatta-harakahdaily
Polis yang jadi penguatkuasa undang-undang sepatutnya dah reti dan faham semua ni , tapi apa boleh buat kuasa ada di tangan mereka...Semasa demo GMI 1 ogos lalu baju Dr Hatta koyak rabak kena tarik...Himpunan aman sememangnya sah disisi perlembagaan, tapi himpunan yang aman bertukar kelam kabut apabila pihak polis dan FRU sembur air gatal 'water canonn', tembak gas pemedih mata dan bom asap kepada penunjuk perasaan tanpa ada belas kasihan
Rabu, 26 Ogos 2009
Tazkirah Oleh Ustaz Badrul Amin
Ada orang yang berpuasa tapi tidak solat, sedangkan puasa itu lagi berat daripada solat. Tapi manusia pandang remeh untuk solat. Ada orang tak solat tapi dakwa kuat iman, tidak mencuri harta orang, tidak minum arak dan tidak berzina. Mereka tidak mendapat rahmat Allah. Ada orang berpuasa tapi beli nombor ekor.
Hari ini kita tipu orang, orang yang kita tipu tidak tipu kita tapi orang lain pula yang tipu kita. Hari ini kita khianati orang, orang itu tidak khianati kita tapi orang lain yang akan khianati kita. Hari ini kita zalimi orang , orang itu tidak zalimi kita , tapi orang lain yang akan zalimi kita.
Orang yang kuat amalan solatnya, kuat puasanya insya Allah tidak akan kena H1N1. Pakar kesihatan suruh kita basuh tangan , cuci tangan untuk elak H1N1, tapi orang yang ambil wudhuk 5 kali sehari akan dapat elak penyakit tersebut. Pakar kesihatan melarang kita daripada ketempat awam untuk elak H1N1, habis bagaimana dengan solat Jumaat dan solat sunat Tarawikh yang terpaksa solat berjemaah, imam suruh rapat-rapatkan saf solat. InsyaAllah dengan rahmat Allah dihindarkan penyakit H1N1. Kuatkan amalan rohani dan pastikan wuduk 5 kali sehari.
Allah itu ada dimana-mana tapi rahmat Allah itu ada di Rumah Allah(masjid). Rahmat Allah itu tidak ada di disko, pub dan pusat2 hiburan yang melalaikan.
Wallahu 'aklam
Pasca Prk Manek Urai: Siapa Yang Jadi Punca BN Kalah?
Adakah faktor Muhyidin Yasin yang jadi Naib Presiden Umno dan TPM punca Umno tewas lagi sampai dah jadi 7-0 di Permatang Pasir? Mungkin sebab ni lah PM Najib tak mau bagi tau, sebab libatkan nama Muhyidin, nanti Muhyidin kecil hati kalau PM Najib sebut nama beliau faktor utama Umno tak boleh menang prk Permatang Pasir.
Siapa yang mulakan isu pemimpin Pakatan Rakyat yang Melayu jadi Pengkhianat Bangsa? Siapa yang suruh TGNA bertaubat dalam isu 'ahli Umno Tidak Masuk Syurga'? Tok Guru sebut lain tapi Muhyidin jaja kat rakyat dan media pro Umno sebut lain untuk kempen prk Permatang Pasir. Taktik serangan Muhyidin kepada Tok Guru Nik Aziz tidak berapa disukai Najib yang minta Tok Guru Nik Aziz guna pendekatan berbaik2 dengan Umno. Muhyidin guna pendekatan menentang arus dan tidak ikut telunjuk PM Najib dalam kempen di Permatang Pasir.
Selasa, 25 Ogos 2009
Kalau Bagi 'Emas ' Pun Orang Tak Mau Nak Bagi Apa Lagi?
Itu pendapat orang lain yang bijak2 belaka, tapi siapapun ada hak nak bagi ulasan yang tak semestinya sama dengan orang lain. Muhyidin yang tidak serik dengan politik ugutan dan pembangunan di Manek Urai terus berjanji kosong di Permatang Pasir dengan hendak menjadikan Permatang Pasir 'anak emas' kerajaan Persekutuan jika Umno menang, tapi tetap tidak diterima janji seperti itu di Permatang Pasir. Para pengundi tidak percaya dengan janji 'anak emas ' kerana para pengundi berfikir bagaimana pula dengan dun2 yang dimenangi Umno selama ini kenapa tidak turut dijadikan 'anak emas' oleh Umno. Anak orang jamu milo anak sendiri jamu air suam!
Isu 'anak emas ' di Permatang Pasir turut diulas oleh Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dalam kempen prk di Permatang Pasir dengan berkata-" Anak emas' nak buat apa, kalau anak soleh dan solehah boleh selamat dunia akhirat."
Berkata seorang kuat Pas yang pergi kempen di prk Permatang Pasir jika peratus pengundi berada pada paras 82 % undi majoriti Pas akan dapat tak kurang 6000 undi. Isu Anwar pengkhianat Melayu yang dimainkan oleh Muhyidin Yasin turut tidak diterima oleh pengundi di Permatang Pasir. Umno tak perlu lagi janji 'emas' kepada mana2 pilihanraya selepas ini sebab 'dua ketul emas' Umno di dua prk tidak diterima pengundi. Di luar emas di dalam tembaga.
Permatang Pasir: 7-0 !
Walaupun bermacam2 sekatan oleh SPR dalam prk permatang Pasir seperti tidak boleh rayu undi pada hari mengundi, tidak boleh buat bangsal panas berdekatan tempat mengundi, tidak dibenarkan bawa bendera parti oleh para penyokong namun kuasa Allah jua yang menangkan Parti Islam itu di Permatang Pasir. Jika semua pengundi keluar mengundi sudah tentu undi Pas dan majoriti yang diperolehi Salleh Man akan lebih banyak.
Sesungguhnya isu basi pembangunan dan anak emas yang dijaja Muhyidin Yasin langsung tak 'dimakan' oleh pengundi Permatang Pasir. Semua media yang pro-Umno yang taja isu ahli umno Tak masuk Syurga, pakatan rakyat dah hancur lebur langsung tak jejaskan kemenangan Pas di Permatang Pasir.
Sekiranya SPR lebih cerdik dengan adakan hari mengundi pada hari cuti umum sudah tentu ramai orang keluar mengundi. Ini pengajaran buat SPR supaya lebih bijak dalam buat keputusan untuk pilih hari mengundi.
Isnin, 24 Ogos 2009
Mahkamah Syariah VS Pejabat Peguam Negara
Apakah kerajaan Malaysia tunduk kepada kehendak badan antarabangsa seperti Amnesty dan dapat liputan TV antarabangsa semalam melalui Aljazeera?
Apakah pembatalan hukuman sebat hanya melalui panggilan telefon tanpa perlu melalui proses mahkamah untuk batalkan satu2 keputusan yang dibuat? Kartika Sari yang diambil oleh pegawai Agama Islam Perak buat 'U-Turn 'untuk pulang semula kerumah selepas 30 minit dibawa pergi untuk ke Penjara Kajang kerana dapat arahan daripada Pejabat Peguam Negara.
Di mana kuasa Mahkamah Tinggi Syariah dalam hal ini?Kalau alasan bulan puasa, sedangkan yang empunya diri tak buat rayuan untuk tunggu selepas bulan puasa kenapa dibatalkan hukuman tersebut ?
Bulan puasa? Nabi berperang di bulan Puasa...nampak sangat Mahkamah Syariah dipermain-mainkan. Tidak malukah kita kepada orang bukan Islam melihat Mahkamah syariah dipersendakan sedemikian rupa?
SPR Kata Tak dak hantu, Khairy kata ada hantu
"Sebenarnya tidak ada pengundi hantu. Kepada Pemuda Umno mereka berikan (jumlah) beribu, kita semak sebenarnya 14 nama sahaja."-malaysiakini
14 orang tu pun pengundi asal Permatang Pasir.Nombor rumah sama jalan lain2. Malam ni pukul 12 malam tempoh berkempen tamat.Besok hari mengundi. Yang dapat 'duit raya' awal tentu dah tau nak pangkah mana, tapi kalau cerdik sikit duit sapu pangkah bulan. Selamat mengundi
Radhi ikut jejak langkah Adun Behrang dan Changkat Jering?
Tindakan Radhi itu sama macam adun Behrang dan adun Changkat Jering yang jadi punca tumbangnya Pakatan Rakyat di Perak. Istihar bebas tapi sokong Umno-Bn sama macam dua orang Adun Perak tu.
Adakah Radhi seorang saja yang jadi wakil bebas tapi sokong BN, bagaimana dengan adun2 PKR yang lain? Mungkin tunggu masa yang sesuai untuk lari tinggalkan Pakatan Rakyat. Adakah Radhi ada masalah kewangan sama macam dua adun Perak , ataukah beliau telah di 'beli'?
Ahad, 23 Ogos 2009
Tazkirah Ramadhan
"Masjid bukan hanya untuk dipenuhi pada bulan Ramadhan saja , kerana orang Islam yang berjiran dengan masjid bagi lelaki wajib solat berjemaah 5 waktu di masjid. Orang yang berpuasa di siang hari jika dihabiskan waktu dengan menonton siaran Tv dengan rancangan yang tidak bermanafaat pahala puasa turut berkurang mengikut jumlah jam yang dihabiskan dengan menonton rancangan hiburan yang melalaikan."
"Sehari jika seseorang menonton siaran TV yang tidak bermanafaat selama 2 jam sehari
kali 360 hari bermakna Umat Islam tidak berbuat apa-apa dalam setahun selama dua bulan."
"Umat Islam telah diperintah Allah menutup aurat sejak 1400 tahun dahulu tapi sekarang dengan adanya penyakit selsema babi kebanyakkan wanita memakai penutup muka untuk elak menularnya penyakit H1N1. Ini adalah bala Allah kerana ramainya manusia yang menghina dan mengejek orang yang memakai purdah. Sekarang orang lelaki pun turut memakai penutup muka. Ini adalah bala Allah."
"Orang Melayu saban tahun solat berjamaah di masjid pada bulan Ramadhan hanya 2 minggu pertama saja di masjid selepas itu masjid menjadi lengang dengan jamaah yang semakin kurang datang untuk kerjakan ibadat di masjid kerana sibuk dengan nak menyambut raya .
Wallah hu 'aklam
Ketua Wanita Umno, Shahrizat , menyeru supaya wanita yang dijatuhkan hukuman sebat oleh Mahkamah Syariah di Pahang meminta supaya wanita itu merayu supaya hukuman sebat yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah itu dikaji semula .Mengapa Shahrizat pula yang lebih2 nak merayu sedangkan wanita itu dah bersetuju untuk disebat? Shahrizat hanya pentingkan hak2 asasi manusia ,kenapa nak masuk campur urusan Mahkamah Syariah?
Adun Lunas Istihar Bebas: Adakah Kerana Tak Pandai "Jaga Kawan-Kawan"?
Aku pun telefon tanya seorang sahabat di Kedah untuk tanya sebab apa Mohd Radhi 'lari' tinggalkan Pkr dan tidak lagi bersama pakatan rakyat. Kata sahabat tu- "Radhi tu dah lama dah nak keluar dari Pakatan Rakyat tapi dia dok tahan tahan hati dia, tapi salah kita juga tak pi tanya habaq, bagi nasihat dan jaga bagi elok kawan2 dari parti lain dalam pakatan di Kedah. Sama juga dengan wakil rakyat yang berketurunan Cina dari Pkr ,dengaq lama dah nak lari tapi kita ni tak pandai jaga kawan-kawan supaya tak kecik hati."
Betulka macam tu?
Permatang Pasir: "Tinggalkan Umno Dengan Syurga Politik Wangnya"- TGNA
Tok Guru Nik Aziz , Murshidul Am Pas pula menyeru para pengundi Permatang Pasir terus memilih Pas dan menambah undi majoriti kepada 5000 lebih. Kata TGNA- "Tinggalkan Umno dengan Syurga politik wangnya. Mari kita terus istiqamah untuk tetap berada di tengah-tengah gelora kesedaran rakyat demi menafikan Umno-BN yang sedang laih dan kehilangan stamina mulai sekarang."- mStar online
"Walaupun kita berpuasa dan kemungkinan boleh jadi letih, tetapi tidakkah Peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan itu pernah membawa kemenangan yang besar?"-kata TGNA
"Tiada perbuatan yang lebih mulia pada hari mengundi melainkan menangkan parti yang boleh membela maaruf dan kebaikkan: sekaligus menolak kemungkaran, rasuah, kezaliman dan ketidak adilan."-TGNA- mStar online
Siapa yang akan menang hanya pengundi Permatang Pasir yang akan tentukan . Mungkin 'anak emas' yang dijanjikan BN kepada dun Permatang Pasir akan termakan umpan kali ini setelah gagal di Manek Urai? Ingatlah pengundi Manek Urai yang berpuasa jika anda memakan rasuah wang pada hari mengundi , bagaimana dengan puasa anda? Puasa bukan setakat tahan diri daripada lapar dan dahaga saja, malah lebih daripada itu.
Jumaat, 21 Ogos 2009
Orang Melayu Sambut Ramadhan di kedai Tom Yam Dan Kedai Mamak
Apa yang menyedihkan masih ada orang ramai, terutamanya anak2 muda Melayu yang beragama Islam masih melepak di kedai2 Tom Yam dan kedai mamak di waktu Maghrib dan hinggalah ke waktu Isya tanpa ada rasa segan silu, langsung tak ada rasa nak meraikan kedatangan Ramdhan yang penuh keberkatan ini. Ada juga didapati golongan dewasa dan pertengahan umur yang juga di kalangan orang Melayu yang sudah tentu beragama Islam.
Mereka duduk bersembang dan bual kosong sama seperti bulan2 lain macam tak ada rasa perbezaan sempena datangnya bulan Ramadhan. Apakah kita tidak merasa bimbang dengan generasi muda Islam yang terus hanyut tanpa ada sebarang perasaan untuk cintakan bulan yang mulia ini? Apakah kita mengharap kedatangan Ramadhan yang akan datang lagi sekali baru kita nak meraikannya? Apakah umur kita akan sampai kepada Ramdhan tahun hadapan?
Ada juga yang berkumpul di tasik-tasik yang gelap di malam bulan Ramadhan, berdua-duaan tanpa segan silu.Apakah generasi muda Islam ini yang kita harapkan untuk dijadikan taruhan orang-orang Melayu sebagai pelapis generasi akan datang? Semoga Allah membuka pintu hati mereka untuk cintakan Ramadhan bulan yang mulia ini.
Jika semua harta adalah racun, maka zakat penawarnya
Jika seluruh umur adalah dosa,maka taubat ubatnya
Jika seluruh bulan adalah noda, maka Ramadhan pemutihnya-sms yang di terima.
Wallah hu a'lam
Selangor: Siapa main siapa?
Nampaknya politik Selangor kembali bergolak dengan macam2 isu semasa menjelang tarikh 31 ogos, iaitu tarikh yang dikatakan Umno akan ambil alih tadbir negeri Selangor. Ribut politik yang landa negeri Selangor tak pernah tamat ada saja isu yang ditimbulkan , terkini seperti berikut:
1- Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur arahkan MB Selangor, Tan Sri Khalid bayar RM66 juta yang beliau pinjam daripada Bank Islam untuk beli saham pada tahun 2001-Mahkamah tangguh sementara keputusan untuk tunggu rayuan Tan Sri Khalid. Salah Siapa?
2- Di Selangor sekarang kecoh pula dengan buku tanpa nama dan penerbit untuk burukkan MB Selangor itu dan Anwar Ibrahim. Buku tajuk' Nasib Melayu Selangor' kutuk Tan Sri Khalid, sementara buku yang bertajuk ' 50 Kemusykilan Tentang Manusia Bernama Anwar Ibrahim' yang kutuk Anwar Ibrahim. Dulu zaman Khir Toyo jadi MB ada juga keluar buku dengan tajuk 'Khir Toyo Antara Amanah Dan Khianat' , tapi ada nama penulis yang bernama Mohammad Rafi Awang Kechik yang mendedahkan tentang skandal tanah di Janda Baik, Hutan Rimba Templer yang libatkan Khir Toyo. Khir Toyo nafi terlibat dalam dua buku kutuk MB selangor dan Anwar Ibrahim. Kata Khir-"Tidak ada kot, kalau ada ini satu gerakan yang baik."-malaysiakini
3- Ini lagi satu , mengenai adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisyam yang jadi liat sangat nak masuk sidang Dun, sampai sekali pun tak nampak muka dalam dun Selangor. Ramai pengundi dalam kawasan tersebut dok bising lama dah. Kata Tan Sri Khalid-"kita tidak boleh arahkan seseorang letak jawatan, tapi jika itu yang terbaik untuk rakyat, mengapa tidak?"-suruh letak jawatan-malaysiakini. Kalau macam ni lah perangai jadi wakil rakyat lebih baik sungguh2 kena letak jawatan atau sertai parti yang dirasakan lebih baik dengan jiwa sendiri
Selamat Datang Ya Ramadhan
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 183- Hai orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 185-(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang didalamnya diturunkan(permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza(antara yang hak dan yang batil). Kerana itu, sesiapa di antara kamu yang hadir(di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan sesiapa sakit atau dalam perjalanan(lalu ia berbuka), maka(wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur.
Dipetik daripada "Al-Quran dan Terjemahnya terbitan Pustaka Antara
Khamis, 20 Ogos 2009
Prk Permatang Pasir: Terangnya mata warga emas
PRK Permatang Pasir: Apa kata bukan Melayu
Ya la bangkai gajah mana boleh tutup dengan tudung saji, baunya sampai "Satu Malaysia " dapat dicium. Dulu semasa prk Manek urai, Umno hina calon Pas kerana jadi penjual ikan, tapi Allah tu Maha Kaya. Calon Umno di Permatang Pasir ni lulusan UIA, tapi dituduh pecah amanah duit pekebun kecil pula, duit orang toreh getah la senang cakap, tapi rahsia terbongkar sebelum hari mengundi malang sungguh nasib calon BN di Permatang Pasir.
Kata taukeh Cina tu lagi-" Sudah rompak orang punya wang lepas tu kasi balik, cakap sorry sama orang kena rompak, habis macam tu saja ka?"
Tapak aku punya, belanja aku bagi
Nampaknya Muhyidin Yasin pun panas punggung bila AMK Parti Keadilan Rakyat buat aduan kononnya masa Muhyidin jadi MB Johor dulu telah jual tanah di Sungai Lingu , Bandar Tenggara ,Johor kepada Singapura. Sedap saja masa Muhyidin Yasin tuduh pemimpin Melayu yang menentang Umno pengkhianat bangsa, sekarang 'time' Muhyidin pula di tuduh 'jadi broker untuk jual tanah ' kepada Singapura.
Bagaimanapun Muhyidin menafikannya dalam mStar online, kata Muhyidin-"Jadi kita bagi satu kawasan, bukan bagi kepada Singapura, tanah itu sampai sekarang milik Johor.Tidak seinci pun kita bagi kepada Singapura, Singapura kata saya hendakkan air, saya akan belanjakan duit saya, pasal kamu tidak perlu keluarkan duit tapi segala harta yang dibina di atas tanah itu adalah milik Johor, tanah milik kita, loji air milik kita, yang Singapura kata mereka hanya mahu air ."
Maknanya Johor hanya bekal air tapi segala belanja Singapura yang tanggung. Nama pun bagi sudah tentu tak boleh ambil balik walau pun tak tukar nama. Cuma tak tukar nama saja , jadi Singapura ada kuasa penuh atas tanah itu. Kalau bagi tentu percuma . Kalau jual tentu dapat duit. Bagi dengan jual mana lagi teruk? Lee kuan Yew turut gertak Muhyidin kalau tak bagi air , Singapura akan berperang dengan Johor.
Macam cerita 'Tiga Abdul' pula-"Ayahanda marah, kalau ayahanda marah, ayahanda kena jual!"
Permatang Pasir: Pendedahan Yusri Ishak Memalukan Calon BN dan Umno
Yusri Ishak rakan kongsi Rohaizat Othman dipersalahkan Ahmad Maslan dalam skandal Koperasi Pekebun Kecil Getah Pulau Pinang yang babitkan wang RM140,000. Rohaizat Othman calon Umno di Permatang Pasir telah dilucutkan sijil guaman beliau oleh Majlis Guaman mengenai kes tersebut dan Mahkamah Tinggi juga tolak rayuan Rohaizat yang cabar keputusan Majlis Peguam di Mahkamah.
Yusri yang jadi 'kambing hitam' oleh Ahmad Maslan untuk tutup malu Rohaizat menafikan bahawa beliau terbabit dengan apa yang Rohaizat Othman lakukan semasa urusan yang libatkan wang RM 140,000 dengan pihak KPGNPP.
Apakah Ahmad Maslan, Ketua Penerangan Umno sanggup berbohong untuk menangkan calon Umno di Permatang Pasir? Apakah Muhyidin Yasin, Presiden Umno dan Zahid Hamidi, Ketua Perhubungan Umno Pulau Pinang tidak malu dengan pendedahan Yusri itu?
Umno dan MCA sekarang sedang bergelut dengan kemelut tuduh menuduh sesama sendiri mengenai duit saja, rakyat gigit jari pandang dari jauh. Tak malukah pengundi Permatang Pasir nak pilih seorang yang pecah amanah untuk jadi wakil mereka di Dun pulau Pinang
Tahun 2009 Tahun Pilihanraya
Kemungkinan satu lagi kerusi dun di Kedah jadi kosong iaitu Dun Kota Seputih akan menjadikan 8 prk pada tahun ini. Umno-BN yang dah kena 6-1 tentu fikir panjang jika SPR umumkan kerusi Kota Seputih jadi kosong. Adun Kota Seputih itu yang tidak hadir mensyuarat Dun Kedah sebanyak dua kali berturut2 telah dianggap kosong oleh Speaker Dun Kedah, Dr Abdul Isa. Ini undang-undang Dun Kedah.
Sekarang terpulang kepada SPR untuk kosongkan kerusi itu atau sebaliknya. Umno melalui Timbalan Presiden Umno seboleh2nya tidak mau lagi ada prk ,kerana semua keputusan memihak Pakatan Rakyat kecuali Batang Aii. Imej Umno-Bn akan terus tercalar jika keputusan Permatang Pasir memihak Pas dan Pakatan Rakyat walaupun kerusi itu sudah 3 penggal jadi milik Pas.
Kempen secara agresif dan Satu Malaysia tajaan PM Najib akan dinilai dalam prk Permatang Pasir samaada Satu Malaysia itu diterima rakyat atau 'satu Malaysia' rakyat tolak Umno-Bn. Walaupun Umno-Bn gunakan isu pembangunan sebagai satu daya penarik untuk pikat pengundi di Manek Urai, termasuk ugutan, dan wang ringgit sebagai habuan untuk orang yang undi Umno-BN, tapi Umno-Bn masih belum mampu untuk menang. Tetap kalah walaupun Pas menang di Manek Urai dengan 65 undi majoriti.
Umno mau buat prk di Kelantan tapi Umno tak berani lawan dalam prk di Kedah.Siapa punya kerja sebar sms yang kata adun Galas, di Kelantan meninggal dunia?
Rabu, 19 Ogos 2009
Bodohnya Cara Berfikir Umno Di Selangor
Bantahan atau apa pun tidak mengapa, tapi kalau kerajaan yang ada sekarang cuma nak selesaikan janji2 Umno yang tak tertunai sejak berpuluh tahun kepada penduduk Islam di Seksyen 19 itu sepatutnya diucapkan terima kasih bukan ambil kesempatan nak jadi juara kepada taik yang ditinggalkan Umno sendiri. Umno buat taik yang nak cuci kerajaan yang ada sekarang , tu pun tak reti nak pikir ka?
Kalau kemaruk nak ambil balik Selangor pun biarlah secara beradab sikit, jangan jadi macam orang kena sawan, meracau tak ketawan hala. Waktu menang dulu tak mau jadi juara bela Islam bila dah kalah baru terhegeh2 nak bela Islam.
Tok Guru Nik Aziz Layak Jadi PM- Dr Pakar
Doktor pakar tersebut rupa-rupanya amat tidak suka kepada cara pemerintahan Umno-Bn yang perintah Malaysia.Pemimpin Umno-Bn yang perintah Malaysia pentingkan diri sendiri tidak berjiwa rakyat, ini berbeza dengan cara hidup Menteri Besar Kelantan , Tok Guru Nik Aziz yang sudah perintah Kelantan 19 tahun tapi masih duduk di rumah sendiri, tidak tinggal di Rumah MB, cara hidup yang sederhana kata doktor pakar tersebut kepada ayahku.
Kata doktor pakar itu lagi , sememangnya Tok Guru Nik Aziz memang layak untuk jadi Perdana Menteri Malaysia dengan cara hidup beliau yang tidak himpun kekayaan untuk kesenangan peribadi. Ini berbeza dengan pemimpin Umno-BN yang pegang kuasa kerajaan pusat yang hanya pandai kaut kekayaan dengan cara yang tidak betul kerana mereka jadi' kebal' dengan undang2 negara. Contoh nyata ialah Khir Toyo yang dituduh miliki rumah bernilai Rm 24juta walaupun beliau kata rumahnya hanya Rm 3juta, tapi baru berapa penggal saja jadi MB tapi dah jadi kaya-raya.
Permatang Pasir: Rohaizat Tak Layak Jadi Calon- Ku Li
"Kita juga berkata calon tersebut mewakili kita.Saya rasa sedih kerana terpaksa menyebut perkara yang sudah nyata itu."- kata Ku Li
"Apakah salah laku kewangan seumpama itu sudah menjadi perkara biasa sehingga tidak lagi menjadi faktor dalam memilih calon yang sesuai."- Ku Li
Umno anggap remeh dalam memilih calon, janji menang. Bagi Umno seperti Zahid Hamidi yang pertahankan Rohaizat Othman sebagai calon sah di Permatang Pasir beranggapan orang2 Umno tak kisah sapa pun jadi calon ,ada songlap duit ka, muflis ka , kerana orang macam Zahid tak fikir pasal malu dan maruah Umno. Umno Permatang Pasir kena boikot calon seperti Rohaizat jika ada maruah dan perasaan malu kepada rakyat Permatang Pasir. Umno Permatang Pasir kena bagi undi protes kepada calon Pas sebagai tanda tidak setuju dengan tindakan Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang yang tidak fikir semasak2nya sebelum buat keputusan pilih Rohaizat sebagai calon.
Selasa, 18 Ogos 2009
Umno Mau Syurga Tapi...
Maka melatahlah Muhyidin Yasin, Menteri Jabatan Perdana Menteri iaitu Jamil Khir Baharom supaya Majlis Fatwa Kebangsaan buat keputusan kononnya apa yang diucapkan TGNA itu boleh pecahkan orang Melayu dan Islam. TGNA dah nafi keluar kata2 tersebut.
"Orang yang asingkan Islam dan iman tak masuk Syurga. Islam sahaja tapi tak ada iman.Benda ni dah wujud sejak zaman Nabi Muhammad lagi, contohnya Abdullah bin Ubai."-kata TGNA
Umno mau kepada Syurga Allah tapi adakah Umno dah buat jalan2 nak menuju kepada Syurga Allah? Yang banyak Umno buat ialah syurga dunia untuk melekakan umat Islam dengan hiburan yang tiada batasan, terkinja2 anak Melayu Islam dengan konsert2 yang melalaikan manusia daripada mengingati Allah.
Umno mau kepada Syurga Allah, tapi mengapa Umno tolak pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah dan Hukum Hudud yang diluluskan oleh DUN Kelantan?
Umno mau kepada Syurga Allah tapi pemimpin umno tambah lesen judi di Bukit Tinggi. Adakah menambah lesen judi sedia ada boleh bawa Umno ke Syurga?Dapat pahala ka tambah lesen judi?
Umno mau kepada Syurga Allah tapi pemimpin umno hina janggut Nabi Muhammad SAW kononnya Nabi tak cukur janggut kerana tidak ada pisau cukur.Adakah menghina Nabi boleh bawa ke Syurga?
Umno mau kepada Syurga Allah tapi pemimpin Umno kata daripada ambil batu buat baling penzina lebih baik dibuat jalanraya.Boleh masuk Syurga ka cakap macam tu?
Umno mau Syurga Allah tapi siapa yang cakap kalau nak makan sup tangan sila ke Kelantan?Menghina hukum Islam adakah boleh bawa ke Syurga?
Tok Mufti Pun Percaya Media Umno
Kenapa Mufti Perak sensitif sangat kalau ada orang kata kat Umno? Nak komen pun biarlah dah dapat kesahihan berita , Islam pun ajar macam tu, jangan main terpa saja nak pertahan umno pun.
Kalau setakat Tok Mufti ambil 'nas' daripada Tv3, RTM dan Utusan Malaysia sebagai rujukan tu baru sama taraf dengan pemikiran Umno yang anggap media2 tersebut 'tiada yang benar melainkan benar belaka'. Utusan pun baru saja minta maaf kat TGNA, Tok Mufti tak baca ka?
Kalau nak main politik Tok Mufti turunla dalam gelanggang politik.Dalam politik macam2 ada. Orang politik tak boleh amalkan taktik bertahan saja ,nanti masuk 'gol', kena main secara menyerang. umno serang, Pas serang balas tu baru ada rasa gerun pihak lawan.
Kalau Cuaca Elok Rakyat Tak Tau Muhyidin Guna Nuri TUDM
Nasib baik Nuri tu tak jadi apa2. kalau tidak....Dulu Tan Sri Yahya ceo DRB-Hicom pun mati jatuh heli tapi itu kenderaan persendirian. Syukurlah Muhyidin terselamat, ini satu pengajaran jangan dok cakap merapu sangat2 Tuhan marah.
Apa pun TPM dan Timbalan Presiden Umno itu telah salah guna kenderaan milik tentera untuk kepentingan parti Umno. Adakah Muhyidin sewa untuk guna Nuri tersebut, macam Ong Tee Kiat Presiden MCA guna jet peribadi Syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd tapi belum bayar.
Kalau Umno guna Nuri milik TUDM tak salah, maknanya semua parti dalam Malaysia boleh guna la heli Nuri tu. Kalau atas tugas sebagai TPM untuk majlis rasmi kerajaan itu aku tak mau pertikaikan
Umno boleh buat apa saja sebab ada sedikit kuasa lagi sebelum pru-13, hentam sajalah labu..
Kalau cuaca elok tentu rakyat tak tau Muhyidin salah guna kuasa harta kerajaan untuk rasmi majlis Umno guna Nuri TUDM.
Isnin, 17 Ogos 2009
Kenapa Orang Umno Lari Tinggalkan Umno?
Bolehkah Umno Selangor Rampas Kembali Selangor?
Ketika mengulas isu perpindahan kuil hindu daripada seksyen 19, Shah Alam ke Seksyen 23 beliau berkata kuil hindu tersebut telah wujud 26 tahun dahulu sebelum wujudnya Shah Alam. Apabila PKNS buat projek perumahan dalam plan beli rumah tak ditunjukkan kuil hindu tesebut. Apabila pembeli rumah yang terdiri daripada orang Melayu beragama Islam telah beli rumah tersebut pada masa itu kuil hanya beberapa meter sahaja daripada rumah mereka. Isu pindah kuil ini telah wujud telah lama dan tidak diselesaikan oleh kerajaan terdahulu. Apabila Pakatan Rakyat memerintah pihak kerajaan negeri telah berbincang dengan penduduk yang beragama Islam dan pihak sami kuil di seksyen 19 itu, semua pihak telah bersetuju untuk bekerjasama pindah kuil yang timbul suasana tidak senang dikalangan penduduk Islam berdekatan kuil tersebut.
Pihak PKNS mengatakan tapak yang kosong untuk ganti tapak baru itu hanya ada di seksyen 23 dan tapak baru itu lebih jauh daripada semua rumah penduduk di seksyen 23. Umno pula timbulkan isu kononnya kerajaan pakatan tidak peka dengan penduduk di seksyen 23 yang ada 50 orang beragama hindu, lebih ramai daripada penduduk beragama hindu di seksyen 19.Kata Khalid Samad- "sejak bila pula Umno jadi jaguh bela umat Islam? Dulu sewaktu menang tak mau selesaikan , tapi bila dah kalah baru nak tunjuk hero kononnya Umno lah pembela Islam di Selangor. Umno hanya ambil isu ditengah jalan untuk dijadikan modal politik kepada orang2 Melayu di Selangor."
Apa Kata Saifudin Nasution Tentang Pengkhianat Melayu
Saifudin juga berkata, minyak dan gas di Kelantan yang digali daripada laut Kelantan sejak tahun 2004 dan dihantar ke Songkla, Thailand untuk diproses adalah satu jarak yang jauh jika dibandingkan jika diproses di Kelantan. Kerajaan Umno-BN sanggup bayar duit kepada Kerajaan Thailand, dan dengan duit itulah kerajaan Thailand gunakan untuk membunuh umat Islam di selatan Thailand.97 peratus rakyat Kelantan adalah orang Melayu dan Islam tapi umno sanggup tidak bayar royalti minyak 5 peratus setahun kepada Kerajaan Kelantan semata2 diperintah oleh Pas. Apakah ini tidak jadi pengkhianat namanya?
Kata Saifudin lagi, semasa MB Nizar ketuai kerajaan Perak , Umno tuduh Pas jadi kuda tunggangan DAP kerana bagi tanah kepada Cina miskin untuk kampung baru, tapi MB Nizar yang luluskan tanah untuk orang Melayu yang lebih banyak dan peruntukkan untuk sekolah agama rakyat Umno tak cakap pula. TV3 dan RTM tak siarkan apa yang MB Nizar buat untuk orang Melayu. Mana lagi teruk dengan pemimpin Umno yang bagi tanah untuk taukeh judi di Bukit Tinggi kepada Vincent Tan dan luluskan pusat judi terbesar kepada Lim Goh Tong di Genting Highland?Apakah bagi tanah kepada Cina miskin di kampung baru dianggap pengkhianat? Apakah bagi tanah dan luluskan judi terbaru di Bukit Tinggi oleh PM Najib dianggap mulia? Siapa yang tunggang siapa sebenarnya? Apakah pemimpin Umno yang bagi tanah dan luluskan lesen mesin judi kepada taukeh Cina dapat pahala diakhirat?
Kata Saifudin Nasution lagi selagi orang umno menjadikan RTM, TV3 dan Utusan Malaysia sebagai 'kitab' rujukan mereka yang muktabar maka selagi itulah pemimpin Umno akan terus dapat sokongan orang2 Umno.
Sokongan orang bukan Melayu kepada Pas dan PKR membimbangkan Umno kerana selama ini Umno menang dengan sokongan orang bukan Melayu dan sekarang benteng itu telah pecah , sebab itulah Umno mainkan isu pengkhianat Melayu untuk dipercayai orang Melayu. Sekiranya isu bangsa ini pun tidak lagi dapat dipercayai oleh orang2 Melayu pada masa itu Umno akan 'bungkus'.
Permatang Pasir: Koleksi beberapa gambar Penamaan Calon
Salam semua, aku ada rakam banyak gambar tapi tak dapat muat semua dari tempat penamaan calon Permatang Pasir yang berkesudahan dengan satu lawan satu antara Pas dan Umno-BN. Kedua-dua pihak dihadiri pemimpin tertinggi parti untuk bagi sokongan padu pada parti masing2.
Ahad, 16 Ogos 2009
Yang Bagi RM10juta Kena Siasat. Yang Telan RM10juta?
Ceo tersebut juga disoal siasat atas dakwaan memberi wang RM10juta kepada Ong Tee Kiat dan kebenaran guna jet peribadi kepada Presiden MCA itu tanpa bayaran.
Tiong King yang juga Ahli Parlimen Bintulu bermurah hati bagi duit berjuta kepada Tee Kiat kena siasat, bagaimana pula yang telan duit RM 10juta ? Tak ada apa2 siasatan ka? Siasat la kedua2 pihak , yang memberi dan menerima wang baru nampak ketelusan nya oleh SPRM. SPRM jangan nak perambat dan kejar pemberi wang saja, yang kenyang dengan duit tersebut kena la 'korek' juga.
Sabtu, 15 Ogos 2009
Permatang Pasir:RTM dan TV3 perbodohkan rakyat Malaysia
Mat Sabu berkata demikian kerana RTM dan TV3 , semasa demo anti ISA 1 ogos yang lalu berkata para peniaga di sekitar kawasan Kuala Lumpur telah mengalami kerugian kerana ramainya orang yang buat demontrasi di kawasan tersebut.Para peniaga telah tutup kedai atas arahan polis bukannya orang ramai yang berdemontrasi yang suruh tutup kedai.
Inilah rakyat Malaysia masih mempercayai siaran berita propaganda Umno-bn iaitu RTM dan TV3 tanpa mengkaji daripada pelbagai aspek yang benar. Mat Sabu berkata kerajaan telah buat kaji selidik bahawa berita propaganda untuk rakyat mempercayainya masih ada sebab itu berita seperti itu masih diterima rakyat.
Jangankan Tingkat 14, Tingkat 8 Pun Berkecai Dah
Kenyataan itu dapat bantahan peguam pemerhati bagi pihak keluarga Teoh, Gobind Singh.Sebelumnya, Teoh dikatakan diseret dan diletak di tingkat 5, dibunuh di tempat lain dan di sret ke tempat mayat dijumpai.Macam2 teori timbul dalam sesi ingkues kes Teoh.
Kalau Teoh tu terjun la dari tingkat 14 tu agak2nya mayat nya jadi lagu mana? Tentu tak tidur mengiring macam tu, darah pun ada tak banyak tempat mayat dijumpai.Berkecai dah mayat tu kalau terjun dari tingkat 14 tu, kepala pun dah hancur. Yang jatuh tingkat 10 atau 8 pun dijumpai dalam keadaan mengerikan inikan pula kalau terjun dari tingkat 14!
Kaum Cina yang jadi pengundi di Permatang Pasir tentu tidak mudah percaya dengan dr pakar tersebut
Pengundi Permatang Pasir Kena Sokong Pas
Permatang Pasir- "Anak Emas" la lagi
Muhyidin Yasin berkata pengundi Permatang Pasir masih dahagakan pembangunan dan janji akan buat pembangunan jika menang. Modal lama Umno untuk ugut pengundi Permatang Pasir seperti di Manek Urai masih dilakukan di prk Permatang Pasir. Manek Urai sekarang dah tak jadi anak emas lagi sebab bn kalah , jadi segala jenis emas di Manek urai dibawa ke Permatang Pasir untuk mengabui pula pengundi Permatang Pasir.
Calon Pas, Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Ustaz Salleh Man telah diumumkan oleh Presiden Pas Tuan Guru Haji Hadi Awang. Seorang lulusan Universiti Malaya dalam bidang Syariah, dan seorang Pentadbir Sekolah Agama.-gambar diatas adalah daripada mStar online.
Muhyidin sewaktu umumkan calon Umno-bn berkata-"kita tahu ramai orang Pas undi Umno di prk Manek Urai." TPM dan PM baru belum sekali pun dapat nikmat menang prk yang diadakan di Semenanjung. Apakah kali ini nasib buruk terus menimpa kedua2 pemimpin tertinggi Umno itu dalam prk Permatang Pasir? Selamat berjuang Ustaz Salleh Man. Umno kali ini tidak lagi dapat menghina calon Pas kerana seorang lulusan universiti dan berpengalaman luas dalam politik di Pulau Pinang.
Jumaat, 14 Ogos 2009
SiapaYang Nak 'Joint' Umno?- Selangor
Apakah Umno boleh tubuh kerajaan baru tanpa ada sokongan daripada adun2 Pakatan Rakyat? Jika ada daripada parti mana? Takkan daripada parti Pas pula? Siapa orangnya?
Memang PM Najib berjanji mau rampas kembali Selangor, tapi dalam pru akan datang. Beliau suruh Umno Selangor kerja kuat supaya tawan Selangor, tapi kalau pada tarikh tersebut mungkin hanya gimik politik saja macam 16 september idea Anwar.
Adakah orang dalam pakatan rakyat sendiri mau lihat Umno kuasai semula Selangor kerana terpengaruh dengan mainan politik Umno yang mengucarkacirkan pentadbiran kerajaan yang sedia ada. Kalau setakat gerak kerja yang Umno buat sekarang dengan bermacam2 ceramah tu memang ada, terutama di Shah Alam, tapi kalau ada pakatan dalam gelap dengan pemimpin pakatan rakyat mungkin pakatan rakyat akan tumbang pada 31 ogos
Khamis, 13 Ogos 2009
Melayu jadi kuat atas nama Islam
Benda berkaitan agama amat sensitif dan api yang kecil mudah marak jika tidak berhati2 dalam menyelesaikan isu berkaitan agama.Banyak perkara boleh terjadi daripada isu tersebut akan bawa kepada pergaduhan dan perbalahan kaum jika ada pihak cetuskan dan besarkan isu itu.
Peristiwa Kg Medan yang berpunca daripada dua majlis berbeza, satu majlis kenduri dan satu majlis kematian yang berlainan agama telah cetuskan rusuhan yang bawa kepada perkelahian antara kaum.
Sudah tentu kita semua tidak mahu kejadian KG Medan berulang. Isu bangsa dan agama amat sensitif. Di Kepulauan Maluku, Sulawesi dan Ambon di Indonesia perang antara agama telah membawa kepada berbunuh2 antara satu sama lain, sudah tentu kita rakyat Malaysia tidak mahu jadi seperti mereka.
Sekarang pun hinaan terhadap agama Islam oleh orang bukan Islam dah nampak semakin terbuka dan ada orang Islam yang memendam rasa dan tidak puas hati. Orang Islam tentu gelisah jika ada anak2 mereka menjadi Murtad, bahkan mahukah kita semua berpesta dan berseronok tengok anak bangsa kita bertukar agama tanpa melakukan apa-apa?
Undian ISA: Macam beli saham "Pak Man Telo"
Adakah undian itu dijalankan secara telus? Ya la, kena tanya sebab yang kira undi tu sebelah pihak bukan ada orang luar untuk jadi juri semua kakitangan portal berita KDN saja. Macam beli saham Pak Man Telo saja gayanya. Mula2 bagi pembeli saham untung untuk percaya bahawa saham yang dibeli itu memang betul dan menguntungkan, tapi bila pelabur dah mula percaya, untung pun tak dapat dengan modal2 pelabur sekali lesap.
Kalau undian itu benar, adakah rakyat yang turun ramai masa demo GMI 1 ogos lalu melebihi puak2 yang sokong Isa tidak boleh diambil kira? Kenapa tak dipanggil Suhakam atau badan2 bebas untuk pantau undian portal berita KDN? Kiraan undi oleh KDN itu macam main dam aji, rakyat makan sebiji KDN tikam dan makan 4 biji terus naik aji.
Kalau KDN betul2 serius nak hapuskan ISA atau pun kekalkan ISA, pihak kerajaan buat undian secara terbuka atau melalui pilihanraya khas seperti pru tapi hanya untuk undi Sokong ISA atau kekalkan ISA, baru semua orang puashati.Yang anti ISA kalah puas hati.
Yang undi sokong ISA tu sapa agak2 la , adakah semuanya anggota polis dan jabatan yang ada kena mengena dengan KDN?
SPRM Kena Siasat Presiden MCA
Timbalan CEO Kuala Dimensi pula mendakwa Ong Tee Kiat turut guna jet peribadi syarikat tersebut sebanyak 5 kali dengan perbelanjaan khidmat US40,000 (Rm 141,219).
SPRM yang sedang 'bekerja keras' untuk mendakwa mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor hendaklah ambil tindakan segera ke atas Presiden MCA sebagaimana yang dilakukan keatas pemimpin pakatan rakyat di Selangor.
SPRM jangan tutup mata demi keadilan untuk semua orang yang terlibat mentekedarah rasuah.
Bagaimana Dengan Gambar Ini
Rabu, 12 Ogos 2009
Amaran Zahid Hamidi Kepada Umno di Permatang Pasir
Terimakasih Dr Hasan Ali
Demontrasi tu halal- A. Samad Said
Kuat betul semangat Pak Samad dalam mempertahankan Bahasa Melayu yang sememangnya bahasa Kebangsaan itu di sisi perlembagaan. Termasuk dalam "7 Wasiat Raja-Raja Melayu"
"Kalau di tuntut (berdemo)dan diatas sebab2 yang munasabah dan luhur, apa salahnya?"-kata Pak Samad- malaysiakini
"Setiap perkara yang tidak dapat diselesaikan di dalam Dewan Rakyat perlu diadakan demontrasi dan demontrasi tu halal"-malaysiakini
Lagi lambat dihapuskan PPSMI lagi banyak anak-anak Melayu terutamanya di luar bandar akan gagal dalam Matematik dan Sains.Memang Bahasa Inggeris itu bagus tak dinafikan tapi jangan korbankannya dengan diajar dalam matapelajaran Sains dan Matematik
Umno yang sokong "7 Wasiat Raja2 Melayu" jika betul2 sayangkan anak bangsa Melayu yang tercicir kerana jadi celaru dengan mengInggeriskan Sains dan Matematik jangan tunggu pru-13 baru nak mula hentikan atau lajak-lajak sampai tak brek-brek PPSMI
Apa Kata TGNA Tentang Hina Islam Dan Isu Melayu
"Dap kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam"- mStar Online
Hinaan orang Islam terhadap agama Islam dah acapkali didengar dah banyak kali diulas dah, jadi kalau nak sebut lagi nanti tak sedap pula. Siapa orang Islam yang hina agama sendiri? Sudah tentu Umno, ini memang realiti. MCA dan MIC pun rakan Umno tu turut hina Islam. Jadi jalan terbaik supaya Islam tak jadi bahan hinaan dan gurau senda oleh orang Islam sendiri dan bukan Islam Kerajaan pusat kena tegas dalam isu berkaitan Islam, begitu juga bagi pihak Pakatan rakyat sekali dua tersilap kira boleh tahan lagi tapi kalau buat2 silap atau sengaja itu dikira melampau.
Ada benda boleh berkira ada benda tak boleh berkira.
Berkaitan Anwar pengkhianat bangsa Melayu ini kata TGNA-"Kenapa nak serang batang tubuh orang.Sepatutnya seranglah dasar PKR. Saya rasa malu dengan orang Melayu sekarang yang menyerang batang tubuh orang."-mStar online
Bila TGNA kata pergi jahanam Umno, Najib minta TGNA kena jaga hati Umno jika nak kerjasama antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.TGNA tak kata kat individu Umno pergi jahanam, tapi ramai orang Umno dan pengulas politik pro Umno kata tak patut TGNA kata begitu. Tapi bila pemimpin Umno kata kepada pemimpin Melayu yang bukan daripada gerombolan Umno sebagai pengkhianat bangsa Melayu itu tidak mengapa.
Permatang Pasir:Majoriti Pas Kekal atau Berkurang?
Walaupun Dun Permatang Pasir dikira selamat untuk Pas menang kerana dah 3 penggal kuasai dun tersebut tapi dengan asakan Umno yang berterusan, Pas mesti kerja kuat untuk hadapi Umno yang sudah tentu berusaha untuk menang demi maruah PM Najib dan Satu Malaysia tajaan Najib yang nampaknya dah mula berjaya kelabukan rakyat dengan gula-gulanya itu.
Umno mau menang di Permatang Pasir kerana dah 6-0 Umno-bn kena dengan Pakatan Rakyat dalam prk di Semenanjung. Untuk jadikan 7-0 di Permatang Pasir rasanya tidak sukar tapi mainan politik Umno yang adu dombakan Isu Melayu adakah pengundi Dun Permatang Pasir akan termakan untuk beralih arah kepada Umno.
Pengundi ahli Pas dan penyokong Pas dijangka kekal tapi adakah pengundi Cina dan India di sekitar 25% lebih akan beralih arah kepada BN di Permatang Pasir. Adakah isu arak di Selangor dan isu Kg Buah Pala boleh jejaskan majoriti yang Pas dapat dalam pru-12 yang lalu?
Selasa, 11 Ogos 2009
Anwar Pengkhianat atau Umno Takut Anwar?
Tahun lepas selepas parti2 Pakatan rakyat menang selesa di 5 negeri, Anwar telah buat pengumuman bahawa Ahli2 Parlimen daripada Sabah -Sarawak akan menyertai Pakatan Rakyat untuk bentuk kerajaan baru pada 16 September tapi tak jadi telah berjaya menggayatkan Umno-Bn walaupun 'gempar keling' itu hanya sandiwara.
Dulu zaman Tun Mahathir jadi PM, telah menyedari akan kemaraan Anwar untuk jadi PM, tapi mainan politik Tun yang 'hebat' telah berjaya menghancurkan karier politik Anwar dalam Umno dengan memenjarakan Anwar di Sungai Buluh.
Mungkin Muhyidin menyedari tuduhan liwat keatas Anwar jika ditolak Mahkamah pengaruh Anwar akan menjahanamkan Umno, dengan itu Muhyidin jadikan isu Anwar pengkhianat Melayu sebagai senjata untuk dipertaruhkan supaya orang2 Melayu mempercayainya.
Umno juga dalam diam2 rupa-rupanya sedang berkocak teruk di Kelantan dengan apa yang terjadi dalam Umno Bahagian Rantau Panjang apabila Mensyuarat UMNO Bahagian Rantau Panjang berpecah dua.Satu bahagian mensyuarat 'di dapur' dan satu bahagian lagi mensyuarat 'di atas tangga'.Daripada buka pekung Umno yang dah bernanah itu lebih baik Muhyidin kata Anwar pengkhianat Melayu ada juga cara nak 'cover line' Umno yang berkocak di Kelantan.
Umno jangan takut kepada Anwar nanti jadi Syirik namanya..
Mana Lagi Teruk Pengkhianat Melayu Atau Pengkhianat Agama?
Aku sikit pun tak hairan dengan sikap dan perangai Umno terhadap Anwar Ibrahim dan aku bukan penyokong Anwar Ibrahim, tapi apa yang rasanya tak patut keluar daripada mulut seorang TPM telah jadi ikutan umno bawahan tanpa asas dan bukti kuat Anwar seorang pengkhianat bangsa Melayu. Bagi aku soal Melayu no 2 soal Islam no 1. orang no 1 benci dan meluat kepada Anwar ialah Tun Mahathir.
Antara pengkhianat bangsa Melayu dengan pengkhianat agama Islam mana lagi teruk? Perjuang bangsa , perjuang Assobiyyah dok kira lawan berkelai dan dabik dada kata Umnolah pejuang bangsa, pejuang Melayu tapi nak tukar PPSMI kembali kepada Bahasa Melayu pun kena tunggu sampai tahun 2012.Orang yang nak pertahan Bahasa Melayu kena sembur gas pemedih mata sampai muntah dan pengsan. A . Samad Said, Sasterawan Negara yang kena gas pemedih mata ketika demo PPSMI berkata- " Ooo macam ni rupanya nak pertahankan bahasa Melayu.
Pengkhianatan Umno terhadap agama, terutamanya dalam bab Murtad amat mengecewakan. Tidak ada undang2 yang tegas yang boleh dicabar oleh orang bukan Islam dalam isu murtad. Undang2 pencegahan Murtad amat longgar dan ini yang patut dibimbangkan oleh Umno bukan dok kira isu Melayu saja sampai tak kering gusi dok tempik Satu Malaysia Umnolah pejuang Melayu, tapi dalam masa yang sama dah ada orang Melayu mula suka ke gereja dan kuil. Apa Umno kata bab Murtad? Tak ada.Orang yang perjuangkan Murtad dituduh perkauman pula.
Begitu juga dengan Isu Hudud yang diluluskan oleh DUN Kelantan.Apa Umno kata dengan Hudud? Itu Hudud Pas bukan Hudud yang betul. Melayu apa macam ni kalau sanggup permainkan agama sendiri.Di Kelantan kerana tak dapat laksana Hudud kerana Umno-bn tentang di peringkat Kerajaan Pusat, hanya ada Hari Hudud setiap tahun. Melayu apa perlekeh agama sendiri?
Dulu Tunku Abdul Rahman tubuh Perkim bertujuan untuk bantu saudara baru yang peluk Islam, tapi sekarang apa jadi dengan orang yang peluk Islam. Masuk Islam lepas tu kembali kepada agama asal, ada yang jadi peminta sedekah kerana tidak ada bantuan yang sewajarnya. Masuk Islam tapi cara hidup macam agama asal. Oleh kerana mereka bukan Melayu walaupun Islam tidak ada rasa nak tolong saudara baru ni.
Pas Selangor yang menentang penjualan arak di tempat yang majoriti Islam dinaik kain rentang yang kata "Dulu Takbir sekarang Take Beer", nak politik kan pula isu arak. UMNO perli lagi, Melayu apa macam ni. Umno khianat tak habis-habis kalau pasal agama. Umno sanggup pertahan Melayu tapi Agama tergadai tak rasa apa.
Umno pernah gelar orang yang perjuangkan Islam dalam Pas sebagai Komunis, Parti Ajaran Sesat dan Penderhaka semata-mata nak kaut politik murahan.
Peduli apa aku nak kata apa pun dekat umno, memang itu pun yang Umno kata kat Pas dan orang yang perjuang agamaBerapa sen sangatlah nilai Melayu di Akhirat kelak?Berapa sangatlah nilai Tok Mufti dan ulama yang berdiam diri atas kesilapan Umno di hadapan Allah Taala di Padang Mahsyar?