Isnin, 31 Ogos 2009

Satu Malaysia Minyak Naik

Pihak kerajaan Malaysia telah umumkan kadar baru harga petrol bagi kegunaan rakyat Malaysia.

Ron 97 daripada rm 1.80 telah naik kepada rm 2.05
Ron 95 (dulunya Ron 92) daripada rm1.75 telah naik kepada rm 1.80.

Ron 97 adalah minyak gred tinggi sementara ron 95 adalah minyak berkualiti rendah.
Dicelah -celah keperitan rakyat yang bergelut dengan keadaan ekonomi yang tak menentu Kerajaan Malaysia sempena menyambut kemerdekaan negara yang ke-52 telah menghadiahkan kenaikkan harga minyak kepada Satu Malaysia , Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Tahniah Kerajaan Malaysia!

Walaupun atas apa alasan sekalipun yang menanggung beban adalah rakyat, Menteri suruh rakyat pakai minyak murah sementara pemimpin negara pakai minyak berkualiti tinggi, isilah minyak penuh tangki pun sebab percuma, petrol pemimpin kerajaan rakyat yang bayar apa nak dikisahkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan