Jumaat, 28 Ogos 2009

MCA Berpecah Umno Bertambah Goyang

Seandainya pru diadakan sekarang atau hujung tahun ini kedudukkan Umno-BN pasti akan bertambah tenat dengan apa yang berlaku dalam parti MCA dan Umno itu sendiri yang belum pulih untuk dapat semula sokongan rakyat.

Pemecatan Dr Chua Soi Lek daripada menjadi ahli MCA telah menyebabkan orang Cina dalam MCA sendiri hilang keyakinan kepada parti Cina itu. Orang2 Cina pasti akan memberi undi protes secara senyap kepada parti2 dalam Pakatan Rakyat sebagai bantahan keputusan Presiden MCA, Ong Tee Kiat memecat Chua Soi lek.

Jika ini berlaku kedudukkan Umno sendiri tidak mustahil akan jadi pembangkang di peringkat kerajaan pusat. Dalam keadaan sekarang pun Umno yang tewas dalam prk sebanyak 7-0 dah jadi tak ketawan hala, apatah lagi dengan perpecahan dalam parti MCA yang jadi rakan karib Umno sejak sekian lama, sudah tentu Umno amat bimbang sekarang.

Presiden MCA, Ong Tee Kiat yang didakwa terima wang RM 10 juta daripada CEO Kuala Dimensi Sdn Bhd tidak didakwa tapi Chua Soi Lek pula yang terima nasib buruk dalam MCA. Kata Dr Chua Soi Lek- "Jika terdapat peruntukkan hukuman mati, saya pasti lembaga disiplin tidak teragak-agak untuk cadangkan saya dihukum gantung. Sebab saya perlu dipecat adalah jelas."- bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan