Khamis, 27 Ogos 2009

Dr Hatta menang kes: Pengajaran buat PDRM

Harakahdaily melaporkan Dr Hatta dan dua rakannya telah menang kes saman polis kerana menangkap beliau dan rakannya di premis persendirian dalam satu ceramah di markaz Pas Muazzam Shah kerana tidak ada permit.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mariana Hj Yahya di Mahkamah Tinggi Kuantan, berkata penahanan Dr hatta dan dua orang Pas tidak sah dan langgar perlembagaan Malaysia serta meminta gantirugi ditaksirkan kepada ketiga-tiga di hadapan mahkamah dalam masa terdekat.

Pada 10 Jun tahun 2000 pihak polis diketuai oleh Ketua Polis Daerah Rompin, Hanafi bin Hj Daud telah menahan Dr Hatta di Markaz Pas Muazzam Shah dan dilokap 12 jam.

Kata Dr Hatta-" Kes ini jadi landmark(mercutanda) dalam kes sivil dan beri dorongan kepada petugas Pas dan parti bahawa di mana2 premis kita, kita boleh buat ceramah dan tidak perlu sebarang permit dengan syarat ianya tidak mengancam keselamatan negara."-harakahdaily

"Polis ni kadang-kadang kita bagi penjelasan pun dia tak mau dengar. Heret kasar, tarik tanpa kasut, gari tak benar pakai baju dalam lokap aibkan kan orang. Kita tak boleh biarkan semua ini berlaku atas benda yang belum tentu langgar undang-undang jadi polis perlu ambil pengajaran." kata Dr Hatta-harakahdaily

Polis yang jadi penguatkuasa undang-undang sepatutnya dah reti dan faham semua ni , tapi apa boleh buat kuasa ada di tangan mereka...Semasa demo GMI 1 ogos lalu baju Dr Hatta koyak rabak kena tarik...Himpunan aman sememangnya sah disisi perlembagaan, tapi himpunan yang aman bertukar kelam kabut apabila pihak polis dan FRU sembur air gatal 'water canonn', tembak gas pemedih mata dan bom asap kepada penunjuk perasaan tanpa ada belas kasihan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan