Selasa, 18 Ogos 2009

Umno Mau Syurga Tapi...

Isu Syurga muncul ketika prk Permatang Pasir bermula apabila media pro-Umno tuduh TGNA kata 'Ahli Umno tidak masuk Syurga'.

Maka melatahlah Muhyidin Yasin, Menteri Jabatan Perdana Menteri iaitu Jamil Khir Baharom supaya Majlis Fatwa Kebangsaan buat keputusan kononnya apa yang diucapkan TGNA itu boleh pecahkan orang Melayu dan Islam. TGNA dah nafi keluar kata2 tersebut.

"Orang yang asingkan Islam dan iman tak masuk Syurga. Islam sahaja tapi tak ada iman.Benda ni dah wujud sejak zaman Nabi Muhammad lagi, contohnya Abdullah bin Ubai."-kata TGNA

Umno mau kepada Syurga Allah tapi adakah Umno dah buat jalan2 nak menuju kepada Syurga Allah? Yang banyak Umno buat ialah syurga dunia untuk melekakan umat Islam dengan hiburan yang tiada batasan, terkinja2 anak Melayu Islam dengan konsert2 yang melalaikan manusia daripada mengingati Allah.

Umno mau kepada Syurga Allah, tapi mengapa Umno tolak pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah dan Hukum Hudud yang diluluskan oleh DUN Kelantan?

Umno mau kepada Syurga Allah tapi pemimpin umno tambah lesen judi di Bukit Tinggi. Adakah menambah lesen judi sedia ada boleh bawa Umno ke Syurga?Dapat pahala ka tambah lesen judi?

Umno mau kepada Syurga Allah tapi pemimpin umno hina janggut Nabi Muhammad SAW kononnya Nabi tak cukur janggut kerana tidak ada pisau cukur.Adakah menghina Nabi boleh bawa ke Syurga?

Umno mau kepada Syurga Allah tapi pemimpin Umno kata daripada ambil batu buat baling penzina lebih baik dibuat jalanraya.Boleh masuk Syurga ka cakap macam tu?

Umno mau Syurga Allah tapi siapa yang cakap kalau nak makan sup tangan sila ke Kelantan?Menghina hukum Islam adakah boleh bawa ke Syurga?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan