Ahad, 9 Ogos 2009

Umno Jadi Pengkhianat Melayu Paling Utama

Tuduhan Anwar Pengkhianat Bangsa Melayu oleh TPM, Muhyidin Yasin mendapat sokongan padu ahli2 Umno dan penyokong Umno, sehingga menyebabkan Anwar ambil langkah untuk saman Muhyidin Yasin atas tuduhan yang tak berasas itu.

Inilah sikap pemimpin Umno apabila orang Melayu yang tak sokong Umno, dianggap penderhaka dan pengkhianat bangsa Melayu, tapi jika memuji Umno berada dibawah ketiak Umno akan dianggap sebagai wira dan penyelamat bangsa Melayu.

Zahid Hamidi yang jadi Menteri Pertahanan memuji " 7 Wasiat Raja-Raja Melayu' yang kononnya merupakan amaran terakhir kepada orang Melayu supaya mengkaji kedudukan dan taraf umat Melayu sekarang yang kononnya dah jadi cacamerba.Adakah betul hanya pemimpin Melayu yang tidak menyokong Umno boleh digelar pengkhianat Melayu? Umno cuba mengalih isu kepada pemimpin Melayu yang tidak berada dalam Umnolah punca Umat Melayu berpecah belah, bukannya Umno

Sikap Umno yang menganaktirikan orang2 Melayu yang tidak menyokong Umno bermula di peringkat kampung lagi hinggalah ke peringkat negeri yang di kuasai Pas dan Pakatan Rakyat adalah jelas bahawa siapa sebenarnya yang jadi pengkhianat paling utama kepada orang Melayu.

Kerajaan Pas Kelantan bersama Ahli Parlimen terpaksa meredah Laut Cina Selatan selama 12 jam dengan ombak yang menggulung2 untuk tengok pelantar minyak yang diterokai Petronas, samaada carigali minyak itu memang berada dalam perairan laut Kelantan atau tidak.Tujuan mereka tidak lain hanya untuk tuntut royalti minyak daripada Kerajaan Persekutuan untuk kesenangan rakyat Melayu-Islam Kelantan juga yang tidak dibayar macam lain2 negeri yang ada minyak di Malaysia.Hanya semata-mata Kelantan di perintah oleh Melayu Pas lah Kelantan tidak dapat royalti minyak.Adakah ini tidak jadi pengkhianat Melayu namanya?

Begitu juga di Selangor yang di perintah dan di ketuai oleh Melayu Keadilan dan Melayu Pas untuk tadbir negeri Selangor, geran tahunan atau peruntukkan tahunan yang mesti dibayar oleh kerajaan persekutuan telah diberhentikan sehingga ada cadangan untuk ambil duit Baitulmal untuk tampung urus negeri Selangor.Sekarang di Selangor Umno wujudkan agenda 'Tawan Selangor dan Shah Alam' dan Umno bebas berceramah di dewan2 orang ramai dengan rasa muka tak malu, yang dulunya semasa Umno perintah Selangor halang Pas dan Parti Keadilan untuk gunakan dewan orang ramai, tu pun Umno tebalkan muka atau buat-buat lupa.Sekarang Umno guna ruang demokrasi yang dibenarkan oleh kerajaan negeri yang tak dibenarkan oleh Umno dulu semasa jadi pemerintah.

Hanya Melayu Umno yang layak dapat macam2 kemudahan yang digenggam oleh Umno diperingkat kerajaan Persekutuan.Pemberian permit teksi individu yang banyak dapat orang Umno, Melayu Pas dan Melayu Keadilan melopong biji mata tengok dari jauh saja.Umno tidak ikhlas dalam membantu orang Melayu maju dalam apa jua bidang yang diceburi.Bagi Umno ,Melayu Pas dan Melayu Keadilan bukan dianggap sebagai rakyat Malaysia yang sepatutnya dapat samarata macam yang Melayu Umno dapat.Sebab itu Umno di Selangor tak puas hati bila negeri Selangor terlepas kepada Pakatan Rakyat yang jadi lubuk untuk Umno kaut kekayaan negeri untuk dibedak-bedak sesama kroni mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan