Sabtu, 1 Ogos 2009

Pendatang Haram Pun Lagi Baik Dari Rakyat Malaysia

Sikap Polis dan FRU amat kejam terhadap rakyat tempatan yang buat demontrasi aman, mereka datang tanpa upah, tanpa disuruh, guna duit tambang sendiri tanpa meminta satu sen pun daripada GMI, tapi mereka datang berdemo GMI semata -mata memikirkan nasib para Tahanan ISA yang merengkok dalam penjara Kamunting sampai 8 tahun tanpa bicara minta dibebaskan , jika bersalah bawa mereka ke Mahkamah untuk dibicara dan di adili , tu saja!

Tapi apa yang mereka dapat? Hanya semburan gas pemedih mata dan air 'water canon' yang gatal dan pedih untuk dibawa pulang. Nasib mereka lebih teruk daripada pendatang haram yang berjuta dalam Malaysia yang tak dilayan seperti para pencinta keadilan ini.Nasib pendatang haram lebih baik layananya daripada rakyat Malaysia yang membayar cukai untuk gaji polis -FRU dan pemerintah zalim Umno-BN!

Apa beza perangai Polis dan FRU dengan nasib orang Islam URUMQI, di China yang dapat layanan buruk pihak keselamatan China? Apa beza Polis -FRU Malaysia dengan perangai buruk rejim Yahudi terhadap umat Islam Palestine? Apa beza perangai Polis-FRU Malaysia dengan perangai kejam tentera dan Polis Thailand terhadap umat Islam di Selatan Thailand?

Rakyat Malaysia datang demo tanpa senjata hanya kerana ruang berhimpun dibolehkan oleh Perlembagaan Malaysia takkan tu pun tak boleh. Sempitnya ruang demokrasi di Malaysia, lebih sempit daripada LUBANG JARUM!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan