Khamis, 30 September 2010

Dok tunjuk rakyat Kelantan miskin rakyat Negeri 9 makan telor katak dan berudu

Baru beberapa hari Allahyarham Che Hashim Sulaima adun Galas meninggal dunia RTM 1 dan TV3 dah mula tunjuk rakyat Gua Musang dalam DUN Galas hidup miskin, nasib mereka tak terbela. Shafie Apdal Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pun tumpang sekaki dalam RTM 1 dok minta geran tanah daripada Kerajaan negeri Kelantan untuk penduduk dalam dun Galas. Kata Shafie Apdal wakil 'bidan terjun' , "Duit dah bayar geran tak dapat." Tu antara kelaku pemimpin Umno dan media yang mereka kuasai setiap kali ada pilihanraya.Jangan terkejut ...

Dalam dok kalut-kalut tayang rakyat Kelantan miskin terbaca berita Bernama yang dipetik Utusan Malaysia Online media Umno yang 'anti judi' melaporkan 50 Keluarga Termakan Telor Katak?;

JEMPOL 29 Sept. - Seramai 50 keluarga yang kebanyakannya penoreh getah di Ladang Sebaling terpaksa menerima hakikat kemungkinan terminum dan termakan telur katak atau berudu.

Ini disebabkan mereka dibekalkan dengan air dari satu kawasan paya yang terletak di pinggir hutan tidak jauh dari kawasan penempatan ladang itu, yang pemprosesan airnya dilakukan oleh pekerja Indonesia yang bertugas menjaga alat pam dan rumah rawatan air yang sudah usang.

M. Kalimmah, 52, berkata, mereka dibekalkan air percuma tetapi kualitinya tidak dijamin bersih.

"Ia kotor dan kadang-kala berwarna coklat. Kalau musim hujan lagi teruk, ia akan berlumpur dan pernah keluar anak berudu dari paip rumah saya," katanya kepada Bernama.

Beliau yang berpendapatan RM600, kurang senang dengan bekalan air di situ walaupun rumah yang disediakan kepada mereka oleh pihak ladang agak selesa.

K. Sivakolunthu, 62, sanggup menunggang motosikal setiap hari untuk ke Ladang Geddes berhampiran bagi mendapatkan bekalan air yang lebih bersih.

"Setiap hari saya kena bawa balik air paip dari Ladang Geddes dalam tiga bekas botol besar. Saya tidak boleh minum air di rumah ini, ianya berbau dan ada banyak mendapan," katanya.

Beliau sudah lapan tahun tidak menggunakan air di rumahnya untuk minum tetapi isterinya terpaksa menggunakan air di situ untuk memasak, mandi dan mencuci.Seterusnya Bernama melaporkan;

"Jika ada kelahiran bayi, bayi itu terpaksa minum susu yang dibancuh dengan air dari paya," kata seorang ibu yang enggan dikenali.

Baca semua klik tajuk di atas.

Ingatkan termakan telor ikan buntal, ikan temakul rupa-rupanya termakan telor katak.

PRK Dun Galas:Muhyidin letak batu di bahu Ku Li untuk digalas

Tengku Razaleigh Ketua Umno Gua Musang yang juga ahli parlimen Gua Musang (Umno-Bn) tak boleh nak elak bila Umno Pusat telah lantik beliau jadi Pengarah Pilihanraya Kecil BN di Dun Galas yang juga dalam kawasan Parlimen beliau. Timbalan Presiden Umno awal-awal lagi serah kuasa kepada Ku Li dalam prk Dun Galas.

Walaupun Ku Li melawan Umno parti beliau sendiri dalam isu tuntutan royalti minyak Ku Li terpaksa akur bila dilantik sebagai 'kepala perang' di Dun Galas yang sudah tentu pertandingan satu lawan satu antara dua parti Melayu terbesar iaitu Umno-Pas. Adakah Ku Li tetap menjadi 'Ghurka Umno' bila Muhyidin Yaasin letakkan 'batu' atas bahu Ku Li untuk digalas? Kalau menang pun Ku Li galas kalah pun Ku Li galas.

Kata Ku Li seperti yang dilaporkan media Umno Utusan Malaysia Online mengenai perlantikan beliau;

“Pelantikan ini merupakan satu penghormatan kepada saya dan kita akan menyusun strategi terbaik untuk mengambil semula kerusi ini.

‘‘Pas hanya sekali menang di DUN Galas iaitu pada pilihan raya umum lepas disebabkan gelombang yang melanda seluruh negara,” katanya yang kini berada di London ketika dihubungi Utusan Malaysia .

Ini merupakan kali pertama Ketua UMNO Bahagian diberikan tugas sebagai pengarah jentera bagi sepanjang siri pilihan raya kecil yang berlangsung selepas Pilihan Raya Umum Ke-12-Utusan Malaysia Online.

Kata Ustaz Idris Ketua Penerangan Pas Pusat mengulas perlantikan Ku Li sebagai Pengarah PRK Dun Galas untuk Umno-Bn;

“Ianya umpama kata dua kepada beliau, sama ada berjuang untuk rakyat atau berjuang untuk kepentingan Umno,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Begitupun, ujarnya, PAS yakin Tengku Razaleigh tahu membuat keputusan dan tahu jika Umno menang di Galas, belum tentu royalti minyak Kelantan akan dipulangkan.

Tambahnya, PAS tiada masalah jika beliau menerima perlantikan itu tetapi mahu Razaleigh menggunakan peluang itu untuk terus memperjuangkan royalti minyak Kelantan.

“Jika dalam PRK nanti isu royalti dibangkitkan, rakyat pasti tertanya-tanya, apa pula yang Tengku Razaleigh akan ucapkan?

“Sanggupkah beliau untuk menyanggah hujah Umno BN demi kepentingan rakyat nanti,” soalnya.

Justeru itu, katanya PAS menyeru agar Tengku Razaleigh mengisytiharkan keluar Umno dan menyertai PAS jika benar beliau berjuang untuk rakyat Kelantan.

Tambahnya, sebelum ini di Manek Urai, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dilantik sebagai pengarah PRK namun gagal merampas kerusi berkenaan yang kekal di tangan PAS.

Akibat kegagalan itu, katanya, Mustapa dinafikan hak untuk menjadi Pengarah Pilihan raya Dun Galas walaupun beliau adalah pengerusi perhubungan negeri dan menteri Umno yang banyak menafikan hak royalti Kelantan.-Harakahdaily.

Walau apa pun Ku Li tetap Umno dan pihak yang menentang Umno kena lawan ! Kalah menang belakang kira lawan dulu.Demi amar maaruf nahi mungkar kot mana pun kena lawan Umno.Bukan lawan bertumbuk lawan dalam pilihanraya.

Rabu, 29 September 2010

Petik gitar tepi telinga kerbau



Gambar sebelah daripada Utusan Malaysia Online sekumpulan orang Melayu pulangkan wang ehsan kerajaan negeri Pulau Pinang kerana depa kata duit tu duit judi percaya pemimpin Umno gelembong Satu Malaysia.Jaga-jaga sikit pak long-mak long oiii nanti tong duit tu ke mana duit tu ke mana!Yang kata duit judi tu pakat telan habis lama dah duit yang ganti tu duit yang mana pulak?Baca di sini.

Kesian tengok warga emas pak long -mak long kena tipu bulat-bulat dengan Umno.Ada yang sampai nak kikih-kikih lidah depa , yang jolok-jolok kerongkong pun ada tengok dalam tv nak bagi muntah sebab kononnya termakan duit hasil judi! Kata salah seorang 'mangsa' yang kena tipu dan termakan cakap Umno;

Seorang daripada mereka, Saidin Chik, 72, berkata, dia bertindak demikian selepas mendengar laporan media bahawa wang ihsan tersebut dipercayai datang dari sumber tidak halal.

"Pak cik terima wang RM100 dalam tahun ini, bila dengar di televisyen dan baca di akhbar yang wang berkenaan dari sumber judi, terus rasa sebak dan terkilan dengan kerajaan negeri.

"Kami tiap-tiap hari melakukan ibadat tiba-tiba dapat duit dari sumber haram dan gunakannya untuk perbelanjaan... apa jadi dengan amalan kami, kerajaan negeri tak patut buat macam ini,” katanya kepada pemberita di sini.-Utusan Malaysia Online.

Tadi dok sembang-sembang dengan sedara dalam telefon dia kata kat aku, "Aku nak habaq kat hang aku kesian dengan orang-orang Melayu yang ditipu Umno depa percaya bulat-bulat apa saja pemimpin Umno cakap. Lain daripada pemimpin Umno cakap depa tak percaya , cakap Umno saja yang depa percaya."

"Mai lah ustaz mana pun, golongan pensyarah ka, engineer ka mampoih depa tak percaya. 'Kitab' depa Utusan Malaysia nak buat lagu mana. Kalau hang sembang dengan depa dia buat tak reti ja , dia belek suratkabar Utusan daripada muka depan sampai belakang patah balik lepas tu dia akan kata haaa tengok ni Reezal Merican kata ni betoii..Hang petik la gitar menyanyi lagu sedap tara mana pun dia buat tak reti ja macam petik gitar tepi telinga kerbau! Sedap macam manapun kerbau kira nak berkubang ja." Baca di sini, sini dan di sini.



Kertas siasatan BPR sahkan Adun Kulim ditawar RM 5juta






Raja Petra Kamarudin melalui blognya Malaysia Today (Klik) hari ini mendedahkan satu kertas siasatan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR), kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengesahkan dakwaan Adun Kulim beliau ditawar RM5 juta untuk lompat parti adalah benar. Klik imej sebelah untuk lebih jelas yang dicopy daripada blog Malaysia Today.

Dalam postingnya hari ini, Raja Petra menyiarkan 'Laporan Siasatan Awal' BPR (kini SPRM) cawangan Seberang Perai Aduan no 11/2008 yang dibuat oleh YB Lim Soo Nee (gambar), Adun Kulim dari PKR yang dinamakan sebagai A1.

Laporan itu mendedahkan sasaran siasatan mereka adalah bekas Menteri Besar Kedah, Mahazir bin Khalid yang dinamakan sebagai B1 dan dan orang tengah Tan Yak Siew yang dinamakan B2.

Di akhir laporan ini, siasatan itu mengesahkan, pada 9.9.2008 satu perjumpaan telah diadakan di Hotel Sunway, Seberang Jaya, Perai.

"Bahagian Perisikan Ibu Pejabat telah membuat satu rakaman audio dan video di bilik hotel tersebut.

"YB Mahazir Khalid yang datang berjumpa dengan A1 (Lim Soo Nee) dan mengesahkan penawaran wang itu sebanyak RM5 juta dan sekiranya A1 hendak lebih lagi, boleh berbincang dengan Datuk Seri Najib.

"A1 juga dimaklumkan, sekiranya beliau lompat parti ke BN, beliau akan mendapat beberapa projek," tulis laporan itu.

Laporan siasatan yang ditandatangani oleh Mahani binti Din, Penolong Kanan Penguasa, Badan Pencegah Rasuah Cawangan Seberang Perai itu melaporkan, Ibu Pejabat BPR (kini SPRM) akan menguruskan kes ini seterusnya.-Harakahdaily.

Judi bagi Umno umpama kentot dengan taik, minta Fathul Bari jawab

Fathul Bari Mat Jahaya ulama muda Umno yang menulis dalam Malaysiakini Royalti :Salah tetap angka doa menggambarkan apa yang yang dilakukan dan diusahakan Jawatankuasa munajat royalti yang mahu berdoa di Mekah itu sebagai Bidaah.

Perdebatan umum masyarakat mengenai kerja-kerja bidaah dalam ibadat tak pernah habis dan tiada kesudahan terutamanya bidaah dalam ibadat solat dan di luar ibadat solat seperti wirid selepas solat , baca talkin , kenduri arwah, tahlil dan lain-lain lagi. Ada yang kata boleh dan ada yang kata bidaah. Hujah paling mujarab ialah Nabi SAW tak buat, tak ada dalam Quran dan Hadis.Kena ikut sunnah. Tak pa la perselisihan pendapat itu perkara biasa dalam Islam.

Yang jadi musykil ialah kenapa golongan ini kalau nak tegur , tegur semua sekali bukan berpilih-pilih macam beli ikan di 'market'. Jangan bab doa pandai kata bidaah tapi bab Umn0-Bn halalkan judi , judi bola , sepatah haram tak berani ke depan kata ini kerja maksiat. Sedangkan judi jelas haram dalam Al-Quran.Nak ikut sunnah bukan takat azan sekali dalam solat Jumaat, doa sendiri selepas solat, tiada salam sesama ahli jamaah selepas solat. Bukan takat tu ja nak debat.

Tadi dok sembang ngan Mat Sabu AJK Pas Pusat. Kata Mat Sabu , " Judi bagi Umno umpama kentot dengan taik. Yang mana keluar dulu tak pa tapi dua-dua bau busuk. Minta Fathul Bari tolong jawab."

Kata Mat Sabu lagi , "Ketua Penerangan Pemuda Umno Reezal Merican Naina jangan bercakap bab judi pi kumur mulut dulu di Laut Cina Selatan baru bercakap bab judi. Ulama dalam Umno dulu keluar daripada Umno tubuh Pas kerana tidak setuju dengan Umno yang tubuhkan Loteri Kebajikan Masyarakat. Ulama sekarang masuk Umno nak cari makan."

Berkaitan;
Menjawab tulisan ulama muda Umno dalam isu 'misi munajat royalti'-Al-Bakistani

PRK Dun Galas: Ku Li dalam dilema kata Prof Aziz Bari


Ketika mengulas isu Prk ke 12 yang bakal diadakan di dun Galas prof Dr Aziz Bari mengatakan Tengku Razaleigh ahli parlimen Gua Musang yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang berada dalam situasi yang sukar kerana Ku Li dalam beberapa perkara tidak sependapat dengan pimpinan Umno Kelantan dan juga pemimpin Umno pusat dalam isu royalti minyak untuk Kelantan.

Adakah Ku Li akan jadi macam Mat Taib bekas MB Selangor dan menteri kabinet Umno-BN yang menyepi diri semasa prk Hulu Selangor? Sekarang pun Mat Taib masih berdiam diri tah apa yang tak kena dengan Umno parti perasuah ( Tun Mahathir kata Umno parti rasuah) kita pun tak tahu.

Kata prof Aziz Bari dalam The Malaysian Insider Aziz Bari: Ku Li tak tanding tapi lalui situasi sukar di Dun Galas;

Profesor A. Aziz Bari berkata, beliau melihat Tengku Razaleigh yang lebih mesra dikenal sebagai “Ku Li” akan melalui situasi sukar dalam kerjaya politiknya dalam menentukan “bakal keputusan” pilihan raya kecil itu.

Penganalisis ini menjangkakan kemungkinan itu ekoran penerimaan Tengku Razaleigh dengan baik oleh komponen dan penyokong PR khususnya PAS sejak kebelakangan, lebih-lebih dalam isu royalti minyak.

“Saya lihat memang sukar, saat paling yang susah... cukup sukar bagi beliau (Tengku Razaleigh) sepanjang kerjaya politiknya dalam persekitaran sekarang.

“Ia tidak sukar baginya jika pilihan raya kecil ini diadakan di kawasan di luar bahagian Parlimen Gua Musang atau negeri lain seperti biasa,” kata beliau merujuk kepada kedudukan DUN Galas dalam bahagian Gua Musang.

Tengku Razaleigh juga merupakan ketua Umno Gua Musang.

Aziz menambah, dalam menghadapi pilihan raya kecil ini Tengku Razaleigh perlu mengambil keputusan yang cukup “menarik” dalam menggambarkan pendirian beliau.

Sebelum ini, Tengku Razaleigh telah beberapa kali menegaskan Kelantan mempunyai hak untuk menuntut wang royalti minyak, yang dinafikan pusat dan bersedia untuk muncul di mahkamah jika pertikaian itu dibawa ke mahkamah.

Kes itu telah difailkan di mahkamah 30 Ogos lalu.

Ekoran pendirian Tengku Razaleigh itu, yang dizahirkan sejak awal tahun ini, beliau yang juga bekas menteri kewangan dan pengasas Petronas, telah berhadapan dengan tekanan segelintir pemimpin Umno agar dikenakan tindakan disiplin ke atas beliau.

Tengku Razaleigh mempertahankan pendiriannya dengan berkata beliau seorang pemimpin setia kepada Umno.

Majlis Tertinggi Umno pula telah menyerahkan kepada ahli-ahli memberikan pandangan mengenai gesaan tersebut tetapi sehingga kini tiada perkembangan susulan.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno-BN akan meletakkan pemimpin tempatan sebagai calonnya bagi pilihan raya kecil DUN Galas.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata Umno sedia mengambil langkah-langkah wajar bagi menghadapi pilihan raya kecil itu setelah tarikh pemilihan diumumkan oleh SPR.

“Malahan setelah kita dimaklumkan hal ini semalam, kita sudah mengambil perhatian. Dan seperti biasa, jika ada pilihan raya kecil, kita akan (letak) calon dan calon yang kita letak akan datang dari Gua Musang yang dipimpin oleh

Tengku Razaleigh.

“Kita akan letak calon terbaik yang akan diputuskan oleh pihak pimpinan

parti dan kita percaya Tengku Razaleigh akan membantu sebagai ketua bahagian dan Datuk Seri Mustapa (Mohamed) selaku Ketua Perhubungan (Umno Kelantan) juga akan terlibat untuk memastikan kemenangan kita dalam pilihan raya,” katanya.

Muhyiddin berkata peluang BN untuk merampas kembali kerusi tersebut adalah 50-50.

Kerusi DUN Galas kini kosong berikutan penyandangnya Che Hashim Sulaima, 46, dari PAS meninggal dunia semalam akibat kanser kolon.

Pada pilihan raya umum 2008, Che Hashim memperoleh 4,399 undi mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi. Saufi mendapat 3,753 undi.

Galas merupakan DUN yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang selain DUN Nenggiri dan Paloh.

Mengenai kenyataan Muhyiddin bahawa beliau percaya bahawa Tengku Razaleigh akan membantu kejayaan BN di Galas, Aziz menambah, ia kenyataan strategi dalam ‘memerangkap’ gerak-geri pemimpin veteran menghadapi pilihan raya kecil.-The Malaysian Insider.

Selasa, 28 September 2010

PKR Shah Alam: Rodziah tumbang ditangan Yaakob Sapari



Perebutan Ketua Cabang PKR Shah Alam dalam pemilihan yang berlangsung pada 26 september Ahad 2010 telah dimenangi Yaakob Sapari ( Adun Kota Anggerik) yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor mengalahkan Rodziah Ismail (Adun Batu Tiga) yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Yaakob Sapari mendapat 513 undi manakala Rodziah hanya mendapat 223 undi.Ketua AMK Shah Alam dimenangi Hisham Shariman yang mendapat 189 undi .

PRK Dun Galas: Umno, Pas, Polis siap sedia

Suruhanjaya Pilihanraya menyatakan PRK Dun Galas di Kelantan perlu diadakan kerana belum cukup tiga tahun daripada tarikh pru 12 yang lalu yang diadakan pada tahun 2008.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar kata "Apabila SPR terima notis rasmi, baru kita akan adakan mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil Galas. Pilihan raya kecil perlu diadakan kerana ia belum sampai tempoh tiga tahun daripada tarikh pilihan raya umum yang lalu.

"Pilihan raya kecil tidak perlu diadakan jika kekosongan berlaku selepas Mei tahun depan," katanya.Baca di sini.

Tak pa lah kalau ada prk masuk lawan ja nak kira apa. Parti-parti yang bertanding sudah tentu mahukan kemenangan. Parti yang pertahankan kerusi Dun Galas (Pas) mau menang sementara Umno yang kalah dalam pru yang lalu sudah tentu pulun hangit nak menang.

Pas kata mereka dah siap sedia, Umno kata mereka juga dah bersedia tunggu masa ja nak masuk gelanggang. Bukan takat Umno-Pas dah siap sedia malah polis pun dah bagi tau awal-awal lagi bersedia untuk hadapi prk Dun Galas.

Kerusi Dun Galas harus diingat Umno pernah menang pada tahun 2004 dan tahun -tahun pilihanraya sebelumnya.Dun Galas terletak dalam Parlimen Gua Musang (Ku Li Umno-Bn) yang mahukan kerajaan pusat bayar royalti minyak kepada kerajaan negeri Kelantan.

Pertubuhan Perkasa tak mau ka masuk gelanggang dalam prk Dun Galas? Jangan dok deras kot luar saja ! Blogger Penarik Beca cadangkan Brahim Ali jadi calon Perkasa di Dun Galas buktikan 'keperkasaan' di kalangan orang Melayu.

Umno Kelantan menari-nari ikut rentak Mahathir dan Brahim Ali


Bila baca laporan AGM :Umno Kelantan bawa isu 'Melayu hilang kuasa ' menggambarkan tak ada apa lagi yang mampu dilakukan Umno Kelantan selain menjadi 'pak yet' kepada Ibrahim Ali dan Tun Mahathir yang dah pandai pakai serban.Antara lain laporan Bernama itu melaporkan;

Umno Kelantan akan membawa isu mengenai kemungkinan orang Melayu akan kehilangan kuasa dan suara jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih pentabdiran negara dalam perhimpunan agung Umno bulan depan. Timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, Datuk Awang Adek Hussein berkata peringatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai perkara itu perlu dipandang serius dan diketengahkan. Oleh yang demikian, Umno Kelantan akan mengadakan konvensyen pada 15 Oktober bagi membincangkan topik itu dan mengeluarkan resolusi untuk dikemukakan kepada Umno pusat untuk dibincangkan dalam perhimpunan agung parti nanti, katanya kepada pemberita di Bachok hari ini.-Bernama/Malaysiakini.

Di Kelantan bukan Melayu yang hilang kuasa tapi Umno sejak 20 tahun yang lalu. Yang perintah Kelantan ialah juga orang Melayu sama macam Awang Adek cumanya daripada Pas parti yang berbeza ideologi dengan Umno.Kuasa Melayu tak hilang di Kelantan cuma yang hilang ialah royalti minyak, sekatan pembangunan yang dizalimi Umno-Bn diperingkat pusat yang juga ditunjangi orang Melayu Umno.

Kerajaan Pusat Umno-Bn boleh bagi wang kepada APCO talibarut Yahudi Laknatullah RM77 juta daripada menolong rakyat Kelantan yang juga Melayu macam Umno!

Isnin, 27 September 2010

Adun Pas Galas Che Hashim meninggal dunia


Ahli Dewan Undangan Negeri Galas Che Hashim Sulaima yang menghidap kanser usus meninggal dunia di Pusat Perubatan Kg Baru di sini petang ini.

Allahyarham Che Hashim menghembuskan nafas terakhir kira-kira 4.25 petang, kata Naib Yang Dipertua PAS Gua Musang Hussin Embong kepada The Malaysian Insider.

Semoga Allah tempatkan beliau disisi orang-orang yang beriman dan diampunkan segala dosa beliau.Takziah buat keluarga Allahyarham.

Berkaitan;

Adun Galas meninggal dunia-Malaysiakini

Adun Galas kembali ke rahmatullah-Harakahdaily

Adun Pas Galas meninggal dunia , pilihanraya kecil ke 12- The Malaysian Insider


Keputusan Muktamad PKR Kota Raja ,Xavier Dan Shuhaimi Menang

Berikut keputusan Pemilihan PKR Kota Raja yang bergelora dan kecoh akhirnya dimenangi oleh Dr Xavier Jayakumar (Adun Sri Andalas) selaku Ketua Cabang Kota Raja dengan 883 undi. Lawan beliau Kotapan 145 undi dan Telai 138 undi.Undi rosak 31 undi.

Manakala bagi Timbalan Ketua Cabang dimenangi Shuhaimi (Adun Sri Muda) dengan undi sebanyak 807 undi menewaskan pencabarnya Kapten Shaari 130 undi dan Stephen yang dapat 194 undi. Undi rosak 29 undi.

Ketua AMK Kota Raja dimenangi Azmizam yang dapat 288 undi manakala pencabarnya hanya dapat 77 undi. Undi rosak 13 undi.

Pemilihan PKR Kota Raja Kecoh,Baling Kerusi!


Daripada maklumat yang diperolehi pemilihan pimpinan baru PKR semalam (26-9-10) Cabang Kota Raja kecoh dan berlaku pergaduhan . Pertandingan jawatan utama Ketua Cabang Kota Raja dan Timbalan Ketua Cabang Kota Raja libatkan petandingan tiga penjuru.(Gambar sebelah banner gergasi senarai calon Cabang Kota Raja ).

Lawan Dr Xavier (Adun Sri Andalas) untuk jawatan Ketua Cabang Kota Raja S. Kottappan dikatakan menimbulkan kekecohan dengan menendang pintu Dewan Bukit Naga yang dikunci setelah keadaan tidak dapat dikawal sambil menjerit batal! batal!

S. kotappan yang menimbulkan rasa tidak puas hati telah dibaling dengan kerusi dan alami kecederaan.

Seorang pegawai IT Dun Sri Muda pulak dikatakan ditendang hingga jatuh dalam longkang. Peti-peti undi pulak terpaksa dibawa ke ibupejabat Keadilan untuk dikira. Sehingga berita ini ditulis keputusan belum habis dikira.Baca juga di sini.

Baca juga ;
Dr Xavier menang Ketua Cabang 'panas' Kota Raja , undi masih dikira-The Malaysian Insider
Pemilihan Cabang: Ahad penuh kecoh , malukan PKR-The Malaysian Insider
Kecoh , pemilihan 7 cabang PKR ditangguh-Malaysiakini

Ahad, 26 September 2010

Najib lulus lesen kasino di Sabah?

Sejarah telah membuktikan bahawa bangsa Melayu dan agama Islam di negara ini menjadi lemah akibat dasar Umno yang sekular dan tidak mahu mengambil cara hidup Islam sebenar.

Menurut Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail, dua hujah dan fakta mudah yang jelas menyokong dakwaan tersebut adalah berhubung isu melulusakan lesen judi, dan menyekat bantuan dan peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Berucap pada satu majlis ceramah di sini malam semalam beliau berkata, terbaru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pula didakwa meluluskan cadangan membina sebuah kasino di Sabah sebagai sebahagian daripada ETP (Program Transformasi Ekonomi).

Kasino itu dikatakan sebahagian projek pelancongan hijau di Karambunai yang turut membabitkan pembinaan pusat rekreasi air atas tapak 500 ekar dan dicadangkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), sebuah unit di bawah Jabatan Perdana Menteri.

"Baru ni kita dah lawan dah judi bola yang diluluskan pada zaman Tun Dr Mahathir, sekarang Najib lulus pulak lesen kasino di Sabah.

"Adakah yang lulus ini Guan Eng, Kit Siang, Karpal Singh atau Tian Chua? Yang lulus ini adalah Umno, maka Umno lah yang merosakkan Islam dan menodai kesucian Islam," katanya yang juga Setiausaha Agung PKR.

Hujah kedua, jelasnya adalah berhubung penarikan semula bantuan kepada SAR yang juga dibuat pada zaman Dr. Mahathir yang didakwa terpengaruh dengan pidato Presiden Amerika pada waktu itu, George Bush.

Bush dalam pidatonya pada satu ketika dulu mengkritik sekolah agama di Pakistan yang didakwa sebagai tempat melahirkan pengganas yang kemudiannya turut dipercayai Mahathir.

Mahathir kemudiannya bertindak mengarahkan kerajaan menarik balik peruntukan kepada SAR.

"Yang tarik bukan Guan Eng, Kit Siang, Karpal Singh atau Tian Chua, tetapi yang tarik peruntukan dan bantuan SAR tempat anak kita kenal Allah, kenal Rasul, kenal al-Quran kenal adab, adalah pemimpin Umno," katanya.

Dalam pada itu beberapa pihak telah mendesak Najib menjelaskan kebenaran dakwaan bahawa kerajaan akan membina kasino di Sabah tersebut.

Mereka berpendapat, rakyat berhak untuk mengetahui hala tuju negara ini yang dilihat gemar mempopularkan judi.-Harakahdaily.

Timbalan Presiden Umno dan Ketua Penerangan Pemuda Umno Reezal Merican Naina awat diam?Tak mau siasat ka , tak jadi subahat ka?

Sabtu, 25 September 2010

Laa takkan Reezal Merican Naina dan Muhyiddin tak tau Umno-Bn lulus lesen judi?


Ketua Penerangan Umno, Reezal Merican Naina kata Kerajaan Negeri Pulau Pinang guna duit kelab lumba kuda untuk diberikan kepada rakyat negeri Pulau pinang yang miskin. Melayu miskin di Pulau Pinang sebanyak 90 peratus dan lain-lain kaum 10 peratus.Sebelumnya Reezal kata kerajaan negeri Pulau Pinang guna duit judi untuk bagi kepada orang Islam di Pulau Pinang . Mana satu betoi?

Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yasin turut minta Lim Guan Eng nafikan tuduhan Pemuda Umno guna duit judi tolong orang miskin di Pulau Pinang.LGE kata tuduhan Umno itu sebagai bohong .Kata Muhyiddin, “Kita mahukan respons daripada Ketua Menteri Pulau Pinang, kerana prinsipnya kena ikhlas. Kalau sumber (wang) itu daripada sumber haram, kita Muslim tidak mahu bersubahat,” katanya. Baca di sini.

Bagaimana pulak dengan Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab luluskan lesen judi? Adakah Muhyiddin tidak tahu, Rezaal Merican tidak tahu semua lesen judi diluluskan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Malaysia. Tak subahat ka semua menteri kabinet yang beragama Islam sokong lesen judi diluluskan?Umno tak subahatka?UlamaUmno tak subahatka? Sebelum berlangsung Piala dunia 2010 yang lalu PM Najib luluskan lesen judi bola, awat Reezal Merican tak kata apa pun kat PM Najib?

Bagi kita yang haram tetap haram yang halal tetap halal.

Berkaitan;
Umno patut malu , mereka lulus lesen judi-Harakahdaily.

Mahathir macam raja lawak Astro

Peringatan Tun Dr Mahathir Mohamad kepada orang Melayu bahawa mereka akan kehilangan kuasa dan 'suara' jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pemerintahan negara dianggap sebagai bahan jenaka dari seorang raja lawak Astro yang baru.

"Kenyataannya itu saya anggap sebagai kemunculan seorang raja lawak Astro baru dengan dailog jenaka dan bahan lawak yang mampu membuatkan orang ramai sama ada generasi baru atau lama ketawa hingga tidak kering gusi.

"Sesuai sangatlah dengan watak tuanya, beliau menggantikan pelawak-pelawak yang seusianya seperti Ibrahim Din, M. Zain dan 'ahli mesyuarat tingkap' lain yang telah tiada, dan kini tinggal Dr Mahathir seorang sahaja lagi," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar sinis yang ditemui pada majlis penyerahan tajaan FusionExcel International kepada Persatuan Bolasepak Melayu Kedah, petang semalam.

Sebaliknya, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena itu mendakwa, kuasa dan suara orang Melayu akan lenyap sekiranya Umno dan Barisan Nasional (BN) terus diberi peluang memerintah negara ini pada masa pilihan raya akan datang.

Menurut Mahfuz, Umno dan Barisan Nasional (BN) telah diberi peluang memerintah negara sejak 53 tahun yang lalu dan sepanjang tempoh itu, mereka terbukti gagal meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu dan sekaligus meletakkan kaum itu tertinggal jauh di belakang.

"Baru-baru ini, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Puad Zarkashi meminta kerajaan mendedahkan fakta dan kedudukan sebenar ekonomi orang Melayu yang tertinggal sejak negara merdeka dan ini bukti jelas orang Melayu jauh kebelakang apabila dari kalangan mereka sendiri yang mempersoalkannya.

"Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan sejak 40 tahun lalu juga tidak berupaya memajukan orang Melayu dan ini menguatkan lagi hujah bahawa mereka gagal membela orang Melayu.

"Apakah Umno dan BN nak minta tambahan masa lagi 53 tahun atau 40 tahun untuk memajukan orang Melayu? Kuasa dan suara orang Melayu akan terus hilang kalau mereka diberi peluang lagi untuk memerintah negara," katanya.-Harakahdaily.

Kawan Tun Mahathir , Ibrahim Ali Presiden Perkasa pulak hari ini nak 'usung' Tun Mahathir ke Kelantan dalam Program Perdana Perkasa. Lapor Malaysian Insider ;

Ibrahim Ali: 'Saya faham 1 Malaysia tapi Muhyiddin , Nazri tidak';

Hari ini Perkasa akan mengadakan Perhimpunan Perdana Perkasa Kelantan di pekarangan Stesen Keretapi Pasir Mas pada pukul 3 petang.

Program yang bertemakan “Perpaduan Melayu Teras Perpaduan Rakyat Malaysia” turut akan disertai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jamuan raya PR Seksyen 18 Shah Alam meriah

Semalam pi jamuan raya di Seksyen 18 Shah Alam anjuran Pas cawangan seksyen 18, Pas cawangan seksyen 18 Barat dan PKR seksyen 18 bergabung buat jamuan raya untuk penduduk setempat.

Walaupun hujan turun renyai-renyai tak halang orang ramai tua- muda , kecik besar untuk sama-sama jamu selera dengan macam-macam makanan yang disediakan.

Minggu lepas PM Najib pun turun Shah Alam dalam jamuan raya Umno di seksyen 20 Shah Alam dan beliau rasa terharu atas sambutan orang ramai yang hadir. Ya la makan sapa pun mai bukan boleh jadi ukuran menang kalah dalam pilihanraya.Najib kata kalau macam ni boleh ambik balik Selangor!

Semalam di seksyen 18 pun sama semua rakyat pakat pulun makan sampai licin tapi tu baru anjuran peringkat cawangan bukan negeri.

Rakyat yang datang tak dok pikir pun kata Tun Mahathir PR perintah Malaysia hak Melayu hilang sebab warga Shah Alam dah tau lama dah hak Melayu hilang sejak 53 tahun yang lalu!

Turut hadir ialah peguam Pas yang juga AJK Pas Pusat Hanifa Maidin, Exco Selangor Yaakob Sapari dan Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam saudara Izham .

Baca juga;
Tun Mahathir tepati teori Melayu Mudah Lupa-Harakahdaily
Tun Mahathir tahu Umno akan tumbang pru 13-Harakahdaily

Jumaat, 24 September 2010

Presiden Iran 'bantai' Amerika di New York

Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad memegang al-Quran dan kitab injil ketika berucap di Perhimpunan Agung PBB di New York semalam. - Reuters
NEW YORK, 24 Sept — Perwakilan Amerika Syarikat dan beberapa lagi dari Eropah memulaukan sesi Perhimpunan Agung PBB apabila Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad semalam mendakwa kebanyakan orang percaya bahawa pentadbiran Amerika yang mendalangi serangan 11 September 2011 demi survival Israel.

Dalam ucapannya, pemimpin Iran itu berkata, kebanyakan pegawai kerajaan Amerika percaya satu kumpulan pengganas berada di belakang serangan berani mati yang memusnahkan Pusat Dagangan Dunia dan ke atas bangunan Pentagon pada 2001.

Satu lagi teori, kata beliau ialah “beberapa segmen dalam Amerika Syarikat sendiri telah mengadakan serangan ini untuk memulihkan ekonomi yang merudum dan genggaman di Asia Barat dalam usaha menyelamatkan rejim Yahudi.”

“Majoriti rakyat Amerika, malah kebanyakan orang dari negara-negara lain dan ahli politik akan bersetuju dengan pandangan ini,” kata beliau di Perhimpunan Agung dianggotai 192 negara.

Sebaik sahaja Presiden Iran ini mengeluarkan pandangan pedas yang lazim dilontarkan terhadap Barat, perwakilan Amerika dan beberapa negara Eropah bertindak keluar dari dewan sidang Perhimpunan Agung yang bermula semalam.

Jurucakap misi Amerika di PBB, Mark Kornblau dalam responsnya berkata: “Berbanding mewakili aspirasi dan semangat muhibah rakyat Iran, Encik Mahmoud sekali lagi memilih untuk membangkitkan teori-teori konspirasi dan kecaman anti-Semitik.”

Jurucakap White House Bill Burton berkata, Presiden Barack Obama berpandangan bahawa komen rakannya dari Iran itu “sangat mengejutkan dan menyakitkan hati” khususnya di bandar raya di mana serangan 11 September terjadi.

Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah Catherine Ashton berkata kenyataan itu “menyakitkan dan tidak boleh diterima.”

Mahmoud berkata beberapa bukti yang boleh menyokong teori-teori alternatif telah “ditutup” - pasport-pasport yang dikesan dalam runtuhan dan satu video milik lelaki tidak dikenali yang “terlibat dalam urusan perundingan minyak dengan beberapa pegawai Amerika.”

Sebagaimana tahun-tahun lalu, Presiden Iran menggunakan platform Perhimpunan Agung untuk menyerang rakan Amerika, Israel dan mempertahankan hak negaranya mengadakan program nuklear yang Barat bimbang akan digunakan untuk menghasilkan senjata.

Beliau juga menyentuh tentang tindakan pastor dari Florida yang sebelum ini merancang untuk membakar al-Quran. — The Malaysian Insider/Reuters.

Pm Najib pun ada di sana bersama isterinya Rosmah Mansor .

53 tahun orang Melayu jadi mangsa Umno yang berlakon jadi pembela Melayu-Mahfuz


Data ekonomi Melayu membuktikan bahawa bila-bila masa sahaja orang-orang Melayu akan kehilangan kuasa dan suara jika Umno dibiarkan terus berkuasa, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Pada masa ini pun ramai orang Melayu terutama di luar bandar yang hilang kuasa dan suara kerana kemiskinan dan dijerat oleh hutang kepada tauke-tauke.

"Antara sebab perkara tersebut berlaku ialah apabila kekayaan negara tidak digunakan dengan saksama dan bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat keseluruhannya tetapi lebih banyak yang dibolot oleh kroni-kroni Umno," kata beliau.

Keadaan itu, katanya, diburukkan pula dengan kerakusan parti perasuah mencari habuan untuk kepentingan peribadi termasuk merasuah sesama sendiri bagi mencari sokongan untuk berkuasa.

"Para pemimpin parti perasuah pula telah lama hilang kuasa dan suara kepada tauke-tauke yang yang menambat mereka dengan rasuah.

"Bukan setakat hilang kuasa, akibat ditambat rasuah, mereka juga merelakan dasar affirmatif yang sepatutnya membantu orang-orang Melayu diperalatkan untuk menimbunkan lagi kekayaan tauke-tauke yang menjadi tuan-tuan mereka," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Beliau bagaimanapun yakin lebih ramai orang Melayu akan menyedari bahawa mereka menjadi mangsa penipuan Umno jika pendedahan data ekonomi Melayu menunjukkan kedudukan orang Melayu masih terkebelakang.

"Pemimpin Umno sendiri yang mengakui bahawa data dan statistik terkini tentang pencapaian ekonomi orang Melayu akan menunjukkan kedudukan orang Melayu masih terkebelakang.

"Dengan pengakuan itu, nyatalah orang-orang Melayu telah 53 tahun menjadi mangsa penipuan Umno yang tidak henti-henti berlakon dan berlagak sebagai pembela Melayu," kata beliau.

Beliau menyifatkan data tersebut sebagai bukti yang terang dan nyata tentang ketiadaan iltizam untuk Umno membantu orang-orang Melayu.

Mahfuz mengingatkan orang-orang Melayu bahawa 53 tahun adalah tempoh yang luar biasa lama untuk terus membiarkan diri mereka ditipu.

"Dasar affirmatif untuk membantu orang Melayu yang dilaksanakan kira-kira 40 tahun lalu juga ternyata gagal jika data dan statistik terkini tentang pencapaian ekonomi orang Melayu menunjukkan kedudukan mereka masih terkebelakang.

"Persoalannya, adakah orang-orang Melayu mahu menunggu 40 atau 53 tahun lagi di bawah cengkaman Umno dan terus berangan-angan suatu hari nanti pencapaian ekonomi orang Melayu tidak lagi terkebelakang?" beliau mengingatkan.

Orang-orang Melayu, katanya, tidak lagi memerlukan kerajaan yang tidak berpijak di bumi nyata dengan pelbagai akronim dan pertunjukan angka bertrilion-trilion tanpa perubahan yang fundamental untuk menjamin kedaulatan undang-undang dan peraturan ke atas semua pihak, walaupun di kalangan parti pemerintah.-Harakahdaily

Khamis, 23 September 2010

Tun Mahathir pun dah lupa siapa khianat siapa

Kata mantan PM Tun Mahathir yang jadi kawan karib kepada pertubuhan Perkasa , Mahathir dakwa Melayu akan hilang kuasa jika Pakatan ganti BN- The Malaysian Insider;

Sambil berkata beliau bukannya rasis, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi, orang Melayu akan kehilangan kuasa jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pemerintahan negara ini.

Bekas perdana menteri mendakwa apa yang dinyatakan itu bukan satu igauan tetapi telah menjadi kenyataan kerana perkara itu sudah pun berlaku di negeri diterajui PR walaupun ketua pentadbiran di negeri itu di ketuai orang Melayu.

Sebelum ini Dr Mahathir pernah mengatakan bahawa orang Melayu akan menjadi kaum minoriti dari segi politik jika PR berkuasa.

Melahirkan pandangannya kepada Umno Online hari ini, bekas presiden Umno ini merujuk kepada bekas menteri besar Perak Datuk Ser Ir Mohd Nizar Jamaluddin selepas pilihan raya umum ke-12.

“Kita lihat Nizar di Perak, walaupun dia Menteri Besar tapi dia ikut arahan dari DAP sehingga dia jatuh. Orang Cina mendakwa ini adalah usaha BN (Barisan Nasional) menjatuhkan kerajaan Cina.Baca semua klik tajuk di atas.

Tun Mahathir mungkin lupa siapa yang mengubah persempadanan semula kawasan pilihanraya selepas piliharaya 1999 yang menyaksikan orang Melayu menolak Umno. Pada tahun 2003 SPR telah buat persempadanan semula kawasan pilihanraya yang menyaksikan Umno-Bn menang besar piilhanraya 2004.Tangan siapa yang khianat semata-mata mahu menang besar pada tahun 2004 yang merubah peta kawasan parlimen dengan tidak memperbanyakkan kawasan parlimen majoriti Melayu kalau bukan kerja Umno?


Cuba baca apa kata laporan Utusan Malaysia selepas pru ke 12 ( 16-3-2008) yang interview prof Dr Mohammad Agus Yusuf yang berkata ;

"Kekecewaan sebenarnya tidak ada batas sempadan. Ia dirasakan oleh semua orang. Kita melihat angin perubahan itu datang macam ombak yang melanda secara serentak. Ini disebabkan oleh lebih 70 peratus pengundi bukan Melayu dan lebih 10 peratus pengundi Melayu beralih kepada pembangkang. Ini adalah kesan daripada persempadanan semula kawasan pilihan raya pada tahun 2003.

Dulunya selepas pilihan raya umum 1999 yang memperlihatkan majoriti pengundi Melayu menyokong pakatan pembangkang, maka apabila dibuat persempadanan semula kawasan pilihan raya, banyak kawasan campuran diwujudkan untuk memastikan supaya sekiranya orang Melayu mengundi pembangkang lagi, kaum bukan Melayu akan tetap bersama BN. Ternyata strategi lima tahun dahulu tidak menjadi apabila pada tahun ini, majoriti pengundi bukan Melayu pula tidak bersama BN sebaliknya yang kekal setia bersama BN adalah pengundi Melayu".Baca di sini.

Adakah bila kontraktor-kontraktor Umno tidak lagi dapat kontrak kerajaan di negeri -negeri yang mereka kalah dianggap sebagai hak-hak orang Melayu telah digadai kepada kaum lain?Umno yang gila kuasa sanggup buat apa saja untuk menang tanpa fikirkan kesan jangka panjang. Untung sekarung rugi berguni-guni.Tangan mereka yang rosakkan semuanya kini menuding jari mencari salah dan silap kepada pihak lain apabila tidak lagi berkuasa di negeri yang mereka hilang kuasa. Bila kaum bukan Melayu sokong Umno-Bn hak Melayu tidak hilang , bila kaum bukan Melayu tidak sokong Umno-Bn hak Melayu hilang betoika macam tu?

Tu belum kira lagi siapa punya kerja yang melenyapkan tanah-tanah rezab Melayu yang tinggal sekangkang kera, yang melenyapkan bantuan kepada sekolah-sekolah agama dan pondok yang hidup segan mati tak mahu kalau bukan kerja gerombolan Umno dan sekutunya.Begitu juga kerja siapa kalau bukan Umno yang mahu melenyapkan perkataan Islam kepada pertubuhan Islam.

Tangan siapa yang bunuh ustaz dan ulama di Memali yang dianggap pengganas hanya semata-mata mereka tidak mahu ditahan di bawah akta zalim ISA? Mayat-mayat mereka bergelimpangan tanpa ada belas kasihan sikit pun daripada Umno. Malah kisah mereka dilakonkan semula untuk mengiakan pembunuhan tersebut.Tun Mahathir bangga kalau Melayu Umno terus berkuasa selama-lamanya walaupun jadi pengkhianat kepada bangsa dan agama sendiri.Bagi Tun Mahathir hanya 'rojak' Umno-Bn saja yang sedap dimakan dan disumbatkan ke dalam mulut orang Melayu , 'rojak' orang lain sedap macam manapun orang Melayu tak boleh makan!

CekRM 4 Bilion , GNI RM 1.7 Trilion Hanya Dongeng Penglipurlara

Cerita Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala pada Hari Terbuka Program Transformasi Ekonomi (ETP) tidak ubah seperti cerita penglipurlara menyumbang derma RM4 bilion, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Dua-dua penglipurlara. Tidak ada bezanya cerita Pendapatan Negara Kasar (GNI) meningkat hampir RM1.7 trilion yang didakwa dalam program ETP di Kuala Lumpur dengan kisah derma RM4 bilion kepada PAS Kelantan di Kota Bharu.

"Yang seronoknya, Umno percaya kedua-duanya. Penglipurlara ETP sudah tentulah Umno percaya sebab mereka hendak paksa rakyat pula turut mempercayainya. Dengan pemikiran ala ETP itu, kisah penglipurlara derma RM4 bilion juga mereka telan dengan rakus," kata beliau sambil merujuk gesaan supaya 'derma' RM4 bilion itu disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga laporan polis mengenainya.

Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menggesa SPRM menyiasat sumbangan RM4 bilion yang didakwanya diterima oleh PAS daripada sebuah syarikat.

Pergerakan Pemuda Umno Kelantan menjadi bahan tertawaan ramai apabila membuat laporan di balai polis Kota Bharu berhubung 'sumbangan' itu.

"Tidak menghairankan jika Umno begitu teruja dan percaya habis-habisan cerita-cerita penglipurlara seperti itu kerana memang itulah pemikiran mereka.

"Sama seperti mereka mempercayai dongeng sumbangan derma itu, seperti itulah juga mereka mahu rakyat mempercayai penglipurlara ETP.

"Bila rakyat mempercayai penglipurlara ETP sama seperti yang mereka percayai, Umno berharap senanglah mereka hendak memperdayakan rakyat supaya terus mengundi Barisan Nasional (BN)," kata Ahli Parlimen Pokok Sena.

Bagi Mahfuz, kisah derma RM4 bilion adalah kisah ahli perniagaan yang berangan-angan banyak duit kononnya sehingga US$2.7 trilion yang tidak banyak bezanya kisah Umno yang berangan-angan panjang hendak mencipta pendapatan negara sehingga RM1.258 trilion dengan projek-projek ETP menjelang 2020 ketika Merrill Lynch melaporkan bahawa Malaysia adalah destinasi pelaburan yang paling tidak digemari pelabur di kawasan Asia Pasifik.

"Tidak pula ditunjukkan dengan jelas dari mana datangnya duit untuk melaksanakan projek-projek penglipurlara ETP itu.

"Persoalannya, adakah cerita penglipurlara ETP itu sengaja dibuat untuk mewajarkan lebih banyak lagi pembantaian duit Petronas dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) misalnya?" beliau mempersoalkan.-Harakahdaily.

Berkaitan;
SSM kunjungi penyumbang 'cek RM 4 Bilion'
- Malaysiakini

Apa Cerita RM4 Bilion?

Jepun usir Paris Hilton negara kita ok saja, no problem!

Negara Jepun halang Paris Hilton masuk negara itu dan diarah pulang setelah berada di lapangan terbang negara itu kerana didakwa terlibat dengan pengambilan dadah. Imigeresen negara itu bertegas arah Paris Hilton pulang kenegaranya walupun Hilton buat rayuan kali kedua.

Lapor The Malaysian Insider;Jepun Larang Terus Hilton, Batal Lawatan Asia;

Pewaris empayar Hilton, Paris Hilton terus dilarang daripada memasuki Jepun hari ini walaupun membuat rayuan buat hari kedua hari ini, dan kemudian berlepas ke Amerika Syarikat sebentar tadi.

Keputusan itu menyebabkan dia membatalkan kunjungan ke dua negara Asia yang lain iaitu Malaysia dan Indonesia.

Selebriti itu dilarang memasuki Tokyo ekoran kesalahan memiliki dadah baru-baru ini, kata pegawai-pegawai imigresen Jepun.

CNN melaporkan dia kini dalam perjalanan balik ke Amerika Syarikat.

“Saya sudah hendak berlepas. Balik ke rumah sekarang. Sangat kecewa kerana terlepas (peluang) menemui peminat-peminat di Asia.

“Saya berjanji akan datang semula tidak lama lagi. Saya sayang anda semula! Sayang Paris,” kata beliau dalam mesej Twitter dari Tokyo.

Hilton yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita malam tadi dilarang memasuki Jepun dan bermalam di sebuah hotel di lapangan terbang sementara menanti rayuannya didengar hari ini.

Bagaimanapun pihak berkuasa imigresen menolak rayuan dia selepas mendengarnya pagi tadi.

Apa pulak kata pihak imigeresen kita? Kata Imegeresen kita ;

Terdahulu, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Abdul Rahman Othman berkata Hilton tiada halangan untuk datang ke Malaysia mengikut rancangan asalnya sebelum ini.

Kata Rahman, undang-undang negara ini tidak melarang mereka yang dihukum kerana kesalahan mengambil dadah, hanya pihak yang didapati mengedar dadah dilarang daripada memasuki Malaysia.

“Secara prinsip, tiada halangan untuk dia datang ke Malaysia, tiada halangan imigresen... nama dia tiada dalam sistem, jadi OK,” kata beliau kepada The Malaysian Insider tengah hari ini.


Negara Jepun dia tak kira seleberiti ka , artis pujaan rakyat Jepun ka yang penting depa lebih tegas dan berprinsip. Kalau kita sat boleh sat tak boleh. Semua OK!

Rabu, 22 September 2010

Zakat Satu Trilioon , Lebuhraya 10 Lorong, Pas Kelantan RM 4 Bilion macam cerita 'jutawan Lebanon'!

Utusan Malaysia dan juak-juaknya Umno dan Perkasa minta sprm siasat seberapa segera cerita 'Mat Jenin' yang dikatakan bagi derma kepada Pas Kelantan RM4Bilion, nak buat lebuhraya 10 lorong , bagi zakat satu trilion . Zaman Tun Mahathir dulu buat lebuhraya (Plus) paling banyak 6 lorong ja pergi balik ni sampai 10 lorong!

Tau ka banyak mana satu trilion? Kalau aku tak silap satu trilion sama dengan seribu bilion, satu bilion sama dengan seribu milion.Tak celuih kalkulator kalau nak kira. Tu dia banyak duit jutawan tu orang terkaya dunia pun kalah!

Berita derma RM 4 Bilion tu tah betoi tah tidak dah nak panggil SPRM siasat.Media kita begitu bangkrap dan tak bermaruah langsung tak ada etika dalam bidang kewartawanan dalam menyiarkan berita yang penting boleh dijadikan modal politik walaupun tidak benar dan palsu.

Utusan Malaysia Online melaporkan Motif pemberian jadi tanda tanya;

Abdul Rahim yang didakwa sebagai lelaki bumiputera terkaya dunia di kalangan orang yang hadir ke majlis tersebut turut menyumbangkan 'zakat' sebanyak RM1 trilion untuk projek S7 termasuk pembinaan lebuh raya 10 lorong menghubungkan Kelantan, Perak, Kedah, Perlis sehingga ke Sang Lang, Thailand. Baca semua di sini.

Utusan juga melaporkan Pas perlu perjelaskan kepada rakyat dan RM 4 Bilion Nik Aziz tidak tahu , Nik Din sah naik pentas terima replika cek.

Teringat aku akan kisah seorang rakyat Lebanon yang mengaku sebagai jutawan Ellie Youssef Najem yang dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun 5 bulan oleh Mahkamah Majistret atas pelbagai kesalahan di Malaysia yang menangis dan berkata kepada peguamnya, "Selvam, speak to me, how long must I wait before I go out." (Selvam, cakap dengan aku, berapa lama aku mesti tunggu sebelum aku dilepaskan).

Elie gagal membayar wang jaminan RM40,000 sementara menunggu rayuannya dibuat menyebabkan dia dibawa ke penjara.Baca di sini .

Lebih pada RM4 bilion Kelantan layak dapat sebab tuntutan royalti minyak Kelantan kepada kerajaan pusat berjumlah RM4.7 Bilion. Cuba pi siasat bank yang tulis kat 'mock-up ' cek tu betoi ka kawan tu ada duit banyak tu!

Berkaitan;
Umno ecer jenaka gimik cek RM4 Bilion-Harakahdaily
Cek RM4 Bilion :Kelantan senarai hitam I'DA World-Harakahdaily
Pas nafi terima RM4Bilion bangunkan Kelantan-Malaysiakini

Doa senjata orang mukmin

Bila baca laporan Royalti: Tok guru pondok munajat di Mekah , teringat sebuah hadis Nabi SAW

Dari Ali Radiallahu-Anhu ia berkata : Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Doa itu adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit dan bumi. (Riwayat Al-Imam Al-Hakim).

Minta tak dapat, minta tak dapat apa yang jadi hak kita kepada manusia yang zalim , yang sapu semua hasil mahsul yang bukan hak mereka berserah dan berdoa kepada Allah SWT minta petunjuk dan hidayah merupakan jalan terbaik untuk dikembalikan kepada yang hak.

Baca juga ;
Pusat beku 118 projek pembangunan di Kelantan-Harakahdaily

Selasa, 21 September 2010

Zainuddin Maidin macam orang koma tak makan berbulan-bulan

Zainuddin Maidin bekas Menteri Penerangan macam orang yang kena penyakit koma berbulan-bulan tidur panjang tak sedar sedar diri. Orang koma tak makan ,pejam mata tapi tak mati-mati . Bila dah sedar suasana disekeliling dah jadi lain tapi beliau masih tak berubah-ubah dengan politik basi Umno yang anti Islam.

Zainuddin Maidin macam orang yang kelaparan dan kebuluran tak makan berbulan-bulan, mula buat bising dan cari mangsa utamanya iaitu Pas untuk disembung dan diratah nak buat gulai.Tapi sayang seribu kali sayang mangsanya itu pulak hanya memercikkan tahi ke muka Zainuddin Maidin. Kalau nak terus cari makan dalam Umno Zainuddin Maidin kena sekali sekala maki hamun Pas kuat-kuat kalau tidak periuk nasi terjejas.

Kata Zainuddin Maidin Lupakan Saja Perpaduan Dengan Pas;

“Umno seharusnya melupakan sahaja perpaduan Melayu menerusi PAS yang sejarahnya berakar umbi perkauman dan keagamaan dogmatik, sebaliknya bersama-sama dengan rakan-rakan sejatinya dalam BN menolak sentimen kaum masing-masing,”

Zainuddin Maidin tak sedar bahtera Umno yang dinaikkinya bersama-sama MIC dan MCA semakin tenggelam hanya tunggu masa nak karam tapi masih sombong dan angkuh bila berkata-kata. Kata Zainuddin Maidin lagi seperti yang dilaporkan Bernama;

Zainuddin berkata perjuangan berasaskan ideologi, terutamanya agama, tidak mengenal tolak ansur, bersifat keras serta wajah manis mereka adalah bersifat sementara dalam menunggu kesempatan dan kuasa.Baca di sini.

Inilah contoh manusia yang anti Islam, tolak ideologi yang berasaskan Islam dan lebih selesa dengan ajaran nasionalisme sempit . Bagi Zainuddin yang tak keras mungkin ajaran Komunis , Sosialis dan lain-lain ajaran yang tak jadikan Islam sebagai dasar dan teras perjuangan.

Kata kat Pas tak pa sebab Pas pun dok kata kat Umno tapi kalau tolak Islam , hina agama sendiri agak-agak orang tu tak terkeluar daripada Islam ka?

Baca juga ;
Zam celaru:Selamat tinggal Umno-Bn-Harakahdaily
Zam dan retorik silamnya-Harakahdaily

Perangai Umno-Bn kalau kena atas batang hidung sendiri

Adun Hulu Bernam nafi nafi beri tazkirah, MP Kamalanathan enggan ulas bila MP Khalid Samad dedahkan penglibatan adun Umno-Bn guna masjid untuk politik . Jais dan Mais larang guna masjid untuk kepentingan politik tapi bila libatkan Umno-Bn Jais dan Mais berdiam diri tak kata apa.

Adun Hulu Bernam (Umno-Bn) Mohamad Idris Abu Bakar kata,

“Bila masa pula saya beri tazkirah? Mana beliau (Khalid) tahu saya cakap pasal hal hal agama?

“Saya cuma berucap untuk merasmikan program yang dianjurkan sahaja. Bagi saya tidak ada isu, cuma ia sengaja diperbesarkan,” katanya kepada The Malaysian Insider ketika ditemui pada program Hari Raya Bersama Perdana Menteri anjuran Badan Perhubungan Umno Selangor di sini malam tadi.

Beliau berkata Khalid, yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam, sengaja membuat cerita palsu terhadap dirinya sambil menyifatkan dakwaan yang dibuat ahli Parlimen PAS itu sebagai “politik murahan”.

“Saya sebenarnya tidak mahu komen mengenai perkara ini, saya anggap ia politik murahan yang cuba dimainkan Khalid.

“Ketika pogram itu saya hanya menjalankan tugas sebagai seoarang wakil rakyat dan saya berucap untuk merasmikan program,” katanya.

Ketika diminta mengulas lanjut Mohamad Idris menolak untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan lagi berhubung perkara itu.-The Malaysian Insider.

Kalau libatkan bukan Umno-Bn dikira tazkirah kalau libatkan pemimpin Umno-Bn bukan tazkirah . Kalau Umno-Bn dituduh guna masjid dianggap politik murahan oleh pemimpin Umno-Bn. Tu lah perangai Umno kalau kena atas batang hidung sendiri.

Isnin, 20 September 2010

Bangga jadi Melayu, Jadi Pengkhianat Melayu Tak Bangga Ka?

Kata Ketua Pembangkang Dun Kelantan Md Alwi Che Ahmad "Saya tidak tahu apa maksud dia (Nik Abdul Aziz) kata tidak bangga dengan Melayu. Memanglah kita tidak setuju kalau bangsa itu dilebihkan tetapi tidak salah (menyebut bangsa) sebab Rasulullah sendiri kata 'ana Quraisy'," katanya pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjurannya di sini hari ini.-Utusan Malaysia Online Musrhidul Am Pas dibidas tidak bangga berbangsa Melayu.

Melayu Umno memang berbangga jadi Melayu kerana mereka berkuasa untuk menindas orang-orang Melayu yang tak menyokong parti itu. Nak marah sangatkah bila ada orang Melayu tak bangga jadi Melayu disebabkan yang bangga jadi Melayu suka sangat-sangat kerjanya melingkupkan Melayu yang berbeza ideologi dengan mereka?

Sapa tak geram kalau Melayu Umno tindas Melayu yang berkuasa di Kelantan? Hasil minyak Kelantan sapa yang dapat? Adakah Kerajaan yang berbangsa Melayu di Kelantan dapat rasa royalti minyak Kelantan. Nak bangga apa dengan Melayu yang kerjanya menindas Melayu!
Nak bangga apa dengan Melayu yang sapu hasil mahsul negeri yang diperintah bangsa Melayu bawa ke pusat bagi semula kepada suku-sakat Melayu Umno diperingkat negeri atas nama wang ehsan!

Umno memang seronok jadi Melayu sebab dapat semua walaupun di negeri Melayu yang tak diperintahnya.Harta orang buat macam harta sendiri. Buat malu ja cakap pasai banggsa Melayu. Umno bangga jadi Melayu tapi jadi pengkhianat kepada bangsa sendiri Umno buat-buat lupa.

Pandai cari ayat Quran yang kata Tuhan jadikan manusia berbilang bangsa dan suku kaum tapi ayat Al-Quran yang kata tak boleh buat zalim kepada kaum sendiri , bangsa sendiri ,khianat sesama agama tak disebut ka dalam al-Quran?

Baca juga ;
Petroleum :Doa sampai kerajaan Malaysia terbalik
-Harakahdaily

MAIS macam lembu dicucuk hidung-Mahfuz

Pededahan Khalid Samad dalam blog beliau mengenai wakil rakyat Bn P.Kamalanathan boleh masuk dalam ruang masjid dan pihak MAIS (Majlis agama Islam Selangor) turut serta dalam program anjuran Umno-Bn turut diulas Naib Presiden Pas Mahfuz Omar yang kata MAIS jadi alat BN macam lembu kena cucuk hidung apa saja Umno-Bn kata semua ikut.

Kata Mahfuz Omar;

“Ini jelas menunjukkan sikap double standard oleh Mais kerana sebelum ini mereka kata orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki ruang solat dan ia meliputi semua termasuk wakil rakyat serta ahli politik.

“Tapi bila membabitkan wakil rakyat dari Barisan Nasional (BN), Mais seolah-olah tutup sebelah mata dan membenarkan wakil rakyat itu memasuki ruang solat untuk memberikan sumbangan,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar kepada The Malaysian Insider.

Beliau menyifatkan Mais sebagai “alat politik” Umno-BN kerana tidak mempunyai pendirian dalam isu tersebut.

“Ini adalah politik yang diamalkan Umno-BN, nampaknya Mais seperti lembu yang dicucuk hidung sehingga sanggup mendengar apa sahaja arahan yang dikeluarkan.

“Malah apa yang saya terkejut Mais juga telah melanggar etika dan arahan yang dikeluarkan sebelum ini,” katanya lagi.-The Malaysian Insider Isu Masjid didakwa amal double standard tidak adil.

Baca juga ;

Kamalanathan :Mana fatwa 'hadas besar' Khusrin-Harakahdaily

Nazri jawab Awang, lebih baik tumpu kepada akhbar Utusan yang merosot di pasaran

Semalam Awang Selamat kata kat Nazri Aziz sebagai seorang yang anti Mahathir hari ni Nazri jawab balik tuduhan Awang Selamat yang kata Nazri beliau sendiri tak kenal sapa dia Awang Selamat. Apa yang Awang tulis semua tidak benar kata Nazri.

Nazri juga telah mengesahkan bahawa edaran akhbar Utusan pro Umno itu terus merosot di pasaran apabila berkata kepada Awang;

"Akhirnya, saya mahu menasihatkan Awang agar berpegang pada apa yang dia lakukan dan tahu apa yang terbaik dan tidak mencampuri politik negara yang pengetahuannya jelas cetek dan sifar pengalaman. Dia harus memberi tumpuan untuk menaikkan edaran akhbarnya yang terus merosot. Kedudukan itu dengan sendiri menunjukkan prestasi dan standardnya yang rendah di mana Utusan terpaksa merujuk kepada laporan media alternatif elektronik baru sedangkan ia seharusnya bertindak sebaliknya. Itu yang sepatutnya menjadi KPI dan ukuran kejayan dia dalam bidang yang dia mendakwa dia mewakili."Baca semua di sini.

Ahad, 19 September 2010

Liputan Royalti minyak Kelantan-Al-Jazeera

Awang kata Nazri anti Mahathir, pertahan Brahim Ali

Penulis 'Bisik-bisik Mingguan' media Umno Awang Selamat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz sebagai seorang yang anti Mahathir dan dan biadap kerana kata macam-macam kepada Tun Mahathir. Awang yang dah tak berapa 'selamat ' tu juga kata beliau tetap sokong Najib walaupun sekiranya kena buang kerja di Utusan.

Awang Selamat begitu geram bila Nazri kata ada agenda Utusan Malaysia nak bawa balik Tun Mahathir jadi PM dan Utusan tak sedar bahawa 'Bos' Utusan tu Mahathir ka Najib?. Bagi Awang budak-budak sekolah pun tau Mahathir dah tak boleh jadi PM. :-)

Antara lain kata Awang yang puji Brahim Ali dalam Mingguan Malaysia 'Alahai Nazri';

Nazri juga menghentam Presiden Perkasa, Ibrahim Ali seolah-olah Ibrahim musuh UMNO. Nazri lupa, ketika UMNO diserang bertubi-tubi terutama selepas PRU12 dan pemimpin UMNO difitnah habis-habisan, siapakah pemimpin NGO yang lantang mempertahankan UMNO jika bukan Ibrahim.

Beliau berada di banyak pelosok tanah air berceramah melawan kerakusan pembangkang bagi membela UMNO dan BN. Awang tidak ingat apa yang Nazri lakukan? Apakah beliau seberani Ibrahim dalam menghadapi pembangkang?

Dengar cerita daripada beberapa pemimpin UMNO, Nazri sudah banyak berlembut dengan pembangkang yang motifnya, mungkin beliau tidak mahu dijadikan sasaran kritikan atau mahu ambil jalan selamat. Menurut cerita lagi, kerana strateginya itu, kini Nazri disenangi oleh ramai pemimpin pembangkang. Kalau benar andaian itu, Awang juga boleh bertanya siapa sebenarnya ketua Nazri. Najib atau Anwar Ibrahim atau mungkin Kit Siang?Baca semua di sini.

Sabtu, 18 September 2010

Gopal Sri Ram sama macam Musa Hasan bila dah pencen


Pakar perundangan mempersoalkan bekas hakim mahkamah persekutuan, Tan Sri Gopal Sri Ram yang mendakwa badan kehakiman negara telah gagal melaksanakan tanggungjawabnya mempertahankan hak minoriti sebagai “tidak konsisten” dalam pendirian sebelum dan selepas mengakhiri khidmat.

Prof A. Aziz Bari, ahli akademik dari Universiti Islam Antarabangsa berkata, pada pandangannya Sri Ram (gambar) tidak konsisten dalam melindungi hak asasi, tetapi kini mendakwa hak minoriti tidak dipertahankan oleh badan kehakiman.

“Sebab itu apabila dia kritik rakan-rakan yang masih berkhidmat, saya fikir ini fenomena orang pencen macam Tan Sri Musa Hassan (Ketua Polis Negara bersara Ahad lalu).

“Selepas mendapati kenaikan pangkat Gopal dipetisejukkan di Mahkamah Rayuan sedangkan rakan-rakan yang lebih junior dinaikkan pangkat.

“Gopal Sri Ram hanya dinaikkan pangkat ke mahkamah persekutuan beberapa bulan sebelum pencen,” kata beliau dalam ulasannya mengenai pendirian Gopal Sri Ram yang disiarkan portal berita semalam.

Sri Ram, antara hakim yang menjadi tumpuan kes berprofil tinggi dan keputusan “kontroversi” dinaikkan pangkat sebagai hakim mahkamah persekutuan pada April 2009.

Beliau juga sering digambarkan sebagai hakim yang “kreatif” dalam mentafsir undang-undang dan perlembagaan negara.

Beliau juga menerima perhatian bekas Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton dan media antarabangsa selepas memenjarakan wartawan Murray Hiebert.

Kata Aziz, sejarah menunjukkan bekas hakim mahkamah persekutuan ini mempunyai rekod tersendiri dalam banyak kes termasuk kes Lim Guan Eng, yang kini merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP, dan projek empangan elektrik Bakun lebih satu dekad lalu.

“... yang dia sendiri jelas memberi kemenangan kepada kerajaan.

“Gopal Sri Ram ialah peguam Umno yang menghujah bahawa Umno haram pada 1987. Ini menyebabkan Tengku Razaleigh dan Team B gagal mencabar semula Dr Mahathir yang hanya menang dengan 43 undi.-The Malaysian Insider. Baca semua di sini.

Demokrasi di Malaysia berat sebelah, mengarut- TGNA

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, demokrasi di Malaysia berat sebelah dan tidak sepatutnya disokong pengamal media termasuk kaum wartawan.

Bahkan, katanya demokrasi yang berlangsung di negara ini adalah ‘mengarut’ apabila teori demokrasi itu sendiri tidak sama dengan amalan.

Justeru beliau yang juga Mursyidul Am PAS menambah, kaum wartawan tidak wajar memberi sokongan kepada Umno Barisan Nasional.

“Demokrasi di Malaysia memang langsung berat sebelah.

“Perdana Menteri Malaysia tidak datang merasmikan jalan dan Jambatan Sultan Yahya Petra, mereka tidak mengundang Menteri Besar, tahu-tahu jalan dan jambatan itu sudah pun selesai dibuka.

“Semasa Pak Lah menjadi Perdana Menteri dahulu pun, dia tidak mengundang Menteri Besar pada majlis rasmi yang diadakan. Ini demokrasi apa seperti itu, demokrasi mengarut. Belajar di universiti lain, yang buat lain.

“Oleh itu tidak patut kaum wartawan menyokong Umno, tidak patut sokong barang salah. Biar mapus gi lah. Tidak patut wartawan sokong BN,” katanya pada Majlis Dialog Menteri Besar Bersama Wartawan di sebuah hotel di sini malam tadi.

Beliau berkata, sepatutnya kaum wartawan menjalankan kempen terhadap Kerajaan Persekutuan supaya turut meluluskan lesen radio dan televisyen bagi memudahkan rakyat mememahami erti demokrasi.

PAS, katanya memohon supaya diberikan lesen radio dan televisyen sejak lama dahulu tetapi hingga kini masih tidak ditunaikan.

“PAS tidak ada radio dan tv, sedangkan negara dikatakan mengamal demokrasi. Demokrasi apa macam itu.

“Tetapi kalau selagi wartawan menyokong perkara salah dilakukan Pusat itu, maka sampai bila pun rakyat dan negara tidak selamat, dan tidaklah pihak berkenaan sewenang-wenangnya menggunakan ISA terhadap pembangkang,” katanya lagi.

Beliau turut mengulas layanan diberikan kepada Utusan Malaysia.

“Akhbar harian Utusan Malaysia dianak tirikan kerajaan negeri ketika bertugas, macam mana tidak diketepikan sebab Utusan berat sebelah,” ujarnya.

Beliau menambah, terdapat pebezaan kandungan akhbar Sinar Harian berbanding Utusan di mana dalam Sinar menyiarkan berita orang PAS dan Umno.

Ekoran itu, beliau melihat sebahagian besar orang kampung sekarang ini jarang membaca Utusan.

“Wartawan yang benar-benar ‘wartawan’ mereka tidak perlu berpihak kepada Pusat. Sepatutnya wartawan turut mengempen sama supaya Pusat memberikan lesen radio dan tetevisyen kepada negeri Kelantan,” katanya.

Hadir sama ialah Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Nik Wan Yussof dan Setiausaha Akbar, Ahmad Fadhli Shaari.-Harakhadaily.

Gerakan Hezboollah di Lebanon ada tv dan radio sendiri walaupun tidak menguasai kerajaan di Lebanon. Pas dah perintah Kelantan 20 tahun dah mintak apa pun tak dapat daripada kerajaan pusat .

Dulu-dulu orang kampung yang sokong Pas baja tanam padi pun tak dapat jangankan nak minta radio! Jalan mini tar nak masuk rumah orang Pas disekat , rumah JKKK Umno dan orang Umno saja yang dapat mini tar.

Utusan Malaysia bukan takat orang kampung tak baca orang Umno pun dah meluat dengan akhbar mereka sendiri termasuk Khairy dan Datuk Nazri Aziz.

Takziah buat keluarga arwah M.Rajoli yang meninggal dunia. Moga Allah ampunkan segala dosa beliau.

Jumaat, 17 September 2010

Khalid Samad dedah 'Ustaz Kamalanathan' bagi hadiah kalimah Allah

Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam dedahkan sikap Umno yang sembunyikan dan diamkan diri bila ahli parlimen Hulu Selangor P.Kamalanathan boleh pulak masuk kawasan masjid bagi hadiah dan bantuan kepada orang Islam. Khalid Samad juga menyatakan pihak Mais turut hadir dalam program yang dihadiri 'Ustaz Kamal'. Ini sebahagian daripada gambar yang dicopy daripada blog Khalid Samad Umno, kura-kura dan perahu (klik).

Gambar 3 :- Ahli Parlimen Hulu Selangor bersama ADUN UMNO menyerahkan sumbangan cek di dalam Masjid Sg. Tengi Selatan. Semua tersenyum lebar dan tiada pula mendakwa di hina atau Masjid tercemar. Ahli Parlimen berkopiah yang telah mengeluarkan fatwa ‘penghinaan’ terhadap ummat Islam kerana terpaksa menerima sumbangan dari orang kafir, pun mendiamkan diri - mungkin kerana sibuk menikmati juadah raya. Saya juga difahamkan oleh seorang sahabat bahawa ada yang berkopiah kerana hendak bersikap tawaddu’, tetapi ada yang berkopiah kerana hendak menyorok ‘bald spot’. WaLlahu 'Alam.



Gambar 4 :- Pengerusi MAIS bersama Ahli Parlimen Hulu Selangor, yang digelar ‘Ustadz Kamal’ oleh beberapa perayu undi UMNO semasa PR kecil Hulu Selangor, hadir bersama dalam majlis gotong royong di perkarangan Masjid FELDA Soeharto. ‘Ustadz’ berkenaan memakai baju berlambang dacing walaupun di dalam kawasan Masjid. Pengerusi MAIS tidak pula memarahi beliau kerana membawa politik ke Masjid atau menanyakan samaada beliau telah bermandi hadas dengan niat dan cara yang betul.



Gambar 5 :- Jika tidak nampak lambang Dacing dalam gambar 4, jelas sekali dalam gambar 5 ini. Lebih hebat, ‘Ustadz Kamal’ bersama pengerusi MAIS menyerahkan khat tulisan kalimah Allah kepada salah seorang peserta. Ke mana perginya Ahli Parlimen berkopiah dan mereka-mereka yang lantang bersuara tempohari kononnya ummat Islam telah dihina?


Kes Bunuh Sosilawati : Macam Ikan Bakar Cicah Air Asam

Negara Mexico yang terkenal dengan pembunuhan demi pembunuhan yang libatkan kes dadah boleh dikatakan berlaku setiap hari. Pergaduhan antara kumpulan penjenayah dadah yang libatkan kes kematian berlaku secara berleluasa dan pihak berkuasa semacam hilang arah untuk menghapuskan kes pembunuhan yang libatkan 'perang dadah' di negara tersebut. Laporan berita boleh tengok di sini.

Mahukah negara kita jadi macam Mexico atau pun dah semakin hampir sama macam negara Mexico? Rakyat negara kita dah rasa tak selamat dengan pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku setiap hari di seluruh negara kita. Berjalan-jalan bersama keluarga rasa tak selamat kerana golongan penjenayah ada di mana-mana. Penjenayah pulak tak kira keturunan apa , bangsa apa sama ada orang India, Cina dan Melayu kalau bersalah tetap salah. Tak ada beza.

Kes berprofil tinggi yang libatkan orang kenamaan Sosilawati dan rakan-rakannya yang dibunuh dan dibakar hidup-hidup menjelang Aidilfitri yang lalu amat kejam dan menyayat hati. Semua suspek yang didakwa bunuh mangsa pulak berketurunan India. Penjenayah tak mengenal bangsa dan keturunan dalam urusniaga mereka. Matlamat halalkan cara jadi keutamaan. Kalau kes jenayah India bunuh orang India, Cina bunuh orang Cina, Melayu bunuh orang Melayu itu dianggap perkara biasa dan tak libatkan perkauman tapi bila mangsa dan penjenayah berbeza bangsa ini menimbulkan konflik dalam masyarakat.

Kata Ketua Polis Negara yang baru Siasatan Kes Sosilawati Tanpa Unsur Perkauman.Pemimpin-pemimpin parti politik pulak dilihat menangguk di air yang keruh dengan menampilkan gaya berhati-hati dalam menyuarakan pandangan mengenai kes bunuh Sosilawati dan rakan-rakannya!Bagi parti-parti p0litik undi lebih penting daripada segala-galanya. Nak jaga hati semua kaum takut hilang undi! Nak ulang lagi sekali bangsa apa pun kalau buat salah tetap salah.

Pembunuhan Sosilawati macam ikan bakar cicah air asam . Yang tinggal hanya saki-baki tulang yang berselerakkan . Abu mayat dibuang hilang tah kemana. Takziah buat semua keluarga yang terlibat. Dari Allah kita datang kepada Allah jualah kita kembali. Cara kita mati hanya Allah saja yang tahu.

Berkaitan
Kematian tragis Sosilawati ulangi kes Mona Fendy 17 tahun lalu-The Malaysian Insider

Khir Toyo tak mau , rakyat lagi tak mau

Bekas MB Selangor Khir Toyo kata tak mau dah jadi MB Selangor kalau Umno-Bn menang balik dalam pru-13 akan datang. Khir Toyo juga kata nak tumpu kawasannya yang terlepas pandang bila jadi MB Selangor dulu. Tu cakap orang dah kalah bila menang cakap lagu lain pulak. Orang politik memang macam tu.

Khir Toyo tak jadi MB pun tak pa dah dapat buat rumah bernilai RM24 juta . Kalau tak sampai RM 24 juta pun tapi nilainya tetap berjuta rumah Khir Toyo.Khir jadi MB ketika berumur 33 tahun bermula tahun 2001 hingga 2008. Tok Guru Nik Aziz MB Kelantan jadi MB sejak 1990 hingga sekarang pi la nilai tengok rumah dia berapa juta?

Berkaitan;

Pas:Khir patut lupakan hasrat kembali jadi MB Selangor
-The Malaysian Insider
Selangor 'sangat teruk' Khir tak minat jadi MB lagi- Malaysiakini
Tuduhan rasuah :Khir Toyo tak kecil hati-Malaysiakini

Khamis, 16 September 2010

Selamat Hari Malaysia Bukan 'Satu Malaysia'

Hari ini 16 september adalah Hari Malaysia di mana pertama kali dalam sejarah hari penubuhan Malaysia dirayakan. Penubuhan Malaysia terbentuk pada 16 september 1963 kira-kira 47 tahun yang lalu.

Kita jangan silap pulak Hari Malaysia lain Satu Malaysia lain. Satu Malaysia wujud selepas PM Najib jadi PM . Bila sebut Satu Malaysia depa pangkat angkat jari telunjuk ke atas tu beza dengan Hari Malaysia. Hari Malaysia disambut semua rakyat Malaysia 'One Malaysia' pulak hanya gerombolan Umno -Bn yang pro PM Najib saja yang sokong. Satu Malaysia dituduh ada kaitan dengan Apco talibarut Israel yang dibayar RM77 juta oleh kerajaan Umno-Bn untuk promosi Satu Malaysia.

16 september jugak mengingatkan kita bagaimana tak jadinya PR jijak kaki ke Putrajaya nak perintah Malaysia dengan harapan tinggi menggunung ahli parlimen Sabah / Sarawak lompat masuk PR. Tunggu punya tunggu tengok-tengok meloroih sorang demi sorang ahli parlimen PKR keluar parti jadi MP Bebas. Celaka sungguh !

Akhbar Umno pulak ,Utusan Malaysia didakwa pemimpin Umno tak promosi Satu Malaysia sebab dok ikut telunjuk Tun Mahathir nak perjatuh PM Najib.Tu yang buat Khairy dan Datuk Nazri Aziz kata Utusan tu tak kenal tuan dia sapa!

Semua puak dan gerombolan tak kira parti apa pakat setuju sambut Hari Malaysia. Mungkin depa pakat berebut nak tawan rakyat masuk dalam gerombolan mereka.

Semua gerombolan dan juga parti politik juga pakat kutuk pembunuhan kejam dan zalim tokey kosmetik dan jutawan Sosilawati. Dalam kita pakat kutuk dan riuh kes pembunuhan tersebut jangan lupa kes-kes lain yang dah berlaku seperti kes adik Aminulrashid yang mati ditembak polis.

Perutusan Hari Malaysia oleh Presiden Pas ada di sini.

Tanah KTMB di Tanjong Pagar akan terlepas tanpa sebarang pampasan jika tersilap perkiraan

Pertemuan ketiga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsian Loong minggu depan akan memuktamadkan isu-isu berkaitan dengan pertukaran tanah milik KTMB di republik itu termasuk soal penilaian - ketika negara menyambut ulang tahun ke-47 penubuhan Malaysia.

Kedua-dua pemimpin dijadual mengadakan pertemuan empat mata di Istana Singapura Isnin ini.

Ia pertemuan ketiga membabitkan kedua-dua mereka sejak Mei lalu di mana mereka mengumumkan penyelesaian bagi membolehkan Perkara-perkara Yang Dipersetujui (POA) dilaksanakan.

Semasa Permukiman Pemimpin di Singapura pada 24 Mei lepas, Najib dan Lee bersetuju mengambil langkah bagi menggerakkan isu-isu dalam PoA berhubung tanah milik KTMB itu.

Najib dan Lee bertemu kali kedua di Putrajaya dan bersetuju untuk bertemu selepas sambutan Aidilfitri bagi menyelesaikan perbezaan pandangan yang wujud dalam soal penilaian dan pertukaran selain aspek tempoh pemegangan.

The Malaysian Insider difahamkan pegawai-pegawai kedua-dua negara telah bersetuju untuk menggunakan satu nilai yang realistik ke atas tanah terlibat dalam proses pertukaran bagi menggantikan tanah milik KTMB selepas Singapura dipercayai berkata nilai tanah yang tinggi akan menyebabkan caj pembangunan tinggi di negeri pulau itu.

Difahamkan pegawai kedua-dua negara juga telah memuktamadkan pembentukan M-S Pte Ltd yang perlu diwujudkan sebelum 31 Disember ini dengan Malaysia memiliki 60 peratus ekuiti menerusi Khazanah Nasional Berhad manakala baki oleh Singapura yang akan dipegang melalui Temasek Holdings Limited.

Pegawai-pegawai juga bersetuju bahawa KTMB perlu berpindah keluar dari lokasi stesen bersejarah di Tanjong Pagar sekarang ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai depan untuk memenuhi syarat-syarat POA yang ditandatangani pada 1990.

Seorang pegawai dari Malaysia memberitahu The Malaysian Insider bahawa perundingan memperincikan butiran sungguh mencabar memandangkan maklumat POA tidak mencukupi.

Beliau mengesahkan sebarang kelewatan di pihak Malaysia akan menyebabkan tanah KTMB akan diambil alih oleh Singapura di bawah POA tanpa sebarang pampasan ataupun pertukaran tanah.

Oleh itu kata beliau, Malaysia perlu bertindak segera dengan mengejar masa.

Akhir Julai lalu, pegawai-pegawai kanan Malaysia dan Singapura bertemu bagi membincangkan dengan lebih lanjut POA berhubung tanah milik KTMB di republik itu.

Delegasi Malaysia diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Luar Tan Sri Rastam Mohd Isa manakala Singapura oleh Setiausaha Tetap Kementerian Luarnya Peter Ho.

Susulan pertemuan itu, dua jawatankuasa kecil ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Kecil mengenai Penempatan Semula Stesen Kereta Api KTMB dan Jawatankuasa Kecil Penubuhan M-S Pte Ltd.

Kedua-dua pihak mengulangi komitmen masing-masing bagi melaksanakan sepenuhnya persetujuan yang dicapai dalam Kenyataan Bersama pada 24 Mei iaitu penempatan semula stesen kereta api KTMB dari Tanjong Pagar ke WTCP, penempatan kemudahan bersama kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) kereta api di WTCP, dan penubuhan M-S Pte Ltd.

“Ada sedikit masalah dalam soal penilaian tanah tetapi kelihatan ia sudah diselesaikan,” kata sumber diplomatik kepada The Malaysian Insider.