Jumaat, 3 September 2010

Perjuangan PERKASA Tak Dak Apa , Tin Kosong

Prof Abdul Aziz Bari kata perjuangan Pertubuhan Perkasa yang diketuai Brahim Ali tiada wawasan dan komitmen apa pun . Maknanya Perkasa tak dak apa pun tin kosong saja. Bunyi saja deras tapi kosong. Umno parti Melayu yang dah busuk hingga ke usus tu pun takkan terima Brahim Ali.

Kata Prof Aziz Bari dalam The Malaysian Insider Perkasa kuasa ketiga isu Melayu atau hanya mencari publisiti;


Melihat kepada kelantangan Datuk Ibrahim Ali baru-baru ini termasuk menggesa Datuk Seri Najib Razak menjelaskan konsep 1 Malaysia, penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari menyifatkan pemimpin dan Perkasa sebagai tidak berwawasan, malah sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan perhatian.

“Saya sebenarnya musykil kenapa beliau berbuat begitu?” kata pakar perundangan dari Universiti Islam Antarabangsa ini berhubung pendirian Perkasa akhir minggu lalu.

Ibrahim dilihat seolah-olah “berani” dan lantang mencabar Najib.

“Bagi saya tidak mudah untuk beliau hidup sebab Perkasa adalah sebuah pertubuhan yang tidak mempunyai wawasan dan komitmen,” kata beliau sambil menambah, “apa yang pasti, walau apa jua yang beliau lakukan, saya tidak fikir Umno akan menerima beliau semula.”Baca semua klik tajuk di atas.

1 ulasan:

  1. Salam...
    dah memang tu perangai UMNO...sanggup bt pe shj..janji undi rakyat dlm poket mreka..wallahua'lam

    BalasPadam