Rabu, 29 September 2010

Judi bagi Umno umpama kentot dengan taik, minta Fathul Bari jawab

Fathul Bari Mat Jahaya ulama muda Umno yang menulis dalam Malaysiakini Royalti :Salah tetap angka doa menggambarkan apa yang yang dilakukan dan diusahakan Jawatankuasa munajat royalti yang mahu berdoa di Mekah itu sebagai Bidaah.

Perdebatan umum masyarakat mengenai kerja-kerja bidaah dalam ibadat tak pernah habis dan tiada kesudahan terutamanya bidaah dalam ibadat solat dan di luar ibadat solat seperti wirid selepas solat , baca talkin , kenduri arwah, tahlil dan lain-lain lagi. Ada yang kata boleh dan ada yang kata bidaah. Hujah paling mujarab ialah Nabi SAW tak buat, tak ada dalam Quran dan Hadis.Kena ikut sunnah. Tak pa la perselisihan pendapat itu perkara biasa dalam Islam.

Yang jadi musykil ialah kenapa golongan ini kalau nak tegur , tegur semua sekali bukan berpilih-pilih macam beli ikan di 'market'. Jangan bab doa pandai kata bidaah tapi bab Umn0-Bn halalkan judi , judi bola , sepatah haram tak berani ke depan kata ini kerja maksiat. Sedangkan judi jelas haram dalam Al-Quran.Nak ikut sunnah bukan takat azan sekali dalam solat Jumaat, doa sendiri selepas solat, tiada salam sesama ahli jamaah selepas solat. Bukan takat tu ja nak debat.

Tadi dok sembang ngan Mat Sabu AJK Pas Pusat. Kata Mat Sabu , " Judi bagi Umno umpama kentot dengan taik. Yang mana keluar dulu tak pa tapi dua-dua bau busuk. Minta Fathul Bari tolong jawab."

Kata Mat Sabu lagi , "Ketua Penerangan Pemuda Umno Reezal Merican Naina jangan bercakap bab judi pi kumur mulut dulu di Laut Cina Selatan baru bercakap bab judi. Ulama dalam Umno dulu keluar daripada Umno tubuh Pas kerana tidak setuju dengan Umno yang tubuhkan Loteri Kebajikan Masyarakat. Ulama sekarang masuk Umno nak cari makan."

Berkaitan;
Menjawab tulisan ulama muda Umno dalam isu 'misi munajat royalti'-Al-Bakistani

3 ulasan:

  1. Salam...
    berkata benar kpd kebenaran...bkata tidak kepada yg salah...tanpa mngira apa juga fahaman politik, kaum atau usia...wallahua'lam

    BalasPadam
  2. Woit Azizan hangpa tak dak cara ka nak perkena rakyat Kedah.
    Sada Chief Executive Officer Datuk Adzmi Din announced on Wednessday that the water tariff in the state would be increased by 1.6 per cent beginning Oct 1 to meet the increasing water production and management costs in the state.
    Kah Kah Kah. LOL

    BalasPadam
  3. assalamualaikum wbt...

    hairan sungguh knp la manusia sering berselisih hanya kerana fahaman politik...jgn hanya krn berada di bawah naungan UMNO..terus dianggap berfahaman sekular...jgn disangka smua di bwh PAS shj yg mampu membicarakan ttg hal agama..Allahu Akbar..dunia sekarang, manusia smakin mudah lupa diri...

    BalasPadam