Isnin, 20 September 2010

Nazri jawab Awang, lebih baik tumpu kepada akhbar Utusan yang merosot di pasaran

Semalam Awang Selamat kata kat Nazri Aziz sebagai seorang yang anti Mahathir hari ni Nazri jawab balik tuduhan Awang Selamat yang kata Nazri beliau sendiri tak kenal sapa dia Awang Selamat. Apa yang Awang tulis semua tidak benar kata Nazri.

Nazri juga telah mengesahkan bahawa edaran akhbar Utusan pro Umno itu terus merosot di pasaran apabila berkata kepada Awang;

"Akhirnya, saya mahu menasihatkan Awang agar berpegang pada apa yang dia lakukan dan tahu apa yang terbaik dan tidak mencampuri politik negara yang pengetahuannya jelas cetek dan sifar pengalaman. Dia harus memberi tumpuan untuk menaikkan edaran akhbarnya yang terus merosot. Kedudukan itu dengan sendiri menunjukkan prestasi dan standardnya yang rendah di mana Utusan terpaksa merujuk kepada laporan media alternatif elektronik baru sedangkan ia seharusnya bertindak sebaliknya. Itu yang sepatutnya menjadi KPI dan ukuran kejayan dia dalam bidang yang dia mendakwa dia mewakili."Baca semua di sini.

1 ulasan:

  1. Salam...
    bla akhbar yg pro UMNO pun da merosot..depa kna taula knp org da kurang baca akhbar mereka...kurangkan sifat2 mazmumah dlm penceritaab berita...wallahua'lam

    BalasPadam