Khamis, 30 September 2010

PRK Dun Galas:Muhyidin letak batu di bahu Ku Li untuk digalas

Tengku Razaleigh Ketua Umno Gua Musang yang juga ahli parlimen Gua Musang (Umno-Bn) tak boleh nak elak bila Umno Pusat telah lantik beliau jadi Pengarah Pilihanraya Kecil BN di Dun Galas yang juga dalam kawasan Parlimen beliau. Timbalan Presiden Umno awal-awal lagi serah kuasa kepada Ku Li dalam prk Dun Galas.

Walaupun Ku Li melawan Umno parti beliau sendiri dalam isu tuntutan royalti minyak Ku Li terpaksa akur bila dilantik sebagai 'kepala perang' di Dun Galas yang sudah tentu pertandingan satu lawan satu antara dua parti Melayu terbesar iaitu Umno-Pas. Adakah Ku Li tetap menjadi 'Ghurka Umno' bila Muhyidin Yaasin letakkan 'batu' atas bahu Ku Li untuk digalas? Kalau menang pun Ku Li galas kalah pun Ku Li galas.

Kata Ku Li seperti yang dilaporkan media Umno Utusan Malaysia Online mengenai perlantikan beliau;

“Pelantikan ini merupakan satu penghormatan kepada saya dan kita akan menyusun strategi terbaik untuk mengambil semula kerusi ini.

‘‘Pas hanya sekali menang di DUN Galas iaitu pada pilihan raya umum lepas disebabkan gelombang yang melanda seluruh negara,” katanya yang kini berada di London ketika dihubungi Utusan Malaysia .

Ini merupakan kali pertama Ketua UMNO Bahagian diberikan tugas sebagai pengarah jentera bagi sepanjang siri pilihan raya kecil yang berlangsung selepas Pilihan Raya Umum Ke-12-Utusan Malaysia Online.

Kata Ustaz Idris Ketua Penerangan Pas Pusat mengulas perlantikan Ku Li sebagai Pengarah PRK Dun Galas untuk Umno-Bn;

“Ianya umpama kata dua kepada beliau, sama ada berjuang untuk rakyat atau berjuang untuk kepentingan Umno,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Begitupun, ujarnya, PAS yakin Tengku Razaleigh tahu membuat keputusan dan tahu jika Umno menang di Galas, belum tentu royalti minyak Kelantan akan dipulangkan.

Tambahnya, PAS tiada masalah jika beliau menerima perlantikan itu tetapi mahu Razaleigh menggunakan peluang itu untuk terus memperjuangkan royalti minyak Kelantan.

“Jika dalam PRK nanti isu royalti dibangkitkan, rakyat pasti tertanya-tanya, apa pula yang Tengku Razaleigh akan ucapkan?

“Sanggupkah beliau untuk menyanggah hujah Umno BN demi kepentingan rakyat nanti,” soalnya.

Justeru itu, katanya PAS menyeru agar Tengku Razaleigh mengisytiharkan keluar Umno dan menyertai PAS jika benar beliau berjuang untuk rakyat Kelantan.

Tambahnya, sebelum ini di Manek Urai, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dilantik sebagai pengarah PRK namun gagal merampas kerusi berkenaan yang kekal di tangan PAS.

Akibat kegagalan itu, katanya, Mustapa dinafikan hak untuk menjadi Pengarah Pilihan raya Dun Galas walaupun beliau adalah pengerusi perhubungan negeri dan menteri Umno yang banyak menafikan hak royalti Kelantan.-Harakahdaily.

Walau apa pun Ku Li tetap Umno dan pihak yang menentang Umno kena lawan ! Kalah menang belakang kira lawan dulu.Demi amar maaruf nahi mungkar kot mana pun kena lawan Umno.Bukan lawan bertumbuk lawan dalam pilihanraya.

1 ulasan:

  1. Salam...
    "Pas hanya sekali menang di DUN Galas iaitu pada pilihan raya umum lepas disebabkan gelombang yang melanda seluruh negara" kata ku li...ku li lpa ke sbnarnya Allah yg memberi kemenangan tersebut...walahua'lam

    BalasPadam