Jumaat, 17 September 2010

Kes Bunuh Sosilawati : Macam Ikan Bakar Cicah Air Asam

Negara Mexico yang terkenal dengan pembunuhan demi pembunuhan yang libatkan kes dadah boleh dikatakan berlaku setiap hari. Pergaduhan antara kumpulan penjenayah dadah yang libatkan kes kematian berlaku secara berleluasa dan pihak berkuasa semacam hilang arah untuk menghapuskan kes pembunuhan yang libatkan 'perang dadah' di negara tersebut. Laporan berita boleh tengok di sini.

Mahukah negara kita jadi macam Mexico atau pun dah semakin hampir sama macam negara Mexico? Rakyat negara kita dah rasa tak selamat dengan pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku setiap hari di seluruh negara kita. Berjalan-jalan bersama keluarga rasa tak selamat kerana golongan penjenayah ada di mana-mana. Penjenayah pulak tak kira keturunan apa , bangsa apa sama ada orang India, Cina dan Melayu kalau bersalah tetap salah. Tak ada beza.

Kes berprofil tinggi yang libatkan orang kenamaan Sosilawati dan rakan-rakannya yang dibunuh dan dibakar hidup-hidup menjelang Aidilfitri yang lalu amat kejam dan menyayat hati. Semua suspek yang didakwa bunuh mangsa pulak berketurunan India. Penjenayah tak mengenal bangsa dan keturunan dalam urusniaga mereka. Matlamat halalkan cara jadi keutamaan. Kalau kes jenayah India bunuh orang India, Cina bunuh orang Cina, Melayu bunuh orang Melayu itu dianggap perkara biasa dan tak libatkan perkauman tapi bila mangsa dan penjenayah berbeza bangsa ini menimbulkan konflik dalam masyarakat.

Kata Ketua Polis Negara yang baru Siasatan Kes Sosilawati Tanpa Unsur Perkauman.Pemimpin-pemimpin parti politik pulak dilihat menangguk di air yang keruh dengan menampilkan gaya berhati-hati dalam menyuarakan pandangan mengenai kes bunuh Sosilawati dan rakan-rakannya!Bagi parti-parti p0litik undi lebih penting daripada segala-galanya. Nak jaga hati semua kaum takut hilang undi! Nak ulang lagi sekali bangsa apa pun kalau buat salah tetap salah.

Pembunuhan Sosilawati macam ikan bakar cicah air asam . Yang tinggal hanya saki-baki tulang yang berselerakkan . Abu mayat dibuang hilang tah kemana. Takziah buat semua keluarga yang terlibat. Dari Allah kita datang kepada Allah jualah kita kembali. Cara kita mati hanya Allah saja yang tahu.

Berkaitan
Kematian tragis Sosilawati ulangi kes Mona Fendy 17 tahun lalu-The Malaysian Insider

1 ulasan:

  1. salam...
    mga Allah stiasa mlindungi kt dr hasad dengki manusia dan mati dlm keadaan berimana kpd Allah dan RasulNYA..amin ya Rabb

    BalasPadam