Ahad, 12 September 2010

Sosilawati dan Altantuya temui ajal yang hampir serupa


Gambar sebelah daripada The Malaysian Insider ,Seorang suspek kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain ketika dibawa ke Balai Polis Bukit Jalil hari ini.





Negara Malaysia kini boleh dikatakan setiap hari ada kes bunuh. Silap sikit kira nak bunuh tak kira la bunuh ahli keluarga sendiri, kawan dan rakan, sanggup bunuh pasai duit, berebut pompuan pun boleh bunuh.Macam-macam kes bunuh ada kat Malaysia hatta bunuh mak bapak sendiri pun ada.

Terkini jutawan kosmetik Sosilawati pulak dikatakan mati dibunuh dengan mayatnya beserta rakannya dikatakan dibakar dan abu mayat dibuang ke sungai.Teringat aku akan model cantik manis Altantuya Shaaribu dari Monggolia yang mati dengan mayatnya diletupkan dengan menggunakan bom C4 hingga mayatnya berkecai di Puncak Alam , Selangor. Saja teringat nampak cara kematian mereka lebih kurang sama cuma mungkin tak guna bom!

Berkaitan;
Pas ucap takziah , gesa pendakwaan segera -Harakahdaily
Penyelam polis marin cari bahan bukti pembunuhan Sosilawati-Bernama
Peguam bergelar Datuk, adik dan enam pekerja ditahan ekoran Sosilawati-Bernama
Sosilawati dan tiga lagi dibunuh dan dibakar-Bernama
Suspek kes Sosilawati bongkar lagi kejadian culik -bunuh-The Malaysian Insider

2 ulasan:

  1. Saudara joecharlie hanya ini komen yang boleh disiarkan ;


    Sunday, September 12, 2010BENARKAH AHLI BAR COUNCIL BUNUH SOSILAWATI ?


    pertanyaan.benarkah peguam yang jugak ahli majlis peguam iaitu dato patmanathan dan 8 orang india terlibat membunuh sosilawati dan 3 rakannya ?

    SEGERAKAN SIASATAN..INI KES BUNUH..SILA HUKUM ******* ****** SIALAN NI , AYUH SELURUH BLOGER, KITA DESAK KERAJAAN SEGERAKAN SIASATAN DAN KEHAKIMAN...AKU SERU BLOGER BANTU PERJUANGKAN NASIB SAUDARA KITA YANG TERKORBAN !

    BalasPadam
  2. PERHATIKAN DENGAN TELITI KRONOLOGI PERISTIWA INI !!

    1. Ketua Polis Negara Tan Seri Musa Hassan mendedahkan dalam sidang media
    Di Bukit Aman pada 7hb September 2010 bahawa wujud campurtangan pihak ketiga yang dirujuknya pihak KDN sehingga mengganggu siasatan.Campurtangan yang dimaksudkannya adalah bermotifkan kepentingan peribadi, politik dan agenda sendiri.

    2. Laporan Berita Harian 11hb September 2010- Kehilangan jutawan kosmetik dikatakan didalangi oleh seorang ahli perniagaan bergelar Datuk.Beliau dikatakan mahir dalam menghilangkan pelanggannya.Walaupun laporan polis telah dibuat namun beliau sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan.

    3. Datuk Seri Bakri Zinin,Pengarah Siasatan Jenayah PDRM mengesahkan dalam sidang media di IPD Kuala Langat pada 12hb September 2010, bahawa suspek iaitu seorang peguam bergelar DATUK yang ditangkap mengaku menggunakan modus operandi yang sama dengan merujuk kes kehilangan 4 orang yang dilaporkan sejak setahun yang lalu.


    Apa kaitan rentetan yang saya paparkan di atas? Apa kaitannya antara satu kenyataan dengan kenyataan yang lain?

    Jadi atas dasar ketelusan dan integriti,saya menyeru KPN yang baru agar siasatan yang telus dilakukan,jangan biarkan campurtangan pihak ketiga mengganggu siasatan polis.Ingatlah tentang AMANAH yang anda pikul yang kelak akan di soal ALLAH di akhirat kelak.Kembalikan dan pulihkan kewibawaan PDRM!
    Dedahkan siapa orang kenamaan yang mendalangi kegiatan jenayah tersebut.Jangan takut dan gentar kerana ALLAH sentiasa di pihak orang-orang yang benar.

    BalasPadam