Khamis, 26 Disember 2013

'Syaiton Yang Dikenali' bela 'Hantu Raya'

Perkasa akui terima bantuan kerajaan, tapi tidak sebanyak NGO bukan Melayu

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengakui menerima bantuan kerajaan seperti dakwaan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad tetapi menyifatkan bantuan tersebut tidak sebanyak yang diterima oleh badan bukan kerajaan (NGO) Cina dan India.
Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali, berkata Isa perlu menyenaraikan jumlah bantuan kerajaan yang diberikan kepada pertubuhan itu dalam menjayakan program mereka selama ini.
“Perkasa harap Isa dapat senaraikan jumlah bantuan yang diberi kepada Perkasa. Berapa banyak? Berjutakah? Berbilionkah? Kami tidak nafikan ada agensi seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Biro Tata Negara (BTN) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) membantu Perkasa.-M'insider
Apa sumbangan Perkasa kepada negara?Cuba habaq mai.

Rabu, 25 Disember 2013

Sembang 0rang Pas Dan Umno Di Kedai Kopi

Orang Umno sembang dengan Orang Pas kat kedai kopi.
Orang Umno:"Ish awat la barang la ni koi mahai sungguh."
Orang Pas: "Laa ..dah tau mahai beli buat apa..jangan dok beli la..menteri cap ayam kata ayam mahai jangan makan ayam.."
Orang Pas :Aku ni nak buat kenduri..aku tak mau panggil hang pa oghang Umno makan kenduri..bukan pasai fanatik dan kepartian.."
Orang Umno:" Awat sampai tara tu.."
Orang Pas :"Ya la hang pa oghang Umno, PR offer bebas tol daripada Bukit Kayu Hitam sampai KL hang pa tolak, minyak murah,pendidikan percuma hang pa tak mau..jadi kalau panggil makan free pon hang bukan nak makan ..hang pa nak yang kena bayaq semua.."
Orang Umno:"Ish sampai tara tu no hang perli kami.."
Oghang Umno yang dengaq lagu tu dalam kedai kopi tu rasa macam nak pekup lubang telinga..

Bala Barang Naik Tak Kira Penyokong BN Atau PR

Bodo ka cerdik ka semua kena...Bn ka Pr ka, Pas ka, Umno ka abang adik ka semua kenaaaa...!

PM Najib juga cakap bagi rakyat sakit hati dengan berkata jika tol tak naik cukai akan naik..

Belom ada lagi pemimpin Umno-Bn cakap yang nampak cerdik dan tak sakit hati apabila gagal kekang kenaikan harga barang malah dengan bangganya mahu naikkan kadar tol di lebuhraya walau pon pernah berjanji dalam manifesto BN pru 13 mahu turunkan kadar tol dalam kawasan bandar.

Kadar tarif elektrik juga akan dinaikkan sempena kedatangan tahun baru 2014.

Ini semua adalah agenda balas dendam terhadap rakyat yang jadikan kerajaan BN kerajaan majoriti 47 peratus.

Apabila rakyat mahu turun berdemontrasi tunjuk rasa kerana marah dengan kenaikan barangan pengguna maka rakyat dituduh pulak mahu guling kerajaan.Maka Ngo yang jadi macai dan pencacai Umno desak Menteri Dalam Negeri bertindak tegas halang penganjur yang mahu berhimpun bantah kenaikan harga barang.

Haaa Ngo pro Bn buat la himpunan tunjuk perasaan sokong kenaikan harga barang ..apa masalah?Yang kalut buat repot polis apa ke jadahnya?Puak ni memang bangang..mungkin jugak kerana dapat sedikit upah untuk terus hidup.

Malaysia satu-satunya negara yang ada repot polis bila rakyat mahu berhimpun.Di Thailand dan Indonesia rakyat depa boleh berhimpun secara aman tanpa repot polis.