Rabu, 15 Januari 2014

Kebencian kepada pentadbiran Najib merentasi semua, lapor Asia Sentinel

Pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Razak  berdepan kebencian merentasi semua lapisan daripada rakyat sehinggalah dalam Umno sendiri, lapor portal berita Asia Sentinel.
Laman tersebut melaporkan situasi sama semasa penyingkiran bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi kini berulang lagi, memetik sumber dalaman Umno kepada Asia Sentinel.
"Kebencian sama bukan khusus kepada beberapa segmen Umno dan elit pemerintah sahaja.
"Zaman Mahathir, kebencian dan kurang senang hanya di kalangan kumpulan intelektual dan hak asasi manusia. Tetapi Najib, ia merentasi semuanya sehingga ke isterinya dan rakan-rakannya," kata Asia Sentinel yang memetik pendedahan sumber Umno.
Walaupun kumpulan blogger daripada kem bekas perdana menteri paling lama Tun Dr Mahathir Mohamad cuba memberikan tekanan kepada Najib, ia masih tidak memadai.
"Tangan Mahathir dan Daim (bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin) di merata-rata tempat tetapi kuncinya sekarang adalah Najib dan isterinya yang menyediakan semua peluru.
"Tanpa peluru tersebut, Mahathir sukar mengerah bala tenteranya untuk menentang Najib," kata sumber yang dipetik dalam Asia Sentinel.
Asia Sentinel dalam laporannya juga mendedahkan dua blogger kem Mahathir yang lantang mengkritik Najib, Kadir Jasin dan Outsyedthebox.
Kedua-dua blogger tersebut menurut Asia Sentinel seringkali membidas langkah dan polisi pentadbiran Najib yang dilihat banyak membazir.
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Straits Times Press (NSTP), Datuk A. Kadir Jasin sebelum ini membidas Najib susulan kontroversi penggunaan aset kerajaan oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam lawatan luar negara.
Kadir secara sinis berkata Najib perlu mengkaji semula peranan menteri-menteri Kabinet selain melantik Rosmah sebagai menteri.
Selain itu, Dr Mahathir juga tidak ketinggalan membidas Najib apabila mempersoalkan keperluan Putrajaya memiliki banyak kapal terbang berbanding ketika zaman pemerintahannya.
Dr Mahathir berkata beliau tidak memerlukan sebarang pesawat mewah sewaktu pimpinan beliau namun berpendapat kerajaan kini mempunyai wang mencukupi untuk membelanjakan kemewahan tersebut.
Tahun lepas, Jabatan Perdana Menteri memberitahu parlimen bahawa Putrajaya kini memiliki sekurang-kurangnya tujuh kapal terbang, termasuk jet kelas perniagaan Boeing.
Kapal terbang itu digunakan oleh VVIP termasuk Yang Dipertuan Agung dan perdana menteri. Ia termasuklah Falcon, Global Express, jet kelas perniagaan Boeing, Blackhawk, 2 Augusta dan Fokker F28.
Menurut Asia Sentinel lagi, suara-suara marah rakyat serta beberapa pemimpin dalam Umno tersebut juga berpunca daripada pemotongan beberapa subsidi yang diberikan kerajaan baru-baru sehingga mengakibatkan kenaikkan harga barang yang mendadak.
Kenaikan harga bahan api, tarif elektrik, air dan gula mewujudkan kesan domino yang menyebabkan harga banyak barang lain meningkat.
Setelah dikritik kerana tidak berjimat, Putrajaya baru-baru ini mengumumkan mereka akan mengurangkan elaun hiburan dan perjalanan menteri dan pegawai kanan kerajaan selain membekukan pengubahsuaian pejabat.
Tetapi pembangkang melabelkannya sebagai reaksi spontan dan setelah melihat kesan kepada pengurangan subsidi yang dilaksanakan selepas Pilihan Raya Umum 2013. – 14 Januari, 2014 .-The Malaysian Insider (MD IZWAN)

Zainudin Maideen bekas Menteri Penerangan mahu Tun Madey kembali duduk dalam kerajaan.Adakah ini menunjukkan bahawa yang mahu gulingkan Najib bukan rakyat yang berdemo bantah kenaikan harga barang yang dituduh mahu gulingkan kerajaan...tapi ada gerakan dalam Umno sendiri mahu gulingkan Najib sebagai PM?Bughah !?
Mufti Perak tersalah fatwa!

Selasa, 14 Januari 2014

Selamat Menyambut Maulidurrasul Nabi Muhammad SAW

Selamat menyambut Maulidurrasul Nabi Muhammad SAW yang kita cinta dan kasih.Tanda kita cinta dan kasih kepada Baginda ialah ikut segala yang ada dalam Al-Quran dan Sunnah yang ditinggalkan Baginda Nabi Muhammad SAW.
Jangan jadi munafik dan kaki temberang buat perarakkan kononnya cinta dan sayang Nabi tapi dalam masa yang sama tolak dan hina undang-undang Islam yang termaktub dalam al-Quran. Hina sunnah Nabi !
Nabi Muhammad SAW bersabda;

SALAM1PENUMBUK

KENA DERAS KA BANG..AWAT TAK ELAK BANG..DAH REPOT POLIS KA BANG?INI TUMBUKAN LAUT CINA SELATAN KA SELAT MELAKA?
SEBELUM PRU 13 SEMUA KIRA 1MALAYSIA..LEPAS PRU KIRA PERIUK MASING-MASING.
UNDI LAGI!


Selasa, 7 Januari 2014

"Ada beza ulama' jahat dengan ulama' akhirat"

Awas Ulama’ Jahat

Ust Idris haji Ahmad
Ajk Pas Pusat 

Ulamak ialah pewaris Nabi SAW dan memegang amanah agama setelah ketiadaan para Rasul. Nabi Muhammad SAW adalah nabi yang terakhir, maka tidak ada lagi Rasul yang diutuskan. Urusan ini akan diambil peranan oleh para ulama’
Ulamak ialah mereka yang menguasai ilmu agama dengan meluas. Mereka mesti menguasai ilmu bahasa Arab, Ulum Hadis, Ulum Tafsir, Akhlak, Feqah, Usul Feqh, Tafsir, Tarikh Tashrik, Qawaid Feqhiah,ilmu balaghah dan memahami isu semasa. Seorang ulmak wajib takut hanya kepada Allah SWT sahaja. Jika seorang yang mempunyai ketinggian ilmu tetapi takut kepada manusia maka ia bukan digolong sebagai ulamak.
Ulama mesti beramal dengan ilmunya dan mengajar pula kepada orang lain, dialah dikira sebagai orang yang mewarisi para nabi. Jika berlaku sebaliknya maka ia mewarisi kerja syaitan

Manakala ulamak al-Su' (jahat) ialah ulamak yang memutar belitkan tujuan agama yang benar kepada yang lain demi kemaslahatan dirinya dan pemerintah walaupun bertentangan dengan agama.

Nabi SAW telah mengigatkan tentang bahayanya ulama' jahat di dalam sabdanya
"Aku bimbang ke atas kamu orang yang lebih dahsyat dari dajjal. BIla ditanya : siapa mereka itu? Jawab Baginda :ulama’ su’.

Ulamak jahat juga seorang munafik yang durjana kerana dia sendiri tidak dapat manfaatkan ilmunya dan ia pula memudaratkan orang lain.

Awas! kita hendaklah membezakan antara ulamak jahat dengan ulamak akhirat.

Orang alim yang bersikap demikian ialah syaitan yang durjana yang bertopengkan manusia dan paling bahaya kepada agama Allah. Merekalah virus perosak yang paling merbahaya untuk membinasakan iman umat.

Kejahatan orang awam kesannya tidak seteruk kejahatan orang alim , kerana mereka menjadi suri teladan kepada orang lain. Segala fatwa mereka akan mempengaruhi cara hidup dan pemikiran orang lain. Jika seorang doktor silap memberi ubat maka ia hanya boleh mematikan seorang pesakit sahaja.

Sebenarnya ulamak jahat ia telah dilantik oleh syaitan menjadi wakil mereka untuk menyesatkan mereka dan memudah kerja syaitan untuk menyesatkan orang ramai. Ulamak jahat ini dipandang dan oleh Allah seperti keldai dan anjing

Firman Allah SWT

“Perumpamaan orang yang dipikulkan kepadanya kitab Taurat, tetapi mereka tiada memikulnya, bagaikan keldai yang memikul kitab-kitab. Amatlah buruk kaum yang mendustkan keterangan-keterangan Allah, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang orang yang menginaya dirinya”( Surah al-Jumaah:5”

Firman Allah SWT

“Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang kami berikan keterangan-keterangan kami kepadanya, lalu dibuangnya. Sebab itu mereka didatangai syaitan dan syaitan itu termasuk orang-orang yang sesat” (al-Araf 175)

Allah mengibaratkan ulamak yang jahat seperti anjing

“Perumpamaannya sebagai anjing, kalau engkau mengahalaunya dihulurkan lidahnya, dan jika engkau biarkan dihulurkan juga lidahnya” (Al-Araf 176)

Ulamak jahat ini muncul; sepanjang zaman kerana mereka ini akan hidup sama hayat dengan kehidupan manusia untuk menyesatkan manusia. Kita mudah untuk berhadapan dengan syaitan, sudah cukup dengan membaca ayat kursi dan Auzubillah. Tetapi syaitan manusia yang bertopengkan agama ini agak sukar untuk kita menghadapinya, kerana mereka juga boleh membaca al-Quran.

Ulamak jahat ini mereka berbicara seolah-olah mereka tidak takut kepada pembalasan Allah SWT. Mereka boleh mempermainkan ayat dan hadis tanpa sandaran yang kukuh.

Mereka akan cuba mencara dalil untuk menghalalkan tindakan pemerintah yang rakus semata-mata untuk kepentingan dunia mereka. Walaupun hati kecil mereka tidak boleh menerima apa yang mereka memberi pandangan tersebut kerana ia bertentangan dengan disiplin ilmunya. Tetapi oleh kerana dunia dan kedudukan mengatasi segala-galanya maka kesemua itu diketepikan.

Realiti yang berlaku kehidupan ulama’ jahat ini akan dihina ketika berada di atas dunia lagi. Pihak pemerintah hanya menyanjung mereka ketika mereka mampu mencari ayat yang menghalalkan tidakan mereka. Tetapi apabila mereka sudah tidak mampu mengeluarkan ayat-ayat yang meyenangkan pemimpin ynag zalim mereka juga akan diketepikan. Akhirnya hidup mereka berada di dalam keadaan yang hina sehingga akhir hayat mereka. Apa makna kehidupan sebegitu rupa, jika di dunia sudah tidak mampu mendapat darjat kedudukan yang baik maka di akhirat nanti akan menerima pembalasan daripada Allah SWT.

Di antara ciri-ciri ulamak jahat ialah takbur dengan pandangannya walaupun tidak betul dari segi kaedah pengambilan hukum. Melebihkan dunia sehingga mengabai tugas akhirat. Takut kepada manusia, tetapi tidak takut kepada Allah dan tidak merasa bimbang dengan apa yang mereka lakukan kepada Allah SWT. Tamak kepada dunia dan pangkat. Pengampu kepada pemerintah yang zalim. Takut memberi nasihat kepada pemimpin yang zalim. Tidak ada rasa sensitif terhadap penyelewingan yang dilakukan oleh pemerintah seperti rasuah dan penindasan. Mereka hanya memikirkan tentang kepentingan perutnya sahaja, biarlah agama dicerca. Bijak bermadah punjangga untuk menarik perhatian orang ramai walaupun salah dari segi fakta. Bercakap tidak serupa dengan bikin. Tidak memaparkan akhlak Islam yang sepatut ada kepada seorang yang ada ilmu agama. Keluarganya tidak menunjuk contoh suri teladan yang baik seperti anak isteri tidak memelihara aurat.

Isnin, 6 Januari 2014

"Jangan tunggu kaya baru nak berjuang"-Ust Idris Ahmad

Tanggungjawab Pas Kepada Ahlinya
Idris Hj Ahmad
2/1/14

Kewujudan Pas sebagai sebuah Harakah Islamiah dan Siasah mempunyai matlamat yang jelas seperti yang tercatat di dalam Perlembagaan Pas. Perjuangannya menuntut kepada semua pendokong memahami perjuangan yang dibawa. Pas tidak mahu ahli yang tidak faham erti perjuangan Pas. Pas bukan parti untuk orang menumpang dan berehat di R&R di lebuh raya, setelah hajat ditunai maka ia cabut lari. Ia bukan platform sementara untuk mencari matlamat duniawi tetapi ia adalah jamaah yang mesti mempunyai ahli dan pimpinannya faham erti mereka berintima' dengan perjuangan Pas. Kita tidak mahu ahli yang tidak faham, sebab apa mereka bersama dengan perjuangan Pas. Allah marah jika bersikap demikian. Firman Allah SWT " Jangan kamu berpendirian pada perkara yang kamu tidak ketahui". 

Pas sebagai jamaah Islam mempunyai malamat untuk Membentuk Peribadi Muslim. Ini adalah asas yang perlu ada kepada ahli Pas. Menjadi tugas Pas mendidik ahli supaya mempunyai peribadi Muslim yang unggul. Kerana ini adalah asas kepada Gerakan Islam. Mengambil manhaj yang dilakukan oleh baginda Nabi Muhammad SAW kepada para sahabat pada peringkat permulaan dakwah baginda di rumah al Arqam bin Abi Arqam. Penekanan kepada kefahaman akidah yang benar, menjadi tunjang kepada manhaj tarbiah. Apa makna perjuangan jika tidak ada kefahaman akidah yang benar. Penilaian amal bermula daripada akidah yang benar.Akidah sebagai penggerak utama dalam segala perkara. Keyakinan untuk menentang kezaliman kerana akidah yang merupa tuntutan agama. Perjuangan tidak boleh berpaksi kepada kebendaan terlebih dahulu. Benda datang kemudian, jika benda yang didahulukan sampai bila kita tidak boleh berjuang. Mana ada sejarah Nabi Muhammad SAW memulakan dakwah dan perjuangan bila kaya. Kekayaan dan kebendaan datang kemudian apabila kemantapan akidah dan keyakinan perjuangan telah dilaksanakan. Ada orang berpandangan biar kaya baru hendak berjuang. Kalau kaya, akidah tidak mantap tetap tidak berjuang juga kerana takut hendak tinggal kekayaan, akhirnya bertemu Allah dalam keadaan tidak berjuang.

Pas mesti memastikan ahlinya mempunyai akhlak dan keperibadian yang tinggi dan unggul. Biarlah ketika ahli Pas berada di mana-mana tempat, kehadiran mereka dirasai dan kehilangan mereka dikenang. Kita mahu ahli Pas ketika berada dengan orang ramai, seolah-olah mereka ialah individu yang berjalan menaiki bukit sedangkan orang lain berada di tanah rata. Ertinya akhlak mereka dikagumi dan diikuti kerana ada kelainan. Ahli Pas ketika bekerja di mana- mana sektor samaada awam atau swasta mesti menunjukkan profesional mereka sebagai penjawat yang baik. Selesaikan tugas dan amanah dengan baik. Jangan curi tulang. Jangan biarkan fail bertimbun di atas meja, sehingga menjejaskan kepentingan orang ramai yang berurusan dengan kita. Walaupun mereka tidak melilit bendera di kepala, tetapi tingkah laku mereka boleh diperhati dan dinilai oleh orang lain.

Pas kena mendidik ahlinya supaya jangan bersikap adu domba dan menyebarkan fitnah sesama ahli. Mereka jangan berlakon menjadi ahli Pas, tetapi tidak berakhlak sebagai mana tuntutan seorang ahli. Kita sebagai ahli Pas kena awas jika ada yang mengaku ahli Pas, tetapi mengadu domba di dalam jamaah. Mereka ini kita kena hazar, mungkin ini adalah talibarut yang hendak musnah daripada dalam. Jika ahli Pas yang tulin mereka tidak tergamak berkelakuan demikian rupa. 

Pas mesti mendidik ahlinya memelihara aurat dan pergaulan sesama sendiri. Memakai pakaian yang menurut syariat bukan adat adalah asas utama yang mesti diberi keutamaan. Perkara ini tidak perlu tunggu ada negara Islam. Tidak perlu tunggu hukum hudud, kerana ia menjadi tanggungjawab kepada semua ahli walaupun kita tidak ada negara. Pakaian ialah cermin keperibadian seorang, di dalam hati Allah SWT sahaja yang tahu. Kita tidak boleh biarkan ahli Pas melakukan dosa sepanjang ia mendedahkan aurat apabila berhadapan dengan bukan mahramnya. Lebih malang lagi kita telah melakukan dosa kering, kerana membiarkan orang lain turut berdosa kerana memerhati aurat kita. Biarlah pakaian menjadi "lisanul hal" kepada orang ramai untuk medekati perjuangan Pas. Biarlah pakaian menjadi pembeza antara ahli Pas dengan orang lain. Jika pakaian ahli Pas tidak menepati syarak macama mana orang lain mahu mendekati Pas. Mereka akan mendakwa jika perkara mudah seperti ini pun orang Pas gagal laksanakan, macam mana perkara yang lebih besar hendak diharapkan.

Pas mesti mendidik ahlinya bersikap benar di dalam urusan hidup mereka. Jangan sama sekali menipu di dalam muamalat. Mesti jujur di dalam berurusan. Tidak boleh kita membiarkan diri memungkiri janji dengan orang ramai. Akhlak ini menjadi tinjauan orang ramai kepada kita. Sekiranya perlakuan ini dilakukan ia akan tersebar keburukan aklak ahli Pas kepada orang ramai. Akhirnya, Pas jua yang terpalit. Ingatlah Sabda Rasulullah SAW bermaksud
"Bercakap benar itu akan membawa kepada kebaikan dan bahawasanya kebaikan itu membawa kepada syurga, bahawa seorang itu sentiasa bercakap benar sehingga ditulis di sisi Allah sebagai seorang ang benar, dan bahawa pembohongan itu membawa kepada kecelakaan dan kecelakaan ini membawa ke dalam api neraka, seorang itu sentiasa berbohong, sehingga ditulis di sisi Allah sebagai pembohong"

Pas mesti mendidik ahlinya untuk menjauhkan diri daripada beramal dengan amalan ribawi. Tidak sepatutnya kita sebagai anggota Harakah Islamiah yang membawa cita-cita suci di negara ini terlibat dengan amalan riba. Sekarang tidak boleh menjadi alasan kepada kita untuk mengelak daripada terlibat dengan muamalat riba. Wajib kita berurusan dengan bank yang melaksanakan perbankan Islam dan takaful. Ahli dan pimpinan Pas wajib membeli kereta, motor menggunakan sistem perbankan Islam. Wajib mengambil takaful dalam semua urusan kereta bermotor. InsyaAllah di sana ada keberkatan hidup jika kita mengamalkan muamalat selaras dengan Islam.

Allah telah menyebut di dalam al-Quran
"Allah menghapuskan keberkatan riba dan memelihara sedekah"

Amat tidak molek jika sebagai pejuang Islam bergelumang dengan amalan riba. Sebenarnya untuk membentuk peribadi Muslim ahli Pas tidak perlu menunggu adanya negara. Cukuplah perkara ini mesti diamalkan dahulu, sebelum kita mendapat negara. Sebagaimana yang pernah disebut oleh Hasan Hudhaibi pemimpin Ikhwan Muslmin"Tegakkan Islam di dalam diri kamu, sebelum kamu tegakkan Islam di negara kamu"

Komen aku pulak..ramai di kalangan pemimpin Pas yang dulu hebat berjuang tapi bila dah dapat jadi ketua Ngo yang banyak dapat elaun dah dimakan serigala..lari daripada perjuangan.

Sabtu, 4 Januari 2014

Jangan jadi penderhaka..jadilah lembu dan kerbau

La ni jangan berhimpun,tunjuk rasa,tunjuk perasaan,demontrasi ka apa ka..tak boleh yang boleh tunjuk bodi,tunjuk lurah,tunjuk buah betik,menari tiang ka tak pa tu bukan bughah,bukan penderhaka darah depa tak halal untuk dibunuh..ya la benda sedap la katakan.Main dengan duit,pompuan,kuasa serban besaq bakul pon melayang.
Kita nak buat apa lawan kenaikan harga barang dan kos taraf hidup meningkat?Kita buat bodo,buat dono,pekakkan telinga jadi tebal macam telinga kerbau..meriam kabat bunyi tepi telinga pon tak berganjak.
Haaa...macam ni punya style Umno-Bn cukup syok depa akan berkuasa sampai kiamat.Kaya lagi kaya yang miskin makin bertambah jadi kucin kurap tepi jalan.Bila ramai jadi miskin Umno cukup syok senang nak cucuk hidung heret rata jalan,rata kampong!
Jangan jadi penderhaka tapi jadilah lembu kerbau..yang bodo lembu.. tokey lembu sapu RM250 juta sekali ngap!

Khamis, 2 Januari 2014

Harga minyak petrol di negara kapiaq Bolivia 0.9 sen seliter

Peguam Pas Hanipa Maidin menulis dalam FB beliau;
"Saya di Caracas, Venezuela hari ini atas jemputan Kedutaan Venezuela. Rakyat Venezuela hanya bayar harga petrol pada harga 0.7 bolivar ( 7 sen wang malaysia ) atau 0.9 bolivar ( 9 sen wang Malaysia ) bagi satu liter. Lihat negara pengeluar minyak bantu kurangkan bebanan rakyat."


Di negara kita regim pemerintah sibuk kurangkan subsidi minyak untuk rakyat dengan berkata bukan harga minyak naik tapi rasionalisasi subsidi dikurangkan.Pandaila depa punya auta sampai orang kampung pun ada yang tak faham apa dia rasionalisasi subsidi tu menatang apa.Tergeliat lidah nak sebut.

Lebih haramjadah bandingkan harga minyak negara kita dengan negara bukan pengeluar minyak seperti Singapura dan Thailand jiran terdekat.