Selasa, 10 September 2019

Sebenarnya begini Nashruddin Tontowi...

Sebenarnya begini Nasruddin Tontowi oii

Dulu2 bila dituduh Pas nak pakat dengan Umno tak jadi sebab Almarhum TGNA masih ada. TGNA bagi amaran kepada pemimpin Pas "Siapa-siapa yang mahu ajak PAS nak bersama dengan UMNO saya kan ludah muka orang tu" .

Zaman nak bawak Pas kepada Umno semasa TGNA masih ada diketuai Nashruddin Mat Isa dan Hassan Ali Al Bugisi.

Selepas TGNA meninggal dituduh lagi Pas nak bersama Umno..pemimpin Pas nafi lagi. Tuduh lagi nafi lagi...tuduh lagi nafi lagi. Nafi punya nafi akhirnya semua pemimpin Pas yang ada sekarang pakat kerah semua walaun Pas berkumpul di bangunan Umno di PWTC. Begitulah ceritanya tak payah nak buat lawak bodo Tontowi oii.

Untung Ust Idris dan Ust Hadi kalau tidak depa la sekarang ni kena ludah dulu ...

Gelagat Pas Lebih Umno Daripada Umno

Tahun 80an dulu , Ketua Cawangan Pas tempat aku pesan, "Kita orang Pas kena sebut Pas satu hari satu kali". Yakinnya Arwah kerana masa tu zaman lawan Umno...jangan masuk Umno tu dia suruh wirid2 Pas setiap hari.  Dia tak kedekut duit bagi satu orang RM3 habuan minyak motor . Zaman tu boleh RM3 kira banyak la rokok Benson 7 batang dah lepas.

Sekarang sudah tukar...setiap hari Ust Idris, Nik  Abduh berzikir berzakar di mulut depa Umno...Umno ..Umno sebagai tanda kasih dan sayangnya kepada Umno setelah Umno hancur di tangan rakyat pada Rabu 9 Mei 2018. Seruan Ust Idris setiap hari kepada walaun jangan lupa ke bangunan Umno PWTC hujung minggu ini.

Ust takut walaun tak ramai hadir dia yang lebih2 buat iklan jangan terpedaya dengan "penyokong Dap" 😁 nak halang walaun ke PWTC. Sebaliknya hang pa nak tau... pemimpin Umno pakat gelak tengok kelaku pemimpin Pas yang lebih Umno daripada Umno..jadi Ghurkha kepada Umno. Kesian...dalam politik kenakan Pas ..Umno memang cerdik sejak dulu lagi .

Ahad, 8 September 2019

POLITIK JAHAT OSTAT POLITIK

Alasan Ostat2 politik bila dihalang ceramah dalam masjid dan surau, " Tengok tuan tuaaaaaan kita dihalang sampaikan ajaran agama dalam rumah Allah"

Pada hal bukan datang nak sampaikan ajaran agama tapi ambil kesempatan sampaikan ajaran politik jahat ,tiupkan semangat perpecahan sesama Muslim supaya bermusuh sesama sendiri kerana berbeza fahaman politik.

Sesama Muslim diseru berpecah belah lepas tu dalam masa yang sama mainkan isu boikot barangan keperluan harian yang timbulkan suasana tidak sihat dengan bukan Muslim. Ajaran Islam ke tu?

Datang naik Vellfire, Camry bukan naik upeh ..cakap tak serupa bikin.

Khamis, 5 September 2019

Kaki Putar



Wawancara Najib bersama Reuters yang dilaporkan Kini TV bertarikh 21 Jun 2018 , Najib menafikan Jho Low bekerja bagi pihaknya dan semua barangan yang dimiliki Jho Low tidak membabitkan nama Najib. Tetapi kata Najib , Jho Low mengatakan dia bertindak untuk orang lain.Apabila ditanya Low bekerja untuk siapa, Najib berkata ,"Anda perlu bertanya kepadanya sendiri"

Pada 16 Mac 2015 , Astro Awani melaporkan kenyataan Najib -  Jho Low Tiada Kaitan Dengan 1MDB. Laporan itu memetik Najib berkata , "Encik Low Thaek Jho tidak pernah bekerja di 1MDB dan semua keputusan dan urus niaga 1MDB dibuat oleh pengurusan dan lembaga pengarah 1MDB," - http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jho-low-tiada-kaitan-dengan-1mdb-kata-najib-55767

Dah tengok sepanjang sidang mahkamah perbicaraan kes 1MDB melibatkan saksi2 yang disoal pihak pendakwa? Mari kita lihat sepintas lalu apa kata saksi2;

1- Jho Low penasihat khas Najib ,kata pegawai khas Najib. https://m.malaysiakini.com/news/490481

2- Jho Low arah lupus dokumen ,email kata Bekas Pegawai Khas Najib, Datuk Amhari Afendi Nazaruddin - https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/09/603118/jho-low-arah-lupus-dokumen-e-mel

3- Tertekan mengenai duit 1MDB , bekas Ketua Setiausaha Sulit Najib hempas fail- saksi .
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/09/603212/tertekan-mengenai-duit-1mdb-bekas-ketua-setiausaha-sulit-najib-hempas