Isnin, 29 Oktober 2012

Penyokong Pas faham kerjasama Pas dan Dap cuma takut ada yang buat-buat tak faham

MCA bantu dedahkan Umno yang sebenar-Harakahdaily

Kenyataan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MCA yang secara terbuka  menentang Syariat Islam,  khususnya undang-undang jenayah hudud,  adalah menyerlahkan sikap Barisan Nasional yang sebenar, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.

Kenyataan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MCA yang secara terbuka  menentang Syariat Islam,  khususnya undang-undang jenayah hudud,  adalah menyerlahkan sikap Barisan Nasional yang sebenar.

Perlu diingat bahawa UMNO adalah parti teras dalam BN, yang wujud bersama MCA, MIC, GERAKAN dan lain-lainnya sebagaimana yang kita ulangi sudah pun diberi amanah menerajui pemerintahan negara Malaysia ini selama lebih dari lima puluh tahun.

Hakikatnya ialah, bahawa UMNO memimpin kerajaan pusat dan kebanyakan kerajaan negeri, dengan adanya Biro Agama dalam UMNO itu sendiri, dalam kerajaannya ada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam - yang diletakkan  dibawah Jabatan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO,dan ada menteri penjaganya.

Di samping diwujudkan Institut Kefahaman Islam (IKIM), Fakulti Pengajian Islam dibeberapa Universiti, diperingkat negeri pula ada Jabatan Agama Islam masing-masing danada Exco Agama daripada UMNO juga.

TETAPIsegala-galanya ini tidak mampu meletakkan Islam itu tinggi ditempat yang sebenarnya dalam urusan negara Malaysia ini dan dinegeri yang dipimpin oleh UMNO. Adapun Majlis Fatwa Kebangsaan pula hanya bebas dalam lingkungan sangkarnya, berkokok mengikut waktu yang disesuaikan dengan keselesaan UMNO yang menjadi penunggunya.

Soalannya mengapa MCA boleh membuat kenyataan terbuka begitu rupa ?.

Dalam hal ini, MCA bukanlah parti yang patut disoal atau diminta penjelasan, kerana parti ini hanya mewakili kelompok masyarakat Cina bukan Islam.Manakala hukum hududpula tidak ada dalam ajaran semua agama bukan Islam yang dianut oleh ahli MCA.

Parti UMNOlah yang secara khususnya patut dipersoalkan oleh bangsa melayu yang beragama Islam bukannya MCA, kerana  banyaknya urusan Islam didalam tubuh parti UMNOserta kedudukannya yang memimpin kerajaan pusat dan negeri.

PAS tidak merasa hairan apa yang berlaku,kerana UMNO adalah Parti Kebangsaan Melayu, di mana “Islam” hanya menjadi agama yang dianut secara peribadi kalangan ahli UMNO sahaja. Perlembagaan UMNO juga tidak meletakkan Islam menjadi dasar, matlamat dan hukum tertinggi.Sifat individualistik yang menjadi konsep kepada ahli UMNO menyebabkannya tidak boleh bertindak terhadap ahlinya yang melakukan maksiat yang besar, apatah lagi yang terlalu kecil, kerana agama adalah urusan individu.

Ahli UMNO pula boleh menjadi orang yang soleh, paling kuat beribadat, banyak sembahyang, banyak mendirikan masjid, kerap umrah dan lebih banyak peluang haji, berkebajikan dalam masyarakat dengan sebanyak-banyaknya dan sebagainya.

Tetapi ahli UMNOi tidak mampu bercakap atas nama partinya untuk menegur atau menyanggah kenyataan Presiden MCA, kerana ini akan bercanggah dengan semangat dan konsep kebersamaan dalam BN yang didukung sama oleh undang-undang tubuh UMNO yang diselaraskan dengan semua rakan-rakannya dalam Barisan Nasional.

UMNO lebih mengutamakan konsep pragmatik sekular yang didukung bersama MCA, MIC, GERAKAN  dan lain-lain, dalamgabungan parti-parti komponen Barisan Nasional. Maka Islam tidak berkuasa dan berdaulat, hanyalah sekadar  menjadicabang yang berteduh dibawah semangat Barisan Nasional.  Maka UMNO tidak ada kelayakan untuk menegur Presiden MCA sehingga dia boleh bercakap apasahaja  termasuk dalam perkara Islam yang dia terlalu jahil kerana bukan agamanya.


HUDUD

Undang-undang Hudud adalah salah satu daripada hukum jenayahdalam syariat Islam, bersama dengan hukuman Qisas dan Takzir. Perkataan “Hudud” bererti batas-batas sempadan Allah yang tidak boleh dipertikaikan oleh seseorang yang beriman, di mana hukumannya telah dinaskan oleh Allah secara nyata dalam Al Quran dan Hadith Rasulullah SAW seperti juga nas wajib sembahyang lima waktu, puasa, zakat , haji dan pengharaman arak, judi, riba dan lain-lain. Hudud tidak boleh dinamakan “Hudud PAS” seperti juga tidak boleh dinamakan “sembahyang PAS”.Hanya yang jahil murakkab sahaja boleh bercakap begitu. Allah berfirman yang bermaksud:

Maksudnya :“Dan tidaklah harus bagi seseorang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – mereka tidaklah mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.” (al-Ahzab – 36)


Perkara yang dinyatakan secara nas saperti Hudud dan Qisas tidak mungkin dicapai oleh akal manusia, maka Allah menyatakan petunjuknya secara jelas.Rasulullah SAW sendiri, para pemimpin dan ulama selepasnya wajib menerima dan pihak yang berkuasa pula wajib melaksanakannya di mana mereka tidak boleh bertelingkah atau khilaf dari segi wajibnya. Perbincangan dan berbeza pendapat hanya dalam perkara cabang dari segi mencari bukti dan proses kehakiman yang adil, bukan meninggalkannya.

Keseluruhan undang-undang jenayah Islam lebih bersifat dan berkonsepkan mendidik masyarakat, maka dikenakan syarat yang ketat sehingga sukar menjatuhkan hukuman, tetapi undang-undang dan hukumannya menakutkan sehingga Presiden MCA juga takut.Penjenayah lebih digalakkan bertaubat sebelum dibawa kemahkamah.Hukum Hudud tidak boleh diampun setelah diputuskan oleh mahkamah, kerana Hudud menjadi hak Allah bagi memelihara rukun kehidupan bermasyarakat.

Lucunya, terdapat pula kalangan yang jahil pula cuba berhujah, bahawa penjenayah akan berkeliaran atau bertambah kerana hukuman sangat sukar untuk dijatuhkan. Hakikatnya ini tidak akan berlaku kerana sebelum sesuatu kes itu dibawa ke mahkamah, pihak yang mendakwa atau pendakwa akan menentukan samada cukup kesaksian atau tidak untuk kes hudud. Sekiranya bukti tidak cukup untuk kes hudud bukan bermakna terus dilepaskan.

Bukti-bukti jenayah ini mungkin cukup untuk di bawa kes ke perbicaraan takzir – di mana hukuman takzir adalah lebih ringan dari hukuman hudud.Dalam bahasa mudah difahami waktu ini, hukuman takzir boleh wujud dalam bentuk kanun keseksaan (penal code) yang hukuman dan beban pembuktiannya jauh lebih ringan dari hukuman hudud.

Setiap penganut Islam sebelum wujudnya PAS dan UMNO wajib beriman dengan hukum hudud. Maka penganut Islam dalam UMNO wajib bertegas dan istiqamah dengan Islamnya,seterusnya bertindak sama ada memecat MCA daripada Barisan Nasional atau UMNO di pecat atau keluar daripada Barisan Nasional atau ahli-ahli UMNO yang beragama Islam keluar UMNO beramai-ramai.

PAS DAN DAP

PAS berlainan dengan UMNO dan sangat berbeza,  kerana PAS tegas mengikut undang-undang tubuhnya, menjadikan Islam (Quran, Hadith, Ijmak dan Qiyas) hukum tertinggi, dasar dan matlamat perjuangannya Islam yang sempurna, maka termasuk urusan politik negara. Sekiranya dikaji Surah Al Maidah yang diturunkan diMadinah, terdapat didalamnya undang-undang jenayah, diantaranya Hudud.

Kebanyakan sebab nuzulnya (turun ayat) adalah berkait dengan sikap penganut bukan Islam yang dijawab secara wahyu.Perkara ini dapat dirujuk dalam kitab tafsir dan sejarah Islam.

PAS berijtihad memilih Demokrasi bagi mencapai kuasa pemerintahan dan melaksanakan Islam termasuk hukum hudud,  kerana pendekatan demokrasi secara damai adalah bersesuaian bagi menyelamat manusia bersama Islam tanpa paksaan, walaupun memakan masa yang panjang sehingga beberapa generasi serta pemimpin pergi dan datang.

Maka proses pelaksanaan undang –undang termasuk Hudud dibawa kedalam Dewan Undangan Negeri Kelantan dan Terengganu setelah mendapat mandat kemenangan besar dalam pilihanraya lalu. Undang – undang  jenayah Islam termasuk Hudud dipamerkan lebih dahulu kepada masyarakat umum berbagai agama, di bentang dan dibuka kepada proses soal-jawab terlebih dahulu sebagai satu proses pendidikannya.

Ingin saya pertegaskan sekali lagi bahawa pelaksanaan enakmen Islam adalah hanya untuk orang Islam sahaja, sama sekali tidak untuk bukan Islam. PAS tidak membawa perkara ini diKedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang kerana tidak mencukupi syarat secara demokrasi.

DAP pula bukan parti kerajaan pusat yang berkuasa sepenuhnya seperti MCA. Ahli DAP banyak terdiri daripada masyarakat bukan Islam yang tertindas oleh kekayaan MCA,MIC dan semangat kebangsaan UMNO yang terlalu tinggi. Maka PAS lebih mudah berkira dengan DAP. Perkara hudud boleh dibincang secara ilmu dengan adil dan bebas.

Hubungan PAS dengan DAP dan PKR bukan Islam dalam Pakatan Rakyat adalah secara muafakat. Maka isu pelaksanaan Islam oleh PAS dalam negeri Pakatan Rakyat adalah berpandukankepada hukum Tahaluf Siyasi dalam Feqah Siyasah.Ini perkara yang perlu difahami oleh penyokong PAS dan rakyat seluruhnya.

PAS tetap tegas dengan perjuangan Islamnya  dan DAP pula tegas dengan perjuangannya. Dalam hal ini kerjasama berlaku dalam titik persamaan dan hak berbeza pendapat tetap dihormati dan hak penganut bukan Islam wajib diberi dengan adil.

Titik persamaan secara umum sudah disepakati, apabila DAP menerima konsep yang sudah ada dalam perlembagaan negara, termasuk kedudukan agama Islam.Bagi PAS sudah cukup menarik untuk memberi ruang perbincangan sekiranya memerintah negara.Cara ini tidak boleh dilakukan oleh UMNO dengan rakan-rakan karibnya dalam Barisan Nasional.

Malangnya perbincangan yang masih awal diganggu oleh media arus perdana khususnya berbahasamelayu mengaku Islam, yang sengaja berniat jahat untuk menghalang cita-cita Islam yang diperjuangkan oleh PAS.


Sekiranya rakyat memberi kuasa dalam Pilihanraya Umum ke-13 kepada Pakatan Rakyat, maka PAS yakin dapat membawa mesejnya dengan sempurna tanpa gangguan syaitan yang dikenali dan tidak dikenali.-Presiden PAS 


Kita yang di bawah ni faham dan amat faham tapi yang di atas tu jangan la pulak buat-buat tak faham dok tabur paku tengah jalan rosakkan tayar kereta nak ke Putrajaya..angin dah isi cantik,tayar dan balancing dan aligment dah ok tapi kalau main ngan dok tabur paku pancit tayar..

Sabtu, 27 Oktober 2012

Nasib Shahrizat di Hari Raya Korban

Cuba baca betul-betul banner di atas.Ini silap ejaan atau Umno Bahagian Kangar saja nak dajalkan Ketua Wanita Umno Malaysia apabila ditulis Datuk Seri Shahrizat Lembu?Agaknya Wanita Umno dan Umno sendiri dah tak mau Shahrizat jadi Ketua Wanita Umno Malaysia..

Khamis, 25 Oktober 2012

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha

"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh."
"Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin."-Surah Al Hajj ayat 27 dan 28

"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya."-Surah Al-Hajj ayat 37

Selamat Hari Raya Aidil Adha.Semoga bergembira dan jangan lupa kepada semua nasib umat Islam yang menderita di seluruh dunia kerana musibah yang menimpa mereka.

Baca;
Eidul Adha medan dakwah Rasulullah-Harakahdaily
Zulhijjah dan Idil Adha: Beberapa isu dan hukum-Zaharuddin.net

Rabu, 24 Oktober 2012

Peneroka makan tulang, puak parti syaitan 'Sapu Malaysia'

MP Umno dakwa individu terima RM1juta saham Felda
Seorang MP BN menuntut kerajaan menjelaskan dakwaan bahawa terdapat individu di Sabah yang menerima sebanyak sejuta saham Felda Global Ventures Holding  (FGV) walau "tiada kena mengena dengan pembangunan Felda".

Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) juga berkata individu yang didakwa menerima saham tersebut tidak menyumbang kepada pembangunan Felda.


"Ada orang di Sabah, yang tidak ada kena mengena dengan Felda, mendapat sejuta saham. Saya tidak sebut nama. Saya minta menteri menjawab secara bertulis, kerana orang ini tidak menyumbang dari segi politik dan pembangunan Felda.

"Saya minta diberi senarai pihak yang menerima pink form ini yang dapat sejuta syer," kata Abdul Ghapur dalam satu soalan lisannya di Dewan Rakyat hari ini.
Menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Ahmad Maslan kemudiannya mempersetujui saranan Abdul Ghapur untuk mengemukakan jawapan bertulis bagi menyenaraikan golongan yang layak menerima tawaran saham dan syarat kelayakannya.

Sebelum itu, Ahmad menjelaskan bahawa golongan yang menerima “pink form” tersebut adalah pengarah kumpulan FGV, kakitangannya serta kumpulan yang menyumbang kejayaan Felda dan FGV.

"Tetapi daripada senarai yang saya ada, saya tidak dapat melihat sesiapa yang disebut oleh Yang Berhormat itu. 

"Saya ingin menjelaskan di sini, kerajaan negeri Sabah telah diperuntukkan 5 peratus saham dalam Felda Global Ventures ini.

"Itu nilainya yang amat besar untuk sebuah kerajaan negeri. Dan saya khuatir kekeliruan di situ nanti. Kerajaan negeri Sabah dapat 5 peratus saham itu," kata Ahmad Maslan.-Malaysiakini

Berapa Pengerusi FELDA Isa Samad dapat saham Felda?180,000 unit (180 lot) saham Felda untuk Isa Samad.Untuk peneroka Felda hanya 800 unit (tak sampai satu lot).Boleh kaya ka dengan 800 unit saham?

Peneroka pulak kalau sambut pemimpin parti syaitan yang masuk Felda bukan main lagi bangga walaupun tak sedar kata mereka hanya makan tulang ja hasil penyenaraian FGVH di Bursa Saham.

Selasa, 23 Oktober 2012

Perkasa sokong MCA ,terjun lubuk la MCA

Saya ada tulih dalam posting saya Geng baling kasut kata haram sokong MCA.Hari ni bila baca dalam FMT Pendirian Perkasa tetap untuk berpihak kepada BN dan sekaligus MCA,saya tak rasa terkejut pun.Braheng Ali Presiden Perkasa kata ,“Ketua Wira hanya beri respon isu semasa. Kalau tak beri respon, Perkasa dihentam,” jelas Ibrahim ketika ditanya perkara ini di pekarangan Dewan Rakyat hari ini.Kata Braheng lagi,“Pendirian Perkasa di dalam isu ini adalah untuk menyokong BN berdasarkan faktor keselamatan dan kemakmuran.

Saya dah agak dah kalau sama-sama jeneh  berak merata pusing pi pusing mai last2 sekali duduk semeja pakat kutuk Islam dan hina Islam.Ya la satu puak baling kasut dalam masjid..rumah Allah SWT tu bukan rumah Najib atau rumah Muhyiddin.Satu puak lagi tak Islam tapi buat kelaku sama ja.Depa lagi berani la sebab yang Islam pun buruk kelaku macam depa jugak.

Braheng kata hanya beza pendapat ja Chua Soi Lek tu bukan ada apa pun.Ya la satu pendapat baling kasut dalam masjid, satu pendapat lagi kata Hudud jika dilaksana jejaskan 1.2 juta pekerja.Memang berbeza tapi perangai serupa ja pakat jadi syaitan.

Orang Cina pulak bila tengok Perkosa sokong MCA lagi la depa takut nak bagi undi kat MCA.Yang atas pagar lagi tak kelapaq nak sokong MCA.Orang Cina tak lupa semasa nak berlangsung demo Bersih 2.0 2011 Perkasa bagi amaran kepada orang Cina supaya jangan keluar dan simpan stok makanan banyak-banyak kerana pertumpahan darah akan berlaku.Orang Cina juga tak lupa Perkasa bagi envelope angpow warna putih yang didakwa kaum Cina menghina mereka.Kata orang tua-tua tak ada beban batu pun galas.

Umno yang terjerat antara dua darjat pulak kini biarkan MCA jadi kepala jaguh hina Islam sepuas-puasnya.Bukan takat TNB,Telekom diswastakan kini kerja perburuk Islam pun Umno dah swastakan  (pinjam ayat ust Idris Ahmad) kepada MCA.Ulama muda Umno hanya jadi melukut di tepi gantang tak apa-apa fungsi sibuk dengan fatwa demontrasi haram ja lain pada tu depa senyap.Agaknya Chua Soi Lek tak jadi bedaah hina Islam tapi Bidaah kalau berdemontrasi.

Nak heran apa Perkasa sokong Chua Soi Lek , Tun Madey pun bela Chua..Kalau dah mantan ketua parti syaitan sokong takkan la yang lain tak turut serta.

Tim Pres Pas kata Chua Soi Lek kini 'Murshidul Am 'Umno

Chua kini 'murshidul am' Umno-Harakahdaily
Umno bolehlah berpesta habis-habisan apabila Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek makin ganas mengutuk Islam, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu

"Ego Presiden MCA sudah melambung hingga ke peringkat tidak takut apa-apa pun lagi untuk mengutuk dan menghina Islam. Dia tahu Umno pasti melindunginya.

"Sekarang bolehlah Umno, ulama-ulamanya termasuk lebai-lebai pecacai terbarunya dan semua yang mengampu bodek parti itu memeriahkan lagi sepuas-puasnya pesta mengutuk dan menghina Islam," katanya sambil menyifatkan Chua seolah-olah ditabalkan sebagai 'mursyidul am' Umno dalam pakatan jahat mereka menghina Islam.

Mohamad mengingatkan bahawa pakatan jahat mengutuk dan menghina Islam diasas dan dimulakan oleh para pemimpin Umno dan semakin menjadi-jadi apabila PAS memerintah Kelantan pada tahun 1990.

"Semua kutukan, penghinaan dan persendaan mereka direkodkan dalam sejarah.

"Contohnya, merekalah mencipta istilah 'sup tangan' untuk menghina dan mempersendakan hukum potong tangan seperti yang diperintahkan di dalam al-Quran," katanya.

Apabila mereka melihat para pemimpin Umno berbuat demikian, orang-orang bukan Islam akhirnya semakin berani menghina Islam secara terbuka dan lantang, kata Mohamad.

Beliau yakin, orang-orang bukan Islam seperti Chua tidak akan berani mengutuk dan menghina Islam jika para pemimpin Umno tidak mengajar mereka berbuat demikian.

"Kenyataan Chua bukan sekadar menolak perlaksanaan hudud berdasarkan keyakinan agamanya dan tafsirannya terhadap Perlembagaan, tetapi sudah melampau hingga ke peringkat mengutuk dan menghina Islam," katanya.

Mohamad menyifatkan apa yang dilakukan oleh Chua itu sebagai menyambung kerja Umno yang kini sudah pandai berdalih dengan alasan kesesuaian masa untuk melaksanakan hudud, maqasid syariah dan sebagainya.

"Dulu ketika mereka tidak pandai lagi menggunakan hujjah dalam ilmu-ilmu Islam seperti maqasid syariah untuk menolak perlaksanaan hukum Islam, para pemimpin Umno dan pengikut mereka mencaci dan mencerca hukum Islam habis-habisan dan menuduh hukum Islam primitif, menimbulkan huru hara dan sebagainya.

"Kerja jahat itulah yang kini disambung oleh Chua sekarang dengan restu Umno yang sengaja berdiam diri dengan perbuatan Presiden MCA itu menghina Islam," katanya.

Mohamad bagaimanapun menolak dengan tegas untuk menghina agama Chua.

"Kita tidak akan hina agama Presiden MCA itu seperti dia menghina agama kita kerana perbuatan itu dilarang di dalam al-Quran.

"Kita adalah manusia yang bertamaddun yang tidak akan melakukan kejahatan seperti yang dilakukan oleh Chua," tegas beliau.-Harakahdaily

Ubat terbaik menipu dalam pilihanraya ialah kita turun di jalanraya

Ratusan ribu daftar pemilih pincang, Selangor paling parah-Anwar _keadilandaily.com

(Oleh Sidiqin Omar)
KUALA LUMPUR 22 Oktober: Terdapat kepincangan besar dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melibatkan ratusan ribu pengundi di negara ini, dedah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, antara permasalahan tersebut membabitkan permohonan daftar pemilih sebelum kelahiran, pada hari kelahiran dan sebelum umur persekolahan.
Katanya, kaji selidik juga mendapati ribuan nombor rumah pengundi yang tidak dicatat, hilang alamat dan penggabungan lokaliti sehingga menyukarkan usaha menjejak pengundi.
“Paling parah di Selangor. Ini melibatkan ribuan alamat,” kata Anwar.
Beliau berkata, antara contoh kes ialah Mohd Nawi Daud, bernombor kad pengenalan 500508-03-5345 mengundi di Daerah Mengundi Seksyen 16 mengikut daftar pemilih 2008.
Daftar turut menunjukkan alamatnya ditanda sebagai ‘Tiada’ dengan nombor rumah ditulis sebagai ’28′.
“Ada berpuluh ribu rumah di Shah Alam, di Seksyen 16. Yang mana satu? Apa tujuan kemaskini tetapi dirombak dengan begitu mengelirukan?” soal Anwar pada perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu memberitahu, maklumat tersebut diperolehi selepas audit berkomputer ke atas data SPR oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) untuk penambahbaikan pilihan raya pada 25 Mac lalu.
Belum lahir, tapi layak mengundi
Jelas Anwar, kejanggalan dalam senarai daftar pemilih berlaku apabila ada permohonan menjadi pengundi sebelum lahir.
H’ng Sau Ching bernombor kad pengenalan 790823-08-5885, lahir pada 23 Ogos 1979 di Parlimen Parit Buntar memohon menjadi pengundi pada 15 Januari 1950.
Contoh permohonan menjadi pengundi pada hari kelahiran pula berlaku pada individu bernama Nur Khalida Salmi Mohd Nawar, pengundi di Serdang dengan nombor kad pengenalan 821026-10-5010.
Manakala permohonan sebelum umur masuk persekolahan berlaku di Parlimen Setiu kepada individu bernama Zulkarnain Harun bernombor kad pengenalan 790531-06-5559.
Individu ini memohon menjadi pengundi ketika berumur 11 bulan 29 hari.
“Belum ada petanda daftar pemilih diperbaiki. Kita rujuk kepada senarai SPR. Mereka ini (SPR) banyak bercakap. Sila betulkan dahulu.
“Pilihan raya mungkin akan diadakan pada Januari 2013. Rekod tak jelas. Bermakna pilihan raya akan dijalankan dalam penipuan,” tegas Ketua Umum KEADILAN itu.-Keadilandaily.com
8 Tuntutan ini belum ditunaikan hingga kini.Parti syaitan sibuk mainkan isu agama dan perkauman supaya rakyat lupa akan 8 tuntutan ini.




Isnin, 22 Oktober 2012

Bukan takat pakai selipar Jepun gila pun boleh jadi kalau hilang Putrajaya

Najib terus menakut-nakutkan rakyat supaya jangan tukar kerajaan yang ada di Putrajaya.Umno-BN anggap hanya mereka saja yang pandai buat itu dan buat ini.Najib umpama orang yang takut hantu tapi menakut-nakutkan orang lain dengan menyamar sebagai hantu.Pada hal dia sendiri jika diusik lari lintang pukang.Nak cakap bohong ka, mengusik ka takat budak-budak Tadika Kemas boleh la cakap merapu.

Kata Najib Tiada peluang tukar jika Pakatan hancurkan negara.Antara lain Najib kata "Kalau kita benarkan perkara itu berlaku hari ini, sesetengah taikor (pembesar) dalam dewan ini, barangkali pakai selipar getah, kaki ayam (sekarang)," katanya lagi.Najib menakut-nakutkan bukan saja orang Melayu malah orang Cina pun Najib takut-takutkan supaya tidak sokong Pakatan.

Najib terlupa kata di Selangor sejak Pakatan berkuasa empat tahun lalu dah ada aset tunai kerajaan negeri sebanyak RM2.1 bilion.Begitu juga di Pulau Pinang.Malah laporan Ketua Audit Negara 2011 memuji negeri-negeri yang dikuasai Pakatan berbanding BN.

Jika kuasa di Putrajaya bertukar tangan kepada PR yang lingkup hanyalah BN bukan kita.Nak pakai selipar Jepun ka,pakai cawat sekalipun ialah pemimpin BN bukan kita.Kita PR berkuasa di Selangor dan negeri lain belum ada yang mati kelaparan bahkan di Selangor siap dapat air percuma lagi bagi rumah yang guna meter individu.Pemimpin BN nak gila sekalipun  kita tak risau sebab wad gila dan sakit mental dah sedia menunggu.

Cuba lihat Umno kini terpaksa wujud jawatankuasa khas tangani ahli parti yang sabotaj calon Umno-BN.Umno bagi amaran akan bertindak tegas terhadap mana-mana ahli yang cuba belot dan tikam belakang.MCA juga bagi amaran yang sama mau bertindak terhadap ahli MCA yang sabotaj parti.

Sebenarnya BN dah nazak sangat-sangat dah tu yang jadi tak ketawan hala.Bukan takat MCA kutuk Dap tapi Najib juga kutuk Dap dengan kata Melayu dah muak dengan DAP.Najib lupa kata rakyat kini semua muak dengan parti syaitan tak kira la MCA Ka,UMNO ka atau MIC sekalipun.Yang ada dalam minda rakyat hanya mau tukar regim di Putrajaya.

Orang kerja makan gaji kerajaan pun la ni walaupun takut-takut berani dah berani kata,"Ini negara demokrasi terpulanglah kepada kita nak pilih sapa pon."



Pemimpin MCA dok berak atas kepala Umno hina Islam

Semakin lantang pemimpin MCA Chua Soi Lek hina Islam,kutuk hukum Islam.Maklumlah depa dapat lesen besar daripada Umno untuk buat kerja provokasi hina agama supaya tercetusnya permusuhan antara agama jadi senanglah puak parti syaitan untuk terus kekal berkuasa selamanya.

Depan Najib ,Chua Soi Lek semasa rasmikan perhimpunan agung MCA kata Negara amal Hudud antara yang paling korup, tidak stabil dan selamat.Najib pulak iakan saja apa yang disebut Soi Lek .

Umno dan MCA kini nyawa mereka dah jadi macam nyawa-nyawa ikan yang dilempar ke darat tunggu hari nak mati.Mau tak mau masing-masing berlumba buat apa saja tak kira apa yang diucap boleh bawa permusuhan antara agama dah tak dipedulikan lagi.Mereka juga berdrama dan berlakon supaya sentimen agama sampai ke kemuncak dan kita akan lihat adegan seterusnya hingga pru 13 berlangsung.Orang Cina kini dah tolak MCA ,sebut saja nama MCA depa terus cakap ,"Hai yaa..jangan sebut wooo itu nama saya tak suka."

Umno biarkan saja MCA hina Islam mereka dah tak mampu berbuat apa kerana MCA kini juga sedang menekan Umno.Kutuk Pas, kutuk PKR ,dan DAP itu perkara biasa Tapi jika hina hukum Islam ini bukan perkara main-main!Kita kalau burung berak atas kepala kita pon kita dah marah tapi MCA dok kutuk hukum Islam Umno senyap ja tak kata apa.MCA dok berak atas kepala Umno hina Islam.Ulama muda Umno senyap,Mufti senyap,Menteri Agama senyap, ustaz dan ustazah cukur bulu kening senyap tak kata apa.


Jumaat, 19 Oktober 2012

Geng baling kasut dalam masjid kata haram sokong MCA

Macam -macam ada dalam dunia ni woii..
Perkasa :Haram umat Islam sokong MCA-Malaysiakini
Kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini membayangkan haram bagi umat Islam untuk mengundi MCA dalam pilihan raya ekoran kenyataan terbarunya berhubung hudud yang didakwa menghina Islam.

Setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali berkata, walaupun PERKASA memutuskan untuk memenangkan BN dalam pilihan raya umum depan, tidak bermakna ketetapan itu tidak boleh berubah terhadap calon MCA.

"Soal Islam, tiada kompromi daripada PERKASA. Haram umat Islam dalam PERKASA memilih pihak yang menghina Islam," kata Syed Hassan .

"Sudah berkali-kali PERKASA ingatkan MCA supaya jangan hina Islam dan mana-mana pihak pun jangan sesekali politikan Islam. (Presiden MCA Dr) Soi Lek masih ada masa untuk tarik balik kenyataannya itu sebelum terlambat.

Syed Hassan berkata, walaupun anggotanya tidak akan mengundi PKR atau DAP, pasti terdetik di hati mereka ''pastinya haram bagiku memilih MCA kerana mereka menghina agama Islamku, jadi apa perlu aku keluar mengundi''.Baca semua di sini.

Tiba-tiba saya teringat puak baling kasut melayang masuk dalam masjid tak tau pasal apa.Saja teringat.Apa pon Perkasa lagi hebat dan berani daripada ustaz Nasha dan kawan-kawannya haha.Mampoih la puak parti syaitan kali ni..


Bekas Amah Rais menabung sejak kecil dapat buat rumah RM100,000

Bekas amah Rais Yatim didakwa bina rumah RM100,00-keadilandaily.com
 Bekas pembantu rumah Menteri Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim didakwa hidup mewah hingga mampu membina rumah dianggar bernilai RM100,000 di negara asalnya.


Koordinator NGO Jingga 13, Fariz Musa mempersoalkan bagaimana Robengah, yang bekerja selama 8 tahun di kediaman Rais mampu membina rumah mewah di Banjanegara, Indonesia.
Sedangkan, katanya, gaji Robengah hanya sekitar RM300 sebulan, sebelum dinaikkan RM500 selepas beberapa tahun.
“Suami Robengah, Sukiman pula lumpuh sebelah kaki dan tidak boleh bekerja, malah mereka ada dua anak bernama Monica dan Tina yang masih bersekolah,” kata Fariz.
Dalam satu kenyataan media dikeluarkan semalam, Jingga 13 turut mendedahkan bukti gambar rumah berkenaan.
“Rakaman video Jingga 13 dengan Robengah juga menunjukkan sehingga kini beliau masih tidak bekerja,” kata Fariz.
Menurut Fariz, adalah tidak masuk akal jika Robengah tidak pernah menghantar wang kepada keluarganya sepanjang 8 tahun hingga mampu membina rumah sebesar itu, sedangkan jirannya memberitahu rumah Robengah sebelum ini sangat daif.
Robengah sebelum ini mendakwa diperkosa majikannya di Malaysia, seperti mana laporan NGO Migrant Care pada 23 Julai 2007.
Bagaimanapun, beliau kemudian menafikan perkara itu dalam surat ditandatangani bertarikh 7 Januari 2011, menyatakan beliau tidak menghadapi sebarang masalah sewaktu bekerja di Malaysia.
Dalam pada itu, Fariz mendakwa, surat yang muncul selepas empat tahun kes itu berlaku secara tidak langsung ‘menyelamatkan’ Rais daripada tuduhan itu.
“Adakah wujud korupsi sehingga Robengah dibiayai dengan cukup lumayan agar menarik balik pengakuan diperkosa oleh Datuk Seri Rais Yatim?”
“Justeru kami desak Rais dengan jujur dan bertanggungjawab jelaskan sumber kemewahan Robengah sehingga mampu hidup sedemikian rupa,” katanya lagi.
Sementara itu, Jingga 13 akan menghantar satu memorandum berhubung perkara itu kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan di Jalan Raja, Kuala Lumpur  jam 2.30 petang ini.-Keadilandaily.comhttp://www.keadilandaily.com/bekas-amah-rais-yatim-didakwa-bina-rumah-rm100000/.
Semua pakat menabung daripada kecik.Cincin Rosmah Bik Mama RM24 juta, beg Birkin berpuluh ribu ringgit  juga adalah hasil menabung daripada kecik bukan daripada sumber lain.Depa pandai menabung kita takat simpan dalam KWSP dan Tabung Haji ja nak dapat RM100,000 umur 55 tahun belom tentu dapat.


Soi Lek hina Hudud..Ustaz Nasha dan kawan-kawan tak rasa apa ka?

Soi Lek :Hudud akan jejas pekerjaan 1.2 juta rakyat-Malaysiakini
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia.

Chua yang memetik satu SMS oleh individu tidak dikenali, menyenaraikan pelbagai industri yang terjejas denga kehilangan pekerjaan yang didakwa itu, sekiranya hudud dilaksanakan.

Dakwanya, ia termasuk pekerjaan di resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan juga rumah urut.

Beliau membuat dakwaan itu melalui blog video dan Facebook hari ini, berdasarkan SMS yang didakwanya diterima pagi ini.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan pengirim tersebut kerana panggilannya tidak disambut, katanya.-M''kini

Hudud hilang pekerjaan 1.2 juta rakyat:Soi Lek dibantah-Harakahdaily
Serangan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek terhadap hukum hudud dengan menggunakan sumber yang tidak sahih menaikkan kemarahan pelbagai pihak.

Tindakan ini disifatkan sebagai menambahkan lagi luka terhadap umat Islam apabila memetik kenyataan yang tidak sahih yang mendakwa 1.2 juta rakyat negara ini akan hilang pekerjaan jika hudud dilaksanakan.

Hanya berdasarkan satu sms yang tidak dikenali siapa penghantarnya, Chua Soi Lek membuat satu video blog mendakwa jika hudud dilaksanakan di negara ini, sebanyak 1.2 juta rakyat Malaysia bakal kehilangan kerja.

“Saya menerima satu SMS, saya cuba menghubungi orang tersebut, tapi sudah tentu dia tak jawab seperti biasa. SMS ini adalah satu kerisauan dan kami berharap ia adalah tidak benar.

"SMS ini menyatakan bahawa MCA sentiasa bercakap tentang hudud tapi tidak tentang pekerjaan yang bakal kehilangan akibat penguatkuasaan hukum hudud di negara ini,” kata Chua dalam videonya.

Chua berkata orang tersebut menyatakan seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan terjejas jika hudud dilaksanakan.

Angka tersebut meliputi pekerjaan Genting Berhad, kedai perjudian, internet café, rumah urut dan sektor pelancongan.

“Ini akan menjadi realiti jika PAS menjadi parti dominan di dalam Pakatan Rakyat. Dan PAS akan menjadi satu parti yang dominan dalam PR,” kata Chua.

Chua berkata Kelantan sudah lama menghentikan perjualan alkohol.

“Susah benar nak cari kedai menjual arak di Kelantan. Tiada panggung wayang. Tiada tempat spa, refleksologi, kedai perjudian sudah menjadi sejarah,” kata Chua.

Chua turut menyatakan perkara berikut kepada para penonton videonya yang tidak berpuas hati dengan Barisan Nasional.

“Ya, memang ada perkara yang tidak menyenangkan hati dengan BN, tapi anda tidak seharusnya mengundi sehingga 1.2 juta rakyat kehilangan pekerjaan,” kata Chua, yang secara jelas bersetuju dengan dakwaan SMS yang menghina hukum-hakam Allah tersebut.

Sementara itu, para pembaca laman Malaysiakini yang mula menyiarkan kenyataan Chua ini menyerangnya dengan menggelarnya 'Mr. Porn Star'.

Seorang pembaca yang menggunakan nama Mubarak menulis: "Such a "simplistic" conclusion based on sms from whom you do not know! Come on Porn Star, if you are not sure, have a forum or seminar with those that have the brains and knowledge. If you can't, than "SHUT UP!!" and don't spread fear to others." 

(Kesimpulan yang terlalu mudah dibuat hanya dari satu sms yang kamu tidak tahu! Mr Porn Star, jika kamu tidak yakin, buatlah seminar atau forum dengan memanggil mereka yang ada akal dan ilmu. Jika tidak, baik diam dan jangan sebarkan ketakutan kepada orang lain).

Seorang lagi pembaca yang menggunakan nama PuakChuk berkata "This is not spreading fears, but spreading jokes!!!.

(Ini bukan menyebarkan ketakutan tetapi menyebarkan jenaka).

Pembaca yang menggunakan nama 'mohd' pula menulis: "Thank you soi lek, you make it easier to convince those muslim malays to vote for PAS."

(Terima kasih Soi Lek, kamu telah membuatkan usaha untuk memujuk orang Melayu Islam mengundi PAS lebih mudah).-Harakahdaily

Mana dia jaguh Hudud yang pegang kad keahlian parti Islam?Kita tak payah nak tanya ulama muda Umno sebab mereka pon duduk dalam kelompok BN yang Tun Mahathir gelar sebagai 'parti syaitan yang dikenali'.Apa macam Ustaz Nasha dan mereka-mereka yang pertahankan ustaz Nasha dengan apa yang Soi Lek kata?Ok ke..tak rasa apa-apa ka?Takkan diam ja.Takkan kalau DAP cakap pasal Hudud ja dikatakan hina Islam?

Kata-kata Soi Lek adalah agenda politik yang mau pikat pengundi Cina supaya meyokong parti MCA yang kini orang Cina sendiri kata 'dah bungkus' atau gulung tikar.Dalam masa yang sama Soi Lek semakin laju dan deras hina Islam walaupun Umno adalah rakan kongsi mereka.Umno kalau bab nak mentekedarah dan hisap darah rakyat mereka adalah juara tapi kalau MCA dan Soi Lek hina Islam mereka menikus takut kepada MCA.

Kita tak akan terima samaada DAP atau MCA dan siapa saja kalau hina Islam.Hang pa jagalah agama hang pa kami jaga agama kami.Kita boleh bersama dalam bab lawan kezaliman Umno-BN tapi bab agama Islam kalau tak reti dan faham tak payah la cakap.

Khamis, 18 Oktober 2012

RM40 juta No Problem,No Problem lagi banyak lagi bagus.

Nazri kata sumbangan sumbangan RM40 juta 'tiada masalah'
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tiada masalah bagi Umno Sabah untuk menerima "sumbangan" berjumlah RM40 juta daripada seorang individu.
"Tiada masalah dengan sumbangan. Ia bukan kesalahan.

"Kalau nak jadikan kesalahan kita kena buat undang-undang," katanya ketika menjawab satu soalan lisan di Dewan Rakyat hari ini.-Malaysiakini.

Wow..hebat fatwa ni memang hebat sebab masuk dalam kantung sendiri bukan dalam kantung puak lain .Kalau puak lain mati dikerjakan sampai jatuh bangunan.Macam fatwa lembu curi la.Tukang fatwa kata haram dimakan tapi kalau dapat kat tembolok sendiri dia fatwa kata halal.Penyamun bagi kat penyamun mana nak kira boleh atau tak boleh semua tiada masalah, no problem! no problem!


Inilah jasa Umno kepada sekolah Agama

24 sekolah agama Johor di rumah kedai-Malaysiakini
LAPORAN AUDIT Kelemahan kerajaan negeri dalam menguruskan Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) menyebabkan 24 buah sekolah agama diseluruh negeri itu ditempatkan di pelbagai premis termasuk di sebuah bangunan rumah kedai. 

Laporan Ketua Audit Negara dalam aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Johor tahun 2011 mendapati, bangunan tambahan sekolah agama Kota Masai, Johor Bahru - sebuah rumah kedai itu menempatkan lebih 3,000 pelajar dan mengalami masalah kekurangan bilik darjah. 

"Pemerhatian Audit mendapati sekolah yang menumpang di balai raya, surau dan bangunan sekolah milik Kementerian Pelajaran Malaysia  yang tidak lagi digunakan tidak menghadapi masalah sehingga kini kerana bilangan murid yang tidak terlalu ramai dan kemudahan asas yang mencukupi. 
"Bagaimanapun di SA (sekolah agama) Kota Masai, suasana 
pembelajaran adalah kurang selesa disebabkan gangguan bunyi bising daripada kedai dan bengkel kereta berhampiran kerana ditempatkan di bangunan rumah kedai yang disewa," laporan audit dipetik.

Selain masalah pembelajaran, keselamatan murid juga tidak terjamin disebabkan tiada kawalan keselamatan. 

Menurut laporan audit, kedudukan sekolah tersebut menumpang adalah disebabkan tiada tapak yang diwakafkan untuk pembinaan sekolah agama. 

Selain itu, kerja membaik pulih kerosakan sekolah juga tergendala akibat kekurangan peruntukan. 

Menurut laporan itu, jumlah peruntukan yang diluluskan ialah sebanyak RM5.43 juta. Bagaimanapun, permohonan bagi membaik pulih kerosakan dianggar berjumlah RM10.47 juta. 

"Semenjak tahun 2009 hingga kini, tiada program baik pulih dilaksanakan walaupun terdapat permohonan pada tahun 2010 dan 2011 oleh SA Kampung Pasir Putih dan SA Pekan Nanas. 
"Keadaan ini telah menyebabkan suasana tidak selesa dan selamat 
kepada murid, guru dan harta benda sekolah selain mengaibkan imej SA berbanding sekolah kebangsaan," kata laporan itu. 


Antara masalah lain yang dihadapi oleh sekolah agama di Johor ialah kekurangan kemudahan infrastruktur asas, perabot sekolah yang rosak dan uzur, kekurangan guru dan kakitangan sokongan serta pengurusan aset dan inventori yang perlu dibaiki. 

Menurut maklum balas Jabatan Agama Johor dalam laporan itu menyebut, kekurangan kemudahan infrastruktur di sekolah agama disebabkan kekangan kewangan sehingga pihak mereka perlu peruntukan daripada Majlis Agama Islam Johor bagi memenuhi keperluan tersebut. 

Maklum balas itu menyebut lagi, pada tahun 2011, tiada peruntukan untuk pembelian perabot diterima daripada kerajaan negeri.-M'kini

Untuk sekolah agama lain boleh tolong untuk sekolah agama Islam pejam mata rapat-rapat tunggu reput,reban dan terbakar baru datang bagi bantuan ,masuk gambar dalam media arus perdana nak  tunjuk kata kami hebat tolong sekolah agama.

Selasa, 16 Oktober 2012

Digelar wanita lembu malu , selak kain tak malu haha

Shahrizat: Selak kain , sinsing baju budaya Melayu-Keadilandaily.com
(Oleh Norutul Ilham)
KUALA LUMPUR 15 Oktober: Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil memberitahu, perbuatannya menyinsing lengan baju dan bersedia untuk menyelak kain merupakan budaya Melayu.
Ketua Wanita Umno itu tanpa segan silu menjawab demikian ketika disoal peguambela, Ranjit Singh yang mewakili anak guamnya, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Jelas Shahrizat, perlakuannya semasa berucap pada Perhimpunan Wanita Umno 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu kerana beliau bersemangat memberi ucapan.
Katanya lagi, perbuatan itu adalah satu budaya bagi melambangkan persediaan untuk ‘bergaduh’.
“Sebagai wanita Melayu, terutamanya saya dari Pulau Pinang, itu cara kita (Melayu) kalau dah nak marah.
“Itu menunjukkan jika mereka bersedia bergaduh, saya juga bersedia,” katanya.
Sebelum itu, Ranjit menayangkan video ucapan Shahrizat yang menunjukkan beliau menyinsing lengan baju dan beraksi untuk menyelak kainnya berdurasi 10 minit menyebabkan hakim tersenyum melihat gelagat tersebut.
Video yang dipetik daripada portal media Umno itu mencetuskan rasa tidak puas hati kira-kira 20 penyokong wanita Umno.
Reaksi tersebut ditegur Hakim Vazeer Alam Mydin Meera.
Sejurus rakaman itu memaparkan Shahrizat menuduh Rafizi sebagai ‘si Tanggang’, Ranjit menyoal adakah ia ditujukan kepada anak guamnya, Rafizi yang mendapat biasiswa daripada Petronas.
“Saya bukan cakap terus kepada defenden satu, tapi nama Hafizi, Mafizi itu ada di seluruh dunia.
“Saya mengambil contoh si Tanggang kerana saya melihat generasi ini sebagai ibu akan beri nasihat kepada anaknya. Si Tanggang saya nampak apa yang defendan satu (Rafizi) buat,” ujarnya.
Untuk mengelak jawapan Shahrizat makin memalukan, peguam mewakili plaintif, Datuk Shafee Abdullah menyifatkan isu si Tanggang tidak releven disoal.
“Apa relevannya tanya isu si Tanggang kerana ia merupakan cerita Melayu lama-lama,” tempelak beliau.
Perbicaraan disambung semula 18 Mac depan diikuti April dan Mei.
Vazeer dalam kamarnya berkata, saksi lain akan dipanggil pada sesi itu.-Keadilandaily
Komen saya..Patut la Wanita Umno hanya malu digelar Wanita Lembu tapi tidak  malu selak kain.Naib Ketua Wanita Umno Datuk kamilia Ibrahim pernah desak Shahrizat letak jawatan Ketua Wanita Umno kerana malu digelar 'wanita lembu',"Kredibiliti kami dipertaruhkan. Saya telah pergi ke peringkat akar umbi dan ini secara umumnya apa yang mereka kata. Mereka mendapati sukar untuk bertemu dengan rakyat kerana imej pemimpin mereka (Shahrizat) tercemar.
"Masyarakat 'mempermainkan' Wanita dan memanggil kami 'lembu'. Akar umbi Wanita mengatakan mereka susah nak kerja (sukar untuk bekerja dengan isu yang sedang berlaku ke atas ketua mereka). Dan pembangkang pula memberitahu kami bahawa kami tidak perlu berbuat apa-apa kerana ia akan membuat kerja mereka (untuk pilihan raya umum) lebih mudah.Baca di sini.

Isnin, 15 Oktober 2012

Umno la ni dah jadi gulai basi, perjuangan Asang Ali hanya 'gigi palsu'

Pagi Ahad kawan saya telefon dan berceritakan kepada saya tentang Umno dan Asang Ali Jati tiga jalur.Dia tinggal di Sekyen 5 ,Taman Putra Mahkota, Bangi. Bila dengaq nama Asang Ali saya kata buat apa nak dok kalut dengan dia.Kawan saya kata dengaq la apa veteran Umno kata kepada Umno dan Hasan Ali.

Kawan saya tu bercerita.Veteran Umno tu kata tunggu orang lain tak ada kat surau kita sembang pasal Umno.Veteran Umno tu kata ,"Jangan bimbang saya sendiri nak sokong Pas dan PR.Umno la ni dah jadi macam gulai yang dah basi.Gulai kalau naik berbuih tu orang tak makan dah tu tanda dah basi.Kalau makan juga gerenti sakit perut dan cirit birit."

Veteran Umno tu kata pulak pasal Asan Ali Tiga Jalur."Dulu apabila Asan Ali kena pecat daripada Pas dan tubuhkan Jati saya dan kawan-kawan saya dok follow dengar ceramah Asan Ali.Lama-lama kami rasa lain macam ceramah Asan Ali.Kami ingat perjuangan Asan Ali 'perjuangan gigi original' tapi rupanya hanya 'gigi palsu' saja."

Sapa nak makan gulai basi makan lah.Kalau veteran Umno pun tak mau makan takkan kita pulak nak makan?:-)


Sabtu, 13 Oktober 2012

Transformasi tipu rakyat ,sapu 1Malaysia

Najib enggan dedah penyumbang RM40j pada Umno Sabah-M'kini
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata wang RM40juta yang cuba diseludup ke Malaysia untuk Umno Sabah adalah "sumbangan politik" (political donation) untuk Umno.

Bagaimanapun, presiden Umno itu enggan mendedahkan pihak yang menyumbang wang tersebut kepada Umno apabila ditanya pemberita.

"Ia adalah untuk sumbangan politik. Setiap parti politik mempunyai hak untuk menerima sumbangan politik selagi ia dibuat dengan mengikut saluran yang betul.

"Kami tidak boleh mendedahkannya kerana pembangkang juga menerima sumbangan. Mereka (juga) tidak mendedahkannya," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN.

Diminta oleh wartawan untuk mengesahkan adakah ia dibuat dengan cara yang betul, Najib berkata:

"Ya... Apa sahaja selagi ia dilakukan mengikut saluran atas nama parti."

Ditanya wartawan bahawa jumlah wang tersebut itu boleh menimbulkan keraguan di kalangan umum, Najib hanya membalas:

"Tanya pembangkang berapa banyak mereka menerima (sumbangan politik)."

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz sebelum ini dilaporkan berkata, kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan wang berjumlah RM40 juta yang diseludup ke Malaysia melalui Hong Kong merupakan sumbangan kepada Umno Sabah dan bukannya kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Dalam jawapan bertulisnya di Parlimen, Nazri berkata elemen rasuah tidak dibuktikan dalam kes tersebut.

Transperancy International Malaysia turut mendesak Umno mendedahkan sumber wang tersebut.-M'kini

Kalau bagi RM40 juta agak-agak orang yang labur banyak tu berapa laba dan untung yang depa dapat?Kalau buat bisnes untung paling kurang depa mau 1 kali ganda daripada wang yang dilaburkan.Lagi kurang pun setengah kali ganda.Sapa mau bagi RM40 juta kalau tak dapat apa?

Macam-macam program transformasi Najib laungkan tapi mereka juga jadi saudagar transformasi yang mahu menipu rakyat takut rahsia terbongkar.1Malaysia dah jadi sapu 1Malaysia.Wasatiyyah Najib benarkan jadi penipu rakyat hidup-hidup.Setakat nak corner tanya balik kepada pihak lain nampak sangat kata Najib mati kutu nak pertahankan duit RM40 juta tu.Patut la Najib amat takut masuk parlimen dengar perbahasan bajet 2013.Takat baling taik dalam gelap tu baru sama taraf dengan kaki gedebe Umno dalam ceramah PR.

Kalau RM40 juta tu untuk Umno itu dana politik kalau untuk parti lawan Umno dah lama yang kena siasat jatuh bangunan, mati mengejut dan disiasat 24 jam.Pejabat digeledah, peralatan komputer dirampas.Peguam Negara cepat-cepat buka fail untuk didakwa di mahkamah.

Nasha buat-buat lupa kata Pas bukan 'Parti Angkat Senjata'

Masih terngiang-ngiang di lubang telinga saya kata-kata ahli majlis syura Pas ustaz Nasharuddin Mat Isa yang kata ,"Saya pernah tanya soalan pada seorang pimpinan PAS sebanyak dua kali. Pernah tak dalam sejarah kegemilangan Islam bermula pada zaman Rasulullah sehingga saat soalan saya tanya, kemenangan Islam itu dibantu oleh orang kafir?
"Dua kali dia jawab tak pernah dan tak akan berlaku. (Jadi) kemenangan Islam itu hanya dibantu oleh umat Islam itu sendiri," Kalau tak betul apa yang disiarkan Malaysiakini Nasha sila saman.

Saya nak tulih begini;
Pas bukan 'parti angkat senjata'.Kita masuk pilihanraya dan berpolitik dalam lingkungan demokrasi bukan nak pi perang dan angkat senjata bunuh musuh politik kita.Semasa zaman usrah dulu tukang usrah guna buku Syed Qutub dan Hasan al Banna yang juga tokoh gerakan Islam Ikhwanul Muslimin Mesir.

Kini gerakan Ikhwan dah jadi pemerintah di Mesir.Ikhwan bertahaluf dengan puak Kristian di Mesir untuk tumbangkan regim zalim diktator Hosni Mubarak yang kini disumbatkan ke dalam penjara.Kini pemimpin Ikhwan dah jadi presiden Mesir.Salahkah dan berdosakah depa berpakat dengan golongan Kristian tumbangkan regim Mubarak?

Ambik contoh pulak di Lebanon parti Hezbollah berpakat dengan parti Kristian untuk hadapi pilihanraya di Lebanon dan mereka menang besar dalam pilihanraya.

Setiap rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pengundi layak untuk mengundi dalam pilihanraya tak kira dia Islamkah,Buddhakah,Kristiankah dan tak ada agama sekalipun layak untuk mengundi.
Pakai serban merah dahi hitam layak mengundi.Misai tebal macam ular sawa, kaki samseng dan gedebe layak mengundi.Pondan lorong Haji Taib layak mengundi.Kaki mabuk, kaki arak , kaki judi semuanya layak mengundi.Salahkah kalau mereka menyokong Pas untuk tawan Putrajaya?

Kita bukan nak pi perang dan angkat senjata kita cuma mau regim parti syaitan yang dikenali tumbang menyembah bumi.Presiden Pas sendiri yang kini dah 'sedar' secara tegas berkata,"Kepada ahli dan penyokong PAS saya nasihatkan supaya merujuk kepada sumber ilmu Islam yang ada dalam PAS, bukannya belajar melalui media yang bersukan dengan Islam dan berniaga dengan politik. PAS tetap berpegang bahawa politik adalah amanah terbesar daripada Allah. Bahagialah mereka yang menunaikannya dengan istiqamah dan celakalah mereka yang mengkhinatinya. Pikul amanah ini secara berjamaah jangan berseorang diri dan memencilkan diri.

Pesanan Rasulullah S.A.W.  “sesiapa yang memencilkan  diri daripada jamaah  akan ditawan syaitan, laksana serigala yang menawan kambing yang terpencil daripada kawanannya.” Maka amat bodoh kalau ditipu oleh syaitan yang dikenali."

Najib kini sedang menunggu Pas keluar daripada PR.Kalau Najib berada di Kutub Utara dan Kutub Selatan sekalipun kalau dengar Pas dah keluar daripada gabungan PR yang dulunya Nasha sendiri salah seorang terlibat menubuhkan PR maka Najib akan terus pulang untuk istiharkan parlimen dibubarkan.

Jalan terbaik buat Pas ialah dengan memecat Nasha walaupun beliau sendiri takut  untuk keluar sendiri daripada Pas.Biarkan beliau menumpang kasih dengan Asang Ali dan Umno.Tak payahlah cakap berbunga-bunga ini najis  Mughollazoh, ini najis mutawasiitah, ini najis mukhoffafah cakap saja saya nak masuk Umno.Lagi lama Pas biarkan Nasha dalam majlis syura lagi bahaya.'Wabak penyakit' ini jika dibiarkan akan berjangkit-jangkit maka ketika itu tak guna lagi untuk bertindak.

Perangai Nasha juga yang dianggap sebagai golongan agama kini menyebabkan golongan ustaz dalam Pas dipandang serong dan tidak dipercayai.

Nasha tembak peluru kapur supaya dipecat?


Nasha mahu dipecat PAS kerana tidak berani langgar ‘Bai’ah’-M'insider

Oleh Amin Iskandar





“Jika kita lihat, semenjak dua menjak ni, Nasha agresif melaga-lagakan PAS dan DAP supaya Pakatan Rakyat (PR) berpecah," kata seorang pemimpin tertinggi PAS kepada The Malaysian Insider.
“Beliau lakukan semua ini dengan tujuan agar PAS memecat beliau dan bukannya beliau meninggalkan PAS.
“Meninggalkan PAS bererti melanggar sumpah ‘Bai’ah’ dan ini mungkin menjadi sebab besar mengapa beliau tidak tinggalkan PAS secara sukarela.”
“Bai’ah” bermaksud sumpah untuk taat kepada perjuangan Islam yang kebiasaan diamalkan oleh gerakan Islam.
Jika melanggar Bai’ah, dipercayai balasan daripada Allah akan menimpa seseorang itu.
Nasharuddin merupakan bekas timbalan presiden PAS yang gagal mempertahankan jawatannya selepas tewas ditangan Mohamad Sabu dalam Muktamar Agung PAS pada tahun 2011 dalam pertarungan tiga penjuru diantara dirinya, Mohamad dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Menurut Prof Datuk Mohamad Abu Bakar, apa sahaja yang berlaku kepada Nasharuddin tidak akan memberikan impak yang besar kepada PAS dari sokongan.
“Pada saya, apa yang dilakukan oleh Nasha ini lebih kepada mengukuhkan orang Umno yang sudah Umno,” kata penganalisis politik daripada Universiti Malaya (UM) itu apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.
Prof Mohamad juga menambah, jika Nasha meninggalkan PAS dan menyertai Umno sekalipun, beliau hanya akan mengulangi nasib pemimpin PAS terdahulu yang menyertai Umno seperti Datuk Mohd Asri Muda (bekas presiden) dan Nakhaie Ahmad (timbalan presiden).
“Jika Nasha menyertai Umno, beliau tidak akan mendapat kepercayaan sepenuhnya daripada parti tersebut kerana semua sudah tahu hati dan sanubarinya bersama PAS,” katanya sambil menjadikan Datuk Dr Hasan Ali sebagai contoh terkini.
Dr Hasan walaupun telah meninggalkan PAS tidak disambut menyertai Umno sebaliknya terpaksa menubuhkan badan bukan kerajaan (NGO) Jalur Tiga (Jati) yang memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mempersoalkan tentang keikhlasan Nasharuddin dalam memperjuangkan agenda Hudud seperti yang dilakukan kebelakangan ini.
“Dulu masa nak yakinkan PAS menyertai Umno tubuhkan kerajaan perpaduan, Ustaz Nasa (Nasharuddin) beritahu PAS, Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) nak beri tiga kerusi menteri jika PAS bersetuju bersama Umno.
“Saya nak tanya dia, masa Pak Lah tawar tiga kerusi menteri tu, ada tak beliau dibincangkan sekali tentang pelaksanaan hukum Hudud?” kata beliau melalui perbualan telefon bersama The Malaysian Insider beberapa hari lalu.
Tambah Husam lagi dengan sinis, jika Umno benar-benar ikhlas mahu bermuzakarah dengan PAS, Nasharuddin harus diberikan laluan untuk menang tanpa bertanding di kerusi parlimen Bachok pada pilihan raya ke 13 nanti.
“Kita nak tengok Umno letak atau tidak calon di Bachok nanti,” katanya.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad di parlimen beberapa hari lalu menegaskan kenyataan-kenyataan Nasha seolah-olah mempunyai agenda politik tertentu yang menguntungkan Barisan Nasional (BN) dan cuba mewujudkan ketegangan dalam PR.
“Kebelakangan ini hubungan beliau (Nasha) dengan PAS tidak serapat berbanding hubungannya dengan kerajaan (Barisan Nasional) BN.
“Kenyataan dikeluarkan jelas bertujuan untuk menguntungkan BN dan wujudkan ketegangan antara parti PR walaupun dikeluarkan tanpa bukti,” kata Khalid kepada pemberita di lobi Parlimen.
Kenyataan terbaru dikeluarkan Nasha adalah DAP cuba menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian dengan mendakwa parti komponen PR itu pernah menganjurkan majlis dan berdoa memohon negara dijadikan sebagai negara Kristian selepas DAP memenangi 12 kerusi di Sarawak tahun lalu.
Khalid turut menegaskan, perkara itu tidak pernah dibangkitkan Nasha dalam pertemuan dengan Majlis Syura Ulama sebelum ini.
Prof Mohamad bersetuju dengan kenyataan Khalid itu dengan mengatakan menjelang pilihan raya ke 13 yang semakin hampir ini, strategi Umno adalah untuk mewujudkan konflik dalam PR.
“Apabila parti dalam PR berlaga sepertimana perselisihan PAS dan DAP dalam isu Hudud, Umno dan BN yang untung.
 “PR akan dilihat tidak bersatu jika terus bergaduh sesama sendiri dan inilah yang dimahukan Umno,” katanya lagi.-M'insider

Saya teringat filem Melayu lama 'Si Tanggang'