Penentang Timbul Kebimbangan Tidak Berasas Tentang Hudud- Mohamed Zainal Abidin Hussin
Setiap kali isu hukum hudud muncul, komen-komen negative ditimbulkan yang dilihat cuba dijadikan bahan untuk menakutkan mereka yang tidak ada pengetahuan berkenaan topik ini.
Dua tokoh Parti Tindakan Demokratik (DAP), Encik Lim Kit Siang dan Karpal Singh yang segera menolak pelaksanaan hudud yang dibincangkan dalam satu seminar di Kota Bharu baru-baru ini terus menjadikan isu masyarakat berbilang kaum dan zaman moden sebagai alasan.
Sebagai tokoh politik yang mewakili masyarakat bukan Islam di negara ini, kita memahami kebimbangan tokoh-tokoh ini jika dianggap tidak berjuang menjaga kepentingan golongan terbabit.
Lebih parah ialah kebimbangan tohmahan bahawa mereka kini menjadi barua PAS dalam isu-isu yang merugikan masyarakat bukan Islam di negara ini.
Hakikatnya ini adalah permainan lama yang hanya digunakan untuk menakutkan orang-orang bukan Islam.
Kepada para penentang hukuman syariah termasuk hudud, mereka perlu sedar bahawa penerimaan hukuman ini di kalangan orang Islam adalah sesuatu yang tiada pilihan. Sebagaimana amalan-amalan Islam seperti solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, haji di Mekah dan seumpanya, hukum syariah temasuk hudud adalah kewajipan setiap indidvidu muslim.
Kewajipan melaksanakan perkara ini bukan sekadar dasar PAS atau kehendak Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ia adalah arahan wajib kepada setiap orang Islam. Terpulang kepada mereka untuk melaksanakannya berdasarkan kemampuan dan kuasa yang ada pada mereka.
Seperti telah berkali-kali ditegaskan, pelaksanaan hukum Islam tidak akan mengganggu hubungan hormat-menghormati antara orang Islam dan bukan Islam. Penjelasan berkenaan perkara ini adalah terbuka dan tidak ada apa yang perlu disembunyikan.
Dialog dan perbahasan sihak perlu diteruskan sehingga para penentang yang cuba menakut-nakutkan mereka yang tidak faham dapat dihapuskan sama sekali.
Pelaksanaan syariah tidak jejaskan amalan demokrasi – Pakar
Pakar-pakar perundangan Islam bersepakat bahawa pelaksanaan syariah secara menyeluruh termasuk hukum hudud tidak akan mengganggu proses demokrasi dan hak-hak orang bukan Islam di negara ini.
“Kepada orang Islam, tidak ada pilihan bagi mereka selain hukum hakam yang disyarakkan oleh Allah SWT untuk mereka, sama ada yang berkaitan dengan aqidah, ibadat, muamalat, munakahat, jinayat, kehakiman, adab, akhlaq, politik, kenegaraan, hubungan antara manusia, antara negara, hubungan manusia dengan alam dan sebagainya,” kata Datuk Mohd Salleh Ahmad, felow kanan, jabatan undang-undang Islam, Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM).
Menurut beliau, dengan pelaksanaan menyeluruh sistem perundangan Islam, suasana harmoni bukan sahaja dirasai oleh masyarakat Islam, malah termasuk mereka yang bukan Islam dan alam sekitar tumbuhan dan haiwan.
“Ciri-ciri perundangan Islam yang mencakupi penyelesaian teras dalam kehidupan manusia akan memberikan suasana baru kerana hukuman-hukuman yang dkenakan mempunyai serampang dua mata untuk kebaikan serta merta (duniawi) dan kebaikan selepas mati (ukhrawi),” jelas beliau ketika membentangkan kertas kerja hukuman sebat dari perspektif Islam, di Kompleks Islam Darulnaim, 19 Ogos lalu.
Bagi ketua hakim syari’e negeri kelantan, Datuk Daud Muhammad, semua undang-undang Islam termasuk hudud telah siap sedia dilaksanakan di negara ini kerana segala prasarana sistem kehakiman syariah telah dipersiapkan.
“Kita hanya tunggu lampu hijau dari pihak yang berkuasa,” kata beliau menjawab soalan peserta seminar yang ingin tahu bilakah perlaksanaan hukum hudud dapat dilaksanakan.
Datuk Daud membentangkan kertas kerja bertajuk Hukuman Sebat Dalam Kes Jenayah Syariah, Realiti Pelaksanaan pada seminar tersebut.
Bagi menghadapi tohmahan para penentang pelaksanaan syariah dari dalam dan luar negara, timbalan ketua bahagian penasihat (seksyen syariah) Jabatan Peguam Negara, Muhammad Naser bin Disa berkata sejarah Malaysia silam menunjukkan rantau ini telah bergerak maju semasa tidak ada undang-undang lain selain undang-undang Islam dilaksanakan.
“Sebelum kedatangan penjajah Barat, bukti bertulis dalam pelbagai versi menunjukkan hanya undang-undang Islam yang diterima pakai oleh kerajaan-kerajaan yang di wilayah yang kini bergabung dalam satu entiti yang dsebut Malaysia,” kata beliau ketika membentangkan kertas kerja pelaksanaan hukuman sebat dalam kes jenayah syariah – cabaran dan halangan pada seminar itu.
Peraksanaan undang-undang Islam menyeluruh seperti diamalkan itu menurut beliau, tidak menyekat wujudnya masyarakat berbilang kaum termasuk non-muslim di rantau ini.
“Amalan perundangan Islam juga sama sekali tidak menghalang kerajaan-kerajaan zaman itu berinteraksi dengan masyarakat antarabangsa yang terdiri dari kalangan umat Islam dan orang-orang bukan Islam,” jelas beliau. – harakahdaily.net
* Mohamed Zainal Abidin Hussin ialah pegawai penyelidik Pusat Kajian Strategik (PKS) Kelantan.-Malaysian Insider.
Apa pun yang cuba sedaya upaya nak daulatkan hukum Allah di Bumi Malaysia ini ialah Pas. Penentangandi kalangan bukan Islam itu perkara biasa.Tapi bila orang Islam sendiri bantah pelaksanaan hukum Hudud itu yang amat menyedihkan. Tak buat lagi baru dok terang itu ini tentang Hudud dah lawan berapi nak kira lagu mana?
Sekarang yang lawan Hudud bukan takat Dap, Gerakan dan juga MCA tapi Umno turut melawan hukum tersebut dengan mengatakan "sapa nak makan sup tangan pi Kelantan". Ni lagi teruk daripada puak-puak bukan Islam yang tak faham hukum Hudud!
Berkaitan;
Dzulkefly :Elakkan sejarah 2001 berulang-Malaysiakini
Isu Hudud kekal duri dalam daging di Pakatan, kata penganalisis-Malaysian insider
Hudud ;Pas mahu dengar pandangan Pemuda Gerakan Kedah-Malaysian Insider
Adakah CPF Pakatan Rakyat tu kurang ajar?-Penarik Beca