Sabtu, 31 Mac 2012

Skandal jual beli Scorpene:Adakah PM membisu kerana takut?



Scorpene: Peguam sudah akses kertas siasatan
Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel berkata, peguam yang mewakili Suaram dalam kes perbicaraan rasuah kapal Selam Scorpene di Perancis, sudah mendapatkan akses kepada kertas siasatan.
Katanya, pihaknya masih menunggu pendedahan mengenai kandungan kertas siasatan berhubung pembelian Scorpene bernilai RM7.3 bilion itu.
“Paling penting, kertas siasatan telah sampai ke tangan peguam dan kita akan lihat apa kandungan dalam fail tersebut selepas mendapat nasihat dari mereka.
“Mahkamah sudah beri akses kepada peguam dan mereka sedang mengkaji dokumen tersebut mengikut undang-undang Perancis kerana ada beberapa had yang  perlu dipatuhi mengenai apa yang boleh dan tidak boleh didedahkan,” katanya yang menambah mengikut undang-undang Perancis, fail berkenaan tidak boleh dibawa masuk ke Malaysia.
Menurutnya lagi, Suaram juga akan cuba membawa peguam yang mewakili mereka iaitu Wiliam Bourdon atau Joseph Breham untuk datang ke Malaysia bagi memberikan taklimat.
Bagaimanapun, katanya, Suaram perlu mengkaji aspek keselamatan mereka terlebih dahulu, ekoran insiden pengusiran Bourdon oleh kerajaan Malaysia pada 2011.
Tambah beliau, wakil Suaram juga akan dimaklumkan oleh mahkamah mengenai tarikh yang sesuai untuk mereka hadir ke mahkamah Perancis bagi memberikan keterangan.
“Kita akan adakan mesyuarat mengenai informasi dari mahkamah, bilakah kita sepatutnya akan pergi ke sana. Namun kita jangkakan pada April nanti,” ujarnya.
Mengenai saksi lain yang akan dipanggil, katanya, Suaram akan memberikan cadangan kepada hakim dilantik selepas memberikan keterangan di Mahkamah Pengadilan Tinggi Perancis (Tribunal de Grande Instance) itu nanti.
Najib membisu kerana takut
Dua kapal selam itu dibeli pada tahun 2002 oleh kerajaan Malaysia ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi menteri pertahanan.
Perimekar Sdn Bhd, syarikat yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda iaitu kenalan rapat kepada Najib, dibayar 114 juta euro atau RM540 juta sebagai komisen.
Syarikat DCNS, yang membekalkan dua kapal selam itu sebelum ini didakwa membayar sogokan jutaan ringgit kepada pegawai dan pemimpin tertinggi Malaysia- yang menjadi kesalahan di bawah undang-undang Perancis.
Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, sikap membisu Najib menggambarkan ketakutan perdana menteri itu untuk memberikan penjelasan mengenai peranannya dalam skandal berkenaan.
“Najib tak beri apa-apa respon setakat ini dan masih membisu. Respon hanya datang dari menteri pertahanan walaupun isu ini cukup besar, penting dan serius melibatkan pembelian Scorpene bernilai RM7 bilion dan komisen RM540 juta.
“Dia mempunyai sejarah dalam kes ini sejak permulaan. Sebab itu dia dilihat tidak berani ke depan untuk memberi penjelasan secara terang dan telus tentang apa yang berlaku,” tegasnya.
Dalam masa yang sama, katanya,  Pejabat Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) enggan membuka kertas siasatan, sepertimana dilakukan pihak berkuasa Perancis.-Keadilandaily.com

Mesti tonton terutama penduduk Gebeng dan Kuantan



Bukit Merah :Anak Lai Kwan meninggal dunia


Tatkala isu kilang pemprosesan nadir bumi Lynas hangat diperbincangkan, Cheah Kok Leong, 29, anak yang terencat akalnya sejak dilahirkan di Bukit Merah, telah meninggal dunia di Hospital Ipoh pada 9.30 malam, tadi.  Tubuh Cheah didapati menggetar kerana sakit sejak dua hari lalu, dan dihantar ke hospital untuk rawatan.


Cheah Kok Leong  ialah anak kepada Lai Kwan, pekerja pembinaan di sebelah kilang pemprosesan nadir bumi Asian Rare Earth pada tahun 1982.  Lai Kwan mengandung ketika bekerja di sebelah kilang Asian Rare Earth, dan melahirkan Cheah Kok Leong pada tahun 1983.

Pengerusi Jawatankuasa Anti-Radioaktif Perak (PARC) Hew Yoon Tat telah mengesahkan berita ini kepadaMerdekaReview ketika dihubungi.
Lai Kwan kini berusia 70 tahun.  Beliau mempunyai lapan orang anak.  Kebetulan cucunya meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya pada awal bulan ini, kini pula berdepan dengan kematian anaknya, Cheah Kok Leong.

Lai Kwan  yang merana kemiskinan hanya menerima bantuan dana RM150 setiap bulan dari PARC.  Beliau menyara hidup keluarganya, dan berjaya membesarkan anaknya Cheah Kok Leong.  Sebelum ini, pengarah filem independen, Tan Chui Mui telah menerbitkan sebuah filem berjudul Lai Kwan's Love, dan dimuatkan ke dalam Youtube【Baca: Pengarah filem enggan lagi menjadi rakan subahat kepada kerajaan

Oleh sebab tidak mampu membuktikan secara saintifik bagaimana radioaktif memberi kesan langsung kepada anak kandungnya, Lai Kwan tidak dapat menuduh kilang pemprosesan nadir bumi Asian Rare Earth yang menyebabkan anaknya terencat akal.  Malah sepanjang perbicaraan mahkamah antara tahun 1985 hingga 1992, Asian Rare Earth juga menafikan pembebasan radiasi yang mengancam keselamatan penduduk tempatan, dengan hujah "tiada bukti saintifik".

Pakar radiasi Kanada, Rosalie Bertell (gambar kiri) ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Ipoh memetik laporan Asian Rare Earth, bahawa produk sampingan kilangnya mengandungi Plumbun, Thorium dan Thorium Hydroxide yang beradiasi, bakal menjejaskan sel manusia, sehingga sel kehilangan fungsi pembiakan.

Rosalie Bertell menambah, orang dewasa pada umumnya tidak merasai kesan radiasi, kerana ia memerlukan masa untuk memperlihatkan kesannya.  Tetapi, seandainya ovum disenyawakan sperma, kesan radiasi akan diperlihatkan dalam masa yang singkat.  Wanita hamil yang menerima kesan radiasi akan melahirkan anak yang cacat.-Merdekareview.


Harus dingat kesan radioaktif tak kira Melayu, Cina dan India yang jadi rakyat Malaysia.Kalau terbukti kilang Lynas boleh beri kesan buruk dalam jangka masa panjang semua penduduk di Gebeng dan Kuantan terutamanya akan rasa akibatnya.


Tolak Umno-Bn dalam pru 13!

Jumaat, 30 Mac 2012

Umno dalam kampung, dalam Felda tunggu apa lagi dok sokong Umno yang dah nak reput buat rugi ja

Selepas Tun Daim Zainuddin kata Umno hanya mampu menang 3 negeri saja dalam pru 13 kini Tun Mahathir bekas PM Malaysia pulak dah tak yakin dengan kekuatan Umno untuk menang pru 13.Tun Mahathir semakin bercelaru dan rimas jika Umno kalah memikirkan untung nasib pemimpin Umno-Bn yang banyak skandal yang akan didakwa di mahkamah jika Umno kalah pru 13.Betullah kata orang hidup ni macam roda yang berputar atas bawah dan tak semestinya kita akan sentiasa menang dan menang.Satu hari kita juga akan rasa kalah walaupun rasa pahit ditelan.

Kata Tun Mahathir "Apa yang pasti bukan mudah untuk BN mendapat dua pertiga majoriti kali ini. Pembangkang sekarang bukan seperti dulu, keadaan sekarang agak mengelirukan," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.Baca di sini.

Bagaimana pun  PR janganlah terlalu seronok untuk menang dan menang ketika SPR masih belum buat lagi 7 tuntutan Bersih yang maukan supaya pru 13 dijalankan secara anak jantan tanpa berlaku penipuan dalam pilihnaraya.Najib begitu yakin akan tawan Selangor daripada PR dan pertambahan pengundi di Selangor yang mengejutkan terus jadi pertikaian.Masih kah anda ingat pertambahan masa mengundi di Selangor sampai dua jam dalam tahun 2004?Jika SPR terus jadi barua kepada Umno-Bn maka amat malang lah nasib PR untuk tawan Putrajaya!Ini hakikat dan kenyataan.Jika pru diadakan secara bersih sudah lama Umno-Bn hilang Putrajaya.

Sebelum ini tak pernah kita dengar pemimpin Umno bercakap soal kalah tapi kini mereka dah rasa detik-detik kekalahan mereka macam orang dah nak habis umur.Kekuatan Umno kini hanya terletak di tangan pengundi Melayu yang berada di Felda, Felcra, Risda dan di kampung saja.Jika Melayu ini bangkit tolak Umno dalam pru 13 akan datang maka ramalan Tun Daim dan firasat Tun Mahathir akan jadi kenyataan.Jika Melayu kampung dan para peneroka buka pasung dan rantai Umno yang belenggu mereka maka Umno akan menangis tak berlagu dalam pru 13 akan datang.

Kalau pemimpin veteran Umno dah tak yakin dengan kekuatan Umno buat apa lagi Melayu kampung dan para peneroka bertongkatkan Umno.Buat rugi ja.Pemimpin veteran Umno pun dah keluar Umno masuk parti lain.Yang tak dapat apa di kampung-kampung dok tunggu apa lagi tak sedar-sedar kata kapal Umno dah nak karam.Kekuatan Umno yang kuasai semua media arus perdana dah tak mampu nak kekang kebangkitan rakyat tolak Umno .Semua peluru dan senjata politik dah nak habis digunakan tapi majoriti rakyat tetap tak bersama Umno-BN.Mereka mahu Malaysia baru tanpa Umno-Bn.Mereka mahu merdeka kali kedua.

Senjata Umno kini dulu dan selamanya untuk tipu Melayu ialah seks,seks dan seks.Homoseksual, bioseksual dan segala jenis seks.Dulu upah Melayu untuk tipu Melayu dengan isu seks kini bila Melayu yang buat macam-macam kisah seks tak laku upah pulak bukan Melayu dok jaja kisah seks kepada orang Melayu.Depa layan kita orang Melayu macam tak ada kelas langsung.Lebih teruk daripada kasta paria dalam masyarakat India.Inilah perangai Umno yang patut dihumbankan dalam lubang kubur buat selama-lamanya.

Baca juga;
BN akan hilang Selangor jika Umno terlalu dominan, kata Khir Toyo-M'insider
Lima negeri 'dalam bahaya' untuk BN ketika PRU, kata Khir Toyo-M'insider

Khamis, 29 Mac 2012

'Tukar kerajaan sebelum bangkrap!'

"Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS"-Tun Mahathir

Apa maksud Tun Mahathir bila beliau gesa Umno buka pintu pada cendiakwan dan profesional?Adakah Umno selama ini dikuasai oleh golongan yang tak cerdik, kaki samseng , kaki pukul dan jadi pak turut semata-mata?Tun juga dilihat semakin bimbang dengan kemaraan PR dalam politik negara.

Memang betul dalam Umno kalau lebih cerdik dan bijak akan ditolak ketepi takut cantas pemimpin sedia ada.Ini dah lama berlaku sejak sekian lama.Di Kelantan gelagat cantas mencantas dalam Umno ini tiada kesudahan.Seorang pensyarah yang dulunya pernah menyelinap masuk dalam politik Umno di Kelantan menceritakan kepada saya bahawa betapa teruknya politik cantas mencantas dalam Umno hingga beliau berkata ,"Pas menang di Kelantan bukan kerana Pas kuat tapi kerana politik Umno Kelantan yang suka cantas mencantas sesama sendiri untuk jadi ketua cawangan dan ketua bahagian dalam Umno."

Seorang bekas pesara kerajaan  berkata kepada saya ,"Apa yang berlaku sebenarnya dalam Umno samalah macam kisah Hikayat Hang Nadim seorang anak muda Melayu yang cerdik tapi akhirnya dibunuh kerana kebijakan Hang Nadim jejaskan puak-puak yang iri hati dengan Hang Nadim." Beliau juga berkata kepada saya semasa Bank Bumiputera masih wujud dulu beliau cuba buat pinjaman dengan Bank Bumiputera untuk beli sebuah lot kedai dua tingkat di seksyen 10, Shah Alam.Pegawai bank tu kata kepada beliau tak layak buat loan! Kini Bank Bumiputera dah lenyap akibat dilingkupkan pemimpin Umno yang berkuasa.Yang ada kini hanya CIMB bukan lagi Bank Bumiputera.Kata beliau mereka pandang rendah kepada kita tapi kalau kroni pinjam duit Bank Bumiputera sampai lingkup pun tak pa.

Kini dah ramai pemimpin Umno keluar Umno masuk parti lain atau berada di luar parti.Kritikan dalam Umno untuk cari kebenaran atau dedahkan politik wang dan rasuah duit dalam pilihanraya merupakan satu bala kepada pemimpin Umno yang berbuat demikian.Mereka ditunjuk jalan keluar supaya meninggalkan Umno.Yang pandai makan rasuah dan bijak bodek pemimpin di atas terus diangkat dan dijulang dalam Umno.Contoh macam Isa Samad yang terlibat dengan politik wang dalam pemilihan Umno tapi kini jadi Pengerusi Felda.Khairy Jamaludin diangkat jadi Pengerusi PUNB.

Tun Mahathir juga lupa zaman beliau juga orang lain tak boleh lebih daripada beliau akan disumbat dalam penjara.

Dr Mahathir gesa Umno buka pintu kepada cendiakawan , profesional


Kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan Umno perlu membuka pintu seluas-luasnya untuk golongan profesional cerdik pandai menyertai parti itu dan seterusnya diketengahkan sebagai calon pada pilihan raya umum.
    
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat parti itu kini mempunyai masalah ketandusan pemimpin gara-gara kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan yang menyekat kemasukan mereka ke dalam Umno.
    
"Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS.


"Ini akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Budaya Global anjuran Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah di Melaka semalam.
  
Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Bekas Presiden Umno itu berkata Umno harus mengamalkan meritrokasi dalam pemilihan pemimpin untuk bertanding dalam pilihan raya umum termasuk calon luar parti bagi menentukan kemenangan dan bukannya calon di peringkat tertinggi bahagian sahaja.

"Kita nak orang berbakat dan berkebolehan (bertanding), barulah kita boleh dirikan kerajaan yang berwibawa," katanya sambil mengakui sekatan golongan profesional menyertai Umno berlaku semasa beliau sebagai pemimpin parti.
  
Dr Mahathir berkata kepimpinan Umno harus sedar bahawa kemenangan dalam sesuatu pilihan raya itu ditentukan oleh pengundi yang bukan ahli Umno.
  
"Kalau semua ahli Umno mengundi Barisan Nasional (BN) pun tak cukup untuk mencapai kemenangan, dia kena dapat sokongan orang luar daripada Umno, baru calon itu boleh menang," katanya.
  
Beliau berkata Umno hari ini tidak memberi peluang kepada orang luar terdiri daripada golongan cerdik pandai itu kerana keengganan ahli Umno di bahagian itu sendiri untuk menyokong calon seumpamanya.
  
"Sepatutnya kita terima calon yang baik ini sama ada mereka anggota parti atau tidak," katanya.
  
Dr Mahathir berkata Umno pada masa depan mesti merestui golongan profesional dan cerdik pandai menyertai parti itu dan tidak seperti pada masa kini di mana mereka disekat daripada menyertainya.
   
- Bernama

Kemana pemimpin Umno-Bn mau lari kalau ramalan Daim jadi kenyataan?

Ramalan Daim boleh jadi kenyataan-Aziz Bari

 Ramalan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin bahawa BN hanya akan memperoleh tiga negeri pada pilihan raya umum akan datang perlu diberi perhatian serius kerana bukannya ramalan kosong.

Pakar undang-undang, Dr Abdul Aziz Bari ketika berceramah di sini menegaskan, jika ramalan tersebut menjadi kenyataan seperti ramalan beliau pada PRU 2008, sudah tentu Pakatan Rakyat (PR) akan mara ke Putrajaya.

“Daim kata BN hanya selamat di tiga negeri saja iaitu Johor, Melaka dan Pahang apa yang dikatakannya bukan ramalan kosong tetapi fakta dan ada kredibiliti kerana beliau rapat dengan saudagar, agen risikan dan badan politik.

“Dulu sebelum 2008 Daim juga ramal lima negeri akan jatuh kepada pembangkang dan setelah keputusan PRU ternyata tepat.

“Malah badan penyelidik Merdeka Centre yang mendapati kajian imej (Datuk Seri ) Najib (Tun Razak) naik itu mengeluarkan kenyataan jika 45 peratus undi Melayu menyebelahi Putrajaya akan dikuasai PR,” ujarnya.

Abdul Aziz yang berceramah di perkarangan pejabat PKR di sini kelmarin mengulas kenyataan Daim juga bekas Bendahari Umno dalam satu wawancara dengan sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini meramalkan BN hanya akan memperoleh kemenangan di tiga negeri sahaja pada PRU-13 nanti.

Serentak dengan itu beliau menggesa jentera PR Pahang digerakkan segera kerana komposisi kaum di Pahang sama seperti Selangor dan jika pengundi diberi akses maklumat tidak mustahil boleh berubah.

Abdul Aziz berkata, orang-orang Melayu yang kurang maklumat terpengaruh dengan propaganda kalau PR menang Cina akan memerintah atau Malaysia akan jadi republik sedangkan itu tidak betul.

“Sebab itu Umno menang dan memerintah atas kebodohan rakyat. Ini terbukti tempat yang dimenangi mereka tempat-tempat yang kurang akses maklumat dan di situlah juga berlaku pelbagai masalah.

“Peranan jentera penerangan ialah memberitahu rakyat kali inilah kita kena ubah jika tidak entah bila lagi. Jika tidak Umno akan lebih ganas lagi, rasuah akan lebih berleluasa lagi.

“Umno takut untuk berdebat soal-soal dasar dan polisi tetapi mereka lebih mudah mengganggu ceramah PR dengan mengupah samseng-samseng. Beritahu rakyat cara politik seperti inilah yang kita kena hentikan,” tambahnya lagi.

Abdul Aziz mengingatkan, dalam PRU yang lalu kira-kira 1.8 juta orang Umno mengundi parti-parti Pakatan justeru beliau meminta jangan disisihkan penyokong-penyokong Umno bawahan.

“Kemenangan PR bermakna kemerdekaan rakyat kali kedua dan PR perlukan 112 kerusi untuk membentuk kerajaan di mana peluang itu ada.

“Tetapi orang Pahang tentulah tidak mahu sekadar menonton saja kemenangan negeri,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid yang berceramah sebelum itu mendedahkan kehidupan rakyat pada masa ini begitu terhimpit dengan melambungnya kos hidup yang sudah sedia tinggi.

“Harga barang naik 80 peratus sejak di bawah pemerintahan Najib dan apa jadi jika BN menang PRU kerana Najib sendiri menyebut lepas PRU cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sekitar empat peratus akan dilaksanakan.

“Itu kehidupan rakyat yang makin susah. Pada masa sama hutang negara sudah cecah hampir RM500 bilion yang boleh menyebabkan negara bankrap,” katanya.

Tambahnya dalam masa yang sama pemimpin negara berbelanja dengan boros antaranya kediaman Perdana Menteri sendiri yang menggunakan air sehingga  RM40,000, elektrik RM189,000 sebulan dan baiki bilik air sehingga RM9.3 juta.

Serentak dengan itu beliau menyeru rakyat membina tekad untuk membuat perubahan dalam PRU akan datang demi survival rakyat sendiri pada masa depan.-harakahdaily

Hang pa tengok la kehebatan anak -anak menteri Umno boleh luku kepala orang sesuka hati, ada kereta mewah , ada pengawal peribadi, hidup mewah sebab bapa mereka menteri.Tapi kalau bapa mereka dah hilang kuasa apa akan jadi dengan mereka?Apa akan jadi dengan nasib pemimpin Umno-Bn bila hilang kuasa di Putrajaya?

Sementara ada kuasa ni hang pa rembatlah duit Tabung Haji, duit KWSP sesuka hati!

Satu pertanyaan kenapa Proton rugi, Mas rugi, TNB rugi?Syarikat kroni pulak untung dan buat duit.Kita ditipu dengan alasan minyak dunia naik dan subsidi minyak ditambah.Rakyat mau minyak petrol dan diesel turun bukan cerita bodoh mengenai subsidi.Kenapa banding dengan Indonesia, Thailand dan Singapura isu harga minyak.Mereka bukan negara pengeluar minyak.Kenapa tak banding dengan Arab Saudi, Iran dan lain-lain negara pengeluar minyak macam Malaysia.Di Arab Saudi harga minyak diesel hanya 0.40 sen seliter.

Rabu, 28 Mac 2012

Lynas:Pemimpin Umno-Bn cakap macam orang mabuk ubat

Baca betul-betul dan hingga kini tak terjawab satu soalan, kenapa projek Lynas ni dibawa ke Malaysia dan tidak di tempat asalnya di Australia kalau tak merbahaya?Sekarang ni Menteri dan PM cakap macam orang mabuk ubat atau terlebih dos isu Lynas .Sekejap kata tak merbahaya sekejap kata akan diberhentikan jika ada kajian saintifik kata projek Lynas merbahaya.Tapak projek Lynas dah nak siap tapi cakap pemimpin Umno-Bn berubah-ubah kata orang sekarang flip-flop.Adakah Australia begitu bodoh nak terima sisa bahan radioaktif  ke negaranya jika kilang pun bawa mai ke Malaysia?


Kilang Lynas dah nak siap baru nak buat kajian bahaya atau tidak kepada nyawa manusia kesan sisa buangan radioaktif kepada nyawa penduduk Gebeng dan Kuantan.Kalau sisa buangan tu tak bahaya kenapa hingga kini masih cari tempat sesuai nak buang sisa buangan tersebut?Kenapa tak longgok depan rumah MB Pahang, depan rumah PM , depan rumah menteri dan pemimpin Umno termasuk JKKK Umno?Dah selamat apa nak takut.


Untuk menyedapkan hati rakyat Pahang yang tinggal berdekatan tapak projek Lynas maka berkatalah MB Pahang Adnan Yaakob bahawa nilai tanah kawasan berhampiran tapak projek Lynas meningkat.Ha ha..Ni perangai Umno nak tipu Melayu hidup-hidup yang penting nilai tanah bukan nyawa manusia yang akan terima bala akibat projek Lynas.Bohong la jangan tak bohong untuk halalkan apa yang hang pa buat.

Lynas mesti dapat kebenaran hantar balik sisa ke Australia-Maysiakini

Kerajaan Malaysia tegas dengan syaratnya supaya Lynas Corporation (Lynas Corp) mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa Australia untuk menghantar sisa dari kilang nader buminya di Kuantan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.     
    
Setakat ini, katanya, Australia belum menghubungi Malaysia secara formal sama ada berhasrat untuk menolak sisa berkenaan dari loji tersebut.
    
"Kita telah meletakkan syarat. Jika mereka gagal berbuat demikian, mereka perlu mencari tempat lain untuk membuang sisa," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.  
    
Kerajaan telah menetapkan lima syarat khas bagi membolehkan Lynas Corp mendapat lesen Operasi Sementara di bawah Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB).

Syarat itu termasuk menentukan lokasi bagi Kemudahan Buangan Sisa Tetap  (PDF).
    
Sementara itu, Ongkili berkata, sebuah panel penilaian sembilan anggota terdiri daripada pakar-pakar dari agensi kerajaan dan badan swasta telah dibentuk bagi mengendali audit kejuruteraan ke atas kilang yang dicadangkan itu.
 
"Kami mahu mereka melakukan pemeriksaan rawak, kerana rakyat mempersoalkan sama ada mereka (kilang) melakukan perkara yang betul," katanya.   
    
Terdahulu, ketika menggulung usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu, Ongkili menegaskan bahawa segala tindakan kerajaan adalah berdasarkan peraturan dan prosedur semasa serta mematuhi standard antarabangsa.
    
Katanya, kerajaan akan sentiasa membuat penambahbaikan dan mendapatkan penglibatan orang awam khususnya penduduk di sekitar Kuantan supaya pengertian yang betul dan maklumat yang tepat diperolehi oleh semua pihak.  

- Bernama

Selasa, 27 Mac 2012

Pejuang Melayu-Islam (IMR) cakap bohong dan putar belit?



Halimah Ali: "Saya merempat tumpang pejabat orang"-selangorku.com

Tuduhan Adun Gombak Setia, Datuk Dr Hassan Ali yang mendakwa Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali  telah melakukan pengubahsuaian ke atas pejabatnya disangkal hari ini.

Menurut Dr Halimah, pejabat yang diduduki pada masa ini merupakan pejabat yang ditumpanginya semenjak beliau dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri.

“Pejabat sendiri pun tak ada. Saya cuma merempat, tumpang pejabat orang sahaja di sebelah Pejabat Kewangan,” kata beliau ketika ditemui di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

Halimah turut mempelawa wartawan melawat pejabatnya sebagai membuktikan bahawa dakwaan Hassan Ali adalah satu tuduhan liar semata-mata.

“Ini mesti tak pernah datang pejabat saya, esok boleh datang supaya boleh tengok sediri pejabat saya.

“Memang tiada ubahsuai apa pun di pejabat itu.  Saya jemput semua datang ke pejabat saya dan jangan lupa bawa kamera sekali,” katanya lagi.

Sementara itu Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Perihatin, Dr Xavier Jayakumar turut menyangkal tuduhan Hassan yang mendakwa beliau menggunakan peruntukan yang tinggi untuk melakukan pengubahsuaian pejabat.

“Saya memang ada buat ubahsuai pejabat, tetapi cuma tukar karpet dan tambah ‘partition’, itu sahaja.

“Anda fikir dengan pengubahsuaian yang saya sebut tadi tu boleh cecah RM300,000 tak?

“Tentulah kos ubah suai yang saya sebut tadi jauh lebih rendah dari RM300,000.

“Esok saya akan berikan detail kos pengubahsuaian pejabat saya, cuma sekarang saya boleh jamin kos ubah suai pejabat saya cuma memakan kos yang rendah sahaja,” ujar beliau.

Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali minggu lalu mendedahkan bekas pesuruhjaya PAS itu ketika menjadi Exco telah membelanjakan peruntukan sebanyak RM300,000 untuk mengubahsuai pejabatnya ketika mula menjadi exco.-selangorku.com


Hasan Ali kini ialah ketua pertubuhan Jati yang perjuangkan Islam,Melayu dan Raja (IMR).Logo pertubuhan Jati dikatakan mirip dengan logo pertubuhan setan.Hasan mungkin kecewa kerana pejabat exco yang baru siap itu hanya sempat didudukinya tak sampai berapa bulan kerana dipecat daripada Pas dan hilang jawatan ecxo.Satu perkara yang tak diduga Hasan akan berlaku ke atas dirinya.Kini Hasan tembak peluru kapur ke sana kemari demi untuk perjuangan IMR yang dibawanya.Hanya jauhari saja yang kenal manikam!






Berkaitan;
Kos ubahsuai pejabat Hasan Ali tertinggi, kata MB-M'kini
Azmin sifatkan Hasan ejen penyubur fitnah-sinarharianonline
'Kos pejabat Xavier, Halimah lebih besar', kata Hasan Ali- sinarharianonline

Rakyat tolak Umno bukan kerana Anwar tapi kerana Umno dah sampai masa untuk ditalqinkan



Mentalqinkan Umno


Mari talqinkan UMNO.
Ianya bukan apa apa. UMNO sudah sampai masa tamat nya. Bila dah tiba maut, kita tak boleh melambat atau menyegerakan kan walaupun se saat. Rakyat sudah lemas dan meluat dengan UMNO. Untung nya, UMNO tidak boleh melakukan apa apa untuk menyelamatkan diri nya. Setiap hari UMNO menunjukkan lemas nya.
Najib berkata kepada rakyat jangan melakukan kesilapan sekali lagi. Amat benar- jangan melakukan kesilapan dengan memberi lesen kepada pimpinan UMNO untuk merompak dan melanun negara ini. Pada kadar kerajaan UMNO memberi kontrak dan pinjaman dengan kadar rendah, seolah olah nya, kerajaan pimpinan UMNO memerah rakyat. Negara akan bengkrap.
Lebih mendukacitakan- Najib menunjukkan sifat UMNO yang bongkak. UMNO merasakan dia lah sahaja Melayu nya. Dia lah sahaja yang pandai mengurus negara. Dia lah sahaja yang melindungi orang Melayu. Dia lah sahaja yang boleh beri masa depan kepada orang Melayu dan Maalysia.
Bagaimana UMNO boleh memberi kita suatu masa depan yang cerah, jika ia telah menyebabkan suatu sejarah yang muram dan masa kini yang kacau? Ternyata Najib tidak menghormati pilihan rakya. Ternyata Najib bukan seorang democrat tapi seorang closet feudalist yang despotik.
Kenapa? kerana yang Najib kata buat silap itu merupakan 51% dari undi popular di Semenajung Malaysia. Siapa Najib untuk berkata 51% dari pengundi popular telah silap kerana menyokong Pakatan Rakyat? Penyokong UMNO dan BN hanya merupakan 49% peratus dari pengundi popular. Yang menyelamatkan UMNO dan yang membolehkan Najib jadi PM, ialah persempadanan kawasan mengundi. Kalau tidak ada pembohongan dan ‘arrangement’ macam ini, UMNO yang melakukan kesilapan demi kesilapan keatas rakyat Malaysia sudah lama bungkem!.
Apa punca kesombongan UMNO yang paling besar? Ada 2 punca nya.
Pertama UMNO menyifatkan diri nya penaung dan orang Melayu merka yang UMNO naungi. UMNO patron dan Melayu budak budak. Ini bertentangan dengan piagam manusia yang merdeka- bahawa penentu nasib dan masa depan individu ialah diri mereka sendiri. Dengan sikap sombong UMNO menerapkan jiwa hamba keatas orang Melayu.
Kedua nya- UMNO menganggap diri nya sesuatu yang mesti di sembah dan rakyat ialah budak2 hamba sahaya mereka. Sekali lagi ini bersalahan dengan piagam manusia yang merdeka- yang menyifatkan kerajaan hanya suatu wadah yang melalui nya, rakyat mencapai pelbagai matlamat kepentingan masyarakat. Kerajaan bukan sesuatu yang menekan dan menindas rakyat.
Jadi apa yang rakyat dan bangsa Melayu hilang dengan menolak UMNO? Merka hanya akan menghilangkan rantai dan pasung yang selama ini memenjarai jiwa mereka.
Nasib baik yang menyebelahi kita ialah kerana UMNO bodoh. Kalau UMNO cerdik, pakatan rakyat yang jadi jurubicara rakyat akan susah. Jadi kita tepuk bila Najib kata pembangkang auta. Kita tepuk bila Najib tidak hormat 51% pengundi popular. Kita tepuk bila Najib cakap merapu dan kata Anwar tidak layak jadi PM. Tapi kita jangan lupa, kedua dua PM dan TPM sekarang adalah pengikut orang yang hari ini di katakana tidak layak jadi PM.
Reality nya- jika Najib boleh jadi PM, maka sesiapa sahaja ada peluang jadi PM. If Najib can become PM, anyone can too.
Najib dan UMNO tidak tahu lagi menangani keadaan. Mereka bercelaru. UMNO dan BN ingat semua ini is about Anwar. Sebab itu mereka attack Anwar dengan cara lama- Izam Mat Nor, Nallakarupan, Umi Hafilda, Hassan Ali, Zulkifli Nordin di perkudakan untuk menyerang Anwar.
Sebetulnya kita suka- sebab kebodohan UMNO, akhirnya UMNO akan sedar bahawa penolakan rakyat kepada UMNo bukan disebabkan oleh Anwar Ibrahim. Ianya adalah kerana UMNO sudah sampai masa untuk kita takqinkan.-Dari blog Sakmongkol AK47 Datuk Ariff Sabri bekas ahli Umno.

Kantoi! wakil rakyat Umno ditahan di pusat hiburan?

Pas gesa Ali Rustam dedah adun diperiksa polis-malaysiakini

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam diberikan tempoh seminggu untuk mendedahkan nama seorang wakil rakyat yang dilaporkan diperiksa polis yang melakukan serbuan di sebuah pusat hiburan hujung minggu lalu.

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka, Kamaruddin Sidek berkata, ia perlu memandangkan rakyat, selaku pengundi, ingin mengetahui siapakah wakil rakyat berkenaan.

Menurut Kamaruddin, sekiranya Mohd Ali gagal mendedahkan nama wakil rakyat terbabit, PAS akan mengambil tindakan mendedahkan identiti wakil rakyat berkenaan.

"Kita tahu siapa wakil rakyat yang dimaksudkan ini. Memadailah saya katakan beliau bukan wakil rakyat dari MCA atau MIC.

"Sebagai pengerusi badan perhubungan Umno negeri, Mohd Ali bertanggungjawab memaklumkan keadaan sebenarnya kepada rakyat selain bertindak adil dalam isu ini.

"Sebab itulah kami memberi tempoh seminggu kepada beliau, dan sekiranya gagal, maka kita akan mendedahkan identiti wakil rakyat itu," katanya.

Beliau turut menggesa pihak polis supaya tidak menyembunyikan kejadian yang berlaku.

Katanya, kejadian seumpama itu perlu diambil tindakan dengan seadilnya, tidak kira wakil rakyat yang terbabit adalah daripada parti yang memerintah.

Dalam serbuan jam 2.40 pagi yang dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri Melaka 24 Mac lalu, polis telah memeriksa 27 pelanggan pusat hiburan berkenaan termasuk wakil rakyat terbabit.

Dalam pemeriksaan awal itu juga seramai 12 telah didapati positif dadah.

Ops Tapis :YB antara 27 diperiksa-sinarharian online



Ops Tapis: YB diperiksa
BANDARAYA MELAKA - Seorang wakil rakyat antara 27 yang diperiksa dalam serbuan dilakukan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya di sini, awal pagi semalam.

Wakil rakyat terbabit yang juga pelanggan di premis berkenaan diperiksa ketika serbuan Ops Tapis Pusat Hiburan oleh 14 anggota termasuk dua pegawai, diketuai Inspektor Risikan Operasi dan Tahanan JSJN negeri, Inspektor Mohd Hisham A Rahman, bermula jam 2.40 pagi.

Dalam serbuan itu, seorang ketua pelayan juga dilihat cuba meloloskan diri dengan berlari keluar menuju ke pusat hiburan bersebelahan sebelum dapat dikesan anggota polis, lalu menahannya di tangga premis terbabit.

Tanda tanya kenapa lelaki berusia 24 tahun itu melarikan diri terjawab apabila ujian sari­ngan urin didapati positif dadah jenis methaphetamin dan amphetamine (AMP).

Menurut sumber, enam wanita tempatan, dua wanita warga China dan seorang dari Indonesia turut diperiksa, sementara seorang lelaki ditahan di hadapan premis berkenaan selepas serbuan dilakukan.

“Seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan di hadapan pintu premis tersebut selepas serbuan dilakukan dan hasil ujian urin, lelaki itu, tiga wanita dan lapan lelaki di dalam premis berkenaan didapati positif dadah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Md Azmi Othman berkata, seramai 12 orang didapati positif dadah ketika pemeriksaan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1983) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama (pindaan 2003).-sinarharian

Menurut blog legendz125.blogspot.com adun terbabit dikenali sebagai Mohd Yazed bin hj Khamis.Baca di sini.

Isnin, 26 Mac 2012

Laku lagi ka politik seks dalam pru 13?

Dalam dunia ni ada tiga perkara yang menguji manusia tambah-tambah kalau jadi pemimpin.Harta , wanita kuasa.Kalau tak mampu nak kawal nafsu alamatnya jadi tunggang langgang.Ada orang kata kat saya kalau jadi pemimpin yang berani dan lantang pun tapi kalau takut bini tak guna juga.semua cakap dia,arahan dia bagi rupanya disusun oleh bini dia ni juga satu perkara yang bahaya.

Menjelang pru 13 yang semakin hampir kita terus disajikan dengan kisah seks sebagai senjata untuk jatuhkan pihak lawan yang satu masa dulu mereka adalah penjilat dan pemuja Anwar Ibrahim.Problemnya ialah dulu puji dan puja bekas pemimpin mereka kini bila dah tak duduk dalam satu parti baru berani kata itu dan ini.Siapa tak kenal dengan Umi Hafilda, Nallakaruppan dan Ezam Mat Noor yang juga orang kuat Anwar satu masa dulu?Kini mereka menyusun bala tentera seks mereka untuk lanyak Anwar dengan kisah seks yang tak habis-habis.

Rakyat kini dihimpit dengan kenaikan harga barang yang semakin melambung, kos sara hidup yang meningkat takkan dengan sajian isu seks lucah rakyat boleh tidur lena?

Umno-Bn dah buat macam-macam transformasi kononnya untuk rakyat termasuk bagi duit segera BR1M RM500, duit bantuan sekolah untuk rakyat RM100 dan macam-macam duit menjelang pru 13 tapi Umno-Bn masih tidak yakin mampu tawan hati rakyat terpaksa upah barang recycle untuk jaja isu seks ke seluruh Malaysia untuk menang pru 13.

Kenapa diam dengan berita di bawah?

Ini anak siapa yang begitu berani?
Menarik ;
Anak Nazri Aziz juga dikaitkan dengan satu kes pembunuhan-AMK-Keadilandaily
Pengawal keselamatan dakwa diserang anak menteri-M'kini

Sabtu, 24 Mac 2012

Tawaran hebat PR kepada pelajar IPT:Hapuskan PTPTN jika tawan Putrajaya

PTPTN batal jika Pakatan Rakyat tawan Putrajaya
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan dibatalkan serta-merta jika Pakatan Rakyat diberi mandat sebagai kerajaan baru Persekutuan pada pilihan raya umum kali ini, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pembatalan itu katanya selaras dengan agenda Pakatan Rakyat untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat seperti digariskan Buku Jingga.
“Semasa saya menjadi Timbalan Perdana Menteri, keuntungan Petronas RM30 bilion tapi ada biasiswa dan dermasiswa. Sekarang, untung Petronas, lebih RM90 bilion, tapi pelajar kita, baru masuk belajar, sudah berhutang. Belum kerja dah berhutang.
“Kalau kita diberi mandat memerintah Malaysia, saya beri jaminan, PTPTN akan kita batalkan,” katanya pada majlis ceramah Pakatan Rakyat di Lukut, Negeri Sembilan, 22 Mac lalu.
Beliau menegaskan, apabila harga minyak turun, secara automatik rakyat mempunyai lebihan wang untuk dibelanjakan.
“Apa jadi kalau harga minyak turun, pengangkutan awam juga akan turun, harga makan akan turun dan harga barang akan turun.
“Saya beri jaminan harga minyak boleh diturunkan, saya Menteri Kewangan lapan tahun, saya tahulah caranya,” katanya yang menjawat jawatan itu sejak 1991-1998.
Beliau turut menempelak Datuk Seri Najib Razak dan Mahathir yang mengatakan pelaksanaan gaji minima akan membankrapkan negara.
“Kalau tidak mampu laksana gaji minima, sila berundur kerana kami beri jaminan gaji minima RM1,100 akan dilaksana jika kita diberi mandat memerintah. Malaysia ini negara kaya dan ada macam-macam sumber hasil, kita yakin dasar ini boleh dibuat,” tegasnya.
Beliau memberi contoh Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat bukan sahaja berjanji malah berjaya melaksanakan dasar gaji minima sejak Januari lalu dengan permulaannya kepada syarikat kerajaan negeri.
Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri, Datuk Kamarul Bahrin Abbas dan pimpinan Pakatan Rakyat dari pelbagai peringkat.-Keadilandaily.com

Peguam Negara dan Musa Hasan selamat selagi BN berkuasa



PM : Tribunal siasatan AG tak akan ditubuhkan


Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak akan menubuhkan tribunal untuk menyiasat peguam negara dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hasan yang didakwa memerangkap bekas ketua jabatan siasatan jenayah Datuk Ramli Yusuf.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, perdana menteri berkata ia merupakan dakwaan yang perlu disahkan.

"Tidak (akan ditubuhkan). Itu merupakan dakwaan. Dakwaan perlu disahkan," katanya.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan, timbalan menteri dalam negeri ketika itu Datuk Johari Baharom mengarahkan Ramli untuk menyiasat kumpulan kongsi gelap Johor yang diketuai oleh Goh Cheng Poh yang didakwa terbabit dengan wang haram.

Menurut Ramli, siasatan berkenaan mendedahkan bahawa Musa bersekongkol dengan Goh dan didakwa melindungi tokoh kongsi gelap itu.

Abdul Gani pula didakwa mempergunakan Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu bagi mengakses fail sulit berhubung kes berkenaan.

Pemberi maklumat berhubung kes Goh itu kemudiannya dikatakan diburu dan mereka dipaksa menukar kenyataan bersumpah mereka untuk memalitkan pihak polis.

Berikutan itu, pasukan siasatan Ramli pula didakwa memalsukan bukti terhadap Goh. -malaysiakini

Berkaitan;
'Skandal Copgate': Gantung tugas AG kata PKR-malaysiakini

Terbukti jadi barua Zionis Israel dan Amerika Syarikat



Susulan sekatan AS, Malaysia henti import minyak Iran


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia akan menghentikan pengimportan minyak mentah Iran.
Beliau mengesahkan satu laporan berita asing bahawa syarikat minyak negara, Petronas, akan menghentikan pengimportan minyak mentah Iran mulai April, iaitu
dua bulan sebelum sekatan Amerika Syarikat berkuat kuasa.
"Ia hanya jumlah yang kecil," katanya dalam jawapan singkat kepada para pemberita pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini hari
ini.
Menurut laporan itu hari ini, Petronas kini mengimport kira-kira 50,000-60,000 tong minyak minyak mentah Iran sehari.
Kini, China, India, Jepun dan Korea Selatan adalah empat pembeli terbesar minyak mentah Iran di Asia.
Sehingga ini, Iran menjual kebanyakan daripada 2.6 juta tong sehari (bpd) yang dieksport di rantau ini. - Bernama

Jumaat, 23 Mac 2012

Rakyat terus diperbodohkan Tajuddin Ramli dapat RM589 juta rakyat dapat hanya RM500!



Kroni dapat RM589 juta , rakyat dapat RM500 je-Harakahdaily



Kroni Umno, Tan Sri Tajudin Ramli dapat RM589 juta sedangkan rakyat berpendapatan rendah sekadar mendapat RM500 sahaja, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Beliau mengulas laporan Malaysiakini hari ini yang melaporkan, pengurusuan Danaharta Nasional Bhd melupuskan hutang Tajudin sebanyak RM589 juta sebagai sebahagian daripada penyelesaian luar mahkamah yang dicapai dengan beberapa syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bulan lalu.

"Dengan segala riuh rendah yang tidak terkawal, rakyat berpendapatan rendah digula-gulakan dengan hanya RM500 sekali bagi sahaja.

"Pada masa yang sama, Tajudin boleh ketawa berdekah-dekah kerana sebesar RM589 juta diberikan percuma kepadanya," kata Mohamad.

Beliau menyifatkan kerajaan yang membelanjakan wang rakyat sesuka hati tanpa rasa bersalah adalah kerajaan yang sama sekali tidak bertanggung jawab.

"Kepada kroni itu bagi RM250 juta, kepada kroni ini pula RM589 juta.

"Itu kepada keluarga (Ketua Wanita Umno, Datuk Seri) Shahrizat (Abdul Jalil) dan kepada Tajudin, bolehkah dipercayai isteri dan anak Perdana Menteri tidak dapat apa-apa?

"Bagaimana pula dengan pembesar Umno yang lain serta keluarga mereka? Adakah anak serta menantu perdana-perdana menteri sebelum ini tidak dapat apa-apa?" Mohamad mempersoalkan.

Beliau meminta rakyat berfikir, adakah selepas menang di dalam pilihan raya akan datang, para pemimpin Umno dan kroni-kroni mereka tidak akan berbelanja sesama sendiri dengan lebih ganas lagi selepas menang pilihan raya akan datang.

"Dalam pada hendak menghadapi pilihan raya pun tidak takut langsung dan tidak rasa bersalah sedikit pun kerajaan Umno menggasak RM589 juta untuk kroninya, bayangkan apabila menang pilihan raya nanti," Mohamad mengingatkan.

Pembantaian wang rakyat itu, katanya, belum lagi termasuk pelbagai penyiksaan ke atas rakyat yang dijangka akan "dihempuk" oleh Umno ke tas rakyat seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), pemotongan pelbagai subsidi seperti subsidi minyak yang pasti diikuti kenaikan harga barang yang mendadak dan meruncing, kenaikan tarif dan palbagai penyiksaan lain.

"Satu-satu pilihan yang ada untuk mengelakkan pembantaian wang rakyat dan penyiksaan itu ialah memastikan Umno dikalahkan dalam pilihan raya akan datang," katanya.

Penyelesaian luar mahkamah yang dicapai oleh Tajudin dengan beberapa GLC itu adalah berikutan persetujuannya untuk menarik balik rayuannya pada 7 Disember, 2009 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap beberapa litigan dan GLC termasuk Telekom Malaysia Bhd, Naluri Corporation, Celcom (M) Bhd, Atlan Holding Bhd dan Kumpulan CIMB Group.

Tiga tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan Tajudin membayar jumlah berkenaan kepada Danaharta, jumlah wang yang beliau berhutang ketika pembelian kontroversi saham MAS pada tahun 1994, yang membuka jalan bagi hartawan untuk memiliki syarikat penerbangan nasional itu.

Pada masa yang sama, mahkamah juga membatalkan tuntutan balas RM13 bilion yang difailkan oleh Tajudin terhadap GLC berkenaan.-Harakahdaily


Pelajar IPTS dan IPTA tak bayar hutang kena interest, kena buru.Kroni Umno senang-senang hutang boleh lupus macam tu saja.Hebat ..memang hebat.Rakyat nak dapat duit BR1M RM500 kena dengar ceramah Umno sampai dua jam! kena jadi pak turut ya, ya, ya baru dapat duit RM500.Tu pun yang betul-betul perlukan duit tu terpelanting tak dapat.Kena merayu.Kena menyembah Umno, melutut pada Umno nak duit RM500.

Berkaitan;
Hutang RM589 juta Tajuddin dilupuskan-malaysiakini

Khamis, 22 Mac 2012

Hutang:Negara nak bangkrap masih kata 'tak apa'

Kerajaan harus bertindak dari sekarang bagi mengurangkan hutang negara dan mengelakkan negara daripada bankrap.

Pakar ekonomi PAS, Dr Rosli Yaakob berkata, adalah tidak wajar kerajaan mengambil sikap 'tidak apa' walaupun hutang negara hanya dua peratus sebelum mencecah had pinjaman yang dibenarkan oleh perlembagaan.

Malaysia mencatatkan 53 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), iaitu dua peratus sebelum mencecah had 55 peratus daripada KDNK.

"Satu perkara yang tidak sihat apabila kerajaan menganggap kadar hutang negara belum berada pada tahap kritikal walaupun cuma kurang dua peratus daripada had yang ditetapkan.

"Sedangkan Malaysia mengalami sejak 10 tahun yang lepas. Kalau perbelanjaan terus defisit, hutang negara akan terus bearada pada tahap bahaya," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin semalam bahawa Hutang negara belum berada pada tahap kritikal atau membimbangkan,walaupun ia hanya dua peratus sebelum mencecah had pinjaman yang dibenarkan oleh perlembagaan.

Dr Rosli juga berkata, kerajaan harus menentukan piawaian yang selamat bagi hutang negara iaitu ia tidak harus melebihi 30 hingga 35 peratus dariapda KDNK.

"Negara-negara maju yang berhemah dalam perbelanjaan tidak akan membenarkan hutang negara melebihi 30 hingga 35 peratus.

"Contohnya negara Jerman, Norway, Sweeden, mereka mengamalkan urusan ekonomi yang bagus menyebabkan hutang negara tidak pernah melebihi paras ini," katanya yang juga bekas pegawai Bank Negara.

Justeru, untuk memastikan hutang negara tidak terus meningkat, kerajaan harus mula mengawal perbelanjaan negara dan mengelakkan pemborosan.

Ia katanya termasuk tidak meneruskan projek-projek mega dan projek gajah putih yang tidak memberi manfaat kepada negara.

"Kerajaan juga harus melaksanakan tender terbuka dalam setiap projek yang dibangunkan bagi langkah penjimatan dan apa yang lebih mustahak, elakkan terus membuat pinjaman luar negeri," katanya. -Harakahadaily

Semua tak apa ..MAS rugi pun tak apa, Proton rugi pun tak apa, TNB rugi pun tak apa.Semua syarikat GLC yang berkaitan kerajaan rugi tak ada yang untung pun tak apa.Lagi boleh sapu ..sapu sementara masih ada kuasa.Rakyat terus dibangangkan dengan kemajuan negara , tranformasi yang macam-macam tapi semua tu hanya sebagai membodohkan rakyat saja.


Yang syok tu masih dabik dada kata pandai perintah negara dan pihak pembangkang tak layak untuk perintah negara ini hanya Umno-Bn saja yang layak! Naib Presiden Umno yang tak cerdik Shafie Apdal kata pembangkang jangan diberi peluang perintah negara ini haha.Sebab apa?Kalau pembangkang ambik alih semua pemimpin Umno-Bn yang korup masuk penjara kerana salah guna kuasa.Semua rahsia akan terbongkar.Ini yang amat ditakutkan Umno-Bn bila hilang kuasa.


Kata orang Kedah, "Tak pa, tak pa lama-lama tinggal celepa!"Tak cukup lagikah Umno-BN berkuasa di negara ini selama 54 tahun yang telah kayakan anak beranak kroni pemimpin Umno-Bn.Sampai bila kita nak biarkan mereka jadi penyamun harta rakyat.Takkan tak sedar-sedar lagi dengan tipudaya Umno?


Kita ditipu kata akta ISA telah dihapuskan tapi dalam masa yang sama masih guna akta tersebut untuk tangkap tanpa bicara.Rakyat lawan ISA , demo anti ISA kena denda dan masuk penjara.Perangai lagi teruk daripada babi!

Selasa, 20 Mac 2012

Perbicaraan skandal rasuah Scorpene bermula, malapetaka buat Najib?

Akhbar Suara Keadilan edisi cetak keluaran terbaru (klik gambar) tampil dengan tajuk hot Najib Disapina?Antara lain akhbar tersebut mendedahkan Mahkamah Perancis juga akan memanggil  keluarga Altantuya Shaariiibu dan Razak Baginda untuk beri keterangan dalam perbicaraan skandal rasuah Scorpene di Perancis.Menurut pandangan Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Chnthia Gabriel ,"Perbicaraan akan bermula tiga minggu dari sekarang.Ia melibatkan pemimpin tertinggi Malaysia.Selepas 10 tahun , akhirnya Malaysia dapat memperjuangkan keadilan dan kebenaran."Berita penuh sila beli di pasaran.

Perbicaraan ini sudah tentu jadi satu malapetaka buat pemimpin negara yang kini berkata jika parlimen tergantung dalam pru 13 jadi satu malapetaka.Akhbar tersebut juga melaporkan mahkamah akan mendedahkan;
Kontrak perjanjian DCNS dengan Perimekar, Invois perjalanan 'orang ketiga' bersama Razak, Altantuya ke Macau dan transaksi urus niaga kapal selam.Baca juga di sini dan di sini.

Malapetaka bagi Umno

Kata PM Najib Parlimen 'tergantung' akibatkan 'malapetaka' (malaysiakini).Rakyat sikit pun tak takut kepada malapetaka yang jadi takut dan ketawan hala ialah Umno jika tumbang dan hilang Putrajaya.Rakyat akan bergembira di jalanraya sambut kemenangan rakyat daripada penjajahan Umno-Bn selama 54 tahun!

Najib....rakyat mahu merdeka kali kedua selepas dapat kemerdekaan daripada British pada tahun 1957.Di mana-mana kini rakyat berdoa kepada Allah SWT hatta yang berada di Masjid Nabawi , Masjidil Haram dan depan Kaabah pun menadah tangan ke langit mahu Umno-BN dan konco-konconya ditumbangkan dalam pru 13.

Nak umum tarikh pru 13 pun takut tambah-tambah la Umno-Bn dikalahkan sepenuhnya dalam pru 13.Amat jelas sekali bahawa cakap PM Najib ini bahawa Umno belum kalah lagi sudah berada dalam ketakutan yang amat sangat.Rakyat sudah dapat baca sebab apa pemimpin Umno takut kalah dalam pru 13 akan datang.Sendiri mau ingat!

Bekas menteri dan pemimpin Umno Kadir Sheikh Fadzir menyelamatkan dirinya dengan meninggalkan Umno parti yang sedang dilanda malapetaka setelah hampir 56 tahun berada dalam Umno.

Khamis, 8 Mac 2012

Pas Kedah buka pintu rumah bagi penyamun masuk

Salam semua..

Saya nak siarkan luahan hati seorang ahli Pas di Kedah yang rasa bimbang dan kecewa dengan kemelut pentadbiran kerajaan negeri Kedah walaupun semuanya dianggap 'selesai'.Beliau kata begini kat saya:

"Yang Najib ni jadi macam Daje Berkandaq jalan canang seluruh 1Malaysia .Nak ubah lanskap negeri-negeri yang sokong dia .Nak bagi semua hidup senang kononnya.Tapi tu semua rakyat kena ingat macam tabur beras kat ayam.Tangan kiri sua beras kat ayam , tangan kanan pegang pisau sembunyi belakang tak bagi ayam nampak.Macammana Pas Kedah nak lawan dengan politik Najib ni ?Dok tak dok pi buka pintu rumah bagi penyamun masuk!".

Blog ni bercuti selama seminggu lebih.Terimakasih kepada yang sudi jenguk blog dhaif ni.Jika ada komen akan disiarkan kemudian.