Selasa, 27 Mac 2012

Kantoi! wakil rakyat Umno ditahan di pusat hiburan?

Pas gesa Ali Rustam dedah adun diperiksa polis-malaysiakini

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam diberikan tempoh seminggu untuk mendedahkan nama seorang wakil rakyat yang dilaporkan diperiksa polis yang melakukan serbuan di sebuah pusat hiburan hujung minggu lalu.

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka, Kamaruddin Sidek berkata, ia perlu memandangkan rakyat, selaku pengundi, ingin mengetahui siapakah wakil rakyat berkenaan.

Menurut Kamaruddin, sekiranya Mohd Ali gagal mendedahkan nama wakil rakyat terbabit, PAS akan mengambil tindakan mendedahkan identiti wakil rakyat berkenaan.

"Kita tahu siapa wakil rakyat yang dimaksudkan ini. Memadailah saya katakan beliau bukan wakil rakyat dari MCA atau MIC.

"Sebagai pengerusi badan perhubungan Umno negeri, Mohd Ali bertanggungjawab memaklumkan keadaan sebenarnya kepada rakyat selain bertindak adil dalam isu ini.

"Sebab itulah kami memberi tempoh seminggu kepada beliau, dan sekiranya gagal, maka kita akan mendedahkan identiti wakil rakyat itu," katanya.

Beliau turut menggesa pihak polis supaya tidak menyembunyikan kejadian yang berlaku.

Katanya, kejadian seumpama itu perlu diambil tindakan dengan seadilnya, tidak kira wakil rakyat yang terbabit adalah daripada parti yang memerintah.

Dalam serbuan jam 2.40 pagi yang dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri Melaka 24 Mac lalu, polis telah memeriksa 27 pelanggan pusat hiburan berkenaan termasuk wakil rakyat terbabit.

Dalam pemeriksaan awal itu juga seramai 12 telah didapati positif dadah.

Ops Tapis :YB antara 27 diperiksa-sinarharian online



Ops Tapis: YB diperiksa
BANDARAYA MELAKA - Seorang wakil rakyat antara 27 yang diperiksa dalam serbuan dilakukan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya di sini, awal pagi semalam.

Wakil rakyat terbabit yang juga pelanggan di premis berkenaan diperiksa ketika serbuan Ops Tapis Pusat Hiburan oleh 14 anggota termasuk dua pegawai, diketuai Inspektor Risikan Operasi dan Tahanan JSJN negeri, Inspektor Mohd Hisham A Rahman, bermula jam 2.40 pagi.

Dalam serbuan itu, seorang ketua pelayan juga dilihat cuba meloloskan diri dengan berlari keluar menuju ke pusat hiburan bersebelahan sebelum dapat dikesan anggota polis, lalu menahannya di tangga premis terbabit.

Tanda tanya kenapa lelaki berusia 24 tahun itu melarikan diri terjawab apabila ujian sari­ngan urin didapati positif dadah jenis methaphetamin dan amphetamine (AMP).

Menurut sumber, enam wanita tempatan, dua wanita warga China dan seorang dari Indonesia turut diperiksa, sementara seorang lelaki ditahan di hadapan premis berkenaan selepas serbuan dilakukan.

“Seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan di hadapan pintu premis tersebut selepas serbuan dilakukan dan hasil ujian urin, lelaki itu, tiga wanita dan lapan lelaki di dalam premis berkenaan didapati positif dadah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Md Azmi Othman berkata, seramai 12 orang didapati positif dadah ketika pemeriksaan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1983) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama (pindaan 2003).-sinarharian

Menurut blog legendz125.blogspot.com adun terbabit dikenali sebagai Mohd Yazed bin hj Khamis.Baca di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan