Khamis, 29 Mac 2012

"Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS"-Tun Mahathir

Apa maksud Tun Mahathir bila beliau gesa Umno buka pintu pada cendiakwan dan profesional?Adakah Umno selama ini dikuasai oleh golongan yang tak cerdik, kaki samseng , kaki pukul dan jadi pak turut semata-mata?Tun juga dilihat semakin bimbang dengan kemaraan PR dalam politik negara.

Memang betul dalam Umno kalau lebih cerdik dan bijak akan ditolak ketepi takut cantas pemimpin sedia ada.Ini dah lama berlaku sejak sekian lama.Di Kelantan gelagat cantas mencantas dalam Umno ini tiada kesudahan.Seorang pensyarah yang dulunya pernah menyelinap masuk dalam politik Umno di Kelantan menceritakan kepada saya bahawa betapa teruknya politik cantas mencantas dalam Umno hingga beliau berkata ,"Pas menang di Kelantan bukan kerana Pas kuat tapi kerana politik Umno Kelantan yang suka cantas mencantas sesama sendiri untuk jadi ketua cawangan dan ketua bahagian dalam Umno."

Seorang bekas pesara kerajaan  berkata kepada saya ,"Apa yang berlaku sebenarnya dalam Umno samalah macam kisah Hikayat Hang Nadim seorang anak muda Melayu yang cerdik tapi akhirnya dibunuh kerana kebijakan Hang Nadim jejaskan puak-puak yang iri hati dengan Hang Nadim." Beliau juga berkata kepada saya semasa Bank Bumiputera masih wujud dulu beliau cuba buat pinjaman dengan Bank Bumiputera untuk beli sebuah lot kedai dua tingkat di seksyen 10, Shah Alam.Pegawai bank tu kata kepada beliau tak layak buat loan! Kini Bank Bumiputera dah lenyap akibat dilingkupkan pemimpin Umno yang berkuasa.Yang ada kini hanya CIMB bukan lagi Bank Bumiputera.Kata beliau mereka pandang rendah kepada kita tapi kalau kroni pinjam duit Bank Bumiputera sampai lingkup pun tak pa.

Kini dah ramai pemimpin Umno keluar Umno masuk parti lain atau berada di luar parti.Kritikan dalam Umno untuk cari kebenaran atau dedahkan politik wang dan rasuah duit dalam pilihanraya merupakan satu bala kepada pemimpin Umno yang berbuat demikian.Mereka ditunjuk jalan keluar supaya meninggalkan Umno.Yang pandai makan rasuah dan bijak bodek pemimpin di atas terus diangkat dan dijulang dalam Umno.Contoh macam Isa Samad yang terlibat dengan politik wang dalam pemilihan Umno tapi kini jadi Pengerusi Felda.Khairy Jamaludin diangkat jadi Pengerusi PUNB.

Tun Mahathir juga lupa zaman beliau juga orang lain tak boleh lebih daripada beliau akan disumbat dalam penjara.

Dr Mahathir gesa Umno buka pintu kepada cendiakawan , profesional


Kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan Umno perlu membuka pintu seluas-luasnya untuk golongan profesional cerdik pandai menyertai parti itu dan seterusnya diketengahkan sebagai calon pada pilihan raya umum.
    
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat parti itu kini mempunyai masalah ketandusan pemimpin gara-gara kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan yang menyekat kemasukan mereka ke dalam Umno.
    
"Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS.


"Ini akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Budaya Global anjuran Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah di Melaka semalam.
  
Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Bekas Presiden Umno itu berkata Umno harus mengamalkan meritrokasi dalam pemilihan pemimpin untuk bertanding dalam pilihan raya umum termasuk calon luar parti bagi menentukan kemenangan dan bukannya calon di peringkat tertinggi bahagian sahaja.

"Kita nak orang berbakat dan berkebolehan (bertanding), barulah kita boleh dirikan kerajaan yang berwibawa," katanya sambil mengakui sekatan golongan profesional menyertai Umno berlaku semasa beliau sebagai pemimpin parti.
  
Dr Mahathir berkata kepimpinan Umno harus sedar bahawa kemenangan dalam sesuatu pilihan raya itu ditentukan oleh pengundi yang bukan ahli Umno.
  
"Kalau semua ahli Umno mengundi Barisan Nasional (BN) pun tak cukup untuk mencapai kemenangan, dia kena dapat sokongan orang luar daripada Umno, baru calon itu boleh menang," katanya.
  
Beliau berkata Umno hari ini tidak memberi peluang kepada orang luar terdiri daripada golongan cerdik pandai itu kerana keengganan ahli Umno di bahagian itu sendiri untuk menyokong calon seumpamanya.
  
"Sepatutnya kita terima calon yang baik ini sama ada mereka anggota parti atau tidak," katanya.
  
Dr Mahathir berkata Umno pada masa depan mesti merestui golongan profesional dan cerdik pandai menyertai parti itu dan tidak seperti pada masa kini di mana mereka disekat daripada menyertainya.
   
- Bernama

3 ulasan:

  1. maksud mamak keling paraya mahathir malbari ini adalah untuk memasukkan mamak kuttinya dalam umno supaya anak dia mangkok mukriz mamak kottayan jadi PM untuk bodohkan melayu> INDIA boleh percaya jangan percaya mamak.

    BalasPadam
  2. Memang betul tu, kalau bagi org bijak pandai masuk umno maka kerusi JKKKP akan hilang utk org bodoh, tak tau baca dll boleh jadi JKKKP sebab calon lain tak dak dah. Depa main politik umno macam depa punya bapa punya, mana tidaknya , ahli cwg semuanya anak beranak mereka, mana org lain boleh menang, biarpun ada calon bagus tapi hanya sbg s/u saja utk buat minit dan kertas keja , kalau nak lawan kena cantas.Sebab kerusi tu aku yg punya. Begitu juga mainan di BHG dan juga Umno Msia.

    BalasPadam
  3. INdia boleh caya?? mamak x boleh??
    mamak tu islam,akidah mereka betul..india tuh hindu..
    BODOH LAH KAU NI!kalau aku ,aku lebih percaya saudara seagama aku..

    BalasPadam