Selasa, 31 Januari 2012

Siapa main politik kepala babi dan gila babi?

Kepala babi ditemui di masjid Rawang-Malaysiakini

Satu kepala babi ditemui di pintu masuk Masjid Nurul Iman di Batu 18 Rawang, Selangor, awal pagi ini.


Menurut ADUN Rawang Gan Pei Nei  kepala kepala itu ditemui pada jam lima pagi oleh ahli jawatankuasa masjid apabila mereka membuka pintu pagar utama.

Pihak polis kemudiannya dihubungi dan tiba di lokasi pada jam 7.30 pagi. Setelah mengambil bahan bukti dan menyiasat di kawasan sekitar kira-kira dua jam, mereka kemudiannya meninggalkan masjid itu.

Gan berkata anggota polis berkenaan adalah dari balai polis Rawang dan kes itu akan disiasat oleh jabatan siasatan jenayah.



Beliau mengutuk tindakan itu sebagai perbuatan provokatif yang cuba menyinggung sensitiviti agama, sambil menambah bahawa ia mungkin bermotifkan politik memandangkan pilihan raya umum  semakin hampir.

Menurut Gan lagi, kejadian seumpama itu bukannya berlaku secara spontan kerana Masjid Nurul Iman telah bertapak di situ selama 48 tahun.

"Pilihan raya umum semakin hampir dan ada orang cuba untuk timbulkan masalah," katanya.

Gan menggesa pihak polis mempercepatkan siasatan dan membawa penjenayah ke muka pengadilan.

Tindakan provokatif

Ketua Polis Daerah Gombak Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungiMalaysiakini mengesahkan kejadian itu dan berkata ia disiasat bawah Seksyen 285 Kanun Keseksaan.

"Kami belum buat tangkapan dan tak ada suspek lagi," katanya.

Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu yang juga meninjau masjid berkenaan berkata bahawa Gan akan mewakili kerajaan negeri pada mesyuarat jawatankuasa masjid malam ini dan melaporkan kepada Menteri Besar untuk tindakan susulan.

Liu juga mengecam tindakan itu yang dianggap sebagai provokatif tetapi bersyukur kerana semua pihak, khususnya jawatankuasa masjid berkenaan tidak bertindak sebarangan tetapi kekal tenang.

Beliau juga enggan membuat sebarang spekulasi dan berkata adalah lebih baik bagi membiarkan pihak polis melakukan siasatan mereka.-Malaysiakini

Dulu kepala lembu dibawa ke SUK Selangor.Kini dah dua tiga kali kes buang kepala babi dalam kawasan masjid.Apa ertinya semua ini?Politik kita memang kotor.Mau menang guna macam-macam strategi termasuk amaran akan berlaku rusuhan kaum, sensitiviti agama yang mudah menyala.Guna samseng dah jadi budaya dalam politik negara kita.

Kerja siapa buang kepala babi dalam masjid?Siapa yang suka sangat main politik kepala babi dan gila babi ni?Adakah ini kerja orang Melayu yang beragama Islam atau kaki makan upah? Adakah ini kerja orang bukan Islam yang sengaja mau timbulkan ketegangan agama?Yang pasti mereka yang buat kerja gila babi ni adalah makan upah bukan saja-saja buang kepala babi dalam masjid.

Masjid adalah rumah Allah SWT.Semoga mereka yang buat kerja gila babi ni akan mendapat laknat Allah SWT.

Politik kepala babi , politik guna bom dan politik guna samseng muncul menjelang pru 13.Siapa yang untung?

Baca juga;
Kepala babi :Pas desak polis siasat secara terperinci -Harakahdaily

Hasan Ali kata Khalid Samad Parasit

Saya tak hadir dalam program 'Bicara Memurnikan Akidah Ummah' di seksyen 17 , Shah Alam malam tadi projek Hasan Ali bekas ahli Pas yang kena pecat.Saya diberitahu oleh kawan saya yang hadir bahawa dalam majlis tersebut Hasan Ali jadikan pentas akidahnya itu itu burukkan pemimpin Pas.Tepat jangkaan saya yang saya tulis dalam posting saya Majlis akidah atau majlis cuci dosa Hasan Ali?

Antara lain kawan saya tu bagitau Hasan Ali berkata Ahli Parlimen Shah Alam sebagai parasit dalam Pas.Hasan Ali kata sewaktu beliau jadi exco negeri Selangor cadangkan buat HIMPUN tapi ditentang PKR dan DAP tapi beliau tak kisah sangat tapi bila Pas turut tentang beliau rasa hairan..Kata Hasan lagi Dr Burahnuddin Al-Helmy perjuangkan Islam, Almarhum Fadzil Nor perjuangkan Islam, TGHA juga perjuangkan Islam tapi kini parasit-parasit dalam Pas mahu bawa lari Islam daripada Pas.

Saya tak  tahu la pulak kalau bercakap bohong dan kaki putarbelit juga adalah dianggap sebagai pejuang Islam.Saya pernah diberitahu bekas orang yang pernah kerja dengan si Mamat tu dulu kutip duit ceramah masa baru masuk Pas dulu dalam syarikat sendiri 10-30 persen.Sampai kena tegur dengan almarhum Presiden Pas kata , "Ni bukan cara orang Pas cari duit."

Habis saya tanya kawan saya tu , "Apa dia yang Hasan sebut untuk murnikan akidah dalam ceramah beliau?Takkan kutuk bekas parti sendiri saja setiap kali buat ceramah murnikan akidah ummah?"Kawan saya tu kata, "Tu yang saya hairan tu apa agenda Hasan sebenarnya."

Hasan Ali jangan jadi iblis bertopengkan manusia.Najiskan perjuangan suci lawan murtad untuk kepentingan politik nafsu dia akibat kecewa tak dapat jadi MB Selangor.Kini ustaz-ustaz yang follow Hasan Ali termasuk ulama Pas mula sedar bahawa apa sebenarnya niat Hasan Ali yang kini mulakan 'ceramah parasitnya' tapi atas nama murnikan akidah.Yang pasti parasit ni tak akan mengaku kata dia parasit.

Baca juga ;
Hasan Ali tubuh JATI sebagai kuasa ketiga-M'kini

'Kain kita terkoyak juga bukan kain depa saja terkoyak'

Blogger Penarik beca kata kabar angin pru 13 akan diadakan pada Mac atau Jun 2012.Saya pulak diberitahu bahawa pru 13 akan diadakan pada hujung bulan Mei 30 hb 2012 (cuti sekolah penggal kedua)..Ramai pakat teka tarikh pru 13 .Nak buat macam mana dalam dunia ni hanya kerajaan thaghut Umno-Bn saja yang paling penakut dalam dunia nak umum tarikh pilihanraya.Di negara jiran Thailand dan Indonesia tak payah ambik jauh-jauh beberapa bulan sebelum pilihanraya rakyat depa dah tahu tarikh pilihanraya.Di negara kita tarikh pru ada dalam kocek 'First Lady of Shopping'!

Dalam sibuk kita nak melawan Umno-BN kini peluru ditala untuk berperang sesama sendiri.Ini bukan salah penyokong PR tapi salah pemimpin PR sendiri yang buat taik.Kita bawa kereta laju-laju di lebuhraya tapi asyik tekan brek bukan takut perangkap laju  tapi banyak paku ditabur oleh pemimpin PR sendiri!

Isu Hasan Ali mampoih pi la tak jadi kudis pun.Cukup saja bagi ustaz Azhar Idrus melawan gelombang Hasan Ali .

Kita dikejutkan dengan kenyataan Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang menyokong pembentukan negara Haram Israel di atas bumi Palestine sekiranya Israel tidak terus zalimi rakyat Palestine.Yang kita tahu dan baca sejarah bahawa negara Haram Israel tu jugak adalah tanah umat Islam Palestine tidak ada sejengkal pun tanah Yahudi Israel di bumi Palestine.Dulu kita membantah kedatangan pasukan kriket Yahudi Israel pada 21 Mac 1997 di hadapan Masjid Ar Rahman dan pintu masuk Universiti Malaysa..Ramai pemimpin Pas dan golongan pelajar ditahan dalam demontrasi tersebut.Kita jugak membantah kedatangan peninju Israel Ilya Grad ke Malaysia tahun lepas.Kini bila Anwar sokong pembentukan negara Israel jika tidak terus zalimi rakyat Palestine atau lainnya disebut pembentukan dua negara di atas tanah orang Palestine hang pa nak kata apa?Adakah Anwar mahu raih sokongan politik dari Amerika Syarikat yang jadi bapa dan ibu kepada Israel?

Umno-Bn  pulak yang dakwa kasih dan sayang kepada umat Islam Palestine yang sebenarnya ada hubungan sulit dengan Israel jadikan isu Anwar dan Israel ini sebagai senjata politik untuk raih sokongan orang Melayu  supaya terus sokong Umno.Baca laporan Wikipedia bebas  kerajaan Umno-Bn ada hubungan sulit dengan Israel sejak sekian lama.Klik di sini.

Keduanya isu Presiden Pas mahu bersara atau pencen tak mahu bertanding dalam pru 13 akan datang.Cuma nak tolong daripada belakang!Menurut laporan Harakahdaily TGHA dilaporkan berkata begini;
Ketika diminta memperjelaskan laporan media kononnya beliau tidak mahu bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, Abdul Hadi berkata perkara itu adalah biasa kerana akhlak seorang muslim yang baik adalah tidak meminta jawatan.

"Memang dalam perjuangan ini kena bagi kepada pelapis-pelapis, kita dalam PAS memang begitu. Kita tak boleh berlumba nak jadi ketua, kita kena berlumba untuk berkhidmat.

"Tapi terpulang kepada ahli-ahli parti jemaah kita. Kalau tak ada orang, kita wajib ke hadapan, begitu kaedahnya," jelasnya ketika menjawab pertanyaan peserta Retreat Harakah: Persiapan Menghadapi PRU13 di Hutan Lipur Sungai Tua, dekat sini semalam
.

"Kalau kita lihat di Tunisia, yang menonjolnya Rashid Ghannushi (Parti Nahdah), bila pilihan raya Ghannushi tak jadi calon," jelas presiden PAS itu membuat perbandingan.

Abdul Hadi telah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) selama tujuh penggal bermula tahun 1982 dan ahli parlimen selama empat penggal serta Ketua Pembangkang di parlimen.

Beliau juga pernah menjadi Menteri Besar Terengganu dari 1999 hingga 2004 selepas PAS menang pada pilihan raya umum ke-10 tahun 1999.

"Inilah adab dalam parti kita, sebab itu kita berbeza dengan Umno," jelas Abdul Hadi
.Baca di sini.

Adakah TGHA dah letih sangat suarakan mahu berundur ketika gendang perang dipalu untuk bertempur dalam pru 13?Kita hormati pandangan TGHA yang tak gila jawatan macam si mamat yang kena pecat tu tapi sesuaikah disuarakan dalam keadaan sekarang?

Dulu semasa kerajaan Pas di Terengganu tumbang dalam pru 2004 tidak ada suara-suara mahu letak jawatan kerana bertanggungjawab atas kekalahan teruk Pas di Terengganu.

Kini ramai orang Pas pakat tanya betulkah TGHA dah tak mahu bertanding pru 13?MB Kelantan TGNA tak pulak mahu berundur diri daripada jawatan MB yang dipegangnya sejak 20 tahun lalu.Bagi beliau perjuangan Islam hingga ke mati.

Ustaz Azizan MB Kedah pulak di lihat mempertahankan AUKU di KUIN.Bagi beliau buku Jingga PR bukan Al-Quran yang tak boleh dipinda-pinda.Ramai yang geram bila MB Kedah tu kata lagu tu.MB Kedah jugak kata beliau tak mahu campurtangan urusan KUIN tak mau ikut perangai Umno semua hal nak masuk campur!Adakah MB Kedah tu berada di pihak yang betul?Mungkin MB Kedah betul pada apa yang dicakapnya tapi tidak betul pada pandangan orang lain.Malah TGHA turut mahu cara MB Kedah tu dijadikan rujukan pimpinan Pas Pusat sendiri.

Apakah MB Kedah tak boleh nak terima pandangan orang lain, pendapat orang lain?Jangan bila orang lain bagi pandangan kira nak patuk dan terus sengat ja!Kita mau orang lain dengar pandangan kita tapi bila orang lain bagi pandangan dan buah fikiran kita tak boleh terima kira nak jerkah ja.Baguih ka lagu tu?

Kerja melawan Umno kini terpaksa 'ditangguhkan' kerana lihat kelibat dan perangai pemimpin PR sendiri sedang bermain-main taik sendiri.Jangan cepat tuduh bahawa semua isu yang libatkan kelambu sendiri kata pihak musuh yang cipta.Sedangkan yang buat taik adalah kita sendiri.


Kita nak ganti Umno tapi jangan bawa sekali perangai Umno dalam jiwa kita.

Isnin, 30 Januari 2012

Isu NFC:Makin senak perut bila Shamsubahrin kata laki Shahrizat paksa beliau rasuah polis

Shamsubahrin: Ketua NFC paksa saya 'rasuah' polis-Malaysiakini

Ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail, yang dituduh menipu pengerusi eksekutif Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) Datuk Mohamed Salleh Ismail, mendakwa bahawa suami ketua wanita Umno itu memaksa beliau merasuah polis bagi menutup skandal syarikat berkenaan.


Beliau membuat dakwaan itu pada polis laporan yang dibuat di Hospital Besar Klang Jumaat lalu. Perkara itu didedahkan oleh PKR di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini.

Dalam laporan polis itu, Shamsubahrin didakwa berkata beliau menerima mesej dan tekanan dari Salleh yang memintanya supaya kes NFC dengan pihak polis ditutup.

"Salleh, melalui panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS), mendesak saya untuk memberi rasuah kepada polis untuk menutup kes itu.-Malaysiakini


Ha ha apa Ketua Wanita Umno Shahrizat dan laki beliau nak jawab?Polis yang terima rasuah dan bagi rasuah kini jadi seram sejuk dan senak perut.Semua dah kantoi!


Kenapa Muhyiddin Yaasin tidak mahu suruhanjaya diraja siasat kerugian RM250 juta projek NFC?Siapa menteri pertanian semasa projek tersebut diluluskan?


Kes ini makin digali dan dikorek semakin banyak timbul penyelewengan libatkan jerung besar dalam kerajaan.

Harga gula:Melayu dan rakyat Malaysia kena tipu lagi

Subsidi gula: Rakyat diperbodohkan kata Pua-Malaysiakini

DAP membidas kerajaan pimpinan BN kerana cuba memperbodohkan orang ramai dengan membuat dakwaan bahawa subsidi gula dinaikkan kerana harga dunia yang meningkat sedangkan hakikatnya harga gula di seluruh dunia turun sejak enam bulan yang lalu.


"Oleh yang demikian, dengan mengekalkan harga gula pada RM2.30, kerajaan sebenarnya telah memberi subsidi yang kurang, dan bukannya subsidi tambahan, seperti yang dengan bangganya didakwa oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri  lsmail Sabri Yaakob.

"Apakah lsmail Sabri cuba untuk menipu rakyat dengan mendakwa kononnya Malaysia telah meningkat lagi subsidi gula kerana harga bahan itu di seluruh dunia telah meningkat walaupun hakikatnya adalah sebaliknya?" kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua  dalam satu kenyataan.

Beliau merujuk laporan akhbar Jumaat lalu, di mana menteri berkenaan mendakwa bahawa kerajaan menanggung subsidi yang kian meningkat iaitu daripada 20 sen kepada 54 sen sekilogram gula bagi mengekalkan harga pada RM2.30.

Dalam laporan akhbar The Star itu, Ismail Sabri memuji kerajaan kerana mampu mengekalkan harga gula walaupun pada hakikatnya bahawa "harga gula global terus melambung".

Dalam menyangkal dakwaan itu, Pua berkata apa yang sangat menarik ialah harga gula global dalam tempoh enam bulan yang lalu sejak kenaikan harga terakhir pada bulan Mei 2011 sebenarnya telah turun dengan ketara dan tidak melambung.-M'kini


Menteri bangang tokey gula semakin kaya.Rakyat ikat perut akibat kenaikan harga barang yang semakin melampau.Abukan Umno-BN pru 13.

Puluhan ribu hadir kuliah ustaz Azhar Idrus di Masjid Negeri Shah Alam

Hampir 30,000 ribu umat Islam di Selangor hadir kuliah bulanan pendakwah popular ustaz Azhar Idrus di Masjid Negeri , Shah Alam malam tadi.Sementara yang lihat kuliah beliau melalui unstream tv pulak cecah 34,000 ribu orang.Lain-lain gambar tengok di sini.

Ustaz Azhar dalam kuliahnya rasa bersyukur kerana negeri Selangor jadi negeri paling ramai umat Islam cintakan majlis ilmu.Majlis ilmu ini tiada kaitan dengan HIMPUN Hasan Ali.Sepatah kata ustaz Azhar yang saya ingat,'Kerja syaitan goda kita.Kerja kita lawan godaan syaitan'.

Setiap amalan, ibadah yang ada rasa takbur, bongkak dan ujub akan jadi sia-sia di sisi Allah SWT.Di dunia lagi Allah SWT dah tunjuk dan rakyat kini dapat menilai yang mana satu intan dan yang mana satu kaca.

Hadirlah majlis ilmu nescaya ilmu anda bertambah, akidah makin mantap bukan hadir majlis untuk raih publisiti dan belas ihsan , bercakap bohong dan putarbelit .

Ahad, 29 Januari 2012

Majlis Akidah atau majlis cuci dosa Hasan Ali?

Saya rasa bertambah yakin bahawa Majlis Akidah Hasan Ali hanya majlis cuci dosa Hasan Ali akibat dipecat daripada Pas dan hilangya peluang nak jadi MB Selangor.Tambah-tambah bila Muhyiddin Yaasin turut sokong kenyataan Hasan Ali dengan berkata  Pas perlu perjelas larang ke program berkaitan akidah.Muhyiddin siap puji melangit dan bodek Hasan Ali dengan berkata "Soal akidah ini adalah soal yang penting dari segi Islam, tetapi kalau bekas pemimpin Pas berani mengatakan ramai anggota parti itu tidak berpandu soal akidah, maka masyarakat Islam perlu membuat penilaian.
"Kalau betul itu tuduhan yang berat, maka Pas juga harus tampil ke depan untuk menafikan.
“Dr Hassan Ali adalah seorang yang berilmu dan tentu ada sebab yang kukuh mengapa beliau berkata begitu. Kalau Pas tidak setuju, maka Pas boleh tolak,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Zon Sungai Terap/Sungai Raya, di Bukit Pasir, di sini, hari ini.-Utusan

Saya nak tanya Muhyiddin Yaasin semasa isu Aishah Bukhari murtad keluar daripada Islam apa tindakan Umno dan Muhyiidin sendiri.Ada Umno ambik berat terhadap kemurtadan Aisyah Bukhari?Masa tu Pas telah cetak puluhan ribu poster Aisyah Bukhari yang 'hilang' dan sebarkan risalah untuk jejaki Aisyah Bukhari.Umno langsung tak pedulikan isu murtad.Jadi janganla hanya kerana si Hasan tu Umno tiba-tiba jadi juara nak jaga akidah umat Islam.

Biarkan si Hasan tu jadikan pentas Himpun untuk cuci dosa beliau.Tak lama lagi kita akan tahu pulak apa Hasan buat masa pegang portfolio infrasruktur masa jawat jawatan exco kerajaan negeri Selangor.Hasan tak sedar bahawa kini failnya dipegang MB Selangor yang ambil alih portfolio infrastruktur.Bersih sangatka Hasan Ali nak cuci akidah umat Islam? Rakyat yang cerdik dan tak jadi pak turut akan dapat menilainya.

Hasan akan dipandang agak ok kalau hanya bercakap isu murtad tapi bila dia hentam bekas partinya atas pentas Himpun takkan hang pa tak sedar-sedar lagi apa agenda politik Hasan dan Umno?

Akidah bukan hanya libatkan murtad tapi kalau berani kata hukum hudud ketinggalan zaman, Malaysia tak akan laksanakan hudud, nak makan sup tangan pi Kelantan adakah ini tidak membawa kepada murtad.Nauzubillah min za lik.So akidah siapa sepatutnya diperbetulkan?


Edit 7.55 am 30-1-12

Persilakan terus burukkan Pas-Harun-Utusan


Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib  hari ini dengan sinis 'mempersilakan' bekas Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali untuk terus memburuk-burukkan parti itu kepada umum.
Beliau yang sebelum ini pernah cuba mempertahankan Hasan yang dilanda kemelut dalaman parti sebelum dipecat daripada Pas turut menjangkakan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu akan berterusan mengecam serta meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap parti tersebut.
"Kalau dia (Hasan) ada banyak modal (keburukan Pas) lagi yang dia nak dedah, kita persilakan. Kalau dia nak terus serang kita (Pas), silakan.
"Kita tak ada masalah sebab sudah biasa dengan perkara macam ini dan bersedia untuk menolak segala dakwaan buruk terhadap Pas," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kritikan Hasan semalam terhadap Pas yang secara lantang dan terbuka menyifatkan parti berkenaan sebagai parasit perosak akidah kerana tidak menyokong gerakan untuk menyelamatkan umat Islam daripada gejala murtad.
Hasan, dalam pidatonya pada program Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) peringkat negeri Pulau Pinang semalam turut mengecam kepimpinan Pas kerana sanggup melarang ahlinya menyertai program berkaitan akidah seperti Himpun.
Menurutnya, adalah tidak logik parti yang menyokong perjuangan Islam selama ini sanggup bertindak sedemikian.
Harun selanjutnya menjelaskan, Hasan boleh berkata apa sahaja yang beliau suka termasuk memburukkan Pas kepada umum kerana bekas Exco Kerajaan Selangor itu sudah tidak lagi menjadi ahli parti berkenaan.
"Biasalah orang kena pecat akan jadi macam itulah. Dia boleh kata apa saja sebab dia bukan lagi ahli Pas dan kita tak kisah, biarlah dia nak kata apa saja," ujarnya.
Kepada satu soalan, Harun turut menolak dakwaan Hasan bahawa Pas melarang ahlinya menghadiri program Himpun, sebaliknya menjelaskan, adalah terpulang kepada ahli parti itu sama ada ingin menyertainya atau tidak.
"Seperti yang pernah kita nyatakan sebelum ini, kita tak larang ataupun galakkan mereka (ahli) untuk turut sertai Himpun, terserah kepada mereka," tambahnya.





'Rakyat mesti tamatkan kekuasaan jenis penghasut seperti Najib. Dia sangat berbahaya', kata Mat Sabu

Najib beri isyarat Rela 'bertempur' dengan rakyat - Harakahdaily

Datuk Seri Najib Tun Razak adalah Perdana Menteri yang sukakan huru-hara apabila memberi isyarat akan menggunakan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) untuk 'bertempur' dengan rakyat yang memprotes kerajaannya.

"Kalau di negara yang bertamadun, polis akan mengambil tindakan terhadapnya kerana kenyataannya yang berbau hasutan terhadap Rela supaya bertempur dengan rakyat, buli rakyat.

"Kenyataan Najib itu membuktikan beliau adalah seorang yang suka mencetuskan kekacauan," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Malaysian Insider melaporkan, Najib semalam memberi amaran secara terbuka kepada rakyat yang hendak berdemonstrasi apabila menyatakan Rela sentiasa bersedia mempertahankan negara dari keadaan yang pada pandangannya huru-hara.

"Jangan cetuskan kekacauan," beliau dilaporkan berkata sambil mengingatkan Rela yang "tidak akan berdiam diri" akan digunakan.

Bagi Mohamad, bukan keselamatan negara yang dibimbangkan oleh Najib tetapi keselamatan beliau sendiri dan kerajaannya yang sebenarnya mahu dipertahankan dengan memperalatkan polis, tentera, Rela malah "pasukan bomba pun dia hendak gunakan".

"Pergi tanya Najib, kalau orang-orang Umno berdemonstrasi menentang kerajaan Pulau Pinang dan mencetuskan kekecohan, adakah Najib akan kerah polis atau Rela untuk bertempur dengan mereka?" katanya.

Di Pulau Pinang, kata Mohamad, tidak henti-henti gerombolan pro Umno mengadakan pelbagai demonstrasi dan perhimpunan, tetapi kerajaan Najib bukan sahaja tidak pernah bertindak melarang mereka malah dilihat menggalakkan gerombolan itu.

Beliau bagaimanapun tidak hairan terhadap apa yang disifatkannya sebagai hasutan Najib itu.

"Dalam pilihan raya kecil Padang Terap pada tahun 1985, Najib yang pada masa itu Ketua Pemuda Umno dilihat sebagai orang yang bertanggungjawab membuat provokasi sehingga Othman Talib terbunuh dalam peristiwa di Lubok Merbau.

"Rakyat mesti tamatkan kekuasaan jenis penghasut seperti Najib. Dia sangat berbahaya," tegas Mohamad.

Beliau juga menyifatkan kenyataan Najib itu sebagai dorongan secara tidak langsung kepada gerombolan-gerombolan yang bertindak menyerang ceramah-ceramah Pakatan Rakyat (PR) supaya bertindak lebih ganas lagi.

"Sekarang sudah ada trend baru menggunakan gerombolan samseng menyerang ceramah-ceramah PR.

"Mereka berani melakukan perbuatan itu kerana mereka yakin kerajaan dan polis tidak akan bertindak kepada mereka," katanya.

Mohamad yakin, jika penyokong-penyokong PR yang menyerang ceramah-ceramah Umno, tentu pihak polis akan bertindak habis-habisan terhadap mereka.

"Kalau terhadap penyokong PR, diburu dan diganasi dengan segala kekerasan.

"Kalau orang Umno, bawa sepanduk caci raja yang kononnya mereka sanjung sebagai binatang pun sampai hari ini tidak dikenakan tindakan," katanya.-Harakahdaily


Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yaasin pulak menyeru bekas tentera dan bekas polis tolak kelompok gila kuasa.Siapa yang gila kuasa hingga sanggup jadikan bekas pasukan keselamatan sebagai macai dan Pak Yet Umno terus berkuasa.Betul la kata orang mana ada penyamun atau pencuri kata mereka penyamun.Mampoih tak mengaku kata Umno yang gila kuasa dok mengigau takut hilang kuasa di Putrajaya.

Pasukan Rela , Polis, tentera termasuk polis pencen dan askar pencen semua makan gaji dan elaun duit rakyat bukan duit Umno.Mengapa mereka diperkudakan untuk pertahankan Umno daripada hilang kuasa?

Hasan Ali tak perlu melenting orang Pas tak hadir majlis akidah

Semalam sewaktu dok tunggu siaran langsung bolsepak Piala FA Liverpool lwn MU (Liverpool menang 2-1) tengok berita Astro Awani muncul muka Hasan Ali dok bercakap pasal Pas bukan bercakap isu akidah di kalangan umat Islam dalam himpunan HIMPUN di Pulau Pinang..

Antara ayat Hasan Ali yang dipecat daripada parti Pas berbunyi lebih kurang begini," Tuan-tuan dan teman-teman...saya tak hairan kalau PKR halang ahlinya hadir majlis akidah kerana parti itu ada orang Melayu, Cina dan India, ini saya faham tapi tuan-tuan bekas parti saya Parti Islam Se Malaysia halang ahlinya hadir majlis akidah...tuan-tuan boleh faham kenapa ini terjadi."

Kalau apa yang saya sebut ni salah tolong perbetulkan.

Hasan Ali tak perlu melenting bila ahli Pas tak hadir majlis akidah beliau,Bagi saya bodoh sangat la orang Pas kalau hadir dengar ceramah Hasan Ali! Sebabnya kalau kita hadir hanya beliau saja boleh bercakap dan jadi pesta hentam bekas partinya dan kita tak boleh persoalkan apa yang Hasan tu kata.orang macam ni layakka nak perbetulkan akidah umat Islam?

Hasan Ali gunakan pentas ceramah HIMPUN dan kaburi para pendengarnya untuk lepaskan geram sebab kena pecat dengan Pas, Sultan tak memihak beliau dan hilang jawatan exco.Siapa yang sponsor program Hasan dalam roadshownya?

Untuk pengetahuan Hasan Ali , sebelum Hasan Ali masuk Pas lagi Pas dah perjuangkan isu murtad di kalangan umat Islam bukan sejak 2011 hingga Hasan dipecat daripada Pas.

Sabtu, 28 Januari 2012

Isu KUIN: 'Kalau PR nak pecat...pecatlah ingat mudah', kata MB Kedah

Azizan sedia dipecat jika bersalah dalam isu KUIN-M'insider


Datuk Seri Azizan Abdul Razak menempelak pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari sambil menegaskan bersedia berdepan dengan apa jua tindakan oleh Pakatan Rakyat termasuk dipecat sekiranya bersalah.
Menteri Besar Kedah ini mengulas desakan Aziz semalam agar Pakatan Rakyat mengambil tindakan tegas terhadap beliau kerana mengambil tindakan ke atas lima mahasiswa Kolej Universiti  Insaniah (KUIN) menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tahun lepas.
Menyentuh soal prinsip Buku Jingga yang mahu memansuhkan AUKU, Azizan  menegaskan “Buku Jingga bukan al-Quran” yang harus dipatuhi sepanjang masa.
“Ada perkara boleh laksana dan ada perkara yang tidak boleh...kena lihat pada keadaan,” katanya kepada The Malaysian Insider.
“Kalau Pakatan Rakyat nak ambil tindakan terhadap saya, ambillah...ini urusan universiti, saya tidak campur tangan (dalam soal tindakan tatatertib),” tambahnya.
Mei lalu, lima mahasiswa kolej universiti tersebut dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati terlibat dalam demonstrasi yang bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang diadakan di kediaman Ar-Razi, KUIN.
Mereka membantah pembinaan di kawasan tersebut kerana dilihat tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz.
Mereka yang dikenakan tindakan gantung pengajian ialah  Mohd Faiz Mohd Arshad, Mohd Azlan Mat Zain, Ahmad Remi Mohd Arof, Zukhilatif Marzuki dan Muhamad Aiman Che Abd Razak.
Ekoran penggantungan itu, kelima-lima mahasiswa itu mengambil tindakan perundangan mencabar keputusan KUIN itu.
Kes itu akan disebut pada 12 Mac depan.
Azizan turut menyifatkan Aziz “buta undang-undang” dan tidak bersikap seperti tokoh akademik.
“Macam mana beliau (Aziz) suruh saya campur tangan dalam hal pentadbiran universiti? Yang kedua perkara ini sudah dibawa ke mahkamah...jadi buat apa nak bising, tunggu sahaja kes bermula.
“Sekarang nak suruh saya buat macam Umno pula, semua perkara di bawah urusan KUIN...saya tidak campur tangan, biar pihak pengurusan dan pentadbiran yang buat,” katanya.
Beliau menambah: “Kalau beliau pakar perlembagaan patut tahu bila dah bawa ke mahkamah buat apa nak bising. Beliau dangkal, belajar perlembagaan tapi tidak tahu prosedur.”
Azizan turut menegaskan AUKU telah dilaksanakan di KUIN sejak sekian lama dan ia tidak mendatangkan sebarang masalah.
“Saya anak AUKU, tiada masalah...KUIN adalah hak Kedah, bukan pusat. Jadilah rasional, ‘gentleman’ sikit.
“Undang-undang di KUIN sebelum saya masuk sudah ada. Di Selangor ada tak AUKU? Universiti di Selangor ada AUKU tak? Kami universiti swasta, teori lain...amalan lain,” katanya.
Beliau menambah segala urusan KUIN dilaksanakan pentadbiran universiti bukannya beliau yang memegang jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN.
“Tanggungjawab di bawah urusan pentadbiran, kita ada rektor, ada kakitangan KUIN bukan saya.
“Kalau Pakatan Rakyat nak pecat, pecatlah...ingat mudah,” katanya.
PAS akan meminta Azizan memberikan penjelasan berhubung penggantungan lima mahasiswa KUIN pada 12 Februari ini semasa mesyuarat bulanan PAS pusat di ibu pejabat parti Islam itu.

Ustaz Nasa dan Hasan Ali dalam satu pentas ceramah?Siapa parasit kini semakin jelas

Ini banner yang digantung di Dewan Orang Ramai Seksyen 16, Shah Alam 'Bicara memurnikan akidah ummah'.Dalam banner di atas tidak ada nama ustaz Nasharuddin Mat Isa Ahli Majlis Syura Pas Pusat yang juga ahli parlimen sebagai penceramah tapi gambar beliau terpampang dalam banner untuk tarik perhatian orangramai hadir majlis tersebut.

Timbul persoalan siapa peralat ustaz Nasa?Adakah Hasan Ali yang dipecat daripada Pas punya agenda masukkan gambar ustaz Nasa?Adakah ustaz Nasa tahu akan majlis tersebut dan tidak mahu nama beliau ditulih?

Hasan Ali yang dipecat daripada Pas berkata selagi parasit wujud dalam Pas beliau tidak akan kembali kepada Pas.Kini terbukti semakin jelas siapa sebenarnya parasit.

Majlis ceramah tersebut anjuran Unit Selamat Aqidah Dan KRT Seksyen 17.Klik gambar untuk besarkan.

Umno semakin goyang dah tak percaya ahli sendiri

Umno akan tubuh jawatankuasa disipilin parti , elak sabotaj besar-besaran-M'insider


 Gambaran jelas tarikh pilihan raya umum semakin hampir, Datuk Seri Najib Razak buat pertama kali mengumumkan Umno mempertimbangkan untuk mengaktifkan jawatankuasa disiplin parti sebagai persiapan awal.
Presiden Umno ini menjelaskan langkah itu diambil untuk mengukuhkan disiplin parti dan seterusnya menghalang sebarang usaha untuk sabotaj pemilihan parti sebelum pilihan raya diadakan.
“Kami tidak mahu sesuatu berlaku selepas pemilihan, kesannya telah pun berlaku. Jadi lebih baik kita proaktif.
“Ini adalah yang pertama kali, dalam erti kata lain kami mengaktifkannya (jawatankuasa) lebih awal,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat ahli majlis tertinggi Umno malam tadi.
Perdana menteri  bagaimanapun menafikan Umno menjangkakan sabotaj besar-besaran di antara ahli akan berlaku pada pilihan raya umum akan datang menambah ia hanya langkah berjaga-jaga.
Beliau berkata ia bukan perkara luar biasa menghadapi masalah disiplin dalam mana-mana pilihan raya terutamanya dari ahli-ahli yang tidak dipilih menjadi calon.
“Dalam parti yang besar, terdapat ramai yang membantah...Mungkin mereka tidak dipilih dan pengikutnya, yang akhirnya memilih menyokong pembangkang.
“Oleh itu, pada saat ini kita perlu kukuhkan disiplin (dalam parti),” kata Najib.
Beliau berkata timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menentukan pembentukan jawatankuasa disiplin dan jumlah anggotanya.
Dijangkakan Najib akan memanggil pilihan raya umum ke-13 lebih awal, mengambil kira faktor kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim awal bulan ini, Bajet 2012 dan janji-janji transformasi termasuk jaminan akan meningkatkan kebebasan awam.
Mengenai persiapan Umno menghadapi pilihan raya umum, Najib menunjukkan tanda isyarat bagus tetapi menambah masih banyak perkara perlu dilakukan bagi memastikan kemenangan setiap calon.
“Lantaran, sudah menjadi tanggungjawab ahli majlis tertinggi untuk bekerja lebih keras tanpa mengira waktu,” katanya.
Pada perhimpunan agung Umno Disember lalu, Najib memberitahu kepimpinan tertinggi parti itu mengutamakan perpaduan berbanding kepentingan diri sendiri dan melatakkan pilihan raya umum fokus penting daripada pemilihan parti.
Beliau mengingatkan gendang pilihan raya semakin kuat dan meminta semua ahli perlu mementingkan “calon mampu menang” pada pilihan raya umum, yang beliau ramalkan akan menjadi “luar biasa.”
Masalah dalaman dan sabotaj, termasuk ahli parti menentang Barisan Nasional (BN), dikatakan penyumbang utama kepada prestasi suram Umno pada pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan parti pemerintah itu hilang majoriti dua pertiga di Parlimen.-M'insider

Bukan takat ahli Umno sabotaj Umno malah atas pagar dan semua rakyat yang jadi pengundi dah bersedia kuburkan Umno.Tak percaya?
Rosmah bini Najib juga jadi liabiliti kepada Najib secara tak langsung menambah kebencian rakyat kepada Umno.Adakah Rosmah juga sabotaj Umno supaya rakyat tolak Umno ha ha
Umno sabotaj calon Umno bukan cerita baru malah Najib sendiri hampir tumbang di kerusi parlimen Pekan dalam pilihanraya tahun 1999 hanya menang dengan majoriti tipis 241 undi kalahkan calon Pas Ramli bin Mohamad.
Jika fenomena 1999 berulang apabila orang Melayu bangkit tolak Umno diterjemahkan dalam pru 13 ditambah dengan sokongan pengundi kaum Cina dan India yang kini memihak PR maka nyawa Umno memang kompom tamat.

Jumaat, 27 Januari 2012

Umno rasa macam nak mampoih bila Anwar tak dipenjarakan

Ingatkan bila Anwar Ibrahim didapati tidak bersalah dalam kes liwat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tarikh 901 maka akan berakhirlah politik seks di Malaysia.Rupa-rupanya tidak.Malah kini trio Datuk T (klik) kembali muncul warnai politik seks yang dimulakan sejak mantan Pm Tun Mahathir pada tahun 1998.Trio Datuk T kini meneran-neran pulak isu video seks baru sebagai ganti isu liwat yang kotoq tu.Video yang didedahkan dulu disahkan tulen oleh Ketua Polis Negara tapi hingga kini pihak polis sendiri tak dedahkan siapa pelakon filem porno tersebut.Kenapa polis tak berani dedahkan siapa pelakon filem porno yang disumpah laknat oleh Datuk T?

Sumpah laknat mereka yang tak laku dan tak dipedulikan sesiapa dihangatkan kembali sebagai senjata yang mereka kira boleh tumbangkan musuh politik Umno iaitu Anwar Ibrahim.Saya rasa selagi Anwar tak kembali kepada Umno atau selagi Anwar wujud maka selagi itulah mereka akan terus telanjangkan Anwar dengan isu seks.

Bagi mereka jangan pedulikan duit rakyat kena telan dalam projek lembu feedlot yang rugi RM250 juta.Jangan ambik peduli Menteri Agama pecah amanah guna duit zakat untuk bayar kepada lawyer. Rakyat nak mampos pun tak pa kena kesan radiasi akibat projek Lynas di Kuantan.Yang penting orang Melayu kena telan isu seks sampai bila-bila supaya Umno-Bn terus berkuas.Bini PM didakwa belanja sakan di Australia RM325,000 jangan pedulikan kerana 'First Lady of Shopping' tu pandai menabung sejak kecil lagi bukan pinjam duit sapa-sapa pon!Ada orang kata ' Bn menang Rosmah senang'.Kini Rosmah dianggap jejas persiapan PRU 13 Najib.

Umno ingat bila isu seks dimainkan lagi maka orang Melayu dan rakyat akan lupa segala kezaliman, penyelewengan wang rakyat yang dilakukan pemimpin Umno.Ingat rakyat lupa kenaikan harga barang yang semakin melambung bila kita didodoikan dengan video seks lucah yang memalukan maruah orang Melayu dan Islam.Rakyat mahukan harga petrol turun, harga barang makan turun, biasiswa untuk pelajar, yuran IPT dikurangkan bukan isu seks untuk rakyat telan.Mungkin ini ajaran Apco syarikat Yahudi yang jadi penasihat kerajaan Umno-Bn yang dibayar setahun RM77 juta.

Bagi Umno yang otak seks ingat semua orang Melayu macam depa suka benda lucah semedang kata orang Terengganu maksudnya selalu.Sekali dua mungkin orang percaya tapi bila Umno rasa macam nak mati bila Anwar tak dipenjarakan maka video seks lucah dihidupkan kembali takkan orang Melayu nak percaya lagi?Macam orang suka cakap bohong la sekali dua dia goreng orang percaya la tapi bila dia jatuh sungai dan tak boleh berenang dok minta tolong! tolong! orang tak tolong dah sebab ingat dia buat-buat lemas.Tengok-tengok  lemas sungguh mampoih sebab lemas,Baru padan muka.! Ingat...kuasa ketiga di bawah ni pun rakyat tolak tambah Datuk T di atas!

Politik kita bukan politik kerana Anwar Ibrahim , TGHA, TGNA tapi  bila ingat Umno ingat ABU (asalkan bukan Umno) dalam pru 13!

'Kuasa Ketiga semua kaki buat taik'

MP: Hasan akan jadi 'budak suruhan' dalam 'kuasa ketiga' -M'kini

Timbalan pesuruhjaya II PAS Selangor, Khalid Samad berkata bekas ketuanya, Datuk Dr Hasan Ali hanya akan menjadi "budak suruhan" dalam Umno apabila berjinak-jinak dalam kem "kuasa ketiga" – kumpulan yang dikatakan akan meraih sokongan pengundi penentu dalam pilihan raya akan datang.


Sambil menyifatkan 'kuasa ketiga' itu sebagai hanya "rekaan romantis" untuk kepentingan BN, Khalid (kiri) yang juga ahli parlimen Shah Alam berkata, ia hanya akan menjadi "pengacau" apabila calon dari kem Pakatan Rakyat berdepan dengan calon BN dalam pilihan raya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Hasan dalam satu program wawancara di TV3, Rabu lalu yang antara lainnya mengupas mengenai gerakan kuasa ketiga yang bakal disertai bekas exco Selangor itu.
Hasan dalam program tersebut juga berkata, beliau tidak merangka untuk bergerak ke peringkat bertanding dalam pilihan raya, namun usaha melalui gerakan kuasa ketiga itu telahpun dimulakan oleh "teman-teman" yang tidak dinyatakannya.

Hasan juga berkata jenama kuasa ketiga itu masih belum ditentukan, namun beliau akan bergabung dengan wakil rakyat bebas yang lain, dengan menawarkan manifesto bersama walaupun tidak mempunyai parti sendiri.

Mengulas kenyataan itu, Khalid berkata, beliau juga tertanya-tanya siapakah lagi yang masih menyokong ADUN Gombak Setia itu, terutamanya di dalam PAS.

"Kalau dia ramai teman-teman yang sokong dia, seharusnya dia dapat pencalonan untuk jadi calon di Gombak Setia," kata Khalid lagi.

Tambahnya, Hasan juga sebelum ini termasuk dalam senarai 'top five' dalam senarai 18 pemimpin tertinggi untuk bertanding dalam jawatankuasa PAS pusat.

"Dalam pemilihan tahun lepas, dia turun ke nombor dua tercorot. Kalau betul ramai sokong dia, kenapa perkara itu berlaku? Sepatutnya dialah yang dapat undi paling banyak," katanya lagi.

Dalam pemilihan parti pada 3 Jun itu, Hasan (kanan) berjaya merebut keanggotaan dalam jawatankuasa pusat dengan kedudukan di tangga ke-16, dengan kemenangan tipis 437 undi.

Khalid juga mendakwa, Hasan bukan saja telah "mengelilingi diri dengan orang Umno" selepas Mac 2008, malah turut mengenepikan orang PAS yang banyak membantu beliau ketika kempen pilihan raya.

"Dia tidak manfaatkan (kerjasama) team PAS. Dia tidak ambil orang PAS untuk berada di keliling dia, tapi dia dikelilingi orang Umno, lebih-lebih lagi semenjak dia tak dilantik jadi menteri besar.

"Orang yang kerja keras semasa pilihan raya 2008, lepas menang tiada lagi (bersama Hasan). Itulah antara sebab dia tak dapat pencalonan (bertanding di Gombak Setia)," katanya yang turut menjangkakan Hasan tidak akan merayu pemecatannya daripada PAS.

Hasan masih berpeluang sehingga 8 Februari untuk berbuat demikian.

Khalid berkata, penyokong dalam PAS juga sebelum ini masih bersimpati dengan Hasan selepas penceramah motivasi itu dikenakan tindakan penggantungan.

"PAS pun tak mahu pecat dia sebab kita sayang ahli kita. Kita nak selamatkan dia biar dia terus bersama PAS.

"Nampaknya dia dah tak mahu bersama walaupun telah diberi penjelasan. Semuanya bermula apabila dia tidak lagi jadi pesuruhjaya. Sebelum ini tak timbul masalah tapi bila tak jadi pesuruhjaya dia tak boleh terima.

"Mulalah dia buat perangai pelik-pelik, kemudian barulah (PAS) terpaksa pecat dia," kata Khalid lagi.-Malaysiakini

Semua muka di atas adalah bekas yang menumpang senang atas parti yang mereka bertanding dalam pru 13.Braheng Ali Perkasa bertanding atas lambang Pas pru 12 yang lalu menang di parlimen Pasir Mas.Gerenti kalah kalau bertanding lambang kati.

Zul Noordin bertanding atas tiket PKR menang di parlimen Kulim Bandar Baharu.Begitu juga dengan Hasan Ali.

Mereka tak merasa makan elaun ahli parlimen dan jadi exco jika rakyat yang bencikan Umno tak pangkah mereka.

Dah menang dapat nikmat jawatan yang depa pegang lepas tu buat taik!


Pengajaran buat semua parti ABU (Asalkan bukan Umno) jangan pilih sampah sarap, cakap kaki putar alam, kaki auta dan gelembong pusing 360 darjah , cakap berdegar-degar modal air liur untuk jadi calon parti ABU pru 13.Jangan sampai ular yang sama patuk tangan sampai dua kali!


Kami rakyat dah tak tahan dijajah Umno-BN sampai 54 tahun dah.Jangan buat taik sesama sendiri kalau mau rakyat pangkah PR.

Takut hilang kuasa Umno kata KEMAS lenyap PR berkuasa

Setelah Umno jaja politik 'Pas kuda Dap' kepada orang Melayu dan parti MCA kata kepada orang Cina 'Dap kuda Pas' kini Umno kata Kemas (Jabatan Kemajuan Masyarakat 'hilang' jika pembangkang berkuasa. Ha Ha.

Kenapa Umno begitu takut hilang kuasa hingga meracau tak ketawan hala?Memang Kemas tu adalah agenda Umno sebuah jabatan kerajaan yang ada kaitan dengan Umno sejak dulu, kini dan selamanya.

Hingga kini Kemas, Tabika Kemas masih wujud di negeri-negeri PR berkuasa.Malah bangunan Kemas yang didirikan di atas tanah kerajaan negeri tidak dipindahkan.Awat Umno takut sangat dengan bayang-bayang sendiri.Tak habis-habis takutkan orang Melayu yang tak berapa cerdik untuk Umno terus berkuasa selamanya.


Khamis, 26 Januari 2012

Ikhlas ahli Pas lawan Umno-BN

Pru 13 dah dekat.Semua parti-parti tak kira parti cap apa pun sibuk buat persedian untuk hadapi 'ibu segala pilihanraya' kata pemimpin Umno Muhyiddin Yaasin.Umno yang tak habis-habis dengan agenda nak tawan Kelantan daripada genggaman Pas berhempas pulas tabur wang BR1M RM 500 ke seluruh Malaysia.Hanya rakyat yang tak cerdik saja tak terima duit tu.Tapi kita harus ingat duit tu bukan duit Umno tapi duit segala cukai yang dikenakan kepada rakyat.Bagi sapu, tapi time undi pangkah ABU (asalkan bukan Umno).Dah lama Umno perkosa dan jajah otak kita, pru 13 merdekakan diri kita daripada Umno-BN.

Untuk pengetahuan semua saya dapat laporan di Kedah sesiapa yang terima duit RM 500 tu sebelum dapat duit tu kena dengar ceramah oleh pemimpin Umno-BN dulu baru dapat.Di negeri-negeri PR duit RM 500 tu diuruskan oleh JPP (Jabatan Pembangunan Persekutuan) yang ada kaitan dengan Umno bukan LHDN

Berbalik kisah ikhlas ahli Pas lawan Umno-Bn setiap masa dan setiap ketika apatah lagi menjelang pru 13.Tadi saya berjumpa dengan dua orang Pas Cawangan Seksyen 17, Shah Alam tengah kumpul duit (gambar bawah) nak beli bendera Pas untuk cawangan mereka.Saya tengok duit tu ada duit RM1 hinggalah duit RM50.Terus terfikir difikiran saya depa dapat duit tu melalui sumbangan para ahli dan penyokong Pas untuk beli kelengkapan pilihanraya.Bab ni nampak betapa ikhlasnya ahli Pas bawahan tak kira dan tak ambik Hasan Ali bekas PJ Pas Selangor dan exco kena pecat dan round selurrrruh Selangor nak murnikan akidah.Bagi mereka Hasan Ali punya hal tak masuk kepala perang lebih besar ialah tumbangkan Umno dalam pru 13 akan datang.Bila sebut nama Hasan Ali teringat kawan saya kata kat saya,"Hasan Ali tu orang tak panggil Hasan Akidah dah orang panggil dia Hasan Traktor.Biar bagi dia traktor segala jenis sawah padi bagi dia putar.Bila dah traktor dia jatuh lubang yang dalam dengan sendirinya Hasan Traktor tu mati kutu."

Apakah ahli Umno sanggup keluar duit sendiri untuk beli bendera parti cap keris telanjang?Bagi saya tobat lahum ahli Umno tak kan keluar duit poket sendiri.Orang Umno  tentu kata , "ahhh, depa di atas telan duit berjuta-juta nak suruh kita di bawah ni pulak keluar duit poket sendiri.Hulur duit kita buat kerja.Tak hulur duit jangan buat kerja."Ni sikap orang Umno setiap kali pilihanraya.Ada upah baru kerja jalan.Sekarang bila dah kalah hilang 4 negeri sudah tentu lagi banyak duit Umno kena hulur kat kaki makan upah.

Ahli-ahli Pas yang di bawah tidak kedekut dan lokek keluar duit untuk Pas.Bagi mereka yang berkemampuan dan ada duit lebih akan disumbangkan kepada parti sama macam ahli parlimen Pas, Exco-exco , adun-adun Pas di semua negeri kena potong duit elaun untuk Pas.

Ahli-ahli Pas yang di bawah ni bertungkus lumus setiap kali pru untuk menangkan calon-calon Pas yang bertanding tanpa harap sebarang habuan , malah bila dah menang orang Pas sanggup pulak sembelih lembu, kerbau atau kambing buat kenduri kesyukuran kerana calon mereka berjaya jadi ahli parlimen, adun ataupun exco kerajaan negeri.

Sebab tu jika ada pemimpin Pas khianat perjuangan Pas yang dah sanggup berbaiah sumpah setia kepada perjuangan Pas mereka akan pandang lekeh dan hina.Tak laku dah walaupun seduit.Mereka menang jadi ecxo dan adun adalah hasil pengorbanan orang Pas dan rakyat yang bencikan Umno-Bn! Tengok kini bila dah jatuh juga dengan cara yang amat memalukan.Cakap apa pun orang dah tak percaya.

Setinggi mana pun pemimpin Pas berada kena ingat pengorbanan ahli-ahli Pas dan penyokong Pas yang berada di bawah.Slogan 'Pas ganti Umno' kena tukar kepada slogan 'Pas jangan ikut perangai Umno' bila berada ditampuk kuasa.Kalau setakat ganti Umno tapi buat perangai macam Umno memang cari maut dan cari nahas.Jangan ingat bila dah menang pru tak akan ada lagi pru yang seterusnya.

Takkan "First Lady of Shopping' berbelanja sakan guna duit PERMATA?

Rosmah belanja mewah ketika rakyat ikat perut-Haniza -Keadilandaily.com


Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sewenangnya berbelanja mewah tanpa mempedulikan penderitaan rakyat yang mengikat perut untuk terus hidup, kata Naib Ketua Wanita KEADILAN, Haniza Talha.
Menurutnya, ketika perdana menteri menyeru rakyat supaya berjimat cermat dan mengamalkan konsep bersederhana, isterinya sendiri menonjolkan sikap boros berbelanja.
“Kita tidak pertikaikan kalau itu duit dia, tetapi ia menunjukkan betapa beliau tidak prihatin penderitaan rakyat yang terpaksa mengikat perut untuk untuk terus hidup.
“Sesetengahnya terpaksa meminjam dari along kerana tiada duit. Sedangkan dia (Rosmah) sendiri berbelanja bermewah-mewahan,” kata Haniza.
Beliau mengulas laporan kolumnis Sydney Morning Herald baru-baru bahawa Rosmah membelanjakan RM325 ribu untuk berbelanja di sebuah butik di Sydney, Australia.
Menurut Haniza, ia bukan pertama kali berita mengenai pemborosan Rosmah – yang sebelum ini dikaitkan dengan cincin RM24 juta- disiarkan media luar negara.
Lebih dikesalkan, kata beliau, Rosmah bukan sahaja tidak memohon maaf kepada rakyat Malaysia, sebaliknya menafikan berita yang disiarkan akhbar berkenaan.
“Dia tidak belajar dari Imelda Marcos- contoh yang pernah dikutuk rakyat Filipina yang juga tidak jauh dari negara ini,” tambah beliau.
Dalam pada itu, Haniza yang juga Adun Taman Medan  meminta perbelanjaan bagi projek Permata, yang dikendalikan di bawah Rosmah turut disiasat.
“Kalau begitu cara perbelanjaan, projek permata di bawah Rosmah juga wajar disiasat untuk mengetahui bagaimana ia dibelanjakan. Ini kerana jutaan ringgit telah disalurkan untuk Permata,” katanya.
Akhbar Sydney Morning Herald, di bawah seksyen Private Sydney oleh kolumnis Andrew Hornery, baru-baru ini melaporkan Rosmah membelanjakan RM325 ribu ketika  bercuti di Australia.
Laporan itu,  yang memetik pereka fesyen Sydney, Carl Kapp, juga mendakwa Rosmah menghabiskan A$20,000 (RM65,100) untuk menginap di penthouse Hotel Darling yang bertaraf lima bintang hanya untuk tempoh semalaman.
Kolumnis itu juga mendakwa pereka tersebut diterbangkan khas oleh Rosmah ke Malaysia bulan depan dengan membawa koleksi 61 pakaian sutera, termasuk seluar dan topi yang ditempah oleh isteri perdana menteri itu.
“Semuanya dibuat dari sutera paling halus dan dalam pelbagai jenis warna-warna eksotik dan cetakan,” Kapp dipetik berkata kepada kolumnis berkenaan.-Keadilandaily
Dunia sudah terbalik yang patut disaman tak mau saman.Yang tak kena saman mau disaman.Ezam Senator mau Anwar saman beliau, Umi Hafilda dan Nallakaruppan.Buat apa nak saman kalau tak ada duit nak bayar.
Rosmah Mansor juga tak mau saman segala dakwaan terhadap beliau.Adakah Rosmah Mansor juga takut rahsia lebih besar terbongkar jika naik mahkamah?
Berkaitan;



Rabu, 25 Januari 2012

Samseng Jalan Kebun 'Bob Ayam' ditahan polis

Menurut penduduk Jalan Kebun, Shah Alam  nama samseng yang terlibat dalam kejadian pukul (klik) dan buat kacau di Dewan Orang Ramai Jalan Kebun Shah Alam tu bukan bernama Baharom seperti yang didedahkan beberapa blog tapi nama beliau ialah Mohd Razali Rahman atau digelar 'Bob Ayam'.Pihak polis telah datang ke rumah beliau dan dikatakan telah ditahan pihak polis untuk tindakan lanjut.Beliau juga dikatakan bekerja sebagai polis bantuan.'Bob Ayam' juga tidak keluar rumah selepas malam kejadian di dewan Orangramai Jalan Kebun kerana bimbangkan keselamatan dirinya.

Sementara itu sinarharianonline melaporkan;

Satu ditahan berhubung serangan ceramah ABU

 Polis Selangor telah menahan seorang lelaki berusia lewat 20-an bagi membantu siasatan insiden serangan ketika ceramah Asal Bukan Umno (ABU) di Dewan Orang Ramai Majlis Bandaraya Shah Alam, Jalan Kebun di sini, Sabtu  lalu.

Dia ditahan pagi semalam selepas dikenal pasti antara yang menimbulkan kekecohan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, pihaknya sedang mengenal pasti beberapa suspek lagi dan siasatan sudah mula dijalankan selepas kejadian tersebut berlaku.

Menurutnya, lelaki tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan keterangan daripada saksi juga sudah diambil.

“Tangkapan susulan akan dibuat selepas ini kerana dipercayai kekecohan ini ditimbulkan oleh beberapa individu yang dikenal pasti orang awam yang hadir,” katanya.

Beliau berkata, ceramah yang dianjurkan itu tidak dimaklumkan kepada pihaknya tetapi keadaan dapat dikawal selepas anggota polis tiba di tempat kejadian.

Zahedi juga menegaskan, tidak berlaku sebarang kerosakan di dalam atau luar dewan ketika kejadian termasuk dakwaan gerai yang dimusnahkan oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali.

Menurutnya, empat laporan diterima selepas kejadian tersebut dan hasil daripada laporan, pihaknya mengambil tindakan dan membawa kepada penahanan seorang suspek untuk siasatan.-sinarharianonline


Sementara itu gambar lain-lain penyerang majlis ABU itu telah terdedah kepada laman facebook seperti di bawah.Kesian anak-anak muda Melayu begitu mudah diperkudakan pencacai parti rasuah yang dah busuk hingga keususnya.



Selasa, 24 Januari 2012

'First Lady Of Shopping' nafi, kolumnis Andrew Hornery kata belanja sungguh RM325,000

Kolumnis pertahan dakwaan Rosmah belanja RM325,000-Malaysiakini

Kolumnis Sydney Morning Herald Andrew Hornery mempertahankan dakwaannya bahawa isteri perdana menteri Rosmah Mansor membelanjakan lebih RM300,000 semasa lawatannya ke Australia.

"FLOM (wanita pertama Malaysia) dakwa saya membesar-besarkan secara liar lawatan sambil membeli-belahnya di Sydney?

"Saya tetap pertahankan setiap kata-kata saya. Sumber saya amat kukuh," kata Hornery dalam Twitternya kira-kira sejam lalu.

Isteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyangkal dakwaan Hornery yang dibuat dalam seksyen 'Private Sydney' harian itu dengan menyifatkannya sebagai "karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar".

Selain perbelanjaan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik, Hornery juga mendakwa Rosmah dan suami menginap di emper (penthouse) bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.-M'kini


Macam mana nak buat pru 13?Bala datang bertimpa-timpa kepada Najib.Isu NFC, Menteri Agama tibai duit zakat, kini Najib-Rosmah sendiri tak boleh nak cover line.Dah terbongkar.


Anjak la tarikh pru ikut kehendak Najib.Makin dianjak makin bertambah bala datang.


Ketua Wanita Umno Shahrizat tentu ketawa besar dan kembali bernafas segar dan tenang kerana 'bos' sendiri terpalit dengan dakwaan berbelanja sakan di Australia.Shahrizat cakap memang betul, "ingat semua pemimpin Umno-Bn tak ada skandal." Ha ha


Kalau apa yang disebut Andrew Hornery tak betul sila saman jangan hanya pandai nafi.Kepada Ngo yang jadi pencacai Umno-BN tentu sudah ada jawapannya yang juga sudah diduga sama macam bos mereka, "Media asing mahu burukkan nama baik PM kita,"