Ahad, 29 Januari 2012

Majlis Akidah atau majlis cuci dosa Hasan Ali?

Saya rasa bertambah yakin bahawa Majlis Akidah Hasan Ali hanya majlis cuci dosa Hasan Ali akibat dipecat daripada Pas dan hilangya peluang nak jadi MB Selangor.Tambah-tambah bila Muhyiddin Yaasin turut sokong kenyataan Hasan Ali dengan berkata  Pas perlu perjelas larang ke program berkaitan akidah.Muhyiddin siap puji melangit dan bodek Hasan Ali dengan berkata "Soal akidah ini adalah soal yang penting dari segi Islam, tetapi kalau bekas pemimpin Pas berani mengatakan ramai anggota parti itu tidak berpandu soal akidah, maka masyarakat Islam perlu membuat penilaian.
"Kalau betul itu tuduhan yang berat, maka Pas juga harus tampil ke depan untuk menafikan.
“Dr Hassan Ali adalah seorang yang berilmu dan tentu ada sebab yang kukuh mengapa beliau berkata begitu. Kalau Pas tidak setuju, maka Pas boleh tolak,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Zon Sungai Terap/Sungai Raya, di Bukit Pasir, di sini, hari ini.-Utusan

Saya nak tanya Muhyiddin Yaasin semasa isu Aishah Bukhari murtad keluar daripada Islam apa tindakan Umno dan Muhyiidin sendiri.Ada Umno ambik berat terhadap kemurtadan Aisyah Bukhari?Masa tu Pas telah cetak puluhan ribu poster Aisyah Bukhari yang 'hilang' dan sebarkan risalah untuk jejaki Aisyah Bukhari.Umno langsung tak pedulikan isu murtad.Jadi janganla hanya kerana si Hasan tu Umno tiba-tiba jadi juara nak jaga akidah umat Islam.

Biarkan si Hasan tu jadikan pentas Himpun untuk cuci dosa beliau.Tak lama lagi kita akan tahu pulak apa Hasan buat masa pegang portfolio infrasruktur masa jawat jawatan exco kerajaan negeri Selangor.Hasan tak sedar bahawa kini failnya dipegang MB Selangor yang ambil alih portfolio infrastruktur.Bersih sangatka Hasan Ali nak cuci akidah umat Islam? Rakyat yang cerdik dan tak jadi pak turut akan dapat menilainya.

Hasan akan dipandang agak ok kalau hanya bercakap isu murtad tapi bila dia hentam bekas partinya atas pentas Himpun takkan hang pa tak sedar-sedar lagi apa agenda politik Hasan dan Umno?

Akidah bukan hanya libatkan murtad tapi kalau berani kata hukum hudud ketinggalan zaman, Malaysia tak akan laksanakan hudud, nak makan sup tangan pi Kelantan adakah ini tidak membawa kepada murtad.Nauzubillah min za lik.So akidah siapa sepatutnya diperbetulkan?


Edit 7.55 am 30-1-12

Persilakan terus burukkan Pas-Harun-Utusan


Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib  hari ini dengan sinis 'mempersilakan' bekas Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali untuk terus memburuk-burukkan parti itu kepada umum.
Beliau yang sebelum ini pernah cuba mempertahankan Hasan yang dilanda kemelut dalaman parti sebelum dipecat daripada Pas turut menjangkakan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu akan berterusan mengecam serta meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap parti tersebut.
"Kalau dia (Hasan) ada banyak modal (keburukan Pas) lagi yang dia nak dedah, kita persilakan. Kalau dia nak terus serang kita (Pas), silakan.
"Kita tak ada masalah sebab sudah biasa dengan perkara macam ini dan bersedia untuk menolak segala dakwaan buruk terhadap Pas," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kritikan Hasan semalam terhadap Pas yang secara lantang dan terbuka menyifatkan parti berkenaan sebagai parasit perosak akidah kerana tidak menyokong gerakan untuk menyelamatkan umat Islam daripada gejala murtad.
Hasan, dalam pidatonya pada program Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) peringkat negeri Pulau Pinang semalam turut mengecam kepimpinan Pas kerana sanggup melarang ahlinya menyertai program berkaitan akidah seperti Himpun.
Menurutnya, adalah tidak logik parti yang menyokong perjuangan Islam selama ini sanggup bertindak sedemikian.
Harun selanjutnya menjelaskan, Hasan boleh berkata apa sahaja yang beliau suka termasuk memburukkan Pas kepada umum kerana bekas Exco Kerajaan Selangor itu sudah tidak lagi menjadi ahli parti berkenaan.
"Biasalah orang kena pecat akan jadi macam itulah. Dia boleh kata apa saja sebab dia bukan lagi ahli Pas dan kita tak kisah, biarlah dia nak kata apa saja," ujarnya.
Kepada satu soalan, Harun turut menolak dakwaan Hasan bahawa Pas melarang ahlinya menghadiri program Himpun, sebaliknya menjelaskan, adalah terpulang kepada ahli parti itu sama ada ingin menyertainya atau tidak.
"Seperti yang pernah kita nyatakan sebelum ini, kita tak larang ataupun galakkan mereka (ahli) untuk turut sertai Himpun, terserah kepada mereka," tambahnya.





2 ulasan:

  1. Kata Muhyiddin.. “Dr Hassan Ali adalah seorang yang berilmu ....
    Kata Aku.. "“Dr Hassan Ali adalah seorang yang berilmu, TAPI TAK BERAKHLAK"

    BalasPadam
  2. DR HASSAN ALI KITA DUK KUTUK...HABIS , LAA NI AKU DOK PIKIAQ KENAPA KITA DOK SANJUNG SAKAN ANWAR IBRAHIM ..TERANG & JELAS ...BELIAU DAH PESONG DARI PERJUANGAN ISLAM..HUKUM LIWAT LAPUK ,..PERTAHAN/SOKONG ISRAEL...APA KE JADAH NI...?

    BalasPadam