Selasa, 17 Januari 2012

Kepala parasit dalam Pas memang ada tapi dah dipecat

Perkataan paling popular kini yang meniti di mulut si Hasan Ali yang setengah blogger panggil beliau Hasan Akidah tapi bukan Hasan Anak Harimau ialah parasit.Kata Hasan Ali wujud parasit dalam Pas.Selagi ada parasit dalam Pas Hasan Ali tak mahu masuk Pas kembali.Hasan tak sedar betapa bersyukurnya orang Pas apabila Hasan dipecat daripada Pas dan merasa bimbangnya ahli Pas jika Hasan kembali kepada Pas.

Bagi saya senang saja , mana ada si munafik mengaku dirinya munafik,Mana ada orang berak tengah jalan nak mengaku kata dia yang berak.Tak ada.Kepala dia penuh kutu dikatanya kepala orang lain banyak kutu.

Hasan Ali nakkan Pas macam dulu-dulu duduk sorang-sorang tak bercampur dengan parti lain tapi kalau nak memeluk Umno itu ok.Kalau Pas berjuang macam dulu tak berpakat dengan parti lain untuk tumbang regim zalim Umno-Bn saya rasa Hasan sendiri tak merasa jadi wakil rakyat Pas dan pegang jawatan exco di Selangor.

Layakkah Hasan Ali dibandingkan dengan Khalid Al-Walid panglima perang Islam yang dipecat?Jauh panggang daripada api!Kalau dengan JKKK Umno pun tak layak.Hasan Ali bukan berkorban sanggup hilang jawatan exco tapi hilang jawatan kerana dipecat.Korban dengan dipecat tak sama.

Kepada konco-konco Hasan Ali yang turut tuduh pemimpin Pas jadi parasit kerana Hasan Ali dipecat sebenarnya anda telah kena kencing dan kena tipu dengan kaki munafik yang sering agungkan diri sendiri, bangga , takbur , ujub,riak dengan apa yang dilakukan.


Saya yakin bahawa kepala parasit yang selama ini jadi duri dalam daging, yang baling taik kepada agenda Pas tu memang ada tapi kepala parasit tu dah dipecat.Hanya tinggal anak-anak parasit yang jadi macam anak ayam kehilangan ibu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan