Selasa, 10 Januari 2012

Hasan Ali dah ditendang keluar dari Pas, letaklah jawatan exco

Orang motivasi ni kalau bercakap bagi yang sapa-sapa tak besa dengar otak boleh cair.Apa yang ada dalam poket seluar semua bagi kat depa.Al maklumlah nak bagi anak -anak cerdik dan pintar nak berkira apa dengan duit.Dunia sekarang tak kira serban besar mana pun main dengan duit ni mata boleh juling fikiran boleh melayang.

Berbalik kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor Hasan Ali yang kini tak ada parti setelah ditendang keluar daripada parti yang banyak berjasa kepada beliau masih pegang jawatan Exco negeri Selangor.Bagi yang ada maruah dan moral bila orang buang kita , tendang kita keluar daripada rumah tak bagi kita masuk eloklah pikir banyak kali kalau nak masuk rumah tu.Bukan apa kot-kot kalau tak makan saman sangat-sangat nanti orang bagi penampaq kat kita.

Hasan Ali kena letak jawatan 24 jam , nak sayang apa kat jawatan exco tu.Takkan takut segala projek bawah beliau terdedah bagi kepada siapa tu yang lambat letak jawatan?Bukankah Hasan Ali sendiri tak kisah hilang jawatan exco kerana perjuangan beliau ialah semata-mata untuk Melayu, Islam dan raja?

Jawatan exc0 tu diperuntukkan kepada mana-mana parti yang menang dan berkuasa bukan kepada orang yang tak ada parti. Sampai bila nak tebal muka pegang jawatan tu?

4 ulasan:

  1. tapi setakat ni dia masih tak letak jawatan lagi, maknanya dia tak gentleman, gila pangkat, tak tahu malu, tak sedar diri. Maknanya apa yang dia motivasikan dan cakap selama ini dia cuma cakap aje tapi dia sendiri tak amalkan. Maknanya Hassan Akidah ni orang boleh panggil dia penipu.

    BalasPadam
  2. baru kene pecat dari ahli pas,anwar ibrahim dipecat dari TPM tu...penjara lagi..fitnah main belakang lagi..Dr.hassan Ali kecil dugaannya...dah terantuk baru tengadah

    BalasPadam
  3. sabar..anwar ibrahim lagi kene pecat dari TPM..penjara..fitnah main belakang...

    BalasPadam
  4. kalau dulu Dr. Hasan Ali ahli Pas korang bukan main lagi back up dia, tapi bila dia dah kuar dari Pas, korang mengutuk menghina dia lagi..cermin la diri sendiri..siapa yg tak tahu malu dan x sedar diri.

    BalasPadam