Misai Merah

Perkasa, Pekida hang pa nak tahlil 3 hari 3 malam pun tak pa tapi masjid bukan hang pa punya

Pekida beri amaran perhimpunan 901 jangan ganggu program di Masji Wilayah-M'insider

 Pertubuhan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) hari ini memberi amaran kepada penganjur perhimpunan 901 supaya tidak membuat kekecohan di kawasan Masjid Wilayah Kuala Lumpur di Jalan Duta ketika perhimpunan pada 9 Januari ini.
Menurut Ahli Majlis Tertingginya, Mohd Syahril Abdul Aziz, Pekida akan menganjurkan program dakwah dan Qiamullail pada hari yang sama perhimpunan tersebut dijalankan.
“Sekiranya kumpulan Anwar buat onar, Pekida Malaysia akan ambil tindakan, jangan melampaui apa yang telah dirancang.
“Pekida ada program dakwah, dan qiamullail di Masjid Wilayah, jadi jangan buat kacau, masjid tempat untuk orang berdakwah dan beribadah,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.
Menurut Syahril, berikutan cadangan perhimpunan yang dianjurkan untuk ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pihaknya turut dipanggil oleh pihak polis untuk memberi penjelasan berhubung program tersebut.
“Kami telah merancang program ini terlebih dahulu. Program ini bermula pada petang 8 Januari, dan tamat pada 9 Januari keesokan harinya.
“Kepada penyokong Anwar Ibrahim, jangan cuba ambil kesempatan kepada kami,” tegasnya.
Sementara itu, Timbalan Presiden Perkasa Datuk Abdul Rahman Abu Bakar yang turut hadir memberi penjelasan di ibu pejabat polis tersebut turut yakin polis akan bertindak bijak menangani perkara itu.
Abdul Rahman menjelaskan, dijangka seramai 2000 peserta daripada kalangan NGO tersebut akan menghadiri program itu.
“Saya yakin polis akan bertindak tegas, dan perhimpunan akan dapat dikawal sebaik mungkin,.
“Saya memberi jaminan ahli Perkasa tidak akan melakukan sebarang provokasi, kami akan hanya berada di kawasan masjid untuk program tersebut sahaja,” katanya lagi.-M'insider

Maaf cakap la Perkasa dan Pekida masih main politik kampung, samseng tak ketawan hala.Saya orang Utara mengenali benar perangai puak-puak ni.Tak dinafikan bukan semua orang Pekida ni orang Umno.Di Utara depa tak la naik tocang sangat macam di Selangor dan Wilayah Persekutuan.Pekida pun lahir di Utara bukan di Kuala Lumpur.Banyak menyeleweng daripada yang benar.
Masjid rumah Allah SWT bukan hak sapa-sapa.Semua umat Islam boleh guna.Tak payahlah nak jerit-jerit kata nak buat tahlil dan orang lain jangan kacau.Selama ni tak ada sapa-sapa kacau hang pa nak buat apa.Nak tahlil 3 hari 3 malam pun buatlah, nak tahlil sampai 100 hari pun buatlah tapi tak payahlah tunjuk bongkak dan sombong dalam kota Kuala Lumpur ni hanya kerana nak tahlil.Tahlillah puas-puas sebelum ditahlilkan.
Janganlah hidup jadi pencacai dan barua Umno.Sampai bila baru nak sedar?Belajar-belajarlah buka internet, buka FB dan baca media baru jangan hanya sembang deras kot kedai kopi sampai masuk waktu solat Maghrib pun masih tak berganjak.
Dunia kini dunia anak muda takat ugut-ugut orang muda tak layan tambah-tambah hanya setakat seribu atau dua ribu orang nak tunjuk kuat kat sapa?Anak muda 70 orang lagi berani daripada hang pa semua berhadapan dengan polis dan FRU macam demo anti AUKU di UPSI malam tahun baru.
Kepada Tok-Tok Ayah yang dah lubang kubur dok gamit-gamit sedarlah diri tak ada sapa boleh tolong kamu dalam lubang kubur.Umno yang bagi kamu makan dan duit pun tak boleh tolong lagi!
Pihak polis Kuala Lumpur sudah benarkan Himpunan 901 TQ! Kepada pihak-pihak yang buat laporan polis saya cuma nak kata padan muka hang pa semua sebab terlalu cerdik hingga nampak begitu bodoh.Kepada Perkasa yang berlagak macam menteri arahkan pihak polis batalkan himpunan 901 juga saya nak kata PADAN MUKA3X!.

Gelombang kebangkitan rakyat tak ada sapa-sapa boleh tahan.Marilah kita tanpa kira apa anutan fahaman tolak REGIM ZALIM UMNO-BN dalam pru 13 akan datang.
5 comments:

Puak pekida ni kenal masjid ke? Sepanjang yg aku kenal mereka ni, solat pun tak pernah. Puasa jgn cerita. Waktu bulan puasa mereka ni sama je dgn puak puak yg mkn babi. Malah lagi teruk tanpa segan silu mkn depan aku. Puak puak yg mkn babi pun tau respek tak mkn depan aku.

Puak pekida ni merupakan melayu paling mundur dan primitif kat bandar. Kerja hanya layak jadi tukang tarik kereta dan jadi tukang jaga rumah rumah urut milik cina mkn babi. Hina sungguh spesis melayu mcm ni


Pekida? Ramai yg pakai rantai dgn gelang. Sembahyang tunggang langgang. Yg tok ayah tu try bg jd imam tgk blh bwk ka tak. Munafik la klu buat mcm tu. Yg puak pekida ni dok ikut ayahnda mengalah mak ayah sendiri, hukum pn blh langgar mcm mn nk ikut slogan amal makruf nafi mungkar? Nnt jd amal makruf mungkar nakir la korang


PEKIDA KE P***MAK? Kali pertama masuk masjid...bising 1Malaysia...nak bagi tau 1Malaysia yang dorang buat qiamullail...


pekida kau ini pukidah tak gunapunya manusia syaithan baru join lu orang


Kebetulan pulak ada qiamullail malam tu, jangan lepas peluang malam tu kita dah boleh pergi.Lepas subuh dan makan baru tak kalut nak kejar masa ke mahkamah. Takkan nak join qiamullail pun depa nak marah. Terima kasih PEKIDA kerana mengelolakan program qiamullail pada malam tu.. ada jugak tempat yang kami boleh tuju dan tidaklah terbuang masa dengan lagha.


Catat Ulasan


Hayati al-Quran di sini
"Umat Islam hendaklah mengambil Syariat Islam dalam menyelesailkan permasalahan dalam kehidupan mereka dan letakkan undang-undang syaitan di bawah tapak kaki mereka,"-AJK Majlis Fatwa Antarabangsa, Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili

MALAYSIAToday

Malaysiakini :: News

Blog Tun Mahathir

Anwar Ibrahim

Tukar Tiub

SAKMONGKOL AK47

Malaysia Waves

Kopitiam Bang Nan

Faisal Tehrani

Debik Karmic

Briged Al-Akhdor LR2

Muslimeen United

Blog-list Malaysia

Libang Libu

Pinkturtle

Pak Long Din

Mat Indera Sipejuang

Perisik Rakyat®

Selangorku

Free Malaysia Today

KeadilanDaily.com

Detikdaily

Anak Kedah

Idris Ahmad

Khalid Samad

peguampas

~penarik beca

hamirdin

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

PAS Parit Buntar (PASPB)

JIWOKELATE

CUPING MERAH

Cenangau Daun Kari

Manjung Mari

CheguBard

Arkib Blog :

Pageviews.Blog start Jan 2009