Demo UPSI:Siswa cedera ,20 ditahan-Malaysiakini
Kira-kira 20 aktivis mahasiswa ditahan polis dan seorang cedera dalam
perhimpunan prokebebasan akademik di depan Universiti Pendidikan Sultan
Idris (UPSI) di Tanjung Malim malam tadi.
Menurut saksi, Presiden
Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang dibawa ke
hospital berdekatan setelah gagal mendapat rawatan di klinik berdekatan.
Dakwanya,
mulut pemimpin mahasiswa itu kelihatan berdarah setelah cuba diredakan
polis dalam perhimpunan yang disertai kira-kira 60 itu.
Solidariti
Mahasiswa Malaysia (SMM) dalam Twitter mereka mengesahkan Muhammad
Safwan dibawa ke Hospital Tanjung Malim sebelum dipindahkan ke Hospital
Slim River.
Pemimpin Pemuda PKR Rozan Asen Mat Rasip -- yang
kemudiannya berkumpul bersama NGO yang rapat dengan Pakatan Rakyat -- di
balai polis tempat mahasiswa ditahan berkata, beliau difahamkan
Muhammad Safwan dalam keadaan serius.
Antara yang ditahan Presiden
Kumpulan Aktivis Independen Mahasiswa (KAMI) Haziq Abdullah Abdul Aziz
dan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) Mandeep Singh.
Tangkapan bermula selepas tengah malam sehingga jam 4 pagi tadi.
Insiden UPSI: Pas desak KPN, Menteri letak jawatan-Harakahdaily
PAS mengutuk keras kekejaman polis terhadap mahasiswa pada Himpunan
Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris
(UPSI) malam tadi.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata,
polis yang didakawa sebagai profesional tidak wajar menggunakan
kekerasan terhadap mahasiswa yang berhimpun secara aman untuk
menyuarakan pendirian mereka mengenai kebebasan.
"PAS kecewa,
marah dengan tindakan polis yang bertindak kasar, mencederakan pelajar
hanya untuk menyuraikan mereka. Sepatutnya mereka yang mempunyai
kepakaran menghadapai apa jua situasi tidak perlu menggunakan kekerasan
pun.
"Tak perlu suraikan mahasiswa ini pun tak apa sebab mereka
akan bersurai dengan sendiri tanpa kekecohan," kata beliau ketika
dihubungi Harakahdaily hari ini.
Insiden malam tadi menyaksikan
Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang patah
tulang rusuk, seorang lagi cedera di kepala manakala 20 mahasiswa
ditahan.
Difahamkan, setakat ini, Safwan masih terlantar di Hospital Slim River.
Mahfuz
berkata, tindakan polis itu tidak akan menjernihkan situasi sebaliknya
hanya menambahkan kebencian anak muda terhadap institusi polis dan
kerajaan yang bertanggungjawab.
"Tirai tahun 2011 dilabuhkan dengan kekejaman terhadap mahasiswa yang merupkan warisan negara.
"Apa
yang dilakukan polis ini sudah tentu menimbulkan kebencian anak muda
terhadap polis dan saya yakin tahun 2012 merupakan tahun kebangkitan
anak muda di seluruh negara untuk memperjuangkan soal kebebasan
akademik," katanya yang dalam perjalanan ke hospital Slim River.
Sehubungan
itu, beliau mendesak Menteri Dalam Negeri, datuk Seri Hishammuddin dan
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar bertanggungjawab dan melatakkan
jawatan kerana gagal mengawal institusi mereka.
"Saya minta KDN
dan KPN melatakkan jawatan segera kerana ternyata mereka tidak berupaya
mengawal keadaan dan kesejahteraan negara," katanya.
Sementara
itu, seorang mahasiswa memaklumkan, kira-kira 200 mahasiswa termasuk
orang awam berkumpul di hadapan balai polis tanjung Malim menuntut
mahasiswa dibebaskan segera.
Bendahari PAS Perak, Fakhrul Radzi
yang turut berada di sana memberitahu, mereka sedang bergiir-gilir
menyampaikan ucapan mengecam tindakan zalim polis.
"Kami bersama
mahasiswa masih lagi di hadapan balai polis dan kita tuntut mahsiswa
yang masih dalam lokap dibebaskan segera," katanya.
Berkaitan;
NGO, kumpulan siswa kecam tindakan polis-Malaysiaki
PKR:polis guna kekerasan melampau-Malaysiakini
Jangan layan Mahasiswa dengan cara 'kebinatangan'-Harakahdaily
PPMM gesa buka kertas siasatan kekerasan di UPSI-Harakahdaily
Apa pun berlaku perjuangan mansuhkan AUKU diteruskan-Harakahdaily
Polis pukul, tahan aktivis mahasiswa dalam demontrasi di UPSI-M'insider
Budak-budak tu bukan bawa senjata hanya mahu suarakan hak mereka yang pi katok dan pukul sampai berdarah pasal apa?Kenapa zalim sangat dengan anak bangsa sendiri?Semoga Allah SWT melaknat kerja-kerja syaitan yang dilakukan kepada mangsa -mangsa yang tak berdosa itu.Selamatkan Malaysia daripada regim zalim Umno-BN.Tumbangkan regim mahazalim ini dalam pru 13 akan datang.Kita rakyat yang mampu mengubah pemimpin zalim daripada terus berkuasa.Gambar sebelah daripada harakahdaily.Tengok video di sini.
ha ha ha .. padan muka...setan.
BalasPadamMisai.., kes 6 students Insaniah Kedah kena gantung tu pulak hang tak mau tengok ka? Setahu aku, ramai students & staff duk berdoa Azizan runtuh dgn keangkuhannya.. Kita tengok apa jadi dgn Kedah PRU 13 ni...
BalasPadamhaa haa .. apala lu olang galuh galuh .....suma sama...aje....hee... talak unntooong ooo...
BalasPadam