'Dakwa ketua NFC atas cubaan sogok polis , SPRM'-Malaysiakini
Pengerusi projek ternakan lembu, Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) Datuk Mohamad Salleh Ismail hari ini didakwa cuba merasuah pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sehubungan itu, menurut Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli, Mohamad Salleh perlu diheret ke muka penngadilan.
Pada satu sidang akhbarnya di ibupejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini Rafizi juga mendakwa sebanyak RM1.755 juta dibayar oleh Mohamad Salleh bagi tujuan merasuah pegawai SPRM dan PDRM bagi mempengaruhi siasatan ke atas NFC.
Rafizi berkata sogokan itu dibayar melalui cek oleh Mohamad Salleh.
Dakwanya lagi, wang berkenaan disampaikan kepada pegawai penyiasat SPRM dan polis melalui ahli peniagaan Datuk Shamsulbahrin Ismail yang menjadi "orang tengah".
Pada 30 Disember lalu, Shamsulbahrin Ismail, 45, didakwa mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua tuduhan menipu Mohamad Salleh.
Menurut Rafizi, dakwaannya itu dibuat berdasarkan wujudnya laporan polis oleh seorang anggota polis di Bukit Aman mengenai perkara tersebut.
Katanya, Akta SPRM 2009 bahagian IV Perkara 16 dan 17 menyatakan kesalahan rasuah berlaku apabila "mana-mana orang sendiri atau melalui atau bersama dengan lain" melakukan kesalahan tersebut.
"Undang-undang SPRM jelas menunjukkan dalam kes ini, Datuk Seri Salleh Ismail melalui Datuk Shamsubahrin Ismail cuba merasuah pegawai SPRM dan PDRM dalam kes NFC bagi perkara berikut:
"Pertama, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang membekalkan wang suapan malah menandatangani cek berjumlah RM1.755 juta.
"Kedua, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail memujuk pegawai SPRM dan PDRM dengan cara menyediakan wang suapan," dakwanya dalam sidang media hari ini.
Mengulas lanjut, Rafizi kesal kerana pihak berkuasa masih terus gagal bertindak.
Sebaliknya, dakwanya, mereka melindungi Mohamad Salleh yang juga suami kepada Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan keluarganya.
"Pihak berkuasa membuat keputusan untuk mendakwa Datuk Shamsubahrin Ismail atas cubaan menipu NFC sedangkan wang yang terlibat adalah dengan tujuan merasuah pegawai SPRM dan PDRM," katanya.
Rafizi juga menegaskan tindakan Mohamad Salleh melakukan cubaan rasuah, menggambarkan bahawa "prinsip tatakelola dan urustadbir yang diamalkan di NFC adalah lemah dan longgar".
"Ia menggambarkan seolah-olah kelakuan rasuah dan cubaan membeli pegawai-pegawai kerajaan adalah amalan ringan dan boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya," katanya.
Sehubungan itu, beliau mendesak SPRM segera melakukan siasatan ke atas Mohamad Salleh dan pengurusan NFC berhubung cubaan merasuah.-Malaysiakini
Segala-galanya dah berakhir bagi Ketua Wanita Umno yang kini tumpang sekaki dok kutuk himpunan 901.Tak ada apa lagi yang boleh Shahrizat pertahankan.Semua dah jadi bubur.Semua dah barai.Bercakaplah isu apa pun isu lembu NFC yang rugi RM250 juta tetap kena atas batang hidung Shahrizat.Lebih baik berundur saja daripada jawatan menteri yang dipegang.Tak guna Shahrizat bersuara lantang kutuk parti lawan diri sendiri berlumuran taik lembu.Semua dah terselak sebelum Shahrizat angkat kain .
Shahrizat sendiri kini dalam keadaan huru hara bukan himpunan 901 yang huru hara!Media Umno sorokkan berita yang libatkan pemimpin Umno yang terpalit dengan taik dan cuba takut-takutkan rakyat yang mahu turun ke jalanraya dalam himpunan 901 kata akan jadi huru hara ha ha.Belum demo dah huru hara.Nampak sangat Umno takut dengan kebangkitan rakyat masa kini.Semua dah bangkit.Mahasiswa dah bangkit tuntut hak mereka, Melayu dah sedar kena tipu dengan perjuangan Melayu oleh Umno yang kayakan kroni Umno sementara biarkan lain-lain Melayu terus jadi peminta sedekah kepada Umno.Ini yang Umno mahu lihat supaya mereka terus berkuasa sampai bila-bila.Masa dah tiba untuk kita tumbangkan Umno dalam pru 13 akan datang.
Berkaitan;
Polis akan dibekalkan bukti penyelewengan lembu-Malaysiakini
Maklumat diperolehi daripada akaun NFC sendiri-Rafizi-Keadilandaily
NFC:Suami Shahrizat didakwa rasuah SPRM, polis-Keadilandaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan