Rabu, 18 Januari 2012

Dah dekat pru ni nak dialog Umno-Pas apa lagi ustaz Nasa

Kata ustaz Nasharuddin Mat Isa ahli parlimen Pas, Dialog Umno-Pas bukan bagi bentuk pakatan (malaysiakini) dan utusan malaysiaonline turut melaporkan Dialog Umno-Pas perlu fokus masa depan negara.Antara lain kata ustaz Nasa "Jika kamu bercakap tentang politik partisan, saya sudah berusaha mengurangkan jurang perbezaan antara kedua-dua organisasi ini.

"Tetapi jika kamu ikuti, ia masih perlu lebih usaha kerana orang ramai masih tidak faham dengan baik berhubung kerisauan kumpulan kecil dalam organisasi saya tentang keperluan mengadakan perbincangan.

"Ia bukan tentang bergabung atau melompat, tetapi keperluan berbincang, bukan hanya antara PAS dan Umno, tetapi juga PAS dengan organisasi lain," katanya ketika menjawab soalan peserta pada Persidangan Antarabangsa Pergerakan Moderat Global di Kuala Lumpur hari ini.-M'kini

Sementara Utusan pulak memetik kata-kata Ustaz Nasa seperti berikut; 

''Golongan ini perlu diberi kefahaman bahawa dialog ini hanyalah untuk perbincangan mengenai masa depan negara dan tidak pernah ada agenda dalam Pas untuk menyatukan kedua-dua parti tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucapan bertajuk Between Moderation and Extremism: Challenges and Responses yang turut disertai bekas Naib Menteri Luar Jepun, Hajime Ogawa manakala perantaranya ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Sebelum itu dalam ucapannya Nasharuddin menyokong penubuhan Institut Wasatiyah yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Menurutnya, penubuhan institut itu sejajar dengan konsep kesederhanaan yang diamalkan oleh umat Islam di rantau ini dan ia sewajarnya dijadikan contoh.
''Melalui penubuhan institut itu juga perkembangan dan pembangunan Islam di rantau ini dapat diberi fokus utama," ujarnya.
Dalam pada itu, beliau menegaskan, rakyat Malaysia tidak akan menjadikan kebangkitan rakyat di Mesir sebagai contoh dalam menuntut perubahan di negara ini.
''Memang rakyat di negara ini mahu perubahan namun dalam menuntut perubahan itu saya yakin rakyat akan menolak unsur-unsur yang boleh menimbulkan ketidakselesaan dan mengancam kehidupan mereka," katanya.
Malah menurut Nasharuddin, taraf kehidupan rakyat di negara ini yang lebih baik berbanding rakyat Mesir merupakan faktor utama kebangkitan di Mesir tidak diterima oleh rakyat negara ini.-Utusan

Dialog apa lagi wahai ustaz Nasa...pru dah dekat.Segala kelengkapan perang untuk bertempur dalam pru 13 sudah dekat.Kenapa nak bantutkan semangat ahli-ahli Pas?Dialog apa lagi?Adakah dengan berdialog royalti minyak untuk Kelantan akan ditunaikan?Mintak tak bagi-bagi sampai kena naik mahkamah untuk dapat hak sendiri.Dah lupa ka?Kalau Umno bukan partisan kenapa tak sokong tuntutan royalti minyak?

Siapa yang tak faham.Siapa yang tak kenal Umno? Ha ha cakap apa ni?Apa yang tak sama antara Mesir dan Malaysia.Mesir ada demontrasi, Malaysia juga ada demontrasi.Mesir ada ISA , Malaysia juga ada ISA (cakap dah dihapuskan tapi masih tangkap rakyat bawah akta zalim tu).Rakyat Malaysia mahukan pru yang bersih sama macam tuntutan rakyat Mesir.Tidak rasuah para pengundi untuk menang seperti yang diakui bekas Menteri Penerangan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir Umno-Bn rasuah pengundi antara RM200-RM1000 setiap kali pilihanraya.Macam ni punya pengotor nak dialog apa.

Nak dialog Umno-Pas selesai dulu kes bunuh di Memali.Dah lupa ka?

Hasan Ali kata dalam Pas masih ada parasit setelah kena pecat.Kini terbukti bahawa masih ada parasit yang tak lama lagi akan jadi macam Hasan.

Memang tak bergabung dan melompat tapi yang untung ialah Umno dapat berkuasa selama-lamanya di Putrajaya.Ingat Umno bodoh kalau berbincang tak boleh untung.

6 ulasan:

  1. adakah nasa ini parasit atau pelesit? bagaiman Tn Presiden tak blh bagi surat tunjuk sebab ke pd nasa ni, atau sayang sangat ke dekat dia. Awas pru13 dah dekat, berhati-hati dgn si nasa ni. kerana duit apa-apa pun boleh berlaku. kita semua tahu bn sedang nazak sekarang. bila nak menyelamatkan diri apa saja mereka sanggup lakukan.

    BalasPadam
  2. salam,

    dah lama dah bagi tahu, selagi virus ug dibiarkan hidup dalam pas, puak2 mesra umno tak akan henti memalu gendang perpaduang. ada sape2 kesah? bengap ada laaa.

    wallahu'alam

    BalasPadam
  3. tak salah ke tindakan nasha ni? nak tunggu apa lagi, dai dah bersama hassang ali. banyak benor kut rahsia ug yang depa ada. itu yang pas terkial2 nak bertindak. kalau betul ug-kerajaaang perpaduang dah tutup, ambil tindakan terhadap nasha sekarang! dia ni dah jadi pelesit bukan parasit.

    jangan dia goncang pas dalam pas, nyahkan keluar kalau nak goncang sangat. pas ada berani? masih hidup virus ug dalam pas, masih segar bugar. kenapa? kerana pembawa virus tersebut tidak diusik. pas tak berani.

    wallahu'alam

    BalasPadam
  4. Setiap kali ustaz nasa kuar kat TV sy jadi risau bile tgk raut wajah beliau .... tidak seperti yg sy kenali lebih 10 tahun dahulu ... pakah yang menyebabkan beliau jd begitu...... paling tidak sedap hati saya bila lihat raut wajah semasa beliau beri komen di majlis DHA tempohari.....

    BalasPadam
  5. wak Nasha ni..sama je macam wak hasan ali...ilmu tinggi melangit pun tak guna..sepatutnya hadi awang nampak benda ni...lately ni PAS macam tak menyerlah... kata nak ganti umno..nak urus mangkuk 2 ekor ni pun sama macam kes lembu umno...tersangkut2..buang je pelesit2 ni..menyusahkan..depa ni salah masuk parti..nak bincang dgn umno buat apa..umno dah nak berkubur...bodoh piang...

    BalasPadam
  6. tu la pasai...hangpa mengaji takat SRP saja..manalah nak rheti...standard kampong la katakan...boddoww...

    BalasPadam