Amanah tuntut akses media bebas untuk rakyat-Malaysiakini
Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) mengemukakan tiga tuntutan dan menggesa kerajaan melaksanakannya selaras dengan pembaharuan dalam pilihan raya umum yang akan datang.
Tiga tuntutan tersebut ialah membenarkan akses media yang bebas untuk rakyat mendapat maklumat mengenai pilihan raya umum, birokrasi mesti bebas dan menghalang wang ditabur secara terang-terangan dalam pilihan raya.
Bercakap dalam temubual dengan Malaysiakini, timbalan pengerusinya, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir berkata, sekiranya kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak "memperbetulkan yang tidak adil", maka rakyat akan menghargai tindakan beliau itu.
"Bagaimana untuk melakukan, mereka mesti duduk dan berbincang. Perlu ada penyelesaian jangka masa panjang dan pendek untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Mungkin (seperti) beberapa saluran Astro atau sebagainya... Peruntukan (ruang) di TV3, RTM dan sebagainya (kepada rakyat)... Mungkin untuk tiga bulan sebelum pilihan raya," katanya yang juga bekas menteri penerangan.
Kadir berkata, bagi langkah jangka masa panjang pula, kerajaan perlu menimbangkan memberi permit radio, televisyen atau akhbar jika merasakan rakyat serius dan kredibel, apatah lagi perkara itu merupakan hak mereka yang dijamin perlembagaan.
Dengan memberi contoh tindakan kerajaan menafikan pemberian permit akhbar kepada PAS untuk menerbitkan akhbar sendiri dan memaksa dijual secara mingguan kepada ahlinya sahaja, sebagai "tindakan primitif".
"Kenapa hak mereka dinafikan. (Ianya) tidak boleh nafikan kerana dijamin dalam perlembagaan... Politik begitu adalah primitif. Saya fikir rakyat mengetahui ia adalah tidak adil dan primitif.
"Jika kerajaan segera memperbetulkan perkara ini, saya fikir rakyat akan cepat menghargainya. Saya berharap Najib mendengar mengenai perkara ini," katanya.
Mengulas mengenai birokrasi yang bebas, Kadir berkata, tindakan jabatan kerajaan yang berkempen dengan turun ke kampung merupakan "satu perkara asas yang perlu diperbetulkan dan dihentikan".
Mengenai dakwaan wang ditabur dalam pilihan raya untuk membeli undi, Kadir menyifatkannya sebagai satu tindakan hodoh dan primitif.
Beliau malu dengan hal sedemikian kerana lebih 30 tahun dalam politik, katanya, beliau "tidak pernah menggunakan wang untuk politik" termasuk bertanding Majlis Tertinggi Umno atau pemimpin pemuda Umno.
"Itulah babak besar yang sepatutnya perlu diharamkan terus. Dan sekarang adalah amalan yang terbuka... (Ianya) cukup hodoh dan saya malu dengannya.
"Saya menjadi ahli parlimen 30 tahun, saya tidak pernah melakukannya. Duit bukan segala-galanya untuk menang dalam pilihan raya," katanya yang juga bendahari Umno bahagian Kulim-Bandar Baharu.
Sebelum itu, Kadir mengulas cadangan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) bagi pembaharuan pilihan raya, antaranya penggunaan dakwat kekal yang disifatkkannya satu "perubahan kecil dan tidak menyentuh perkara yang lebih utama".
"...rakyat mahu dakwat, it's ok, (kerajaan) berikan kepada mereka," katanya.
Sambil mengalu-alukan tindakan kerajaan menubuhkan PSC dan menjemput wakil pembangkang menganggotainya, bekas menteri pelancongan itu mengingatkan supaya kerajaan tidak mengadakan pilihan raya sehingga jawatankuasa itu selesaikan melaksanakan tugas mereka.
"Saya kira mereka perlu diberikan masa mungkin sehingga Jun. Berikan tiga atau empat bulan untuk mereka melaksanakan cadangan mereka.
"Lepas itu buat pilihan raya, maka kerajaan yang dilantik benar-benar melahirkan pemimpin yang gentlemen. Rakyat akan menghargainya. Percayalah," kata Kadir.
Jika pilihan raya dilaksanakan sebelum tempoh tersebut, katanya, penubuhan jawatankuasa itu sekadar "main drama" yang boleh mengundang kemarahan rakyat dan rakyat tidak akan menerima kemenangan sekiranya kerajaan menang sekali lagi.-Malaysiakini
Kini Najib kata pru tidak akan dilaksanakan selagi transformasi yang dilakukan Umno-BN tak selesai.Adakah kerajaan cukup wang untuk disedekahkan kepada rakyat sebelum pru 13 diumumkan?Rakyat sedang menunggu-nunggu duit RM500 yang dijanjikan.Bagi kita sapu undi bagi PR.Lagi besar angpow lagi bagus!Umno boleh buka kaunter untuk dapatkan duit RM500 di pejabat Umno dan mengatakan ini duit Umno-BN tapi yang benar itu adalah duit cukai yang dikenakan kepada rakyat.
Adakah Umno -BN akan lakukan perubahan seperti desakan AMANAH?Semakin didesak semakin ligat media arus perdana kempen supaya Umno-Bn terus berkuasa.Umno-BN takut kalah, takut jadi pembangkang dalam parlimen.
Manakala segala sampah sarap pemimpin PR yang dibuang dikutip dan dikitar semula untuk serang PR dalam media arus perdana.Sampah sarap ini dibiarkan hanyut bersama-sama buih yang tak ada nilai.Nampak di luar cantik tapi kalau sampah tetap sampah jua.
Rakyat tiada pilihan pru akan datang disebabkan Umno-Bn tak mau berubah kita rakyat akan ubah.Bila rakyat ubah pemimpin di Putrajaya akan berubah.Jika tidak tunggulah babi panjat pokok jika Umno-Bn mau berubah.
Baca juga ;
Rashid, Husam dedah misteri dakwat kekal pru 12-Harakahdaily
Nazri mengaku halang guna dakwat kekal pada 2008-M'kini
Undi PR sebelum M'sia bangkrap-Harakahdaily
Rakyat mahu M'sia tanpa Umno-Harakahdaily
Arkib Blog :
-
▼
2012
(336)
-
►
Mei
(64)
- Kalau Menteri Agama pun cakap bohong dengan siapa ...
- Bekas PM Mesir kena baling kasut
- Dr Asri kata 'senaman punggung' hanya diterima mas...
- Baju Kuning 4.0 ketat ,padat,sendat nampak macam ...
- Rakyat Palestine baling batu kepada Zionis Yahudi ...
- Hadiah Lamboghini dan BMW macam peraduan 'gores da...
- Di Mesir 'Firaun' Mubarak didakwa di mahkamah ,di ...
- Besa la Braheng Oiii ni politik,Braheng pun politi...
- Najib dicabar lagi berdebat
- Tak habis-habis Umno dengan idea negara bangkrap
- Rais Yatim ajar Veteran Umno / Mubarak 'mengeja' m...
- Scoperne:Mana mau lari ?
- Muzakarah tutup buku!
- Kalau saya la..Tok Siak tu dah kena terajang dah
- Pas setapak kedepan Umno tiga tapak kedepan nak pe...
- Ketua Wanita MCA Melaka kata Hanif tak layak jadi ...
- Polis mabuk atau khianat langgar pagar kediaman PM...
- 'Sapa tak hadir demo Bersih 3.0 satu kerugian'-Ket...
- Tak payahla pemimpin Pas gatal mulut nak muzakarah...
- Selangor tumbang dengan bantuan pengundi Sabah
- Pecah lubang, bagi amoi Siam baru lulus projek pas...
- Puak senaman punggung patut demo depan rumah Najib...
- Gaji Presiden,menteri Perancis dipotong 30%
- 'Kenapa bunuh perempuan secantik itu'
- 'Pokoknya duit itu datangnya dari mana,bukan hubun...
- 'Suruh polis runtuhkan semua mahkamah'
- Keluar DAP ada prinsip, keluar Umno?
- 'Goyang Gerudi' depan rumah Ambiga:Anjing kurap pu...
- Kencing dalam tempurung dulu baru cakap
- Liong Siok bubuh garam kepada luka BN
- Aku dah kata Najib penakut dan cakap besar, jangan...
- ANAK nak saman Bapa Haramjadah
- Kalau berani hari ni jumpa Agong jangan cakap flip...
- Rakyat tak lupa lembu NFC sebab boleh masuk kondo
- PM pertama kata haramjadah kepada rakyat
- Umno terus khayalkan Melayu dengan slogan 'Hilang ...
- Pelajar KUIN menang, akta Insaniah Ultra Vires kat...
- Sah Pengerusi SPR pernah jadi ahli Umno, ketua pan...
- Sila hadir ramai-ramai sebelum parlimen dibubarkan...
- Guruh berdentum dentam ,kilat sabung menyabung pen...
- Mekah Madinah bukan mak bapak Bani Saud yang punya...
- "Sharizat tanding di Menglembu. Shapie Apdal di Me...
- 'Kalau macam TGNA bapa segala kafir , Najib macam ...
- Polis terajang rakyat tak haram, rakyat duduk-bant...
- Fatwa sebelah mata-TGNA
- Parlimen bubar 14 Mei mengundi 9 Jun 2012?
- Gerombolan semakin gila bukan makin kurang selepas...
- Demontrasi haram macam fatwa hisap rokok haram tap...
- Yang buka untung yang tutup memang rugi la awat ja...
- Polis jangan lembukan rakyat
-
▼
Januari
(74)
- Siapa main politik kepala babi dan gila babi?
- Hasan Ali kata Khalid Samad Parasit
- 'Kain kita terkoyak juga bukan kain depa saja terk...
- Isu NFC:Makin senak perut bila Shamsubahrin kata l...
- Harga gula:Melayu dan rakyat Malaysia kena tipu la...
- Puluhan ribu hadir kuliah ustaz Azhar Idrus di Mas...
- Majlis Akidah atau majlis cuci dosa Hasan Ali?
- 'Rakyat mesti tamatkan kekuasaan jenis penghasut s...
- Hasan Ali tak perlu melenting orang Pas tak hadir ...
- Isu KUIN: 'Kalau PR nak pecat...pecatlah ingat mud...
- Ustaz Nasa dan Hasan Ali dalam satu pentas ceramah...
- Umno semakin goyang dah tak percaya ahli sendiri
- Umno rasa macam nak mampoih bila Anwar tak dipenja...
- 'Kuasa Ketiga semua kaki buat taik'
- Takut hilang kuasa Umno kata KEMAS lenyap PR berku...
- Ikhlas ahli Pas lawan Umno-BN
- Takkan "First Lady of Shopping' berbelanja sakan g...
- Samseng Jalan Kebun 'Bob Ayam' ditahan polis
- 'First Lady Of Shopping' nafi, kolumnis Andrew Ho...
- Cukupkah Rosmah Mansor hanya nafi?
- Bangga sangatka kita orang Melayu ada samseng maca...
- Terkini:Ceramah Mat Sabu di Jalan Kebun , Shah Ala...
- Pas kuda tunggangan tapi yang masuk Dap orang Umno...
- Hasan Ali patut belajar daripada ustaz Idris Ahma...
- Umno patut sokong Pas dapat jaga Melayu
- Lepas mahasiswa demo depan Pejabat Agung Pas demo ...
- Sayangnya Najib kepada Jamaludin Jarjis
- Dah dekat pru ni nak dialog Umno-Pas apa lagi usta...
- 'Hasan Ali ibarat kerbau jantan kena sembelih'
- Perkasa tolong demo
- Kepala parasit dalam Pas memang ada tapi dah dipec...
- Bala mai lagi eloklah Sharizat berhenti daripada b...
- Hasan Ali dah jadi sejarah kepada Pas bagaimana de...
- Kenapa Umno gelabah bila Tim Pres Pas kata kakitan...
- 'Lagi banyak orang sokong Pas ada la Hasan Ali ken...
- Tunggu babi panjat pokok jika mahu lihat Umno-BN b...
- Politik kuil dan surau boleh menangkan Umno-BN di ...
- Syed Mohamad Pejabat Agung Pas Pusat meninggal dun...
- Kenapa Utusan kata sumber polis peserta 901 bawa ...
- Ecxo Pulau Pinang istihar harta bagaimana dengan n...
- Duit zakat untuk pertahan Islam atau pertahan Umno...
- Politik gila babi
- Cara senang pemimpin Umno cuci dosa
- Senangnya polis buat kesimpulan , peserta 901 bawa...
- Bila dah jadi OKU tuduh Pas parti liberal
- "Terima kasih Ya ALLAH. KAU jawab munajat kami, KA...
- Hasan Ali dah ditendang keluar dari Pas, letaklah ...
- Surat pecat Hasan sudah dihantar, Nasa sokong Hasa...
- Tarikh Pas pecat Hasan Ali 801 tepat, satu bebas s...
- Ramalan 'Nujum Pak Belalang' blogger misaimerah te...
- Najib ke Afrika Selatan menjelang keputusan kes An...
- Kenduri kesyukuran Hasan Ali dipecat daripada Pas?...
- Pas pecat Hasan Ali ..Allahhuakbar!
- Pemuda Pas Pusat yang flip flop
- Mari kita baca kenyataan penuh Anwar dari kandang ...
- Bai'ah punca Hasan Ali tak keluar Pas tapi duduk d...
- Perkasa, Pekida hang pa nak tahlil 3 hari 3 malam ...
- Meniaga agama lagi untung daripada meniaga orang
- 'Jamil Khir miskin, rakyat kaya '
- Timbalan Presiden Pas tegur Hasan Ali:'Sistem kit...
- Rakyat boleh berhimpun di mana-mana ini negara kit...
- Pas menanggung biawak hidup
- 'Umno punca orang Melayu jadi miskin dan terpinggi...
- Himpunan 901 tak haram sebab polis mau buat rakama...
- 901:Benda paling sedap benda yang dilarang
- Perkasa...sudah-sudah la cakap besar buat malu ja
- Tak guna lagi Shahrizat bersuara lantang diri send...
- Anwar masuk pejara ka tak masuk penjara ka kerja k...
- Rakyat dah tak percaya dengan polis?
- 'Umno suruh Melayu kenang budi, tapi bagaimana pul...
- 'Polis kita baik-baik belaka yang jahat hanya raky...
- Polis berhemah pelajar berdarah
- Tindakan pukul pelajar lawan AUKU memang dayus, ba...
- Dataran Kemerdekaan Shah Alam dipenuhi ribuan anak...
Catat Ulasan