Sabtu, 14 Januari 2012

Politik kuil dan surau boleh menangkan Umno-BN di Selangor?

PM Najib turun lagi ke Selangor untuk kali ketiga kali ni di Shah Alam dalam masa terdekat.Maka dijanjilah mahu tunaikan segala janji manis dengan tujuan mahu tawan semula Selangor yang jadi 'lombong emas' negeri paling kaya di Selangor.

Umno yang tumpas di Selangor dalam pru ke 12 kini jadi 'miskin', dah kering duit bila saja terlepas negeri Selangor dari genggaman.Yang ada di Selangor peninggalan Umno ialah Bangunan Umno Shah Alam dan bangunan Umno Selangor.

Janji Najib di Shah Alam ialah buat surau untuk orang Islam dan buat kuil untuk orang India beragama Hindu.Untuk orang Cina yang tau taktik Najib nak perbodohkan mereka tak dijanjikan tokong.Ini sajalah modal Umno-Bn sejak dulu, kini dan selamanya.Modal basi dan berkurap untuk tipu rakyat Shah Alam .

Politik jaja pembangunan ini tak laku lagi dalam bandar di Shah Alam .Yang seronok dan bertempik gembira Najib nak buat surau dan kuil tidak sedar bahawa mereka ditipu hidup-hidup supaya Umno dapat kembali berkuasa di Selangor untuk kenyangkan kembali poket-poket pemimpin Umno yang kekeringan duit.

Takkan orang Melayu mudah lupa dulu Umnolah yang roboh surau di Bangi semasa Umno berkuasa dulu.Umno juga yang bertanggungjawab kunci surau di Seksyen 8 di Shah Alam tidak benarkan untuk beribadat..Takkan orang Hindu lupa siapa yang roboh kuil mereka?Siapa yang roboh rumah setinggan Melayu dan India di Padang Jawa, Shah Alam kalau bukan Umno -BN.

Mahukah rakyat Selangor dan Shah Alam angkat pemimpin kitar semula Umno yang dah busuk untuk jadi pemimpin mereka?Siapa yang tak kenal dengan Pengarah Pilihanraya BN Selangor Mohd Zin Mohamed, dan Ahmad Nawawi Mat Zin?Layakkah muka-muka ni diangkat semula jadi wakil rakyat di Shah Alam?Sendiri mau ingat.Bila dah kalah baru tunjuk baik, ,main wayang kata berjiwa rakyat tapi bila masa ada kuasa jadi takbur dan bongkak.Tanyalah Khir Toyo bekas MB Selangor kalau nak tahu siapa mereka ni semua.

Rakyat dah muak dengan politik Umno-BN jaja pembangunan.Rakyat Selangor mahu humbankan Umno-Bn buat selamanya.Rakyat mahu 8 tuntutan pru ditunaikan!Jangan pandai putar alam dan kaki kelentong.Kalau berani dan ikhlas berjiwa jantan tunaikan yang ini!


2 ulasan:

  1. mic bodoh parti tipu kaum india ahlinya yang tak da otak bolehlah percaya cakap altantuya najib dan mengundinya. palanivelu adalah seorang yang paling bodoh dan pemalas no 1kerja tak da tolong anak yatim 30 orangpun tak boleh di ulu selangor pukimak ini mana boleh menang undi ,INDIA sekarang hanya sokong pakatan mereka benci BN dari hujung rambut kepala sampailah kaki. hanya MIC pukimak yang tak guna angkat bakul untuk hidupkan bini dan paelacur simpanan mereka.

    BalasPadam
  2. nak hairan ape org PAS memperbodohkan org ISLAM, hanya untuk menang PRU

    BalasPadam