Sabtu, 28 Januari 2012

Isu KUIN: 'Kalau PR nak pecat...pecatlah ingat mudah', kata MB Kedah

Azizan sedia dipecat jika bersalah dalam isu KUIN-M'insider


Datuk Seri Azizan Abdul Razak menempelak pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari sambil menegaskan bersedia berdepan dengan apa jua tindakan oleh Pakatan Rakyat termasuk dipecat sekiranya bersalah.
Menteri Besar Kedah ini mengulas desakan Aziz semalam agar Pakatan Rakyat mengambil tindakan tegas terhadap beliau kerana mengambil tindakan ke atas lima mahasiswa Kolej Universiti  Insaniah (KUIN) menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tahun lepas.
Menyentuh soal prinsip Buku Jingga yang mahu memansuhkan AUKU, Azizan  menegaskan “Buku Jingga bukan al-Quran” yang harus dipatuhi sepanjang masa.
“Ada perkara boleh laksana dan ada perkara yang tidak boleh...kena lihat pada keadaan,” katanya kepada The Malaysian Insider.
“Kalau Pakatan Rakyat nak ambil tindakan terhadap saya, ambillah...ini urusan universiti, saya tidak campur tangan (dalam soal tindakan tatatertib),” tambahnya.
Mei lalu, lima mahasiswa kolej universiti tersebut dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati terlibat dalam demonstrasi yang bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang diadakan di kediaman Ar-Razi, KUIN.
Mereka membantah pembinaan di kawasan tersebut kerana dilihat tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz.
Mereka yang dikenakan tindakan gantung pengajian ialah  Mohd Faiz Mohd Arshad, Mohd Azlan Mat Zain, Ahmad Remi Mohd Arof, Zukhilatif Marzuki dan Muhamad Aiman Che Abd Razak.
Ekoran penggantungan itu, kelima-lima mahasiswa itu mengambil tindakan perundangan mencabar keputusan KUIN itu.
Kes itu akan disebut pada 12 Mac depan.
Azizan turut menyifatkan Aziz “buta undang-undang” dan tidak bersikap seperti tokoh akademik.
“Macam mana beliau (Aziz) suruh saya campur tangan dalam hal pentadbiran universiti? Yang kedua perkara ini sudah dibawa ke mahkamah...jadi buat apa nak bising, tunggu sahaja kes bermula.
“Sekarang nak suruh saya buat macam Umno pula, semua perkara di bawah urusan KUIN...saya tidak campur tangan, biar pihak pengurusan dan pentadbiran yang buat,” katanya.
Beliau menambah: “Kalau beliau pakar perlembagaan patut tahu bila dah bawa ke mahkamah buat apa nak bising. Beliau dangkal, belajar perlembagaan tapi tidak tahu prosedur.”
Azizan turut menegaskan AUKU telah dilaksanakan di KUIN sejak sekian lama dan ia tidak mendatangkan sebarang masalah.
“Saya anak AUKU, tiada masalah...KUIN adalah hak Kedah, bukan pusat. Jadilah rasional, ‘gentleman’ sikit.
“Undang-undang di KUIN sebelum saya masuk sudah ada. Di Selangor ada tak AUKU? Universiti di Selangor ada AUKU tak? Kami universiti swasta, teori lain...amalan lain,” katanya.
Beliau menambah segala urusan KUIN dilaksanakan pentadbiran universiti bukannya beliau yang memegang jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN.
“Tanggungjawab di bawah urusan pentadbiran, kita ada rektor, ada kakitangan KUIN bukan saya.
“Kalau Pakatan Rakyat nak pecat, pecatlah...ingat mudah,” katanya.
PAS akan meminta Azizan memberikan penjelasan berhubung penggantungan lima mahasiswa KUIN pada 12 Februari ini semasa mesyuarat bulanan PAS pusat di ibu pejabat parti Islam itu.

10 ulasan:

  1. iTULAH KALAU BANYAK SANGAT POLITIKING.MASING-MASING NAK TUNJUK HERO

    BalasPadam
  2. ustat azizan dah bagi penjelasan. aku paham, harap korg pun paham.

    BalasPadam
  3. alaa, sikit punya hal, kenapa bising sangat nih ? Ust Azizan nak campur tangan pun geli. Saya nampak beliau sangat pro. cukup la tu, pru 13 makin hampir. Pas pulak sampai nak panggil ust Azizan ni apa hal ?

    BalasPadam
  4. Nasi sudah menjadi bubur.
    AUKU dah ada KUIN dah ada AZIZAN baru ada(pengerusi/mb).
    Jika PR tolak AUKU apa-apa sahaja perlakuan msiswa dari a sampai z yang terkandung di dalam akta tersebut tidak perlu diambil sebarang tindakan SEMASA KEJADIAN BERDEMO berlaku.
    Benar Buku Jingga bukan Quran tapi bukan alasan untuk membenarkan tindakan KUIN
    AUKU sudah ada tapi ia bukan Quran.

    Saya secara peribadi tidak menyokong demo sekadar untuk menghalang pembinaan bangunan apalagi untuk kegunaan adik-adik pelajar.Alasan bising dan mengganggu dll sepatutnya tidak timbul.Bila ada pembangunan kita terpaksa berkorban dan ini adalah proses yang harus dilalui samaada kita suka atau tidak.
    Jika kesan kebaikan lebih baik berbanding kemudharatan kita harus terima.

    Suka atau tidak AUKU boleh TIDAK dilaksanakan walaupun akta itu sudah ada.

    Nasi sudah menjadi bubur
    tapi sekarang bubur BOLEH dijadikan kembali nasi!

    Terlalu lama di bawah BN sehingga setiap Pengarusi apapun mesti orang politik dan orang anggap ia mempunyai kuasa dalam menentukan satu-satu dasar @ keputusan jadi jangan salahkan mereka @kami. Pakar Perlembagaan pun pening.Orang kebanyakan 100 kali pening!

    BalasPadam
  5. Azizan tak pro,sepatutnya dia tak lantik pentadbir KUIN si Jamil umno bermaharajalela di kuin,orang bagi nasihat tak mau dengar,hang ingat hang kuat sangat k pada pakatan rakyat dan pas...

    BalasPadam
  6. Azizan ni memang keras kepala. Jika kita dah bersama bersetuju AUKU dihapuskan, kenalah sebulat suara menolaknya. Siapa Azizan yang boleh langgar semua. Dah nak jadi macam Hasan Ali.

    BalasPadam
  7. Orang Kuin memang tak suka pada rektor Jamil Umno tu..tapi apakan daya..dia tu best fren Azizan..Komplen pi la apa pun..Azizan akan protect cara dia..silap haribulan selerak kena jerkah.

    BalasPadam
  8. Ust Fadhil Noor pernah dibuang dari UTM dibawah AUKU...

    BalasPadam
  9. parasit suke dgr cakap org yg bru msuk politik hehehe dgn menyahkan org dh lama dlm politik geng2 parasit 10 budk itam

    BalasPadam
  10. ust.Zizan memang Pro...harap kita semua jangan campurlah urusan Kuin ni.Dah benda ni masuk mahkamah..serah pada mahkamah lah..makin rosak dan parah doh pas lagi ni.

    BalasPadam