Misai Merah

Pas kuda tunggangan tapi yang masuk Dap orang Umno

Di negara kita perkara paling syok menjelang pilihanraya ialah berita ahli-ahli parti Pas dan juga PKR keluar parti.Ini lumrah dah jadi kebiasaan media propaganda regim Umno-BN sebagai perang psikologi pilihanraya.Jumlah yang keluar parti pulak bukan sikit 100 hingga 200 orang.Selepas itu diikuti dengan penafian pihak Pas dan PKR.

Di Kelantan kerap kita dengar orang Pas masuk Umno .Jarang kita dengar orang Umno masuk Pas.Tapi yang berkuasa di Kelantan sejak 20 tahun hingga kini ialah Pas.Hasan Ali dipecat daripada Pas kononnya seramai 102 ahli Pas masuk Umno tapi dinafikan oleh pihak Pas.

Media arus perdana tidak akan siarkan jika ahli Umno masuk parti lain terutama parti Dap yang diratib-ratib Umno kepada orang Melayu , 'Pas kuda tunggangan Dap' siang dan malam.Walaupun Melayu Umno masuk Dap hanya tiga orang tapi itu adalah berita benar dan sahih perawinya.Saya tak kisah sapa pun nak masuk parti apa itu hak masing-masing.Tambah-tambah yang masuk Dap tu bekas orang kuat Utusan Malaysia sendiri Hata Wahari yang dipecat daripada terus menjadi wartawan Utusan.

Bekas presiden NUJ Hata Wahari sertai DAP-Malaysiakini



Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Mohd Hata Wahari menjadi orang Melayu terbaru yang menyertai DAP.

Setiausaha agung parti itu Lim Guan Eng, dalam mengalu-alukan Hata, berkata beliau berharap bekas presiden NUJ itu akan terus berjuang demi kebebasan akhbar di negara ini.

"Saya percaya beliau boleh menyumbang kepada parti dan berjuang untuk kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar," katanya.
Awal bulan ini, penulis blog Sakmongkol AK47 yang juga bekas ADUN Pulau Manis dari Umno, Mohd Ariff Sabri Aziz juga menyertai parti itu.
Selain Sakmongkol yang merupakan  bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan sehingga tahun 2004, turut dikatakan berbuat demikian ialah seorang lagi penulis blog Umno dan veteran parti itu, Aspan Alias.-M'kini

Apa lagi Umno nak kata kepada DAP?Ludah ke langit jatuh dalam mulut sendiri.Sibuk pemimpin Umno kata Pas kuda tunggangan DAP dan PKR kerana Ecxo baru Pas di Selangor hilang jawatan jaga Hal Ehwal Islam yang kini diambil alih MB Selangor.


Ahli Umno yang masuk DAP mungkin mereka dah sedar bahawa Umno berbohong selama ini bahawa tongkat orang Melayu ialah Umno.Mereka nak menunjukkan bahawa tanpa tongkat Umno pun mereka boleh hidup.Mereka mau pecah tradisi daripada terus diperkudakan Umno untuk terus berkuasa sampai bila-bila.Rezeki bukan daripada Umno tapi daripada Allah SWT.
0 comments:

Catat Ulasan


Hayati al-Quran di sini
"Umat Islam hendaklah mengambil Syariat Islam dalam menyelesailkan permasalahan dalam kehidupan mereka dan letakkan undang-undang syaitan di bawah tapak kaki mereka,"-AJK Majlis Fatwa Antarabangsa, Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili

MALAYSIAToday

Malaysiakini :: News

Utusan Online

Blog Tun Mahathir

Anwar Ibrahim

Tukar Tiub

SAKMONGKOL AK47

Malaysia Waves

Kopitiam Bang Nan

Faisal Tehrani

Briged Al-Akhdor LR2

Muslimeen United

Blog-list Malaysia

Libang Libu

Pinkturtle

Pak Long Din

Mat Indera Sipejuang

Perisik Rakyat®

Selangorku

Free Malaysia Today

KeadilanDaily.com

Detikdaily

Idris Ahmad

Khalid Samad

peguampas

~penarik beca

hamirdin

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

PAS Parit Buntar (PASPB)

JIWOKELATE

CUPING MERAH

Cenangau Daun Kari

Manjung Mari

CheguBard

Arkib Blog :