Selasa, 17 Januari 2012

'Hasan Ali ibarat kerbau jantan kena sembelih'

Kepada yang simpati kepada Hasan Ali yang dipecat daripada Pas kini mula bertukar angin dan mula insaf  setelah lihat perangai Hasan Ali yang hilang jawatan Exco Negeri Selangor.Hasan Ali yang melepaskan 'bom' kepada bekas partinya dengan berkata ada parasit dalam Pas yang telah menyebabkan beliau dipecat berazam jelajah seluruh Malaysia untuk pertahankan dirinya.Benar atau tidak Hasan Ali nak buat roadshow itu adalah hak Hasan selaku warganegara Malaysia yang amalkan sistem demokrasi.

Bila dah letih dan media arus perdana yang dikuasai Umno nampak Hasan tak lagi menguntungkan mereka , Hasan tak akan laku lagi dalam media milik Umno.Kawan saya kata kat saya, "Hasan Ali kini ibarat kerbau jantan kena sembelih.Menggelupur hebat tapi akhirnya terkulai hanya tinggal kaki saja yang tergoyang-goyang menendang-nendang atas bawah kot-kot kena apa saja yang ada di kiri kanannya."

Nasib Hasan lama-lama akan jadi macam bekas-bekas adun PKR dan DAP yang lompat parti di Perak hingga tumbangnya kerajaan yang dipilih rakyat digantikan dengan kerajaan yang dipilih melalui mahkamah.Muka-muka mereka hilang daripada media arus perdana tapi mungkin mereka hidup kaya raya setelah lompat parti.Mereka khianat kepada rakyat yang pilih mereka.Semoga Allah SWT melaknat mereka.

Kawan baru Hasan Ali ialah Ibrahim Ali yang offer Hasan masuk Perkasa tapi Hasan belum mahu joint Perkasa.Umno juga dah offer Hasan masuk Umno tapi  Hasan belum bagi jawapan.Bagi Hasan mungkin belum sampai waktu dan ketikanya joint Perkasa dan Umno.Agenda Hasan Ali kini ialah 'mengebom' bekas partinya terlebih dulu.

Bagi saya Hasan Ali buat lah apa pun tapi dalam masa yang sama jangan terlupa bahawa semakin ligat Hasan Ali buruk-burukkan bekas partinya akibat dipecat akan pecah tembelang yang tak disangka-sangka Hasan Ali.Kita jangan ingat penumbuk kita saja hebat tapi kena ingat juga bahawa lawan kita juga ada juga cara untuk mengelak dan menepis tumbukan kita.Ini gelanggang politik bukan ceramah motivasi atau jual ubat kuat pasar malam.Jangan nanti terlampau lincah menari jatuh tersembam kata lantai pulak yang tinggi rendah.

Pisang emas dibawa belayar 
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang duit Harakah jangan bawa hingga mati

Baca juga;
'Jangan jadi kuda tunggangan Umno-BN', kata Pemuda Pas Selangor kepada Hasan Ali-M'insider
Dedah 'parasit'"Pakatan jamin keselamatan Hasan-M'kini

1 ulasan:

  1. Biarlah aku bergiat dalam parti walau sekadar dapat menampal poster...mudahan takda rekod di Akhirat dalam buku catatan amalku merendahkan parti yang memperjuangkan Islam dan kepimpinan ulamak....biarlah aku takda PHD asalkan aku dapat berkhidmat untuk Islam sampai akhir hayat...

    BalasPadam