Semakin dekat tarikh penghukuman ke atas Anwar Ibrahim Ketua Umum PKR yang juga ahli parlimen Permatang Pauh semakin ligat Anwar berceramah ke sana sini macam tidak ada rasa apa-apa yang berbeza.Mungkin kerana Anwar pernah dipenjarakan selama 6 tahun sebelum ini dalam kes yang serupa cuma PM saja yang berbeza.Mungkin juga kerana beliau telah alami semua itu termasuk ditumbuk oleh 'Mike Tyson' dalam lokap yang bernama Tan Sri Rahim Nor bekas Ketua Polis Negara hingga separuh mati.Bekas PM yang juga musuh Anwar dalam politik Tun Mahathir kata Anwar cederakan dirinya sendiri!
Berikut sedutan ceramah Anwar yang dipetik daripada Malaysiakini dalam ceramahnya di Seremban;
"Ahli Umno dan pemimpin Umno peringkat bawah bukan musuh saya, hanya pemimpin atasan Umno yang menyerang saya tanpa henti. Pelbagai fitnah dan pembohongan dari setiap penjuru dilemparkan.
"Mereka ini adalah pemimpin yang merompak wang rakyat, terlibat dalam rasuah, komisen dan lembu. Senjata Umno hanya mengeksploitasikan isu perkauman dan memecah belahkan perpaduan pelbagai kaum.
"Umno punca orang Melayu menjadi miskin dan terpinggir.Siapa yang bertanggungjawab atas kegagalan ini?
"Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Pertanian, semua mereka adalah orang Melayu daripada Umno," kata Anwar pada kira-kira 1,000 hadirin.Baca semua di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan