Misai Merah

Politik gila babi

Terlebih dulu saya nak ingatkan kepada pencacai dan munafik yang kini sibuk sangat desak Pas buat negara Islam dan rasa kecewa yang penuh dengan pembohongan sebab Pas tukar Negara Islam kepada Negara Berkebajikan.Najib pernah berkata Hudud tidak akan dilaksanakan di M'sia (malaysiakini).Walaupun dengan sebut maqasid syariahnya tapi jelas Umno tolak hukum Islam secara terang-terang.Bagi Najib tiada istilah Negara Islam.Habis kenapa Umno sibuk bila Pas tak sebut Negara Islam.Umno berani lawan dan kutuk Pas tak sebut negara Islam tapi dalam masa yang sama tak berani kutuk Najib yang tolak Hudud dilaksanakan di Malaysia.

Kini setelah Hasan Ali ditendang keluar daripada Pas maka berkatalah Umno dan bekas-bekas PKR yang keluar parti itu termasuk profesor kangkung kutuk Pas dan bela Hasan Ali (hujah TV9  11-1-12).Bagi mereka-mereka ini Hasan Ali dianggap wira Melayu,Islam dan Raja setelah dipecat Pas.Kata mereka Pas gila nak tawan Putrajaya , nakkan kuasa dan sanggup tak sebut Negara Islam lagi dah.Yang penting hanya Putrajaya.Mereka jadi munafik dan rasa sedih sebab Pas tak sebut Negara Islam dan mahu menitis airmata sebab digantikan dengan Negara Berkebajikan.

Di mana suara -suara ini sewaktu Pas laungkan konsep Negara Islam?Bukan mereka puji malah mereka berkata pulak Negara Islam Pas tak sama dengan negara Islam Madinah.Hudud Pas bukan Hudud yang ada dalam Al-Quran.Pas mau ikut Taliban.Pas mahu rakyat kudung tangan.Hudud zalim.Secara tidak langsung depa kutuk hukum Allah SWT yang boleh bawa kepada rosaknya akidah.Malah bilamana Chua Soi Lek hina hukum Islam tidak ada sebesar biji sawi pun suara pemimpin Umno berani kutuk si celaka tu!Nak kutuk macam mana sama-sama satu spesis hina hukum Islam.

Jadi buat apa Umno sibuk dengan negara Islam sedangkan pemimpin Umno sendiri tolak hukum Islam secara terang-terangan.Inilah Umno kutip segala sampah sarap untuk dijadikan barua mereka harubirukan fikiran rakyat yang tak berapa cerdik berpolitik.Buatlah gulai sesedap manapun tapi tapi kalau dah hati penuh dengan kemunafikan tetap rasa tak sedap.Woit! seburuk-buruk Pas pun , Pas tak pernah hina dan kutuk hukum Allah SWT.Ini benar dan jelas.
0 comments:

Catat Ulasan


Hayati al-Quran di sini
"Umat Islam hendaklah mengambil Syariat Islam dalam menyelesailkan permasalahan dalam kehidupan mereka dan letakkan undang-undang syaitan di bawah tapak kaki mereka,"-AJK Majlis Fatwa Antarabangsa, Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili

MALAYSIAToday

Malaysiakini :: News

Blog Tun Mahathir

Anwar Ibrahim

Tukar Tiub

SAKMONGKOL AK47

Malaysia Waves

Kopitiam Bang Nan

Faisal Tehrani

Debik Karmic

Briged Al-Akhdor LR2

Muslimeen United

Blog-list Malaysia

Libang Libu

Pinkturtle

Pak Long Din

Mat Indera Sipejuang

Perisik Rakyat®

Selangorku

Free Malaysia Today

KeadilanDaily.com

Detikdaily

Anak Kedah

Idris Ahmad

Khalid Samad

peguampas

~penarik beca

hamirdin

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

PAS Parit Buntar (PASPB)

JIWOKELATE

CUPING MERAH

Cenangau Daun Kari

Manjung Mari

CheguBard

Arkib Blog :

Pageviews.Blog start Jan 2009