Rabu, 18 Januari 2012

Lepas mahasiswa demo depan Pejabat Agung Pas demo pulak depan pejabat MB Kedah

Kuin 5:Mahasiswa protes sikap membisu Pas-M'kini

Kira-kira 20 pelajar membuat bantahan di luar ibu pejabat PAS hari ini sebagai membantah tindakan parti itu yang membisu berhubung tindakan menggantung lima orang pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kedah.

NONEMenteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak adalah pengerusi lembaga pengarah Kuin yang di bawah kerajaan negeri pimpinan PAS.

Kelima-lima pelajar itu digantung selepas berdemonstrasi di Kuin tahun lalu.

"Sehingga hari ini, tidak ada pendirian rasmi dari PAS mahupun Pakatan Rakyat. Kami tuntut supaya mereka campur tangan," kata Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) Mohd Safwan Anang.

"Sebelum ini, kami pernah berarak ke ibu pejabat Umno. Hari ini kita berhimpun di ibu pejabat PAS untuk menyatakan pendirian kami menentang Akta Universiti dan Akta Kolej Universiti."



Turut bersetuju dengan kenyataan itu adalah Mohd Aiman Abd Razab ,seorang daripada lima pelajar yang digantung pada Jun lalu. Katanya, ini adalah mengenai prinsip.

"Kami akan terus berjuang demi menegakkan prinsip-prinsip kami (berhubung kebebasan akademik).

“Ini bukan tentang parti atau warna kulit, kita tidak mengamalkan dwi standard. Di mana suara kita boleh diluahkan jika di bawah Pakatan kita juga cuba disenyapkan?" soal beliau.
Selain Mohd Aiman, pelajar yang dikenakan tindakan itu adalah Mohd Faiz Mohd Arshad yang digantung dua semester manakala Zukhilatif Marzukhi, Mohd Azlan Mat Zain dan Ahmad Remi Md Arof, digantung satu semester dan diberi surat amaran.-Malaysiakini.

Malam tahun baru 2012 semua parti dalam PR pakat sokong apabila mahasiswa UPSI berdemo tuntut hapuskan AUKU.Pemuda Pas turut sokong dan simpati kepada mahasiswa UPSI yang ditangkap dan dipukul pihak polis.Sekarang apa macam bila mahasiswa turut demo pertahankan pelajar KUIN yang digantung?

Saya sokong mahasiswa berdemo .Lepas berdemo depan pejabat agung Pas Pusat di Jalan Raja Laut tu hang pa pila pulak demo depan pejabat MB Kedah.Kita nak tengok adakah MB Kedah akan panggil FRU dan polis ha ha.Jangan lupa mahasiswa juga adalah pengundi dalam pru 13 akan datang.

Jangan terlalu seronok dengan jumlah ribuan orangramai yang hadir himpunan konvensyen PR di Kedah.Tunaikan hak mahasiswa jangan pandang lekeh suara mereka.

Semasa himpunan 901 depan Mahkamah Kuala Lumpur , Jalan Duta saya duduk bersama dengan anak muda pelajar KUIN seramai 11 orang hadir daripada Alor Setar untuk bersama ribuan rakyat yang hadir.Mereka datang dengan bas turun di Hentian Jalan Duta seawal jam 5 pagi .Saya bangga dengan semangat mereka yang berani lawan regim Umno-BN.Saya bergurau kepada mereka,"Jaga-jaga semua nanti balik kena gantung oleh pihak KUIN." Mereka hanya ketawa saja.

Kalau kita pandai kritik orang lain , pihak lain pulak akan kritik kita.Ini perkara biasa , kena terima hakikat.

Berkaitan;
MB Kedah:AUKU tetap dilaksanakan di KUIN-M'insider
Adam Adli mahu ambil tindakan mahkamah terhadap UPSI-M'insider

4 ulasan:

  1. Siasat betul2. Kalau betul dr pimpinan muda PAS, pecat je. Jenis mangkuk hayun mcm tu bakal merosakkan imej PAS. Kalau MB Kedah terlibat sekali...dgn dia2 pecat. Kalau UMNO yg buat fitnah, saman. Mcm celaka je perangai.

    BalasPadam
  2. hmm. macam mana pula KUIN gantung mereka???. senyap je. mcm tak dengar berita. kali pertama aku baca ni.

    BalasPadam
  3. Masalahnya budak-budak tu (bidak-bidak UMNO) bangang pi dengar cakap pensyarah UMNO yang suruh gugurkan program mereka dari KUIN kepada Yayasan (saya tak ingat yayasan tu). Bila keputusan dibuat ikut kehendak mereka baru mereka terperasan bahawa Yayasan tidak mampu memberikan pengiktirafan setanding dengan KUIN... akibatnya yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Kemudian bidak-bidak UMNO pun mula minta KUIN terima semula program tu... so MB suruh depa buat surat minta maaf... tapi perangai bidak tetap bidak, mereka enggan serta takabur... maka mereka memasang loyar untuk fight.... so itulah yang aku dengar. Jadi PAS nak kata apa? Kenapa perlu dipolitikkan jika ini adalah urusan dalaman KUIN?

    Untuk pengetahuan MB adalah orang tertinggi di dalam KUIN dan Yayasan tu... so susah sangatkah bidak-bidak tu membuat surat minta maaf? Tak suruh isi borang PAS pun.... minta maaf supaya menjadi ikhtibar pada diri jangan mudah diperbidakkan oleh mereka yang berniat jahat.

    BalasPadam
  4. Kpd anon 19 Januari 2012 1:39 PG,

    Jgn nk asobiyah la brader... tak pyh nk bersilat lidah. aku harap budak2 umno to cari geng lebih ramai dan demo lagi.

    BalasPadam