Misai Merah

Himpunan 901 tak haram sebab polis mau buat rakaman video

Cuba baca betul-betul apa niat Hishamuddin ni;

Perhimpunan 901 akan dirakam sepenuhnya elak eksploitasi-Utusan


Perjalanan perhimpunan 901 akan dirakam sepenuhnya bagi mengelakkan sebarang eksploitasi fakta oleh pihak tidak bertanggungjawab, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Katanya, sehubungan itu, pihak polis sedang membuat pelbagai persiapan rapi termasuk memastikan semua kamera litar tertutup (CCTV) berfungsi dengan baik.

Beliau berkata, pengalaman dalam perhimpunan haram Bersih 2.0 telah mengajar pihaknya tentang pentingnya menghantar pegawai untuk memantau perhimpunan yang akan diadakan pada Isnin ini.
''Kita juga perlu menghubungi media asing dan wakil kedutaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilaporkan bertekad mengumpulkan seramai 100,000 penyokong di pekarangan Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 9 Januari ini bagi menyatakan sokongan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, orang ramai pada masa yang sama perlu mengambil iktibar daripada perhimpunan haram anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan tidak mudah mempercayai segala maklumat yang tersebar.
"Rakyat tidak boleh terlalu emosi dan percaya apa jua yang dilaporkan tetapi perlu beri ruang kepada pihak berkuasa untuk menjelaskan maklumat yang tepat. Kalau tidak keadaan akan dieksploitasi dan pelbagai tuduhan telah dibuat mengenai perhimpunan di UPSI.

"Video yang tersebar pada ketika ini bagaimanapun membuktikan tuduhan itu tidak benar dan perhimpunan yang diadakan tidak ada kena-mengena dengan hak mahasiswa sebaliknya ia berkaitan langsung dengan rancangan untuk menjatuhkan kerajaan," katanya.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, rakyat kena menyedari bahawa sebarang rancangan termasuk penganjuran perhimpunan tidak akan mengubah keputusan mahkamah mengenai kes Anwar.
"Penganjur juga mesti bertanggungjawab dengan menyakinkan polis bahawa apa yang dirancang akan berjalan secara aman.

"Kalau mereka melakukan sesuatu yang tidak menjejaskan keadaan, maka ia tidak akan menimbulkan masalah. Tetapi kalau ia disengajakan atau akan menimbul huru-hara, maka ia perlu dipertimbangkan oleh polis," katanya.-Utusan

Ini membawa maksud apa?Satu pihak kata jangan hadir himpunan aman 901 , satu pihak lagi mau buat rakaman video secara langsung ha ha.Satu puak lagi dalam gerombolan kata himpunan 901 akan jadi huru hara.So..rakyat yang mau turun dalam demo 901 turun sajalah sebab muka boleh masuk dalam video polis ha ha.

Dah tak haram , dah jadi halal la ...Kita sama-sama rakam.Rakyat rakam polis pun rakam ni baru syokkk.JOm turun ramai-ramai.
1 comments:

pasal apa rakyat benci kepada umno/bn? kerana pemimpin umno yang ada dalam kerajaan terlalu zalim terhadap rakyat, menyeleweng, rasuah dan berbagai-bagai lagi keburukkan yang mereka lakukan. bukan itu saja, mereka adalah pengkhianat kepada bangsa dan agama, waktu siang hari pergi berjumpa rakyat, kononnya pemimpin prihatin, tetapi kehidupan malam mereka bagaikan perangai binatang, iblis dan syaitan. kalau anda nak tahu siapa mereka yang sebenarnya pergilah merayap ke tempat eklusif.


Catat Ulasan


Hayati al-Quran di sini
"Umat Islam hendaklah mengambil Syariat Islam dalam menyelesailkan permasalahan dalam kehidupan mereka dan letakkan undang-undang syaitan di bawah tapak kaki mereka,"-AJK Majlis Fatwa Antarabangsa, Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili

MALAYSIAToday

Malaysiakini :: News

Blog Tun Mahathir

Anwar Ibrahim

Tukar Tiub

SAKMONGKOL AK47

Malaysia Waves

Kopitiam Bang Nan

Faisal Tehrani

Debik Karmic

Briged Al-Akhdor LR2

Muslimeen United

Blog-list Malaysia

Libang Libu

Pinkturtle

Pak Long Din

Mat Indera Sipejuang

Perisik Rakyat®

Selangorku

Free Malaysia Today

KeadilanDaily.com

Detikdaily

Anak Kedah

Idris Ahmad

Khalid Samad

peguampas

~penarik beca

hamirdin

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

PAS Parit Buntar (PASPB)

JIWOKELATE

CUPING MERAH

Cenangau Daun Kari

Manjung Mari

CheguBard

Arkib Blog :

Pageviews.Blog start Jan 2009