Misai Merah

Duit zakat untuk pertahan Islam atau pertahan Umno?

Zaman dulu-dulu jarang kita dengar orang jual agama untuk periuk nasi.Kalau mengajar agama tak kiralah jadi guru ajar anak-anak kampung baca Al-Quran sekali pun jarang depa tetapkan harga.Kalau orang kampung rasa nak bagi depa bagi.Kadang-kadang time raya puasa beras bergantang-gantang menimbun dalam rumah sebab mak-bapak bagi zakat fitrah.Bukan mintak pun depa nak bagi.Begitu juga time lepas ambil padi , sampai lagi di rumah Tok Guru ajar baca Al-Quran anak-anak depa zakat pertanian.

Zaman kini dah berubah , semua berubah barang naik harga , minyak petrol naik harga maka nilai keikhlasan juga turut menurun.Yang ada ialah nilai akademik yang dibanggakan tambah-tambah kalau ada PHD saham jadi mahal.Tak mainla takat sejam RM300 paling kurang sejam RM700.Harga penganjur ditolak harga ditetapkan penceramah yang penganjur kena ikut.Punya pandai cakap terlupa kata depa hanya pakar motivasi bukan ulama pun.Sebab tu jadi celaru.

Ustaz-ustaz yang dulu jadi penceramah popular yang bertapak di markaz Pas dah tak sanggup lagi ceramah di markaz Pas .Apa ka jadah baik masuk TV income lagi lebih.Ustazah-ustazah kat TV bercakap pasal agama boleh jatuhkan air mata tapi bila terjebak dengan politik Umno mula jadi karut.Benda yang dulu depa kata haram dah jadi halal.Contoh boleh melacur sebab darurat.Ada yang dah mula otter bulu kening bergaya sakan, bibir merah menyala cubit mencubit, panggil darling ketika bersiaran langsung tunjuk kemesraan laki bini tah betul entah tidak gaya hidup mereka yang sebenarnya.Semuanya berbayar bukan percuma.Fisabillilah dah tak ada.

Kini kita makin keliru bila Pengarah MAIWP kata 'Wang zakat boleh digunakan untuk mempertahankan kedaulatan Islam'.Wow ! hebat hanya kerana Jamil Khir seorang Menteri lalu disebut untuk pertahankan Islam.Berapa gaji Jamil Khir sebagai Menteri?Berapa elaun Jamil Khir sebagai senator?Berapa Jamil Khir claim sebulan duit tol, duit elaun perjalanan,elaun perumahan yang sudah tentu semua tu duit rakyat.Adakah kos guaman RM63,650 duit zakat dalam kes tuntutan qazaf Anwar Ibrahim dikira sebagai pertahankan Islam?Miskinkah Jamil Khir yang ada rumah besar dan gaji besar?

Adakah wang zakat ini hanya untuk halalkan apa yang menteri Umno buat yang sebenarnya bukan untuk pertahankan Islam?Tu saya kata kalau yang terdidik dengan agama dalam Umno pun boleh khianat apatah lagi yang jahil agama lagi banyak depa telan.
0 comments:

Catat Ulasan


Hayati al-Quran di sini
"Umat Islam hendaklah mengambil Syariat Islam dalam menyelesailkan permasalahan dalam kehidupan mereka dan letakkan undang-undang syaitan di bawah tapak kaki mereka,"-AJK Majlis Fatwa Antarabangsa, Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili

MALAYSIAToday

Malaysiakini :: News

Blog Tun Mahathir

Anwar Ibrahim

Tukar Tiub

SAKMONGKOL AK47

Malaysia Waves

Kopitiam Bang Nan

Faisal Tehrani

Debik Karmic

Briged Al-Akhdor LR2

Muslimeen United

Blog-list Malaysia

Libang Libu

Pinkturtle

Pak Long Din

Mat Indera Sipejuang

Perisik Rakyat®

Selangorku

Free Malaysia Today

KeadilanDaily.com

Detikdaily

Anak Kedah

Idris Ahmad

Khalid Samad

peguampas

~penarik beca

hamirdin

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

PAS Parit Buntar (PASPB)

JIWOKELATE

CUPING MERAH

Cenangau Daun Kari

Manjung Mari

CheguBard

Arkib Blog :

Pageviews.Blog start Jan 2009