Tangan ni rasa gatal ja nak komen lagi.Tak boleh duduk diam.Maklumlah ni saja peluang orang macam saya nak kata apa pun yang saya tak puas hati.Hidup ni kalau jadi pekakas atau alat untuk puaskan hati pemerintah memang beruntung .Kerja paling senang ialah bodek dan terus membodek.Maklumlah Jakim tu ingat depa makan gaji duit Umno sebab tu khutbah Jumaat pun ikut selera dan perut busuk Umno.Benda yang tak haram dikatanya haram macam hukum berdemontrasi.Rasa saya lah hanya ustaz cari makan, ulama cari dunia di Malaysia saja yang kata himpunan libatkan rakyat marhaen, rakyat kena tindas oleh si pemerintah zalim hukumnya haram!
Ya lah dalam Khutbah hanya para jamaah boleh dengar dan tidak boleh berbahas jadi boleh keluar segala isi perut ikut selera Umno demi jawatan yang depa pegang.Salahkah , haramkah jika si regim zalim Umno-Bn yang berkuasa ini tidak mahu dengar suara rakyat turun ke jalanraya supaya satu dunia tahu tuntutan mereka?
Ok laa..kalau demontrasi tok khatib berani kata haram bagaimana pulak jika pemimpin songlap wang rakyat RM250 juta macam isu lembu NFC yang libatkan keluarga Ketua Wanita Umno Malaysia Shahrizat adakah tidak haram?Berani Jakim buat khutbah kutuk salahguna wang rakyat hukumnya haram?Berani Jakim kutuk Menteri salahguna wang zakat yang juga duit umat Islam yang bayar zakat tak boleh diguna sesuka hati.Berani Jakim kutuk dalam khutbah Jumaat bahawa wang saham bumiputera lesap RM52 bilion untuk tolong orang Melayu -Islam dan bumiputera tu haram? Apakah tidak haram rampas kerajaan yang dipilih rakyat digantikan dengan kerajaan yang dirasuah?Apakah tidak zalim dan haram kaut kekayaan minyak di negeri Kelantan yang dikuasai orang Islam tanpa berikan satu sen pun royalti kepada yang empunya hak?Ada berani buat khutbah kutuk semua ni?
Di dunia kamu hebat perdayakan umat Islam tapi di Padang Mahsyar kelak apa yang kamu nak jawab di hadapan Allah SWT ketika matahari sejengkal di atas kepala kamu?Siapa yang dapat tolong kamu ketika mulut kamu dikunci hanya anggota badan yang lain saja yang boleh jawab?Cer citer...cer citer!ULama dan para ustaz yang sembunyikan kebenaran dan ikut hawa nafsu si zalim akhirat kelak akan terlebih dulu masuk neraka Allah SWT daripada orang lain.Mungkin kamu terlupa akibat habuan dunia yang kamu dapat tapi Allah SWT akan kira dosa pahala walaupun sebesar biji sawi.Sehebat-hebat Firaun yang mengaku Tuhan pun lebur begitu juga Qarun yang kaya raya rebah menyembah bumi .
Orang kata meniaga orang lagi untung daripada meniaga unta tapi meniaga agama demi pangkat , darjat dan kemewahan lagi untung di dunia tapi rugi besar di akhirat!
Berkaitan;
Khutbah ingatkan umat Islam tak sertai himpunan 901-M'kini
Khutbah Jumaat WP ingatkan umat Islam tak sertai 'demontrasi jalanan'-M'insider
botul tu..
BalasPadam