Isnin, 16 Januari 2012

Bala mai lagi eloklah Sharizat berhenti daripada bercuti

RM600,000 lebur bayar kad kredit keluarga Shahrizat-Keadilandaily.com


Bagaikan tiada kesudahan apabila pendedahan demi pendedahan penyelewengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil tidak dapat disembunyikan.
Terbaru, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli membongkarkan perbelanjaan kad kredit keluarga Shahrizat sepanjang 2009 mencecah RM593,500 menggunakan wang National  Fidlot Corporation (NFC).
“Pendedahan sebegini akan diteruskan sehinggalah Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan yang melambangkan beliau dan rakan-rakan kabinet beliau menerima sepenuhnya pertanggungjawaban ke atas penyelewengan yang berlaku di dalam NFC,” kata Rafizi dalam kenyataannya.
Justeru itu, beliau mengulangi desakan supaya Najib menggantung penglibatan keluarga Shahrizat di dalam NFC dan melantik pentadbir sementara untuk menguruskan NFC.
“KEADILAN mengulangi desakan supaya Najib bertindak lebih berani dengan menggantung penglibatan keluarga Shahrizat dalam operasi NFC dan melantik pentadbir korporat untuk mengambil alih pengurusan dengan mandat membongkar semua penyelewengan yang berlaku.Baca semua di sini.
Kini Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno Malaysia sedang bercuti selama tiga minggu tunggu hasil siasatan SPRM.Sementara itu Raja Nong Chik tentu ketawa besar, begitu juga musuh politik Shahrizat dalam Umno yang lain yang desak Shahrizat letak jawatan sebagai menteri.Raja Nong Chik yang seakan-akan mahu jadi calon di Lembah Pantai berkata beliau boleh menang kerusi parlimen Lembah Pantai yang kini disandang Nuruizzah (PKR) jika beliau bertanding dalam pru 13.Ha ha.Apa maknanya ini?
Shahrizat dah jadi kain buruk dah lunyai dikerjakan musuh politik Shahrizat dalam Umno sendiri.Tunggu apa lagi Shahrizat tak kan tak faham-faham bahawa Umno sendiri dah tak nak kat Shahrizat,Bala datang bertimpa-timpa lebih baik berhenti atau letak jawatan daripada bercuti.Habis cuti tiga minggu sudah tentu bala lembu ni akan bertambah lagi sehingga karier politik Shahrizat ditamatkan.Sampai bila Shahrizat mampu bertahan.Shahrizat sendiri pernah berkata ingat lain-lain pemimpin Umno bersih sangat ka?Sampai masa Shahrizat pulak yang akan buka segala skandal pemimpin Umno yang lain apabila beliau sedar tak ada pemimpin Umno yang pertahankan beliau.

1 ulasan: