Misai Merah

Tarikh Pas pecat Hasan Ali 801 tepat, satu bebas satu pecat

Kelmarin orang KL kata semalam bertarikh 8-1-12 tercipta satu sejarah dalam Pas apabila Hasan Ali AJK Pas Pusat yang juga Exco kerajaan negeri Selangor dipecat daripada Pas sebelum tarikh pengumuman hukuman ke atas Anwar Ibrahim bertarikh 901.Hasan Ali yang terkejut beruk beliau dipecat berkata, beliau dipecat kerana Anwar.

Dalam laporan Themalaysianinsider Hasan kata ;


“Anwar Ibrahim punca saya dipecat,” kata bekas Pesuruhjaya PAS Selangor ini di kediamannya dalam satu sidang media malam tadi.
Hasan  yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor berkata pandangan yang diberikannya terhadap Anwar adalah kerana tidak mahu rakyat terjebak dengan permainan politik peribadi Anwar.
“Saya tidak mahu dia (Anwar) mengheret rakyat dalan perjuangannya yang saya rasa amat kotor.
“Saya tidak sanggup hadir menyokong Anwar dalam perhimpunan esok, saya antara orang PAS yang tidak sanggup membuat kenyataan mengapa Anwar harus jadi Perdana Menteri,” katanya lagi.
Turut hadir dalam sidang media itu adalah bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali.
Tambahnya, Anwar, yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana mempunyai latar belakang yang ‘meragukan’ dan dia turut berpendapat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Murshidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat merupakan individu yang lebih layak memegang jawatan itu.
“Saya paling tidak seronok bila ada desakan daripada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali  untuk pecat saya. Macam mana orang PAS boleh ditunjuk sedemikian rupa.
“Apa hak Azmin hendak mencampuri urusan rumahtangga PAS?”
“Walau apapun terjadi, sama ada saya dipecat, digugur atau apa sekalipun, saya akan berjuang demi Islam, institusi Raja dan demi bangsa Melayu di negara ini,” katanya lagi.Baca semua di sini.
Kini pada tarikh 901 Anwar pulak telah dibebaskan oleh mahkamah yang merupakan satu kejutan kepada semua rakyat Malaysia.Ramai menjangkakan Anwar akan disumbat ke penjara.
Hasan dipecat daripada Pas tarikh 801 , Anwar bebas tarikh 901.Jadi tindakan Pas memang tepat dan kena tarikhnya.Sekarang Hasan boleh berkokok apa saja dan sebebas-bebasnya kerana beliau kini bukan lagi ahli Pas sama macam Zul Kulim dan Braheng Ali yang langsung tak nampak muka di Masjid Wilayah hanya biarkan budak-budak hingusan bertahlil di Masjid Wilayah.
Hasan Ali juga kena ingat kini walaupun dipecat sebagai ahli Pas segala pencen beliau termasuk semasa jadi ahli parlimen dulu adalah jasa orang Pas dan rakyat yang bencikan Umno!


Orang Pas tak kisah Hasan Ali dipecat malah ramai yang bersyukur.Di Shah Alam dah ada orang nak sponsor kenduri lembu satu ekor sebab Hasan Ali dipecat oleh Pas, tapi disebabkan Anwar dibebaskan oleh mahkamah beliau umum nak sembelih dua ekor! Wallah hua'lam la jadi ke tak kenduri tu.


Tengok video  di sini.
1 comments:

memang patut d pecat kerana sudah lama kenyataan beliau banyak merugikan parti


Catat Ulasan


Hayati al-Quran di sini
"Umat Islam hendaklah mengambil Syariat Islam dalam menyelesailkan permasalahan dalam kehidupan mereka dan letakkan undang-undang syaitan di bawah tapak kaki mereka,"-AJK Majlis Fatwa Antarabangsa, Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili

MALAYSIAToday

Malaysiakini :: News

Blog Tun Mahathir

Anwar Ibrahim

Tukar Tiub

SAKMONGKOL AK47

Malaysia Waves

Kopitiam Bang Nan

Faisal Tehrani

Debik Karmic

Briged Al-Akhdor LR2

Muslimeen United

Blog-list Malaysia

Libang Libu

Pinkturtle

Pak Long Din

Mat Indera Sipejuang

Perisik Rakyat®

Selangorku

Free Malaysia Today

KeadilanDaily.com

Detikdaily

Anak Kedah

Idris Ahmad

Khalid Samad

peguampas

~penarik beca

hamirdin

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

PAS Parit Buntar (PASPB)

JIWOKELATE

CUPING MERAH

Cenangau Daun Kari

Manjung Mari

CheguBard

Arkib Blog :

Pageviews.Blog start Jan 2009